Pages

Translate

Search This Blog

31 August 2013

Merdeka 2013 & Haram Tayang Penang

'' Hai doktor, hari merdeka pun kerja ke?" ini soalan pertama makcik guard tu bila nampak saya keluar ward pagi tadi.

Haish, nak buek cemano..dah koje hehe tapi erm Alhamdulillah.. Malaysia kita sekali lagi menyambut ulang tahun kemerdekaan tahun ini, yang ke 56! c:


Imej grafik bernombor 56 adalah simbolik sempena Hari Kemerdekaan Ke-56.

Imej berwarna merah dan putih melambangkan Jalur Gemilang menyaluti simbol 56 menandakan kecintaan dan keharmonian tanahair yang merdeka. Manakala Bulan Sabit melambangkan kedaulatan.


Tema ini dipilih, sebagai peringatan kepada kita sebagai rakyat: akan kepentingan bersatu mempertahankan negara di samping menyemai rasa sayang dan cintakan negara

Selain itu, konsep sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini juga lebih menjurus kepada elemen-elemen perpaduan, patriotik, kedaulatan dan keselamatan negara

Jangan lupakan Insiden pencerobohan Lahad Datu dan Semporna. Bagaimana sebegitu mudah jadi sedemikian? Mungkin ke ada pengkhianat antara kita?

Semoga ia menjadi iktibar terbaik dalam memperbaiki teras utama dalam bidang pertahanan dan juga setia cinta kepada negara.

 
 Semoga sambutan Hari Kebangsaan ke 56 ni mampu menyatukan rakyat seperti dulu.
PULAU PINANG 29 Ogos - Kerajaan DAP Pulau Pinang mengharamkan tayangan filem Tanda Putera di semua pawagam di negeri ini.

 Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, surat rasmi akan dihantar kepada semua pemilik pawagam yang diberi lesen peniagaan oleh pihak berkuasa tempatan hari ini supaya tidak menayangkan filem berkenaan.

 - UTUSAN ONLINE

“In compliance with Penang State Government’s directive (as per letter by Majlis Perbandaran Pulau Pinang dated August 28, 2013), GSC will not be screening the movie “Tanda Putera” in cinemas located in the state of Penang,” the country’s leading cinema operator said in a statement.

The movie, which opens in theatres nationwide today, is no longer listed on GSC’s website, nor the websites of two other cinema operators, Tanjung Golden Village (TGV) Cinemas and Lotus Five Star Cinemas (LFS) for their Penang cineplexes.

 However, Penang Chief Minister Lim Guan Eng denied that he had directed the cinemas to stop showing the Malay-language film in the state, saying his call yesterday had only been an “advisory”.  
* themalaymailonline.com

 Haa tapi menurut Utusan hari ini, di sebalik 'nasihat' yang diberikan Kerajaan DAP Pulau Pinang terhadap pemilik panggung, ia tetap dapat sambutan daripada penonton pada hari pertama tayangannya kat sini.

Tinjauan Utusan Online di sebuah pawagam di Bayan Baru, 60 peratus tiket untuk slot tayangan pukul 9.30 malam telah habis dijual walaupun tayangannya di negeri ini "terlewat" dua hari berbanding tempat lain.  

Saya dah tengok belom? Mesti lah belum haha balik keje pun pukul 6 ptg hehe tapi memang sendiri pun tak sabar nak tengok Tanda Putera ni. Mungkin cari cd je kot tak pun biar en hubby je tengok sesorang dulu hehe

Esok pun postcall, memang kompon tak p mana2 dengan dua hero kecik kat rumah tu. Apapun, Harap2 oncall malam ini ok sikit lah. Lepas daripada 2x repeat CPR petang tadi. Moga2 semua pesakit2 kami stabil, amin (" ,)

1 comment:

Unknown said...

salam tima kaseh singgah blog sue...salam kenal