Google+ Followers

Followers

Thursday, January 31

Kulit cantik menawan dengan Shaklee's Collagen Powder !!

Alhamdulillah..baru masuk bulan Februari, da masuk rezeki dari Tuhan..Tadi dapat sms dari kak Zura (ppk di hospital), katanya nak order lagi 3boxes collagen powder Shaklee..

Erm dalam senyap saya sendiri pon tersenyum, memang terbukti berkesan.

Mana tidaknya, kakak saya yang baru guna tak sampai habis 1kotak kolagen (1box=15sachet) pun da nampak keberkesanannya:Kulit lebih bermaya dan tegang, selain kesan parut lama semakin kurang ketara.

Lebih hebat lagi bila pagi- pagi terasa muka amat segar dan glowy, sampai tak perlu lagi memakai mekap seperti hari sebelumnya.Alhamdulillah

(Tips tambahan: kene konsistent ambil supplements seperti vitamin C dan E sepagai superanti-oxidan)


Apa itu kolagen..??

- Kolagen adalah komponen protein utama di dalam tubuh.
- Kewujudannya merangkumi 70% pada lapisan kulit, tulang,kartilaj (sendi), saluran darah, tendon dan gigi.
- Ia merupakan aspek ketahanan penting kerana bertindak sebagai penjaga bentuk dan struktur tubuh serta penyambung jaringan halus rangka badan.

Bagi struktur kulit, kolagen berfungsi bagi mengekalkan keanjalan dan ketegangan kulit.

Kulit yang kerap terdedah kepada pancaran matahari ditambah dengan pencemaran sekeliling menyebabkan kolagen di dalam sel kulit menyusut dengan lebih cepat sebelum ia mampu dibina semula.

Akibatnya, kehilangan kolagen menjadikan kulit lebih cepat kendur dan mengecut, kuku mudah patah dan rambut nipis tidak bermaya.

Kenapa kita perlukan kolagen???

Ramai yang beranggapan kolagen yang dihasilkan tubuh mampu mengembalikan semula keremajaan kulit.

Namun , tahukah kita bahawa penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun?

Dan selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin kurang kolagen. Inilah antara punca kedutan.

Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana saja.

Kandungan istimewa Collagen Powder Shaklee

Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

Tujuh bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.

* Berat molekul diukur dalam unit Dalton

Kebaikan kolagen

> bagi memelihara kesihatan kulit, tendon, ligamen dan salur darah
> menjadikan kulit lebih tegang, anjal dan lembut
> mencerahkan kulit dan mengurangkan pigmentasi
> menggalakkan rambut menjadi lebih kuat, lebat dan bersinar
> membantu menegekalkan kesihatan tulang rawan, tulang dan gigi

**
Shaklee Collagen Powder sangat mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda.

Walau menggunakan air sejuk sekalipun, ia nya tidak berketul dan tidak pula melekit seperti agar2 sebagaimana kolagen produk yang lain (saya sendiri minum kolagen shaklee bersama air peel fresh oren sejuk, amat sedap!!! c:

sumber: Shaklee Malaysia

Jadi, sesiapa yang berminat sila la contact mommy Qalesya :
Your Shaklee Independent Distributor;
♥ Najmi Anuar (ID 854348)
♥ SMS/call/whatsapp : 019- 6695408
♥ Email: mommyqalesya@gmail.com


Thursday, January 24

Mendapatkan berat badan ideal dengan slimming set@Shape up Set Shaklee

Selamat Menyambut Hari Maulidur rasul kepada semua umat Islam..Semua kita semua sentiasa bersyukur dapat berada dibawah lingkungan rahmat-Nya..Alhamdulillah

Semalam baru saja dapat sms dari kakak ipar, mahu membeli satu lagi cinch shake mix coklat..Sedap rasanya, selain memang dapat memberikan rasa kenyang c: Alhamdulillah, baru 2 minggu sudah dapat turun 2kg.Harap- harap nanti dapat lah kita berkongsi testimoni orang tu nanti ya (" ,)

Apa itu Set Shape- Up Shaklee..?

Ramai orang nak kuruskan badan dan mengidamkan tubuh yang sihat, langsing dan rapi @ideal. Bukan itu saja, tubuh yang sesuai dan ideal ini juga amat penting bagi mendapatkan badan yang lebih bertenaga dan meningkatkan keyakinan diri, selain memberikan rasa unggul dan penampilan yang lebih anggun. Juga sebagai bonus utama, kesihatan kita juga dapat ditingkatkan secara menyeluruh selain mengelakkan pelbagai masalah kesihatan merbahaya yang bayak dikaitkan dengan obesiti dan gaya hidup tidak sihat.

Terdapat pelbagai produk dipasaran yang kononnya mampu membantu penguruskan bdan. Apa pun, yang utama produk tersebut mestilah terbukti selamat untuk digunakan pengguna. Apabila bercakap mengenai produk juga, masih ada yang tak mahu mengeluarkan walau sedikit modal untuk membeli supplements. Lebih mendukacitakan, apabila ada yang mengambil supplements tapi mengharapkan kesan serta merta.

Bagaimana Shaklee mampu membantu anda.., selain dengan menghilangkan lemak yang berlebihan..?

1. Cinch Shake Mix
2. Cinch Energy Tea Mix
3. Lecithin
4. Herb Lax
5. Alfalfa


Cinch Shake Mix adalah juga merupakan Body Perfector Set Shaklee. Ia (pilihan: Perisa Vanilla, Cafe Latte dan Chocolate) merupakan makanan segera untuk mereka yang aktif:kerana kandungan serat yang tinggi dan memberi rasa puas dan kenyang. kelebihan tambahan adalah mengandungi nutrisi yang lengkap untuk memelihara keseluruhan kesihatan.

Jika anda antara yang menjawab 'ya' bagi soalan- soalan dibawah, maka sememangnya amat sesuai menggunaka Cinch Shake Mix ini:
- adakah anda sujar mendapatkan makanan yang sihat setiap hari?
- adakah anda makan secara tidak teratur?
- adakah anda penggemar makanan ringan?
- adakah anda rasa sukar untuk mengambil makanan berkhasiat kerana sentisa sibuk?

Cinch Energy Tea Mix
- merupakan gabungan unik teh eksotik putih, merah dan teh hijau Matcha (satu teh hijau bagi istiadat ulung Jepun), yang dituai dan dicampurkan dengan teliti.
- mampu memberikan tenaga semula jadi dan rasa yang selesa, enak dinikmati panas atau sejuk.
- ditambahkan dengan Taurina yang dikaji secara meluas dapat meningkatkan tenaga dan ketahanan badan
- Tanpa Gluten, tidak mengandungi perisa tiruan, pewarna dan bahan pemanis.

Lecithin
- Lecithin Shaklee bertindak sebagai pengemulsi semulajadi
- diperoleh secara semula jadi dari soya.
- Setiap kapsul lecithin Shaklee membekalkan 530mg lesitin, termasuk 80mg fosfatidilkolina dan 48mg fosfatidilinositol.
- terbukti pentingnya apabila Sains Akademi Nasional sendiri telah menetapkan yang kolina sangat penting dalam pemakanan kerana ia meningkatkan kesihatan otak, hati, sistem kardiovaskular dan pembiakan.
- Ini kerana kolina merupakan suatu komponen neuri- penghantar astilkolina yang terlibat dalam penghantaran mesej ke otak dan sistem saraf.

Herb Lax Shaklee
- adalah formula julap lembut
- menggalakkan tindakan pembersihan bagi membantu proses semula jadi tubuh badan
- mengandungi daun serina yang telah digunakan secara tradisional sejak beribu tahun dahulu sebagai julap semula jadi.
-->Ingatlah, bahawa diet yang kaya dengan serat, air yang mencukupi dan senaman yang tetap; kesemuanya memberi sumbangan kepada pembuangan air besar yang tetap.

Alfalfa
- merupakan pengumpulan segala zat
- merupakan suatu Formula Shaklee Signature yang asalnya dibangunkan pada 1950an
- Alfalfa Shaklee adalah alfalfa terbaik yang tumbuh di California yang kaya dengan pelbagai jenis zat, termasuk kalsium, fosforus, zat besi dan magnesium serta klorofil, bioflavinod, pelbagai mineral dan vitamin
- Setiap hidangan mengandungi 300mg kalsium bersamaan dengan segelas susu.


Istimewanya Shaklee kerana anda boleh memilih mengikut keperluan dan budget.Jadi, sila hubungi saya bagi mendapatkan maklumat lanjut dengan nyatakan kepentingan dan target anda.

Anda juga haruslah terus mengikuti konsep yang betul untuk menguruskan badan: menjaga pemakanan + melakukan senaman. Perlu diingatkan bahawa tiada jalan pintas untuk berjaya. Shaklee bukan produk ajaib yang menjadikan anda kurus dalam sekelip mata, tetapi hanya lah sabagai antara usaha dan ikhtiar selain kita perlu berdoa sebelum bertawakal c:

Tips kejayaan Lailasani yang telah berjaya menguruskan badan dengan Slimming set Shaklee:
--> kredit kpd beliau, dan tahniah!! c:




**
Perlu diingatkan bahawa Cinch Shake Mix tidak sesuai diambil oleh ibu-ibu yang menyusukan anak.

Antara alternatif untuk menurunkan berat badan dengan Shaklee, Bagi ibu menyusu:

-->ESP + Alfalfa
-->ESP + Alfalfa + Lecithine






Bagi pertanyaan lanjut sila hubungi:

Your Shaklee Independent Distributor;
♥ Najmi Anuar (ID 854348)
♥ SMS/call/whatsapp : 019- 6695408
♥ Email: mommyqalesya@gmail.com

Panduan Penyusuan Susu Ibu yang Berjaya

"Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga 6 bulan dan meneruskannya sehingga 2tahun. Makanan pelengkap perlu diberikan mulai umur 6 bulan"

Hampir semua ibu pasti telah lama mengenali ayat di atas, yang mana merupakan Polisi Penyusuan Susu Ibu Malaysia

Manakala dari persepsi penyusuan menurut Islam:

"Dan ibu- ibu hendakklah menyusukan anak- anak mereka selama 2tahun genap iaitu bagi orangyangmenyempurnakan penyusuan itu"

-->melalui terjemahan surah Al- Baqarah (1:233) dapatlah disimpulkan bahawa kewajipan kepada ibu- ibu untuk menyusukan anaknya dan meneyempurnakan hak untuk menikmati kebaikan susu ibu jika ia mampu.

Jadi dari pembacaan di atas sahaja, telah terbukti akan kepentingan penyusuan susu ibu.Kepentingan penyusuan susu ibu sebenarnya bukan sahaja kepada bayi malah kepada ibu dan hubungan kekeluargaan yang lebih akrab.

Kepentingan dari segi kandungan susu Ibu

- kolostrum (susu awal ibu yang berwarna kekuningan) yang kaya dengan antibodi, vitamin A dan E, Faktor Tumbesaran (bagi mempercepatkan kematangan usus dan mencegah alahan) dan sebagai lasatif (membantu mengeluarkan mekonium dan mencegah penyakit kuning)kepada bayi

- mengandungi khasiat zat dan vitamin yang dapat diserap dengan berkesan, mencukupi mengikut keperluan bayi
- mengandungi protein, lemak dan asid lemak yang tinggi dan mudah dihadam
- mengandungi antibodi untuk melindungi daripada penyakit
- bersih dan 'sterile', tiada pencemaran
- meningkatkan kecerdikan bayi sehingga 5.2 mata berbanding bayi yang tidak menyusu dengan susu ibu. Ini kerana susu kaya dengan AA dan DHA.

Kepentingan Ibu dan nak bersama setiap masa (rooming in)

- membolehkan ibu menyusukan anak pada bila- bila masa terutama waktu malam
- meransang pengaliran dan pengeluaran susu ibu
- membolehkan bayi mendapat susu yang cukup
- mengurangkan risiko jangkitan penyakit
-mengeratkan kasih sayang antara ibu dan bayi

Faedah penyusuan susu kepada Ibu

- melindungi kesihatan ibu
- membantu pengeluaran hormon oksitosin dan seterusnya membantu mengecutkan rahim dan mengelakkan masalh pendarahan selepas bersalin
- mempercepatkan pengurangan berat badan dan mengempiskan perut kerana lemak yang tersimpan semasa mengandung akan digunakan semasa menyusu
- mengeratkan kasih sayang antara bayi dan ibu
- merendahkan risiko terhadap barah payudara dan ovari
- menjimatkan masa dan wang kerana tidak perlu menyediakan barang keperluan penyusuan

Cara menggalakkan pengeluaran susu ibu

- bayi diposisikan dengan betul pada payudara dan tidak diberikan puting tiruan
- susu ibu mesti dikeluarkan untuk memastikan aliran susu yang baik dan bekalan yang mencukup (penting payudara ibu benar- benar dikosongkan bagi setiap 2-3jam, walaupun ketika bayi sedang tidur)
- bayi mesti disusukan dengan kerap dan diberikan penyusuan selama mana yang deperlukan (breasfeeding on demand)
- penyusuan pada waktu malam akan meransang pengeluaran hormon prolaktin, yang diperlukan agar sel kelenjar payudara ibu dapat menghasilkan susu

Penyusuan susu ibu bukanlah sesuatu yang mudah namun tidak mustahil untuk dilaksanakan. Oleh itu, amat penting bagi ibu menyusu bagi mengelakkan perkara yang mungkin boleh mengganggu pengeluaran susu ibu:

- runsing atau kepenatan yang keterlaluan
- tidak berkeyakinan dengan kemampuannya untuk menyusukan bayi
- dalam kesakitan, malu atau bimbang
- merokok atau minum minuman beralkohol secara kerap
- pengambilan air yang tidak mencukupi ( perlu >3L sehari) atau makanan yang tidak seimbang
- pelekapan bayi ke payudara yang tidak betul
- pemberian makanan dan minuman selain susu ibu kepada bayi

**teknik penyusuan dan pengendalian susu ibu akan dikongsi pada post yang akan datang ya.. Insya- Allah c:


Wednesday, January 23

Shaklee-Special January 2013 promotion: Advanced Joint Health Tablet bagi menyokong kesihatan sendi- sendi

Sakit sendi terdiri daripada pelbagai jenis kecederaan atau keadaan seperti rheumatoid arthritis atau osteoarthritis.Walau apa punca sekalipun, ia ternyata membebankan dan kita pastinya mula mencari cara untuk melegakan sakit sendi tersebut

Bagaimana mencapai kesihatan sendi optimum??

Shaklee menawarkan Set Joint Health

1.Advanced Joint Health Tablet
2.Ostematrix
3.Omegaguard


Shaklee Advanced Joint Health Tablet JHT) ialah satu formulasi proprietari yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi-sendi.

JHT Shaklee mengandungi ekstrak unique Boswellia aktif dengan paten tertunda, ekstrak Jagung dan nutrien penting lain termasuk Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan. Dengan menggunakan tumbuhan dan bahan-bahan berasaskan mineral, Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah formula sayur-sayuran 100%.

Kebaikan:
- memberi sokongan nutrisi pada kolagen dan komponenn penting penghubung tisu lain yang memberi kekuatan dan struktur untuk sendi
- membantu mengekalkan tulang yang sihat
- membantu melegakan sakit sendi dan inflamasi (radang) terhadap sendi

antara testimoni pengguna JHT Shaklee


*this product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases
sumber: shaklee malaysia


Dapatkan segera promosi istimewa Shaklee bulan ini!!

Sebarang maklumat lanjut atau tempahan, sila hubungi saya:

Email: mommyqalesya@gmail.com
hp: 019-6695408
Shaklee Independent Distributor No : 854348


Tuesday, January 22

rahsia set penyusuan Shaklee 3M:my first meaningful introduction towards shaklee product!!

Alhamdulillah.

Saya mula diperkenalkan dengan produk shaklee dalam penghujung bulan Oktober 2012. Masa tu Putri Nur Qalesya (anak kedua) baru berusia 2bulan, tapi terpaksa pula hantar seminggu di kampung mertua sebab saya menjaga ibu di kl (selepas dental operation).

Masa di KL,memang sibuk. Sampaikan saya sendiri tidak sempat ebm. Kalau sempat pun sehari 2x je. Susu badan pun kemudiannya mulalah berkurangan. Aish memang runsing jugak masa tu, siap terpikir nak mulakan adik susu formula lagi!!

Namun saya cuba bertekad untuk menyusukan Qalesya sehingga usianya 2 tahun. Yelah anak pertama 2 bulan setengah je exclusive (tengah housemanship, agak buzy hehehe alasannya lah (" ,)

Saya mula berusaha mencari pelbagai produk. Siap try teh herba (nursing tea) beli dari kedai baby lagi. Punya lah semangat hehe. Kemudian, saya 'ter' kenal dengan Shaklee daripada Master Norita dan K Nadia.

Dekat seminggu juga pikir2. Lepas baca banyak feedback positif pengguna Shaklee sebelum ini, baru lah saya terdorong untuk mencuba trial breastfeeding set 3M--> produk pertama Shaklee ni hehe



Kenapa saya menggunakan Shaklee??

Ramai orang bertanya kenapa Shaklee, bukannya produk keluaran lain di pasaran??

Semuanya disebabkan kelebihan dan kekuatan Shaklee sendiri. Shaklee telah berada di pasaran lebih dari 5 dekad. Lebih uniknya Shaklee lagi, produk- produknya adalah berasakan bahan- bahan semulajadi.

Shaklee juga banyak membelanjakan wang untuk tujuan ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan produk, bukannya lebih tertumpu kepada tujuan pemasaran dan pengiklanan seperti keluaran lain.

Tambahan pula ia mendapat kelulusan KKM dan semestinya pensijilan halal dari ISA (Islamic Services of America), sebuah badan Islam yang telah diiktiraf oleh JAKIM.

Oleh itu, apabila sya memilih Shaklee ini, saya tahu 3 perkara iaitu sentiasa SELAMAT, sentiasa BERKESAN dan sentiasa MESRA ALAM.

Semua orang mengalami perubahan mengikut tindak balas badan masing- masing kepada supplements,kerana itulah masa bagi melihat kesannya adalah berbeza bagi individu..!!


Pada awal penggunaan, hanya setelah 3-4 hari saya mulai kagum dengan penghasilan susu badan yang semakin pekat berbanding biasa. Bayi saya juga cepat kenyang. Mungkin juga kerana nutrient yang lebih banyak memastikan saya berasa lebih sihat setelah mengambil supplement vitamin tambahan Shaklee ( sangat membantu, kerana pengambilan makanan harian saya sendiri pun mmg tidak menentu)

Saya juga jadi lebih bertenaga. Berbanding sebelum menggunakan Shaklee, saya sememangnya cepat letih apatah lagi saya ibu menyusu bekerjaya. Kalau tidak,dulu bila balik kerja je rasa terus nak tidur sampai pagi haha nak2 saya ni pun memang kuat tidur orang Nye (",)

Tapi lepas guna set 3M ni, memang terasa kurang stress bila sampai rumah. Penat memang ada, tapi memang terasa lain waktu melayan kerenah kedua- dua anak kecik tu! c:

Dari segi kuantiti pula, saya hanya merasai kesannya setelah hampir sebulan menggunakan set 3M. Kenapa ya? Hehe sebab hanya pada itulah saya baru sempat untuk buat ebm setiap 3 jam di tempat kerja! (dalam breastfeeding semuanya berbalik kepada supply and demand).

Lagi bes bila kami juga telah membeli peti ais yang lebih besar, semata- mata mahu menampung tempat freezer stok ebm yang semakin bertambah!!

Apapun,Alhamdulillah.

Shaklee amat membantu bukan sahaja penyusuan malah aspek kesihatan saya sendiri.Tq Kak Nadia kerana banyak membantu sepanjang pengenalan dan penggunaan Shaklee!!


antara testimoni customer lain yang turut menggunakan set shakle c:

Pengenalan set penyusuan Shaklee

1. Set B (vitamin asas penyusuan dengan alfalfa)
- mengandungi multivitamin dengan zat besi, vitamin C, vitamin B dan alfalfa
- sesuai bagi kaum ibu yang tidak mengalami masalh penyusuan

2. Set Eu Four Pack (vitamin asas penyusuan dengan ostematrix)
- sesuai bagi ibu yang sering mengalami kemerunduman susu akibat period
- amat disarankan bagi ibu yang tidak menggemari susu atau alah kepada laktos

3. Set E (Set B + ostematrix)
- lebih dicadangkan kerana alfalfa bertindak sebagai 'milk booster' dan khasiat protein bagi ibu

4. Set 3M (set lengkap penyusuan B+ostematrix+ESP)
- mengandungi Vitalea, Vitamin B, vitamin C, Alfalfa, Ostematrix dan ESP
- sangat dicadangkan bagi ibu yang mengalami masalah penyusuan, baru mula hendak menyimpan stok ibu setelah kembali bekerja dan ingin relaktasi semula


1. Multivitamin
- membekalkan ibu vitamin- vitamin penting dan mineral yang tidak dapat diperoleh sepenuhnya melalui diet
- kandungan vitamin yang secukupnya terutamanya vitamin B dan C membantu membekalkan penyusuan yang berkhasiat dan menjamin kesihatan ibu serta bayi yang disusui.


Vitamin C:
-memainkan peranan penting dalam pertumbuhan dan penyembuhan tisu, penting dalam pembesaran bayi yang sedang menyusu.
-sebagai anti oksidan semulajadi dan bertindak mengekalkan integriti sel. Juga baik untuk pertumbuhan gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah yang sihat.
-Keistimewaan Shaklee: Vitamin C dalam bentuk Vita- C 500mg (sustained released) yang bertindak beransur-ansur dalam setiap 2jam.Sebiji vitamin C juga merupakan keperluan cukup diet seharian dan juga menyamai 7biji setengah khasiat oren sebenar!!



Vitamin B complex:
-membantu mengekalkan sistem saraf yang baik kepada bayi
-penting dalam penghasilan hormon, sel darah merah dan penghasilan tenaga oleh sel badan.
-menggalakkan kesihatan jantung, metabolisma tenaga dan replikasi DNA yang sihat
-meningkatkan fungsi otak dan mampu membantu mengurangkan tekanan.

2. Protein
-Bayi memerlukan sumber protein yang banyak untuk membantu menggalakkan pertumbuhan dan pembesaran yang sempurna kerana protein adalah asas pembinaan sel- sel tubuh.
- sumber protein yang baik seperti soya dalam diet penyusuan ibu adalah penting bagi penghasilan susu. Selain penting kepada ibu menyusu, juga amat sesuai kepada kanak- kanak yang sedang aktif membesar serta orang yang pulih dari sakit.

ESP @Energising Soy Protein



Perbezaan Shaklee

1. Sesetengah protein soya diproses dengan alkohol. Cara pemprosesan ini bukan sahaja menghilangkan isoflavon yang bermanfaat, malah membentuk kontaminasi bersilang dengan bahan-bahan kimia yang digunakan dalam pemprosesan. Energizing Soy Protein diproses dengan pencucian air untuk mengekalkan isoflavon genistin dan daidzin yang kritikal demi membekalkan anda dengan keseluruhan kebaikan soya.

2. Shaklee Menggunakan Protein Soya Bukan-GMO (Genetically Modified Organism)
Shaklee menggunakan proses pensijilan tersendiri yang dikenali Identity Preserved Program (IPP). Program ini memastikan kacang soya kita bebas daripada pendedahan perubahan genetik.

3. Setiap satu hidangan Energizing Soy Protein Shaklee memberikan kandungan14 gram soya protein yang diperlukan oleh hati yang sihat. Jadi ia sememangnya mampu membekalkan tenaga kepada ibu menyusu dan dalam masa yang sama membakar kalori sehingga 35%


3.Kalsium
-Kandungan susu ibu sendiri dihasilkan oleh sekurang- kurangnya 40% kalsium ibu.
-Kalsium amat diperlukan bagi pembesaran dan pertumbuhan tulang serta gigi bayi yang sihat.




4. Omega 3- Fatty Acid
- Penambahan makanan yang mengandungi omega- 3 fatty acid semasa menyusu mampu menggalakkan perkembangan bayi dan mata bayi.
- Kajian saintifik telah membuktikan lebih banyak omega- 3 yang ada dalam otak, lebih baik interaksi berlaku antara neuron- neuron otak bayi.



5. Alfalfa
-alfalfa mengandungi bayak nutrien dan vitamin penting seperti vitamin K, A, B1, B6, C, E, calcium, zink dan besi: penting bagi pertumbuhan dan pembesaran yang sihat.
-Secara tradisionalnya, juga telah lama digunakan sebagai makanan penggalak (milk booster) bagi ibu menyusu.

sumber:
-shaklee malaysia
-http://www.dhaomega3.org/Life-Stages/Lactation
-http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/18403927



Ingin mencuba produk Shaklee? Hubungi saya untuk maklumat lanjut:

email mommyqalesya@gmail.com
call/whatsapp/SMS 010-2325408 atau 019-6695408 (najmi)
facebook: www.facebook.com.najmi.anuar.1

Atau beli sendiri dengan ID saya (854348)bagi mendapatkan tawaran harga ahli yang terendah!! c:


Monday, January 7

wakil sah pengedar shaklee di Penang dan Seluruh Malaysia


Assalamualaikum wbt


Selamat datang ke blog Manjaku Little Qalesya kepada semua pelayar blog & pembaca. Semoga kita semua berada di bawah Rahmat Allah SWT dan diberikan kesihatan yang baik.

Syukur Alhamdulillah, rezeki dari Allah saya telah dikurniakan dengan dua orang cahaya mata yang sangat comel dan sempurna. Permata yang pertama Muhammad Hazim Haziq kini telah berusia 1 tahun 7 bulan dan cahaya mata kedua Putri Nur Qalesya kini telah berusia 5 bulan. Sekali lagi syukur kepadamu Ya Allah atas kurnia rezeki dan amanah yang tidak ternilai ini.

Pertama kali mencuba produk Shaklee pada October 2012, selepas 2 bulan setengah melahirkan Putri. Perubahan demi perubahan positif sepanjang penyusuan menyebabkan saya terus jatuh cinta pada Shaklee. Setelah sebulan mencuba, saya terus mengambil keputusan untuk menjadi Independent Distributor, agar bersama- sama dapat berkongsi seribu satu kebaikan produk Shaklee ini.




Siapa Shaklee??

Sebuah syarikat yang berlandaskan falsafah dalam menawarkan produk mesra alam dan kesihatan yang baik. Shaklee selaras dan patuh pada prinsip yang telah dibina oleh pengasasnya, Dr Forrest C Shaklee.

Shaklee Products (Malaysia) Sdn Bhd merupakan anak syarikat kepada Shaklee Corporation yang berada di Amerika Syarikat. Shaklee Malaysia telah memulakan operasinya semenjak bulan Ogos 1995 yang berpangkalan di lokasi strategik iaitu di Subang Jaya, Selangor serta mempunyai enam (6) buah cawangan yang terletak di negeri-negeri seluruh Malaysia iaitu di Pulau Pinang, Ipoh, Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kota Bharu dan Kota Kinabalu.

Shaklee Malaysia menjalankan operasi perniagaannya mengikut garis panduan Akta Jualan Langsung 1993 dengan Lesen Jualan Langsungnya yang bernombor AJL93747.

Hubungi kami:

Shaklee Malaysia Home Office

Shaklee Products (M) Sdn Bhd
A-3A-02, Empire Tower
Empire Subang
Jalan SS16/1
47500 Subang Jaya
Selangor Darul Ehsan.
Tel : 603-5622 3188
Fax: 603-5622 3199 (Customer Service)
email : customerinquiry@shaklee.com.my

Business Hours
Monday to Friday: 10:00 a.m. to 7:00 p.m.
Saturday (1st & 3rd): 10:00 a.m. to 7:00 p.m

Pejabat cawangan

1. Penang
A-2, Jalan Todak 1,
Pusat bandar Seberang Jaya,
13700 Perai.
Te l: 604-397 4325
Fax: 604-397 4324
Contact : Cannie Teoh (Branch Supervisor)

Other branch available:
2. Ipoh
3. Kuala Lumpur
4.Johor Bahru
5. Kota Bharu
6. Kota Kinabalu

sumber:shaklee Malaysia

Berminat untuk mendapatkan keterangan lebih lanjut, hubungi:
mommyQalesya d:
- sms/whatsapp 019 6695408
- emel intananuar0285@yahoo.com
- facebook:Najmi Anuar @ alamat emel di atas

Wednesday, January 2

Mukadimah

Bismillahirrahmanirrahim. Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah..

Dengan izinNya saya telah berjaya memulakan blog Manjaku Little Qalesya bagi berkongsi rahsia dan pengalaman bersama sebagai pengguna Shaklee. Segala pandangan dan komen2 anda amat saya hargai dan semoga blog ini dapat terus mendapat sokongan anda semua!!

Amin.. c:


Segalanya buat 3 tiga insan tersayang: daddy Azlan, Abang long Muhammad Hazim Haziq dan adik Putri Nur Qalesya