Pavlova ni sedap dimakan terus ye,selepas siap dibuat supaya crispy luar pavlova tu kekal terasa, walaupun dalam dia tu lembut tu macam marshmellow hehe
Tak suka? Manis sangat? Jangan risau, sebab kita boleh adjust sendiri tahap kemanisan yang korang nak! c:
Resepi Pavlova asal ambil dari Mat Gebu. Memang boleh percaya sedap dia ni. Sebab chicken puff dulu pun idea dari Mat gebu juga, tq2!c:
BAHAN-BAHANNYA
150 gram putih telur (anggaran 4 biji telur)
1 cawan gula kastor (saya guna 1/2 cawan, nak bagi mak dan abah yang ada diabetes tu makan)
2 camca besar tepung jagung
2 camca teh cuka makan
(* tepung jagung dan cuka tu saya guna 1 camca je, supaya senang nak ingat)
1/2 camca teh esen vanilla
Topping:
Whipping cream (saya pakai jenis non Diary whipping cream, kalau malas beli ready made pun ada)
Strawberry, Raspberry, Blueberry, Mangga, limau ect (guna buah masam sebab nak counteract cik pavlova manis tu)
CARA MEMBUATNYA
150 gram putih telur (anggaran 4 biji telur)
1 cawan gula kastor (saya guna 1/2 cawan, nak bagi mak dan abah yang ada diabetes tu makan)
2 camca besar tepung jagung
2 camca teh cuka makan
(* tepung jagung dan cuka tu saya guna 1 camca je, supaya senang nak ingat)
1/2 camca teh esen vanilla
Topping:
Whipping cream (saya pakai jenis non Diary whipping cream, kalau malas beli ready made pun ada)
Strawberry, Raspberry, Blueberry, Mangga, limau ect (guna buah masam sebab nak counteract cik pavlova manis tu)
CARA MEMBUATNYA
1.Panaskan oven pada suhu 150C, sediakan kertas minyak, buat bulatan berdiameter 6 cm sebanyak 18 bulatan menggunakan pensel, kemudian terbalikkan kertas tadi dan guna bahagian ini untuk membentuk pavlova (ini pavlova jenis comel2).Ketepikan.
* saya buat 1 bulatan besar je terus, next time buat yang comel2 pula
2.Putar putih telur pada kelajuan tinggi hingga berbuih (soft peak),kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit sambil diputar hingga kental dan berkilat (stiff peak)
* Jangan guna telur sejuk. JANGAN ADA walau sedikit kuning telur, minyak atau air. Malah sebab tu sampai ada nasihat guna bekas stainless steel atau tembaga je terus
3. Masukkan cuka makan dan tepung jagung, gaul rata adunan dengan spatula.>Bukan mixer ye
4. Masukkan adunan ke dalam piping beg yang dipasang nozel.Paipkan bulatan mengikut saiz pada lukisan dikertas minyak tadi
* Saya tak pakai nozel, terus tuang atas baking paper dan pandai2 ler ratakan guna pisau kek
5.Masukkan ke dalam oven, turun suhu menjadi 100C-110C dan bakar 1 jam- 2 jam. Kemudian biarkan ia sejuk dalam oven dengan buka sedikit tepi pintu oven
* WAJIB guna api atas bawah ye, dan letak dulang bakar di tengah2 oven hehe
p/s: saya gunakan api bawah je asalnye, tapi atas lambat pula masak, bila turn api atas tu y jadi cam pic bawah ni he
Meringue masak apabila luarnya berwarna perang cream, rangup bila tekan sikit di luar.
Kalau sanggup, pecahkan lah sikit dalam tu nak tengok lembut ke tak ( ", )
6. Ambil pavlova tadi, letak whipping cream ditengahnya dan susun buah2an segar mengikut kreativiti anda.
Ini pula pavlova ke 2 saya buat di Tg Malim, Perak. Yang dah masak tak snap pic, letak buah terus hehe
Ini pavlova yang ke 2 saya buat, agak kurang. Berbanding yang hancur dek abang long hazim buat tu:
1. dua2 crispy di luar tapi no 1 lebih tinggi berbanding no 2 y jatuh ke bawah huhu mungkin sebab telur tu sejuk kot duk kat bawah sinki rumah atok, tapi jadi juga tanduknya sebelum tu..erm??
2. No 1 dalam nya lebih lembut, masa pegang pun bleh rasa spongy dia tu
3. Rasa no 1 lebih sedap kot sebab abang long hazim makan sesorang sampai terjatuh pavlova base tu hehe saya dan suami tak rasa lah sebab puasa kan he
4. Pavlova No 2 lebih sedikit hangus di bawah dia, mungkin sebab saya ni yang tak pandai adjust api oven opah tu (",)
-->oven di kampung jenis elektrik ALTIS dan oven saya di Penang jenis letrik Cornell
Apapun, licin juga pavlova tu. Ada lah tinggal sikit dalam pinggan kecik tu untuk bibik2 rasa hehe
erm yang penting memang saya akan buat lagi kek ni!!Usaha tangga kejayaan! he c:
Bak kata orang tak kenal maka tak cinta, kena buat lagi pakai oven Cornell ni baru bleh cun hehe
Ini antara rujukan untuk 1st timer macam saya ni, info diorang ni memang sangat bagus sebab siap dengan gambar.Barulah ada idea kan c:
1. Entry terbaru tentang TIPS MEMBUAT MERINGUE PAVLOVA dari sisAppleDelight
2. Step by step cara buat mini pavlova dari Wanista
3. Tutorial Pavlova dari Cahaya Cintaku
4. Klip video dari joy of baking
Selamat Mencuba! Really worth it! Tak caya cuba try hehe SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA! c:
And Thanks again for all my references!!Lepas ni nak buat ikut resepi irmadilondon pulak!c:Akan ku korek rahsia2 mereka hahaha chayok!!
15 comments:
sedapnyer..nak buat nntui =D
Memang sedap eyma su..buat sendiri lebih puas hati sebab best sangat bila berhasil hehe boleh follow resepi pavlova kat sini, lebih simple n mudah nak follow c:
http://manjaku-littleqalesya.blogspot.com/2013/11/tiada-lagi-pavlova-berperisa.html?m=1
First time buat...tak cruchy hu hu
malam2 bukak blog resepi terasa lapar la plak...
sedap plak pavlova ni..
Set Bersalin/Berpantang Shaklee Khas Dari Pengedar Shaklee Terbaik
terima kasih atas perkongsian... rasa nak try je buat sekarang ni....
tak apa siti aminah..kene chayok2 buat lagi..sy 1st time buat jadi then 2nd time tak menjadi pula ( maybe telur problem kot hehe) lepas tu yg ke 3 ok pula hehe pengalaman yg berbeza hihi
memang sedap hihi lagi best kalau buat sendiri kan he
sila2 share..sy pun tgh belajar2 lagi, setiap kali pas buat dapat timba ilmu baru ( " ,)
boleh cek kat sini juga pasal tips buat pavlova ni ya c:
http://manjaku-littleqalesya.blogspot.com/2013/11/tiada-lagi-pavlova-berperisa.html?m=1
non diary tu brand ape ek...share plisss
untuk non diary whipping cream, sy pakai jenama Mauri. jenama lain ada juga macam value pride ( ini pun ok juga) dan rich's ( tak pernah try lagi)
kalau nak cari sy cadangkan awak ke kedai bahan kek terus, sebab jarang pasaraya2 jual cream ni..kebanyakannya semua jenis diary cream c:
hye..just nk bg tips..jgn guna loyang hitam sbb dia sgt cpt serap haba..so pavlova akan jdk leper dr saiz asal..
salam kak...kat mane nk beli buah2 cam rasberry blueberry tu?
terbaik,,,gebu jer tengok..best sgt,,tq sharing
penah buat skli tp xnaik sgt..bentan,,kenapa ye
Jom kita buat PAVLOVA,
giler sedap, siapa tak nak beli?
jualan confirm meletop, sehingga 1000 pcs sehari...
sebab tu boleh dapat RM10,000 - RM30,000 sebulan...
dah nak Puasa dan Raya ni... Dah boleh start SEKARANG ni,
Giler SEDAP ni >>> http://resipirahsiapavlova.blogspot.my
TQ
Post a Comment