Pages

Translate

Search This Blog

13 July 2013

HomeMade ~ Sotong Goreng Tepung

Menu moreh kami di kampung lewat malam tadi. Siap kejutkan hubby yang tengah tido lagi mintak rasa sket.

Yelah, sebelum ni buat asyik tak menjadi je, keras lah, tak bersalut lah hehe

Hah sotong ni pun sebenarnya sudah semalaman berendam tepung, tapi dek kerana terlajak sahur punya pasal. Terpaksa import sotong ni dari penang ke perak lah c:


Bahan- bahan:

5 ekor sotong (dikerat kecik2)
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1/4 cawan tepung beras
1 biji telur
Garam secukup rasa (untuk gaul dalam tepung)

Cara- cara:

1. Pukul telur, kemudian rendan sotong yang telah dibersihkan+ ditapis. Biarkan 1-2 jam dalam peti ais

2. Keluarkan sotong, masukkan campuran tepung (agak2 macam buat cekodok tepung cair tu, bukan semua tepung ya) bersama telur tadi

3. Celupkan sotong dalam bancuhan tepung

4. Panaskan minyak dalam kuali, standy bekas penyangkat

5. Masukkan sotong yang telah dicelup dalam bancuhan tadi ke dalam balance campuran tepung tadi

6. Goreng dalam kuali dengan minyak yang betul2 panas


Tips:

* jangan letak terlalu banyak sotong ketika menggorang, pastikan sotong deep fry sepenuhnya c:

* Angkat dengan penapis bila agak2 sotong warna kekuningan

* Toskan dulu sekejap dengan penapis, kemudian baru letakkan sotong atas pinggan berlapik tisu/ kertas minyak supaya kekal rangup


Orait. dah siap. Resepi internet plus sendiri punya modification hehe. tapi memang sotong dia cantek tak liat dan luar pun rangup je. memaang puas hati!! c:

So lepas ni boleh lah kami ratah sotong goreng tepung depan tv malam2. Cecah dengan sos . erm sedapp

Dan tak perlu nak cari2 kat kedai dah. Sejak 2 tahun duduk kat penang ni, semua kedai yang hidang sotong goreng tepung: semua gagal!!

Hai ni yang rindu zaman muda masa kat kl dulu.. hehe




1 comment:

Bali Tour said...

This is great Article
Thanks for the recipe