Pages

Translate

Search This Blog

14 August 2013

Susu Ibu banyak: Tips elak bengkak susu


Alhamdulillah, mesti ramai ibu2 luar sana yang gembira sebab rezeki murah bila bertambah2 susu untuk anak kan..
Yelah, lepas cuba set menyusu Shaklee, Insya Allah memang tidak menghampakan.

Malah saya berani kata memang sangat berbaloi. Yelah, susu badan makin banyak, dapat pula BONUS kulit cantik dan badan makin slim c;

Untuk ibu2 yang susu badan melimpah ruah tu, jangan lupa kene express kelua kalay baby tengah tidur lena ye. Untuk mengelakkan bengkak susu.


Jom kat sini saya nak share tentang tips elak bengkak susu : pengalaman sendiri dan juga dari koleksi Arnie MY dan Jamaliah di group Shaklee GBS c:

1. HOT/COLD METHOD

Untuk saya, perkara paling simple adalah ' firm compression'.
Ada yang tanya hot ke cold method?
Erm sebenarnya untuk peringkat awal, boleh cuba hot method (ala2 hot@ warm saja ye hehe)dulu
Cold method lebih kepada untuk peringkat yang lebih teruk, iaitu prioriti adalah bagi mengurangkan kesakitan ibu apabila payu dara bengkak
Setelah sakit berkurangan, barulah tukar kepada hot method bagi menggalakkan pengaliran susu keluar
Dan supplement wajib sebelum prosedur di atas untuk saya adalah 3 biji lecithin untuk diambil c:

Teknik:
(1) Baring/ Lay down on flat surface
(2) Urut breast dari pangkal breast ke arah nipple. Jika susah buat sendiri, minta bantuan hubby. Urut sampai ada susu terpancut keluar.

- kadang2, susu tak keluar sebab ada lubang susu tertutup. Jadi, cuba bersihkan lubang nipple dahulu
- Bila letak ice pack, kawasan yg sakit/ keras tue akan kurang rasa sakit bila di urut

(3) Bila dah rasa kurang bengkak breast, try to pump sekosong-kosongnya. Maybe try utk dpt 2x let-down
(4) Kalau boleh, sentiasa letak ice pack for the whole day kat breast tue.

Untuk mengelakkan clogged duct pula

(1) Pastikan breast dikosongkan sepenuhnya setiap kali sesi perahan
(2) Jika terasa sakit/ keras di sesuatu area breast yang disebabkan oleh clogged duct, cepat2 kosongkan breast, buat urutan samaada tuam dengan tuala panas ataupun guna "cold method" di atas.
(3) Jika no. 2 masih belum membantu, segera dapatkan rawatan doktor. Jangan lupa inform doktor bahawa anda ibu menyusu
(4) Supplement yang membantu untuk clogged duct/ mastitis:B-Complex, Vita-C, Vitamin E & Lecithin

**

Semua ini adalah apa yang boleh kita para ibu buat di rumah.

Tapi, kalau dah sampai demam2 dan sakit berpanjangan, kena terus pergi berjumpa doktor masing2. Antibiotic mungkin akan diberikan. Manakala bagi clogged duct yang disebabkan nanah pula, pembedahan mungkin diperlukan.

Ini pula petua dari Pa Ma,apabila ibu mengalami masalah bengkak susu

1. Pakailah coli menyusu yang memberi sokongan, termasuk pada waktu malam. Pastikan ia benar-benar padan dan tidak terlalu ketat.

2. Susukan bayi anda dengan kerap, iaitu setiap dua atau tiga jam, walaupun terpaksa mengejutkan bayi anda daripada tidur.

Pastikan bayi menyusu daripada kedua-dua belah payu dara pada setiap penyusuan. Cuma pastikan sebelah yang pertama tadi telah dihisap sepenuhnya sebelum memberikan yang sebelah lagi. Pada sesi penyusuan yang berikutnya, mulakan dengan sebelah payu dara yang terakhir dihisap.

3. Mungkin sukar untuk bayi melekap pada payu dara ibu apabila areola, iaitu kawasan kulit gelap di sekeliling puting, sangat keras. Untuk memastikan bayi melekap dengan betul, perah dengan tangan (kaedah marmet) atau pam susu keluar sehingga areola menjadi lembut.


Satu cara untuk memudahkan pengeluaran susu ialah dengan meletakkan tuala panas di dada, ataupun mandi dengan air suam sebelum memerah.

Air suam mandian itu sendiri mungkin boleh menyebabkan susu keluar dengan sendirinya dan dapat melembutkan areola. Ini mungkin akan memakan masa. Sabarlah, dan teruskan mencuba!

4. Semasa bayi sedang menyusu, urut payu dara yang sedang dihisapnya perlahan-lahan. Ini dapat membantu pengaliran susu dengan lebih lancar dan turut melegakan sedikit ketegangan dan ketidakselesaan pada payu dara.

5. Jika payu dara terlalu penuh dengan susu, menggunakan pam sekali-sekala untuk mengeluarkan susu berlebihan adalah elok dan tidak akan memburukkan keadaan. Penghasilan susu yang berlebihan hanya akan berlaku jika si ibu mengepam lebih daripada keperluan bayinya sedangkan bayi itu sudah menyusu dengan baik.

6. Menyikat payu dara yang bengkak (sikat menghala ke puting).

7. Sesetengah wanita mendapati, meletakkan daun kubis segar pada payu dara boleh membantu melegakan kesakitan, walaupun tiada bukti untuk menyokongnya.

Daun kubis itu mungkin ada kesan penyejukkan tetapi ia tidak dapat mengubati penyebab sebenar payu dara bengkak iaitu susu tidak dikeluarkan daripada payu dara dengan efisien (buat sesekali sahaja kerana jika diamalkan selalu boleh menyebabkan susu kering).

8. Ambil cuka makan dan campurkan dengan air di dalam piring. Ambil kapas, celup dan sapu pada sekeliling payu dara. Jangan sampai terkena bahagian puting. Lakukan setiap hari sehingga tiada lagi masalah bengkak.

9. Ambil beberapa helai daun sirih dan disapu minyak zaitun di permukaan hadapan. Layur daun sirih tersebut di atas tudung periuk. Tekap pada payu dara bila daun agak-agak suam. Selain daripada melancarkan pengeluaran susu, ia juga mengurangkan rasa sakit bengkak.

10. Urut payu dara sedikit sebelum mengepam. Buat urutan membulat seperti pemeriksaan payu dara pada kawasan yang ada rasa berketul-ketul.

Jika anda tidak dapat menahan sakit, anda boleh ambil ubat tahan sakit seperti paracetamol dengan nasihat daripada doktor


Hubungi saya untuk maklumat lanjut:

Your Shaklee Independent Distributor; Najmi Anuar (ID 854348)

♥ SMS/call/whatsapp/: 010- 2325408
♥ Email: mommyqalesya@gmail.com
♥ Facebook: https://www.facebook.com/najmi.anuar.1
♥ Pengedar shaklee anda di Penang dan seluruh Malaysia: COD di kawasan Jawi dan SPS (SPU/SPT Penang/Island mengikut kawasan)

No comments: