Pages

Translate

Search This Blog

30 September 2013

Tumbuhan hiasan cantik tapi beracun!

Hari ini sebenarnya plan nak pergi ke Program Shaklee untuk kumpulan Intifada di Kepala Batas. Tapi sebab tempat ditukar kembali ke Sg Petani, alamat memang saya tak boleh pergi lah sebab hubby tak benarkan drive sesorang :c

Tak apalah. Itu kan tanda sayang.. kan daddy kan? Hehe tengah hari tu kami ke kedai letrik. Hubby pula tiba2 semangat nak cari pokok bunga. Agaknya dia kesian kan bunga ubi saya hari tu, tak ada kawan melainkan pokok bunga kembang pukul 10 tu (",)

Modal semua 4pokok dengan 1 pasu tinggi dan 1 pasu rendah tu tak sampai rm80.Tanah (6hitam 1 merah)7 paket rm10.

Orang dulu2 tak perlu beli tanah pun.Tapi kalau nak buat macam orang dulu2, alamat tanam pokok pakai batu la sebab rumah kitorang ni tanah baru. Hehe

Ok lah. 1st time ni nak serius berkebun. Sebelum ni 'tanam semula' serai n pokok ubi tu adalah lah. Itupun mak abah kitorang yang tanamkan hehe

* Padahal bulan depan ni je pun kitorang nak pindah keluar penang, semangat la sangat haha

Perkara pertama yang daddy buat adalah proses gaul tanah. Orang kedai tu cakap 2 hitam+ 1 merah.Layan..c:


Siap tukar pasu dan tanam semula pokok hiasan pertama. Namanya pokok birah atau pokok pisang tanah.

Kami pun tak tahu nama sebenar pokok ini, masa beli semalam sebab dia nampak cantik je, tapi tak sangka pula beracun sampai mak kat kampung beritahu semalam :C

BAHAYA pokok hiasan ni. Jom tengok info:

The name of this plant is dumb cane.
Botanical name: Dieffenbachia
Family: Araceae

Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya.

Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.

Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah.

Kesan apabila mengigit daun beracun- Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas.

Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Selain itu ia juga senang tumbuh berdasarkan iklim negara ini. Daunnya yang besar dan hijau; menyebabkan ianya selalu diletak di kawasan taman awam.

Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera.

sumber: pangkah bulat, tq c:


Ini pula tanah khas untuk pokok bunga ubi tu. Hari tu kan tak boleh transfer tanah sebab akar dia dah melekat dalam pasu lama. Haa ni dah boleh tukar pasu (pasu pendek luas tu), lepas ni boleh lah pulangkan pasu SN Jam tu semula

Oh ya, lama betul pokok ini adalah pokok bunga kemboja, atau Adenium Obesum. Getahnya boleh dijadikan racun untuk ikan
c;


Pokok ke 3 dan ke 4, bunga lavender dan ati- ati. Bunga lavender ni, orang nursery tu pesan suruh potong tangkai sampai bawah bila bunga dah layu. Itu je pesanan penaja?

Tapi dengar2 jugak orang kata yang lavender ni sensitif sikit hehe nasib la, moga2 hidup segar di laman rumahku (",)

Info tentang bunga lavender di sini

Untuk bunga ati- ati ni, memang sangat unik kan sebab daun dia yang warna warni tu pun dah boleh cantikkan laman rumah. Tak adalah hijau memanjang.

Bagusnya, pokok at-ati ni pun murah. Eleh, mintak kat jiran pun mesti dapat punya, free lagi hehe. Pokok ati- ati ini dikatakan banyak khasiat antaranya sebagai ubat batuk, ubat asma, ubat untuk luka-luka dan lecur.


Siap proses tanaman hari ini. Tapi esok hubby kata nak buang terus pokok pisang tanah tu. Tak apalah rugi rm28 pun, yang penting keselamatan anak- anak. Silap kami juga tak survey2 dulu huhu

Tapi saya ingat lepas ni nak tanam pokok herba je. Boleh guna buat makan lagi. Hehehe

p/s: sebarkan tentang bahaya pokok hiasan ini. Sayangi insan2 tercinta anda!



27 September 2013

Pertolongan Segera! Help me plezzz!! :c

Ni pokok bunga no 2 nak jaga sendiri..Pokok bunga jari lipan sebelum ni pun abah yang tolong tanam dari tg malim. Import dari Perakl ke Penang tu hehe

Pokok ni pulak namanya pokok bunga ubi. Erm penat jugak google2 tapi tak jumpe pulak nama komersial dia huhu

Apapun sebelum ni, dah beberapa kali juga pokok ni bertapak dalam kereta SN Jam.

Kali ni baru yang betul2 jadi ambil. Yelah, sampai 3hari berturut2 saya call SN Jam ingatkan bawa p hospital: dengan perassan tak malunya sebab excited nak jaga pokok sendiri ( ",)

Kondisi asal pokok bunga ni.siap dapat pasu berat lagi jangan jelesss haha

Masa bawa keluar dari ward, semua orang pakat pandang2 hihi buah tangan tak ternilai ni. TQ Kak Jam!!mmMuahh! c:

Oh ya, SN Siti Noor pun ada juga kan pokok ni..Kaler pink/purple. Nanti nak bagi anak dia kat saya juga kan hehe

Oh berbalik pada pokok yang ni..Tengok..

Alamak! Apa dah jadi ni?


Pokok kesayangan dah berubah wajah

Huh baru 36jam kat tangan!Macam ni tak sempat la nak tengok bunganya bertanduk..huh

Memang tak tahu nak buat apa!tak cukup magnesium kot pokok ni??Sedih..Nak cari baja lah..tak tahu jenis apa juga!

Arghh adakah aku ini bertangan panas? Hoho suatu cabaran!

Siapa2 boleh bagi cadangan nak rhesus pokok ni? Plezzzz :c

23 September 2013

Ada labu lebih kat rumah..Resepi labu plezzz!!

Rasa makin rindu pula dekat abang long hazim.

Last week tinggalkan kejap di kampung, erm memang rasa tak sabar pula nak ambil semula hujung minggu ni c:

Urm..Hehe ketotkan cucur labu bawah ni? Hehe come2 ler sebab ni untuk minum petang abang long hazim

* Ni balance dari masak lemak labu hari tu, makan dengan nasi + ikan masin haha memang pergh!!c:


Untuk adik qalesya pun boleh, tapi kami bagi isi dalam je

Manisnya labu bila siap direbus kan?

Rebus->Lenyek-> Gaul tepung->Tambah susu->Digoreng-> Siap minum petang abang long!

Hah. Apa lagi resepi berkaitan labu?

- Bingkang labu @ nama glamer pai labu (" ,)
- Pengat labu gula melaka
- lepat labu
- kuih koci labu
- kuih sagu berlabu
- puding labu
- Labu kukus/ stim + kelapa parut muda & gula pasir
- pumpkin salad (labu rebus+ gaul bersama mayonis)
- kuaci biji labu
- kereta kuda labu (bersama ahli sihir dan cik Cinderella)

Banyak2 menu labu ni,yang mana pilihan hati anda? (" ,)

Khasiat daripada tumbuhan ini boleh dibahagikan mengikut buah, biji, daun atau bunganya.

**
Labu bukan sahaja manis kerana isinya. Tapi ia juga kaya dengan vitamin A dan C. Buat pengetahuan anda, vitamin A dan vitamin C adalah antara dua jenis vitamin yang paling tinggi dalam isi labu.

Selain itu, labu juga mengandungi sumber kalsium, fosforus, zat besi, beta karotin dan serat.

Oh ya, ada kajian yang dilakukan oleh Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) : menyatakan sumber serat atau fiber yang tinggi dalam labu turut berfungsi mengawal nafsu makan!c:

Jangan2 lepas ni ada pula yang berdiet dengan labu sahaja hehehe





22 September 2013

Vivix & Gla Complex: Testimoni cancer & Cyst

Vivix benarnya merupakan antara hot produk terbaik Shaklee. Namun buat yang pertama kali, memang pasti ada yang ragu2 untuk mencubanya.

Harga nya mahal?

Erm, pada saya ia bergantung kepada sejauh mana anda menilai kehebatan vivix. Ia merupakan ramuan semulajadi 4 bahan terbaik iaitu muscadine grape, purple carrot, elderberry dan polygonum cuspidatum.

Dek kerana mekanisma tindakan vivix yang unik, malah tidak hairan lah ia mampu membuat orang 50-60an kelihatan 20 tahun jauh lebih muda!

Looks younger, not really important but definitely healthier as well!

Di sini adalah antara testimony pengguna vivix Shaklee, dalam salah satu usaha pesakit merawat cancer, bersama GLA complex sebagai usaha mengawal dan merawat sista ovary (ovarian cyst)

*
Malah terdapat juga penyakit seperti kencing manis, Gout, dan darah tinggi yang lebih terkawal setelah menggunakan vivix!

Saya tidak mahu katakana sembuh 100% kerana itu semua kuasa tuhan, tapi cuba fikirkan jika penyakit kita semakin terkawal, tidak mustahil nanti ubat yang anda ambil akan dikurangkan secara berperingkat. Insya Allah c:





Hubungi saya untuk maklumat lanjut:

Your Shaklee Independent Distributor; Najmi Anuar (ID 854348)

♥ SMS/call/whatsapp/: 010- 2325408
♥ Email: mommyqalesya@gmail.com
♥ Facebook: https://www.facebook.com/najmi.anuar.1
♥ Pengedar shaklee anda di Penang dan seluruh Malaysia: COD di kawasan Tg Malim/Teluk Intan/Jawi dan SPS (SPU/SPT/ Penang Island mengikut kawasan)

17 September 2013

Work is (perhaps study as well) LOVE Made visible..

Secara officially telah menjadi pemangku kepada UD52, 2nd boss kat tempat kerja. Dengan audit2 n kerja2 MO2 yang lain bagai.

Erm, Nampak simple, tapi Jumaat lepas dah mula pening dah. Nasib baik few tasks memang dah stat mula buat sendiri awal hujung Julai lepas.

Yang lagi best, time ni jugak lah masa untuk mula betul2 serius stadi Question Bank MRCP tu..Aish hurm..

Ya Allah moga kau berikan aku kekuatan dan pertolonganMu dalam menjalankan tugas2 ini..

Dan Semoga bos dapat menunaikan Haji di Tanah Suci Mekah dengan sempurna dan mendapat haji mabrur..

Amin..c:

13 September 2013

Kesiannya makcik tua tu, dah lama sakit lutut..sampai bengkak!


Apa itu Osteoarthritis? (OA)

Osteoarthritis lebih mudah dikenali sebagai sakit sendi. Ia merupakan sejenis penyakit sendi yang mempunyai ciri keradangan. Sendi pula ialah bahagian badan di mana dua tulang berlainan bertemu.

OA berlaku apabila tulang rawan yang membentuk permukaan sendi menjadi haus. Ini akan menyebabkan sendi menjadi bengkak, sakit dan kebas dan menjadi punca kepada kemerosotan sendi tulang yang progresif (penyakit degeneratif sendi).


Keradangan berlaku kerana darah (tidak cukup khasiat) yang dibekalkan kurang meskipun seseorang itu sihat. Ini kerana, tubuh badan tidak boleh menghasilkan zat makanan yang mencukupi bagi menyelaras dan memastikan kadar pemulihan dan pembaharuan yang diperlukan.

Sendi yang selalunya berlaku keradangan adalah lutut. Hal ini demikian kerana, lutut adalah sendi yang menampung berat badan kita dan sentiasa digunakan sepanjang hidup kita.

Berikut adalah tanda-tanda penyakit Osteoarthritis:

1. Sakit pada sendi yang terlibat.

2. Kesukaran untuk membengkokkan atau meluruskan sendi akan berlaku.

3. Sesetengahnya akan mengalami kebengkakan.

4. Adanya pembesaran tulang sendi dan kemudian menjadi 'deformed'

Perkara pertama,pesakit akan mengadu sakit2 lutut terutama setelah berjalan lama, atau sukar melakukan pergerakan melibatkan sendi lutut.

Pemeriksaan akan dilakukan dan X ray akan dibuat oleh pihak hospital.Mengikut kategori, pada peringkat awal, ubat tahan sakit (makan atau sapu) akan diberikan bersama2 latihan physiotherapy.

Pada masa inilah, pengambilan supplement yang betul dapat membantu mengurangkan sakit.


Advanced Joint Health Tablet (AJHT)

AJHT memberikan manfaat kepada kesihatan sendi dalam tiga(3) cara :

(i) menyokong keselesaan sendi
(ii) memelihara tisu penyambung yang sihat
(iii) meningkatkan kesan kusyen

Omega Guard pula

Omega Guard berfungsi melambatkan degradasi tulang rawan. Ia boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi.

Jadi ia boleh membantu mengurangkan gejala-gejala dalam penyakit sendi. Omega juga bertindak sebagai pelincir. Ia membantu kita untuk bergerak dengan lebih bebas.

Kajian terkini menunjukkan pengambilan asid lemak omega 3 bersama glukosamina dapat meningkatkankesihatan sendi daripada mengambil glukosamina sahaja.

Ostematrix bagi mengekalkan sel tulang sihat

Ostematrix istimewa kerana membekalkan kalsium, vitamin D bersama magnesium dan mineral penting lain

Kalsium penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligamen.

Magnesium pula diperlukan untuk mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dengan mencegah pembentukan kalsium dalam tisu-tisu lembut dan sendi-sendi.

Ramai orang mengambil terlalu banyak kalsium tetapi tidak cukup magnesium. Kajian menunjukkan pengambilan kalsium berlebihan bukan sahaja membantu menguatkan tulang temulang tatapi juga membantu mengurangkan gejala osteoarthritis.

Supplement lain yang turut dicadangkan bagi mengoptimakan kesihatan sendi

Vivix: mengimpak 4 mekanisma utama penuaan selular

Collagen powder: Menggalakkan sendi sihat

Vita Lea Multivitamin: Vitamin dan mineral yang lengkap dan sempurna

B complex: Mengurangkan stress

Alfalfa: Mengurangkan keasidan tubuh

Herb Lax: Membersihkan usus

Namun, jika OA itu terlalu kritikal atau sudah menimbulkan kecacatan (deformed knee), rujukan kepada pakar akan dibuat dan pesakit akan mendapatkan rawatan suntikan sendi, dan seterusnya pertimbangan bagi membuat pembedahan (knee replacement) mengikut keadaan pesakit

Mencegah lebih baik daripada merawat. Dapatkan pandangan pakar yang sesuai, agar insan tersayang anda dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut:

Your Shaklee Independent Distributor; Najmi Anuar (ID 854348)

♥ SMS/call/whatsapp/: 010- 2325408
♥ Email: mommyqalesya@gmail.com
♥ Facebook: https://www.facebook.com/najmi.anuar.1
♥ Pengedar shaklee anda di Penang dan seluruh Malaysia: COD di kawasan Tg Malim/Teluk Intan/Jawi dan SPS (SPU/SPT/ Penang Island mengikut kawasan)




12 September 2013

Sedapnya Sup Ayam bila Demam!

Dah 2 hari ade URTI. Tapi hari ni yang paling teruk. Bangun pagi, langsung tak ada suara!

Lepas hantar abang ke rumah pengasuh dan adik Qalesya ke taska terus ke hospital macam biasa. Lepas punch in, rasa badan mula tak sedap. Sebelum tu pun dah pening2 sikit2 jugak

Huhu akhirnya MC juga hari ni.Balik rumah hajat nak makan roti canai, tapi tak ada selera pulak. Last2 sarapan dengan tripple gem + peel fresh oren jugak yang jalan.

Tak ketinggalan, 1 paket lagi nutriferon kene masuk huhu (paket pertama semalam). Tapi saya makan juga tab bisolvan sebab takut batuk makin teruk, kesian pula budak2 tu nanti

Lepas zohor, perut dah mula lapar! Haha badan pun dah mula berpeluh ni, bagus2. Rasa teringin pula nak makan sup ayam panas. Erm nak cecah dengan roti, macam gaya atok makan kat kedai mamak hehe


Cara2 masak:

1. Rebus ayam dalam periuk, bila mendidih masukkan sup bunjut tulang Adabi (senang, semua ada hehe)

2. Kemudian, tumbuk bawang merah+ bawang putih+halia sampai lumat-> Tumis sampai kuning garing (jangan hangit)dengan minyak (saya pakai Neuveda oil, jaga kolestrol tu ha)


* Dah lah memang ade selsema, menjadi2 pula dia masa menumbuk ni. Nak makan sup punya pasal huhu

3. Masukkan bahan di tumis garing tadi dalam periuk

4. Masukkan kentang diikuti batang saderi, karot dan tomato


* Sape nak masam lagi, boleh tambah asam limau, dan kalau minat pedas tambah ler cili api dalam tu (buat cili api kicap pun masyuk nyum2)

5. Sebelum angkat, campurkan daun bawang dan lada hitam tumbuk c:


Haha berapa banyak kalori dah masuk ini hari, demam + sakit tekak punya pasal (" ,)

Sebelum kahwin, saya memang tak pernah berjaya buat telur tiga suku masak ni (hubby saya panggil telur separuh mentah hehe). Rupanya senang nye lah amat. Hehe sape tak tahu meh sini aku tunjuk he

Orait. Lepas ni boleh solat asar dan ambil hero2 kecik. Kena kemas rumah jugak sebab malam nanti superhero daddy balik! Rindu! c:

shaklee September 2013 promotion: CoQ Health Plus ( buy 6 get 1 free)



Menurut KKM (Kementerian kesihatan Malaysia) , 1 daripada 6 kematian adalah disebabkan oleh strok atau sakit jantung di Malaysia.

Bukanlah bermakna sakit tersebut boleh dielakkan 100%, tetapi kadar kematian disebabkan strok dan sakit jantung dapat dikurangkan dengan pengamalan gaya hidup sihat, selain dengan mengawal ' underlying disease' seperti kencing manis, darah tinggi dan tinggi kolestrol.

Bercakap tentang gaya hidup sihat, antara amalan yang boleh diamalkan:

1. Bersenam sekurangnya 3x seminggu
2. Menjaga pola pemakanan
3. Tidak merokok atau mengambil minuman beralcohol
4. Kawalan stress

Mengapa Con enzyme Q10 (CoQ Health Plus)Shaklee istimewa:

CoQ Health Plus mengandungi campuran bahan semulajadi 28mg coq10 dengan tambahan vitamin e dan ektrak teh hijau. Setiap kapsul diformulasi dengan minyak kacang soya untuk mengoptimakan kadar penyerapan.

CoQ Health Plus telah didapati membantu:

- Menyokong penghasilan tenaga untuk jantung
- Menggalak dan melindungi arteri sihat terhadap pengoksidaan LDL
- Meningkatkan peredaran darah
- Menambah dan mengekalkan paras CoQ10 di dalam darah


klik di sini untuk manfaat2 dan testimoni CoQ Health Plus

Kalau di masa pelancaran CoQ Health Plus dahulu, promosi ini hanya berlangsung selama 1 hari sahaja pada 8 Jun 2013, dan ramai yang tak sempat 'grab' peluang hari tu.

Jadi, kali ini jom kita ramai2 rebut promosi bulan September ini. Hanya 30 hari sahaja, dan hari ini pun sudah 12hb! c;


Hubungi saya untuk maklumat lanjut:

Your Shaklee Independent Distributor; Najmi Anuar (ID 854348)

♥ SMS/call/whatsapp/: 010- 2325408
♥ Email: mommyqalesya@gmail.com
♥ Facebook: https://www.facebook.com/najmi.anuar.1
♥ Pengedar shaklee anda di Penang dan seluruh Malaysia: COD di kawasan Tg Malim/Teluk Intan/Jawi dan SPS (SPU/SPT/ Penang Island mengikut kawasan)



08 September 2013

Sila share: 9 Mimpi Nabi Muhammad SAW

Sharing from Allahyarham Dato' Haji Fadzil Bin Mohd. Noor

-->selepas baca SILAKAN SHARE...


Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.


BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

07 September 2013

Isteri sibuk bekerja, suami jadi surirumah?

Semalam pasif yang amat membahagiakan. Sebab tak kena active! haha

Tapi hari ni rupanya lebih bertuah berbanding semalam. Pukul 10am dah ada patient nak t/o ke seberang.

Huhu round ward ada 2 patient tak sempat nak habiskan, jadi pass over kat 1st call hehe diorang tu pun chronic but stabil pt je pun c;

On the way balik ke hosp (masih dalam ambulance) ade pulak makcik ni call. Aish kawan aku nih jonah tul, bleh sume ambulance keluar, pulak tu ade 1 lagi urgent case juga t/o. Berlari2 la balik ambulance ktorang nak bawak t/o pt tu plak huhu

Keluar lah lagi. Balik semula hospital pukul 7mlm. Turun depan A/E ada lagi patient intubated! :c huhu murah rezeki hendaknya aku ni..

Erm tak apalah, yang penting patient2 semua selamat, amin c:


skipped lunch, so dinner ni pekena lamb chop dulu hee

Ni baru free. Jumpa kak Aida sat pass Tripple Gems Shaklee, haha baru bertenaga pas kerja shift malam nanti (" ,)

Dan masa ini jugalah baru dapat jejak duduk atas tilam oncall. Lepak2 sambil dengar lagu yang ntah mana terdelete dalam hard disk pusaka tu.

Ok selamat on call buat partner 1st call ku, buat cik MO passive call tu Insya Allah kitorang tak activate kamu dah! Cukuplah siang tadi kamu dah mai sini he c:

Untuk encik daddy, tq buat sekian kalinya tolong jaga baby2 kat rumah. Jangan nakal ok anak2. Esok pagi mama balik! c:




06 September 2013

Kahwin lebih 2 tahun. Tapi masih belum hamil !

Allah berfirman, ertinya :

“Wahai manusia ! Bertaqwalah kamu kepada Tuhanmu, yang telah menjadikan kamu dari satu diri, dan daripadanya dijadikanNya serta dari keduanya Dia memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Bertaqwalah kepada Allah yang kamu telah bertanya tentang namaNya yang peliharalah keluargamu. Sesungguhnya Allah Pengawas atas kamu.”

Setiap pasangan yang berkahwin pasti menginginkan anak bagi menyambung zuriat masing- masing. Namun bukan semua yang dapat memperoleh rezeki tak ternilai ini.

Bagi yang sudah lama berkahwin, tetapi masih belum mendapat anak; saya nasihatkan agar mendapatkan pemeriksaan lanjut doktor masing2.Pemeriksaan darah, tubuh anggota dan imbasan prosedur tertentu akan dijalankan oleh pihak pakar.

Ini disebabkan, terdapat banyak faktor dan sebab2 sukar/tidak boleh hamil. Antaranya:



Menurut pandangan pakar O&G, berikut adalah antara perkara penting sebagai persediaan diri yang sihat untuk memperoleh zuriat:

1. Bersenam

Bersenam bukan sahaja menyihatkan badan, malah memberi kesegaran minda.

Badan yang sihat dan minda yang tenang menurunkan paras stress dan meningkatkan hormon kesuburan anda.

2. Mengelakkan pencemaran

Kita sememangnya tidak dapat lari dari pencemaran, apatah lagi pencemaran udara.

Namun, kita boleh menghentikan diri dan keluarga kita dari menjadi punca dan mangsa pencemaran dengan mengamalkan ‘green-living’.

Perkara mudah lain adalah: SAY NO to merokok!!

3. Mengambil supplement (vitamin & mineral) untuk menambah kesuburan


ESP

Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan dan proses pembentukan janin

Vitalea

Ia merupakan multivitamin & multimineral yang membekalkan kesemua mineral yang diperlukan oleh tubuh. Tubuh kita tidak mendapat nutrien yang mencukupi dari diet seharian kita, jadi pengambilan vitalea dapat mengisi kekurangan nutrien yang dihadapi oleh tubuh.

Ia perlu diambil oleh suami & isteri bagi memastikan badan sihat. Apabila tubuh mempunyai nutrien yang mencukupi, ia akan berfungsi dengan lebih baik & bersedia untuk hamil.

Vitalea memastikan sel badan anda, terutamanya sel benih mempunyai nutrien secukupnya supaya janin anda terbentuk daripada sel yang sihat.

B Complex

Wanita yang merancang untuk hamil sangat memerlukan B Complex kerana ia mengandungi Asid Folik yang penting dalam pertumbuhan bayi diperingkat awal kehamilan, terutama sekali bagi mengelakkan masalah spina bifida.

Untuk suami, B Complex akan memastikan sperma yang dihasilkan adalah berkualiti. Semasa saya merancang untuk hamil, saya terus makan B Complex walau pun belum hamil bagi memastikan badan saya kaya dengan Asid Folik.

Vitamin C

Bagi lelaki, vitamin C membantu mencegah penggumpalan sperma dan menjadikannya lebih bergerak aktif (sesuai untuk perokok).

Bagi wanita, ia membantu mengawal keseimbangan hormon, menguatkan sistem imunisasi dan meningkatkan kesuburan.

Keunikan Vita-C Shaklee adalah pada sistem "sustained release" di mana vitamin C akan dilepaskan secara perlahan dan akan bertahan lebih lama dalam badan.

Vitamin E

Berfungsi menyuburkan organ reproduksi. Untuk suami, ia berfungsi untuk meningkatkan kelelakian, memekatkan air mani & menghasilkan sperma berkualiti yang sihat, aktif & gagah.

Antara keunikan Vitamin E keluaran Shaklee adalah ianya dilengkapi dengan Selenium, salah satu unsur penting untuk meningkatkan kuantiti sperma pada lelaki dan mengurangkan risiko kecacatan pada bayi.

*Vitamin E sering digunakan oleh pakar kesuburan dalam kaedah rawatan IVF. Ia merupakan sejenis antioxidant yang mampu meningkatkan kesuburan.

Alfalfa

Alfalfa mengatasi masalah senggugut, keputihan, hadi tidak teratur, gejala PMS, berfungsi seperti kacip fatimah & sememangnya vitamin wajib bagi setiap wanita.

Pendek kata, alfalfa membantu supaya organ intim anda sentiasa "cantik" untuk suami. Anda boleh klik di sini untuk mengetahui kebaikan alfalfa Shaklee.

GLA ( Untuk isteri)

GLA berfungsi untuk menghasilkan cecair kesuburan yang memberi ruang kepada sperma untuk hidup di dalam tiub falapio selama 5 hari.

Ia membantu sistem peranakan kita supaya bersedia untuk proses persenyawaan & proses implantasi telur yang telah disenyawakan.

Ia juga menstabilkan hormon kewanitaan kita supaya badan menghasilkan telur berkualiti setiap bulan & membetulkan kitaran haid supaya teratur.

Zinc Complex

Untuk suami:
Ia membantu menjaga fungsi organ seksual dan penghasilan hormon testosterone.Zinc berfungsi untuk menghasilkan sperma yang sihat & berkualiti supaya dapat hidup lebih lama di dalam uterus isteri.

Ia juga bagi menghasilkan sperma yang kuat & mampu berenang dengan laju dalam proses mencari ovum isteri. Jadi, kekurangan zinc pada lelaki akan menjejaskan bilangan, pergerakan dan kesihatan sperma.

Untuk wanita:
Zinc juga membantu meningkatkan kesuburan bagi wanita. Ia membantu hormon oestrogen dan progesterone berfungsi dengan baik dan membantuk menghasilkan telur yang matang dan berkualiti untuk proses persenyawaan.

Zinc juga berfungsi melindungi sperma supaya dapat hidup dengan lebih lama di dalam rahim & membunuh bakteria didalam vagina.


testimoni pengguna set kesuburan

Dengan belian set ini, anda juga akan dibimbing tentang cara pemakanan vitamin, kiraan waktu subur, dan tips hot yang exclusive hanya untuk customer manjaku qalesya.

Banyak nya vitamin? Sebab itu anda perlukan konsultasi. Malah, terdapat set asas kesuburan, jadi

Hubungi saya untuk maklumat lanjut:

Your Shaklee Independent Distributor; Najmi Anuar (ID 854348)

♥ SMS/call/whatsapp/: 010- 2325408
♥ Email: mommyqalesya@gmail.com
♥ Facebook: https://www.facebook.com/najmi.anuar.1
♥ Pengedar shaklee anda di Penang dan seluruh Malaysia: COD di kawasan Tg Malim/Teluk Intan/Jawi dan SPS (SPU/SPT/ Penang Island mengikut kawasan)

* Manusia hanya mencuba dan merancang, sesungguhnya Allah yang menentukan.