Google+ Followers

Followers

Wednesday, August 28

Energy Tea & Tips Balik Kampung

Siapa belum cuba teh ni?

Agak2 mesti ada yang rasa harga dia mahal haha tapi sebenarnya berbaloi dengan keenakan dan kualiti Shaklee!!


Cinch Energy Tea Mix yang memang urmph!!



Bercakap tentang tenaga, saya sendiri bila terjaga tengah malam (kira2 pukul 1 pagi sebab tidur sekali dengan anak pukul 9malam tu hehe) selalu juga ambil cinch energy tea mix ini.

Bukan apa, nak bagi segar badan. Pernah lepas minum tu (saya suka minum panas, perah sikit limau nipis dan letak madu)saya mengemas rumah sampai pukul 4 pagi.

Memang tak rasa penat pula, mengemas dan sapu lantai, mengemop dan cuci kipas siling. Last2 tu sebab adik bangun nak menyusu tu baru masuk tidur semula hehe

Dan, tea mix ini pun memang bagus diambil sebelum perjalanan jauh. Jom tengok TIPS BALIK KAMPUNG/PERJALANAN dari hazminhamudin.com:

Sebelum perjalanan

1. Pastikan anda merancang dahulu perjalanan anda seperti bilakah tarikh dan pukul berapa anda akan bertolak. Hal ini penting bagi mengelakkan anda tidak tergesa-gesa serta dapat menghindari dari terlibat dalam kesesakan jalanraya.

2. Bawalah kereta ke pusat servis yang bertauliah dan servislah kereta ada. Periksa komponen enjin seperti enjin, bateri, tali kipas, air radiator, lampu depan, isyarat, lampu brek, lampu kecemasan, tekanan angin tayar serta tayar simpanan, brek tangan serta pengilap cermin.

3. Pastikan anda rehat dan tidur dengan secukupnya. Elakkan memandu selepas anda pulang dari tempat kerja. Jika anda keletihan, hal ini boleh mengganggu konsentrasi anda ketika memandu.

4. Elakkan minum minuman keras atau mengambil ubat yang boleh member kesan mengantuk seperti ubat batuk atau selesema kerana ia boleh mengganggu tumpuan anda.

5. Elakkan daripada perasaan marah sebelum memulakan perjalanan. Kemarahan boleh membuatkan anda stres, hilang pertimbangan dan tidak menghiraukan peraturan lalu lintas. Hal ini boleh membahayakan nyawa anda serta orang lain.

6. Sebelum memulakan perjalanan, pastikan anda mengisi tangki minyak dengan sepenuhnya bagi mengelakkan kenderaan kehabisan petrol di tengah-tengah jalan raya.

Semasa perjalanan

1. Pastikan anda dan setiap penumpang memakai tali pinggang keledar kerana ia boleh menyelamatkan nyawa.

2. Jika anda membawa bayi kecil, jangan mendukung bayi sama ada di bahagian tempat duduk hadapan mahupun belakang. Pastikan tempat duduk keselamatan khas digunakan.

3. Jika anda berasa mengantuk atau keletihan, ambillah masa untuk berhenti di kawasan rehat yang disediakan. Pastikan anda membuang air semasa berhenti dan berjalan bagi meregangkan otot anda.

4. Jangan meninggalkan barang-barang berharga di dalam kereta semasa anda berada di kawasan rehat. Pastikan pintu kereta dikunci bagi mengelakkan sebarang kecurian.

5. Jika memandu ketika hujan lebat, perlahankan kelajuan kenderaan dan pasang lampu hadapan. Elakkan daripada memandu laju kerana keadaan jalan raya yang licin boleh mengakibatkan kecelakaan.

6. Jarakkan kenderaan anda serta elakkan dari mengekori kereta hadapan terlalu rapat. Hal ini dapat mengelakkan dari kemalangan berlaku.

7. Amalkan pemanduan berhemah. Gunakan cermin pandang belakang dan sisi untuk memastikan keadaan selamat. Beri isyarat sebelum menukar lorong atau memoton. Jangan menghalang kenderaan lain, kerana ia boleh menyebabkan pengguna lain hilang sabar.

8. Jika korang melaksanakan ke semua tip di atas, insyaAllah risiko kemalangan jalan raya dapat dikurangkan dan anda akan sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat.

**


Hubungi saya untuk maklumat lanjut:

Your Shaklee Independent Distributor; Najmi Anuar (ID 854348)

♥ SMS/call/whatsapp/: 010- 2325408
♥ Email: mommyqalesya@gmail.com
♥ Facebook: https://www.facebook.com/najmi.anuar.1
♥ Pengedar shaklee anda di Penang dan seluruh Malaysia: COD di kawasan Jawi dan SPS (SPU/SPT/ Penang Island mengikut kawasan)

No comments: