Google+ Followers

Followers

Tuesday, June 24

Tart Nenas Bunga versi Mama Hazim


Resepi tart nenas Kak Gee ( blogger kelantan) dalam majalah saji June 2014:

1. 250gm mentega
2. 80gm gula kastor
3. esen vanilla
4. 1 biji kuning telur
5. 300gm tepung gandum ( saya guna red rose balance Biskut Nestum Ben 10 hari tu)
6. 80gm tepung jagung
7. sedikit warna kuning- saya tambah
8. Jem Nenas - buat sendiri boleh beli pun no prob (" ,)

Yang ini pula optional, kalau nak buat bentuk bunga sediakan:

9. sedikit pewarna hijau
10. penerap bunga dan bintang

* selain bentuk bunga, boleh buat bentuk tart gulung atau buah strawberi, comel juga kan hehe

Cara2 Nya

- Pukul mentega dan gula

- Masukkan esen vanilla dan kuning telur

- Masukkan tepung dan gaul sebati hingga jadi doh yang tidak melekat di tangan

- kalau doh keras dan patah susah nak buat bentuk bunga. jadi, tambah kan sedikit minyak sapi

- terap ikut bentuk tart yang diingini dan bakar oven suhu 170 degree selama 20minit

* ini ikut oven masing2 ya, oven saya tu boleh guna up smp 160 degree je kalau tak kompom hangus hehe

Ok. macam mana buat bentuk bunga?

Ha tq kepada azlitamasammanis, kalau nak lebih detail di blog azlita ni memang ada betul2 step by step cara buat bunga.

Memang sangat mudah difahami. No 1. siapa tak faham lagi memang nak kena la tu he


Ini alatan wajib yang ada. Pastikan penerap anda tu comel2 je supaya bunga tu cun je nantinya.

untuk buat daun, cuba cari penerap yang mempunyai 6 kelopak terus lebih mudah, jadi boleh terapan boleh terus dipotong dua bagi menghasilkan 2 kuntum bunga.


Untuk memudahkan kerja, bulatkan inti / jem nenas tu. saya bujurkan sedikit di satu bahagian supaya senang nak balut separuh dengan doh.


SIapkan bunga dulu, kemudian simpan sikit doh dan letakkan pewarna hijau.

Terap dengan bentuk acuan tajam 6 atau 5 bintang pun ok, kemudian adjust la supaya boleh dijadikan daun

Haha ok siap untuk dibakar. Lapik loyang bakar dengan racing paper atau griskan dengan butter pun boleh. Tak nak bagi lekat je


Orait. Selamat mencuba.

Ini tart nenas versi gergasi, sebab ada sorang tu tido awal pula, kata nak teman mama sambil tengok bola hehe c:

Yang pasti, resepi ni memang saya suka. Tak berapa gebu,tapi ada macam rangup2 sikit. Ops saya memang bukan peminat tart gebu yang cair di mulut tu, susah nak menyimpannya hehe






Nak Kulit Cantik Percuma!!

Kembali bernafas. Tak terlepas satu hari. Apapun ALhamdulillah, baru lepas restock lagi vitamin E ni

Untuk yang belum mendapat berita atau pernah2 dengar tu, ini nak refresh balik c:

promosi Shaklee bulan June 2014



Percuma ke? Jom BACA DULU c:

Apa yang lebih Untung dengan belian Vitamin E ini?

1. Anda layak mendapat keahlian Shaklee Seumur Hidup
- bernilai RM75 semenanjung
- bernila RM85 Sabah/Sarawak

2. Percuma 1 botol extra vitamin E bernilai RM145

3. Peluang untuk memulakan bisnes sendiri, dengan sokongan penuh daripada Master2 Shaklee group


KENAPA PERLU AMBIL VITAMIN E:

1. mencantikkan kulit

Vitamin E boleh melambatkan proses penuaan

Selain membantu mengurangkan parut dan tanda regang apabila diamalkan konsisten, ia juga boleh dijdikan masker

Ianya juga membantu menghilangkan parut dan jeragat. Membantu wajah nampak lebih berseri dan tidak kusam.

Jangka panjang, nampak muda c:

2. Cegah pertumbuhan abnormal sel terutama kanser

Vitamin E Shaklee dilengkapi dengan selenium bagi kesan yang optimum.

Ia menghalang radikal bebas dan seterusnya memastikan hanya pembentukan sel yang sihat berlaku

3. Meningkatkan kesuburan

antara rahsia antioksidan yang hebat bagi menghasilkan sperma yang berkualiti dan sihat

4. Pengaliran darah dengan lebih lancar

Sebab itu digunakan bagi ibu2 menyusu yang mengalami sumbat susu (clogged duct)

Malah ia dapat mengatasi masalah sarah belakang terutama mereka yang sering mengadu masalah sakit bahagian belakang badan

5. Mempercepat proses baik luka

Pada kulit atau tisu badan yang cedera atau rosak. Contoh paling mudah adalah racked nipple ibu menyusu

6. mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual

Selain GLA complex dan vitamin B + folic acid, vitamin E turut membantu wanita yang mengalami simtom PMS yang teruk


Berminat untuk mencuba?Hubungi:

Your Shaklee Independent Distributor; Najmi Anuar (ID 854348)

♥ SMS/call/whatsapp/: 010- 2325408
♥ Email: mommyqalesya@gmail.com
♥ Pengedar shaklee anda di ipoh dan seluruh Malaysia: COD di kawasan Ipoh dan teluk intan/ tg malim)

♥ Atau mana2 pengedar terdekat anda di senarai ID sebelah c:

Friday, June 13

Jem Nenas untuk Tart Bunga

Cooking is the best medicine!

siapa tahu resepi jem nenas tahan lama boleh share?


Haha baru je siap pagi ni. Tak sampai 10minit angkat dari kuali ( " ,)

Pagi ni alhamdulillah dapat bangun awal. Jam 5 tu..

Dapat lah buat solat tahajud dan solat hajat sekali untuk anak2 dan family, moga2 dirahmati dan lebih murah rezeki: amin

Lepas tu teringat pula nenas dalam fridge. Memang dah siap kupas kulit dan buang mata semalam tapi tak sempat nak masak je

ops ini 1st resepi tak tahulah tahan lama ke tak c:

1. Nenas masak diparut ( ada orang cakap blend pun boleh haha senang kan)
2. Gula pasir
3. sikit pewarna kuning
4. sedikit jus lemon


ini rupa nenas masak. kuning ya bukan putih hehe

untuk siapa yg malas nak buang mata nenas tu pula boleh kupas je tebal sikit tapi erm membazirkan tak baik tu hehe


Basuh tangan bersih2 dan keringkan. lepas tu parut nenas. empulur buang

tak apa sebab, ada yang kata jangan blend mesti parut pula erm mungkin tak nak bagi jem tu halus hancur kot

lagipun memang sedap pun kan makan jem nenas yang ada macam tali2 sabut sikit2 tu c;


masak dengan api perlahan sampai air nenas tu kering.

mesti selalu kacau kalau tak hangit nanti tak best tart nenas tu jadinya


Bila dah hampir kering, masukkan gula pasir dan sekit perahan lemon + pewarna kuning.

kacau sampai likat.

erk rasa geram sangat macam nak tambah je garam sikit tadi haha agak2 boleh kot? tapi saya tak letak ler ( ",)

erm untuk gula tu, lepas parut toskan air nenas tu dalam kuali dan masukkan nenas parut je dalam cawan untuk dibuat sukatan.

nak timbang pun boleh. lepas tu sukatan gula adalah separuh daripada nenas parut tu c:

orait. time to prepare for work!

tapi sebelum terlupa kena siapkan alfalfa shaklee dan esp juga ni dalam kereta. Kawan nak buat milk booster, anak dah 2 tahun- chayok2 c;

p/s: harap2 en hubby boleh ke kedai bake with yen hari ni.

boleh lah buat tart nenas bunga macam di azlitamasam manis tu. cantik! c;

Monday, June 9

Biskut Nestum Rangup Ben 10

Semangat buat kuih raya 2014 dah datang.

Ntah lah, ada sesuatu yang rasa tak best sejak balik tca kat penang hari tu, jadi bila dapat buat kuih/biskut ni rasa puas hati sangat2. ala2 lepas tension gitu hehe

untuk kali ni, biskut nestum coklat cip Ben 10 , resepi daripada majalah saji jun 2014


Memang tidak menghampakan. Crispy dan sweet dia cukup2 je.

Jom tengok resepi saji ni, dapat dalam 125 biji biskut ben 10 tu


250gm mentega
3/4 cawan gula perang kisar halus ( saya guna gula kastor je)
2 biji telur kuning
1 sudu esen vanilla
2 cawan nestum
3 cawan tepung red rose
1/2 sudu penaik
3/4 cawan coklat cip
coklat masakan
pewarna hijau


Cara- cara nya

1. Pukul gula dan mentega hingga kembang

2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla

3. Masukkan nestum, tepung red rose dan gaul sebati


4. Masukkan coklat cip dan gaulkan hingga jadi adunan biskut sebati

*dia bukan jadi macam doh biskut yang boleh terap2 tu ye, yang ni memang lerai c;


5. siap doh, boleh panaskan oven biskut dulu

6. sekarang dalam posisi yang selesa, anda boleh mulakan sesi mengepal biskut nestum
( " ,)

7. siap kepal2 dan bulatkan adunan, boleh bakar dalam oven ( api atas bawah) 160-180 degree 15-20 minit ( ikut oven masing2)


8. lepas bakar, biarkan biskut diam atas redai supaya sejuk sebelum masukkan dalam cawan kertas

9. Dengan kaedah double boiler, cairkan coklat masakan putih dan letak atas biskut


10. simpan sedikit/ ambil balance coklat putih cair tadi dan letak pewarna hijau

11. guna piping bag, buat corak bulatan yang macam dalam kartun ben 10 tu c;


* yang arrow atas tu, adalah 2 cup yang terrr curah coklat cair hijau hehe itu sebab beg piping tu meletops, accident hihi

sebenarnya kalau makan biskut dia sahaja mungkin kamu semua ingat biskut ni untuk pesakit diabetic hehe sebab tu kena makan dengan white coklat tu sekali c:

tapi resepi ni memang best. saya mula sukat barang buat aduanan sampailah siap bakar ambil masa 2jam setengah je c;

next time off petang nak buat cookies tart bunga pula!!






Friday, May 9

Kek Lapis Horlicks Haw Flakes

entry on 4/5/2014 c:

Kek Lapis Horliks Haw Flakes

ni baru je selamat dihabiskan oleh staf2 MCH kelmarin.


Diorang ni memang senior2 kat dapur. Saje nak minta diorang komen, boleh top up apa yang perlu

Tambahan pula, hari tu saya ada war2 kan tentang kelas memasak di Fatihah Cake House tu. Memang dah jatuh cinta lepas kelas kedua untuk Kek Lapis Gulung tu c:

(Kelas pertama saya di sana adalah untuk Pavlova, Puding Caramel Pelangi dan Congo Bar yang memang superb!! c;)

Jadi, lepas balik kelas baking hari tu, saya buat kek lapis nescafe gulung ( tak post pon masih diperingkat edit lagi hehe)

Dan kebetulan 2minggu lepas kenduri aqiqah anak kembar suami di Teluk Intan, tu terlebih semangat buat kek lapis Haw Flakes pula


Cantik yang mana? Yang berwarna warni tu bakar dalam oven, yang putih merah tu saya kukus haha kenapa samapai 2 ek?

Hehe sebab saya dah malas nak tunggu kek tu masak 1 layer by layer, jadi suku bancuhan tu saya masuk pengukus je jam 1 pagi.

Siap masak semua jam 4 pagi baru tidur! hehe

Resepi kek lapis Horlicks Haw Flakes

10bj telur
130gm gula halus
450gm mentega
1sudu besar ovalette
1 tin susu pekat manis (sy guna 3/4 tin)
50gm jem rasberi (sy alter ke blueberry)
250gm tepung Hong Kong (swab ke tepung superfine Nona)
100gm horlick
Haw Flakes secukupnya

* resepi asal di blog rozzan ye


step 1: Pukul kembang gula halus, mentega dan ovalette


Step 2: Masukkan satu per satu telur ayam ke dalam mixer


Step 3:Dengan kelajuan rendah, ratakan susu pekat manis bersama jem rasberi/ blueberry tadi.

Ada juga yang menggunakan seri kaya, hehe next time saya cuba c:


Step 4: Masukkan horlicks dan tepung dalam adunan.

hehe saya guna 5 paket serbuk horlicks segera 3in1 tu je. sebab kalau nak beli horlicks even paket kecil tu pun kompom tak habis ( " ,)

Step 5: Bahagikan kepada 3 bahagian dan warnakan merah, kuning dan hijau.

Step 6: Alas loyang 4 segi dengan tracing paper dan boleh bakar lapisan pertama


* sapu dengan loyang dengan minyak masak, letak paper dan sapukan minyak sekali lagi atas paper kek


Step 7: Lapisan pertama, letakkan bancuhan warna merah 1 senduk ( @ 8 sudu makan) dan bakar sampai masak (api oven atas sahaja)


cuba pastikan setiap kali bancuhan dituang, kuantiti adalah sama (guna dacing kalau nak selamat, yang saya ni dalam 125ml setiap lapis), supaya lapisan kek anda sama tinggi

sebab, dah alang2 melapis dan membakar tu, baik buat cantik2 terus hehe


Step 8: Siap dibakar lapisan pertama, keluarkan dari oven dan terus lapiskan dengan bancuhan warna kuning diikuti haw flakes

* sebelum melapis yang baru, pastikan tiada gelembung udara ya

*jika ada, cucuk dengan lidi kecil ( saya pakai hujung pisau je hehe) dan tekankan sikit ke bawah untuk buang udara yang terperangkap tu

* kalau nak manis lagi, letak je haw flakes tu rapat2. Tapi kalau haw flakes nye cukup2 makan je, boleh lah tambah kuantiti susu atau gula tu ikut cita rasa c;


Step 9: Lapisan seterusnya selepas kuning adalah warna hijau


Step 10: Diikuti warna merah dan rotate semula bancuhan ikut warna2 tadi



Step 11: Untuk lapisan merah terakhir, taburkan potongan ceri kecil. Bakar api oven atas bawah.


* suku bancuhan saya kukus sebab dah mengantuk sangat nak bakar, step dia sama je cuma saya warnakan 1lapisan je dengan warna merah + tabur orange peel untuk lapisan paling atas


Step 12: Ini proses masa nak terbalikkan kek lapis, nak buang paper atas tu c:. Terbalikan semula dan potong= nyum3 c:

* Hati2 ok..kalau rasa macam melekit semacam je tu tanda kurang masak, no worry masuk je balik dalam oven /pengukus korang tu

* kalau nak simpan, boleh simpan dalam peti sejuk beku tu ( wrap dulu).

* bak kata tokey kek haro tu, tahan 1-bulan. jadi boleh la anda semua buat standby siap2 sebelum puasa nanti untuk kek lapis raya c;

Opss!! nak tayang lagi sekali sat hehehe


Haaa..Dah siap mesti lah tayang kat mak mertua kan. Beliau memang terror masak, so saja nak komen dia.

Erk!! dia suruh kurangkan manis pula haha saya baru plan nak tambah lagi haw flakes/gula next time hehe (orang ada diabetes, biasalah c:)

Orang2 lain pula Alhamdulillah, semua bagi komen positif! Siap ada nak tempah raya lagi haha tak larat ler haha

Bagi orang yang pening nak buat kek lapis bakar ke kukus, korang buat je dua2 serentak,pakai bancuhan yang sama- Rasanya berbeza: ikut selera masing2 c:

p/s: Kukus sebenarnya lebih menjimatkan masa, maintain jaga air jangan kering sudah hehe dan rasanya lebih 'moist' berbanding bakar! Tapi saya suka kek lapis Horlicks Haw Flakes BAKAR lagi!

Ini anda semua wajib cuba ok. Tak menyesal sebab memang sedap! c: