Google+ Followers

Followers

Sunday, April 28

Kewajiban berbuat baik kepada Ibu Bapa dan Penyusuan Ibu





Firman Allah dalam surah Luqman ayat 233

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Surah Luqman: ayat 14)



Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 233:


" Para ibu hendaklah menyusukan anaknya selama dua tahun penuh iaitu bayi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajipan ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu itu dengan cara yang makruf. Seseorang itu tidak dibebankan melainkan menurut kadar kesanggupannya.

Janganlah seseorang ibu itu menderita sengsara kerana anaknya dan seorang ayah kerana anaknya. Dan waris pun berkewajipan demikian. Apabila keduanya ingin menyapih (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan permesyuaratan maka tidak ada dosa atas keduanya.

Dan jika kamu ingin anaknya disusukan oleh orang lain maka tidak ada dosa bagi kamu memberi pembayaran menurut yang patut. Bertaqwalah kamu kepada Allah dan ketahuilah bahawa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan." ( Al- Baqarah: 233 )


BIcara Agama dan Q&A dalam Utusan Malaysia Online:

Soalan:

APAKAH hukum menyusukan anak lebih daripada dua tahun, apakah ada dalil atau hadis yang mengatakan bahawa tidak boleh menyusukan anak melebihi dua tahun?

Adakah menyusukan anak lebih daripada 2 tahun mendatangkan penyakit bagi anak yang disusukan itu kerana susu itu akan bertukar menjadi darah setelah anak lebih dari dua tahun?

Jawapan:

Menyusukan anak lebih daripada dua tahun adalah harus terutamanya untuk maslahat si anak. Tiada nas atau hukum fikah mengharamkannya.

Cuma sesetengah ulama berpendapat ia akan melemahkan bayi kerana setiap yang disyorkan oleh Allah seperti tempoh menyusu dua tahun itu pasti ada hikmahnya kerana Allah Maha Tahu sebagai Pencipta manusia.

Penyusuan badan adalah hak anak dalam Islam, sudah tentulah ia yang terbaik dan ini telah terbukti benar melalui kajian saintifik kini.

Tiada pula sumber ditemui mengatakan ia bertukar menjadi darah selepas dua tahun. Jiran saya seorang jururawat menyusukan anaknya sehingga tiga setengah tahun.

Dia berbuat demikian setelah bertanyakan doktor yang membenarkannya berbuat demikian selama anak itu masih ingin menyusu tetapi bukan sebagai makanan utama selepas dua tahun.

Namun kebanyakan ulama berpendapat patut dihentikan selepas dua setengah tahun kerana susu itu tidak lagi berfungsi sebagai pembekal nutrien untuk membesar kepada bayi.

Juga untuk memberi peluang kepada ibu mengandung lagi kerana penyusuan badan biasanya membantut proses mengandung secara alami.


**

Marilah kita bersama mengggalakkan penyusuan dan terus melaksanakan tanggung jawab sebagai seorang ibu, isteri dan juga anak yang soleh..

Insya Allah.. c:

Best nya GLA COmPleX Shaklee!! -testimoni c:


TESTIMONI 1:

GLA sebagai anti- oksidan, bagi membantu menentang pertumbuhan sel2 abnormal seperti cyst dan kanser




TESTIMONI 2:

Herba tradisi melegakan kelesuan, meningkatkan stamina, mengelak ketidakhadaman, kecantikan kepada kulit dan mengetatkan uterus (seterusnya melambatkan menopaus c: )




TESTIMONI 3:

GLA sebagai anti oksidan, memperbaiki inflamasi kulit, kawal selia hormon bagi masalah period, pelansingan serta menghalang tambah berat badan





TESTIMONI 4:

Dalam aspek kehamilan- mengawal selia hormon estrogen dan testosteron melalui pembentukan prostaglandin c:





Hubungi saya untuk maklumat lanjut:

Your Shaklee Independent Distributor; Najmi Anuar (ID 854348)
♥ SMS/call/whatsapp : 019- 6695408
♥ Email: mommyqalesya@gmail.com
♥ Facebook: intananuar0285@yahoo.com

Jom masak onde- onde @ Buah Melaka !! c:

Teringin nak makan kuih buah melaka @ onde2. Ntah macam mana ternampak pula gula melaka di jusco tadi. Hehe memang ada plan awal pon nak buat kuih ni...ala2 mengidam camtu hehe

Husband pula memang suka kan onde2 ni.Masa kawin dulu saya sendiri tak tahu onde2 apa, rupa2 nya buah melaka. Teringat dulu2 ade bertonyeh tonyeh cuma tentang nama kuih ni je hehe

Apa pun, tetap kuih yang sama!! Tetap lazat dimakan panas2 tapi opps jaga jgn sampai lidah melecur!! c:

Dan ini adalah kali pertama saya buat kuih sendiri tanpa roger emak kat telefon. Hehe bukan ler expert pon tapi buat kuih ni memang senang pon kan hehe


Bahan-Bahan

1/4 paket tepung pulut (~ gram camtu)
3 helai daun pandan dikisar (kemudian ditapis dan diambil airnya sahaja)
1-2 titis pewarna hijau
Gula Melaka (dipotong kecil-kecil)mengikut saiz dikehendaki
Kelapa parut putih (kene mintak kat orang kedai tu tak nak dgn tempurung sekali ye)
Secubit garam

Cara-cara

1. Didihkan air dalam periuk.
2. Sementara tunggu mendidih, mula gaul tepung pulut dengan air pandan: uli agak2 sampai tidak melekat kat tangan dan
boleh digentel/dibentuk
3. Masukkan 1-2 titis pewarna hijau.
4. Ambil adunan sebesar ibu jari dan gentel menjadi bulat supaya senang nak anggarkan saiznya, kemudian leperkan.
5. Letakkan gula melaka dan gentel lagi supaya menjadi bulat.
5. Kemudian terus masukkan kuih ke dalam air mendidih tadi
6. Onde2 masak apabila ia mula timbul. Angkat dengan penapis dan biarkan seketika supaya airnya ditos
7. Golekkan kuih tadi dengan kelapa parut yang telah digaulkan dengan secubit garam




Ini hasil onde2 mama qalesya, selama 1jam adik qalesya dibawah seliaan daddy and abang long ajim c:


Ini pula aksi abang long ajim sambil makan onde2 ..adik qalesya nengok je la..( " ,)

p/s: kami makan ber3 je, terus habis sekali makan hehe kembang pulak rasanya

** Ada resepi yang turut menggunakan tepung gandum, dalam beberapa sudu macam tu, ada juga yang tambah keledek yang direbus dan dilenyek hehe memang nyum2 ( ",)


Selamat mencuba :-)




Saturday, April 27

Stranger Anxiety vs Separation Anxiety... Q: Baby I normal ke? c:

Hari ni adalah hari ke 3 adik di taska. Saya bekerja, tapi husband masih bercuti untuk standby di rumah.

Adik qalesya da mula gembira di taska. Dalam kereta masa nak hantar ke Taska pon adik asyik senyum je. Semasa bagi pengasuh dukung pon adik tak nangis lagi macam dulu.

Oh tapi adik qalesya hanya suka seorang sahaja (Siti) dalam banyak2 5 orang pengasuh di sana. Dengan orang lain, dia pasti menangis. Dan alamatnya, pengasuh Siti memang tak boleh buat dengan orang lain la.. di mana ada adik, di situ ade pengasuh Siti hehe



Aksi adik Qalesya sebijik laa macam baby2 atas ni..same geng (" ,)

Stranger anxiety adalah perasaan risau apabila berhadapan dengan orang yang tidak dekenali.

Bagi bayi, menangis adalah manifestasi utama 'stranger anxiety' mereka. Terdapat juga bayi yang tiba2 sahaja beruabah menjadi senyap, malah ada juga yang memegang erat tangan atau menyorok dalam pelukan ibu bapa. Ini merupakan salah satu perkembangan penting seorang bayi.

Stranger anxiety adalah normal apabila bayi berusia 6-8bulan, dan kebiasaannya akan beransur kurang apabila mencapai usia 2 tahun.

Perlu diingatkan bahawa, selama mana atau kuat atau tidak 'stranger anxiety' seseorang bayi adalah berbeza mengikut individu. Faktor persekitaran dan perkembangan emosi bayi adalah memainkan peranan penting.

Bagi sesetangah bayi atau kanak2, mereka mungkin terlalu biasa dan hanya bersama ibu atau bapa seharian. Malah mungkin ketika berhadapan dengan nenek atau atok sendiri pon mereka akan menangis kerana mereka melihat orang lain sebagai orang asing.

__>contoh nya adik Qalesya: cuma mahukan saya, suami dan pengasuh lama sahaja. Kalau balik kampung, pandai lah dia senyum2 manis tapi bila kene dukung, terus teriak hehehe


'Separation anxiety '
pula adalah adalah apabila bayi itu menagis ketika ibu- bapa meninggalkan bilik atau ke tempat lain. Ia normal apabila bermula ketika usia bayi 8 bulan, mencapai peak intensity dalam 10-18 bulan dan kemudiannya akan berkurang atau boleh dikawal (atu hilang terus hehe) apabila berusia 2 tahun.

Separation anxiety ini amat penting supaya dapat dibezakan dengan masalah 'separation anxiety disorder' yang berlaku pada usia lebih tua.

Jika separation anxiety masih kekal walau sudah mencapai usia 2tahun, ia mungkin boleh atau tidk menyebabkan masalah: bergantung kepada sejauh mana separation anxiety ini mengganggu perkembangan tumbesaran kanak2 tersebut.

Untuk kanak2, perasaan takut apabila ditinggalkan di taska/tabika/ pre school adalah normal. Malah ibu bapa harus faham bahawa ia akan beransur mudah dengan masa.

Namun, jika perasaan 'separation anxiety' ini berlebihan sehingga menghalang kanak2 ke sekolah atau menyenankan mereka bersendirian tidak bergaul, 'separation anxiety' ini mungkin ABNORMAL. Jadi, bantuan dari bagian perubatan amat penting.

Ini antara kandungan artikel menarik dari University of Pittsburgh and HELPGUIDE.org tentang stranger dan separation Anxiety:

STRATEGIES: HOW TO DEAL with stranger anxiety

1. Instruct family, friends, and strangers on how to approach your child. Tell them to approach slowly and
let the child warm up to them at a distance before getting closer or picking the child up.

2. Hold your children when introducing new people to them.

3. Try to introduce more new people to your children. Take them to places where they can interact with new people,
like the grocery store, zoo, or a park.

4. Be patient. Learning how to interact with new people takes time. Rushing your child when learning this skill
can make him or her more sensitive to new people.

5. Respect your child’s fear. The fear of strangers is very real to children. Ignoring or dismissing these feelings
will only make the fear worse.

6. Don’t label your child. Don’t describe your child as shy or frightened. Don’t tell your child he or she is being ridiculous or childish.

7. New babysitters or child care workers should be gradually brought into the child’s life. For example, invite new
babysitters over to play with the child while you are there a few times.

** Juga jangan lupa beritahu pada ahli keluarga atau kawan rapat tentang 'stranger anxiety' anak anda dan ianya adalah normal tetapi akan beransur kurang. Hehe yelah harap2 dapat juga kurangkan perasaan terguris (ada yang sensitif lebih sket hehe) bila anak terus saja menangis bila didukung (" ,)



Lagi aksi dari kembar adik: teringat masa balik kampung jumpa opah atok hehe c:


STEPS to make the process of separation anxiety easier.

1. Practice separation. Leave your child with a caregiver for brief periods and short distances at first.

2. Schedule separations after naps or feedings. Babies are more susceptible to separation anxiety when they’re tired or hungry.

3. Develop a “goodbye” ritual. Rituals are reassuring and can be as simple as a special wave through the window or a goodbye kiss.

4. Keep familiar surroundings when possible and make new surroundings familiar. Have the sitter come to your house. When your child is away from home, let him or her bring a familiar object.

5. Have a consistent primary caregiver. If you hire a caregiver, try to keep him or her on the job.

6. Leave without fanfare. Tell your child you are leaving and that you will return, then go—don’t stall.

7. Minimize scary television. Your child is less likely to be fearful if the shows you watch are not frightening.

8. Try not to give in. Reassure your child that he or she will be just fine—setting limits will help the adjustment to separation.

**
Ops masa anta adik qalesya lepas di taska, saya tunggu kejap dalam 5minit. Tapi bila adik nampak saya tapi tak mahu pegang dia, lagi kuat la adik menangis. Tu yang saya terus kiss then terus cabut tunggu dalam kete depan taska. Tapi telinga ni jadi macam telinga kuali juga la sebab risau kan adik hehehe tapi berkesan!!!



mula2 saya sekodeng macam inilah..tapi hiba plak tengok adik nangis, tu yang duk dalam kete tu hehe adik adik.. c:

Another tips:


Thursday, April 25

Stranger Anxiety: Normal ke tapi anak orang lain senang je?? erm..

Hari ni masuk hari ke-2 saya terpaksa cuti (EL)sebab pengasuh adik jatuh sakit. Terkejut juga sebab petang kul 6 isnin tu baru makcik bgtau tak dapat jaga adik esok hari. Tu yang EL jadinya 2hari ni..

Saya dan suami pening jugak la nak cari pengasuh baru.

Kenapa tidaknya??

Adik qalesya MEMANG TAK MAHU dengan orang lain. Dia cuma mahu kan saya mamanya, suami dan makcik pengasuh lama saja. Malah dengan atok opah pon adik qalesya tak nak. (stranger anxiety). Inikan pula dengan orang asing yang dia memang tak pernah nampak ( ",)

Kelmarin petang je da kene reject dari pengasuh yang jaga abang hazim: qalesya tak nak orang katanya. Tapi kami sebenarnya memang tahu dia memang tak nak jaga adik sebab tak pandai berjalan lagi..Cuma kelmarin tu kami tanya la jugak mencuba nasib- walaupun gagal hehehe (pengasuh abang hazim duduk depan rumah kitorg je c:)

Semalam suami dapat no pengasuh lain. Agak jauh dari rumah dalam 20-30minit di nibong tebal. Opps rupanya makcik tu tengah busy dengan wanita UMNO kali ni..Maklumlah election day pon bukan nya lame lagi 5hb May tu..So 2nd time adik kene reject hehe

Saya pulak masih berharap ppk hospital contact saya semula. Seharian tak dapat call pon, jadi saya assumed pengasuh baru gagal dijumpai. Erm..garu kepala lagi saya dan suami..

Jadi pilihan terakhir, Taska@ rumah asuhan kanak2. Berat hati rasanya nak hantar ke sana tapi disebabkan tiada pilihan kene hantar juga lah. Mama & Daddy SAYANG kamu ya adik qalesya!!! mmmuaHH!! c:

Pagi ini awal2 lagi saya siapkan beg baju adik dan blender bubur nasi+ ayam+karot untuk bekalan. Tak lupa juga ubat demam sebab adik terus demam dari hari pengasuh tu sajit. Rindu sangat agaknya hehe



Tiba2 saja suami ketawa. Katanya macam nak hantar adik masuk hari pertama sekolah pulak. Mungkin sebab saya nmpk risau. Saya juga ada bgtau suami nak hantar adik ntuk 2jam sahaja pagi ni (sebab hari pertama) sementara saya pula bercadang tunggu di dalam kereta sahaja!! c:

Yelah, rumah pengasuh vs taman asuhan kanak2.Mestilah saya prefer rumah pengasuh sebab tumpuan hanya pada anak saya saja hehehe

Ok. So ini rumah taman asuhan tu. Taska Abqari Razin. Ade 5org pengasuh dewasa dan 19 kanak2 bawah 4tahun + 2 bayi bawah 1 tahun (termasuk qalesya hehe). Borang lengkap diisi + salinan ic saya, suami dan adik + bayaran pendahuluan rm20 c:

Not bad. Condition nampak ok. Pengasuh2 walaupun muda tapi meyakinkan hehe. Plug sume tinggi. Lantai tak bersepah dan bersih. Bilik tidur pula asing bagi lelaki dan perempuan. Baby juga tido asing dalam bilik khas dengan pengasuh.

Malah buaian juga tiada (sebab tidak dibenarkan Jab Kebajikan Masyarakat). Hehehe geli hati juga rasanya dalam hati sebab pagi tu saya hampir2 nak mintak suami masukkan rangka buaian dalam bonet kereta untuk adik hehe

Saya datang dlm pukul 8.45pg. Adik tak nak makan sebab asyik nangis je. Last2 saya duduk kejap dalam kete. Dalam 10minit masuk balik rumah tu, nampak adik da tak nangis sambil pengasuh pujuk adik atas bouncer.

Hehe apa lagi saya pon balik tunggu kat rumah la hehe. save no pengasuh su dalam handphone then trus bgtau pengasuh saya nak balik rumah. tak tunjuk muka kat adik pon (separation anxiety) sebab risau nanti dia menagis semula huhu

Saya set alarm jam 10.30 nak p tengok adik. Saya bawa sekali sabun mandi hair+body wash Carrie Junior, mainan loceng n ubat demam(sampai demam panas adik sebab rindu kat pengasuh lama hehehe).

Sampai2 terus kiss adik. Adik dah mandi n makan bubur mama. Adik tido lepas minum susu. tiba2 dengar bunyi pelik. Ya, adik qalesya tido dengan sedu sedan tangis nya tak abis lagi.. :c

Rasa sayang dan rindu sangat.Sedih sebab terpaksa hantar adik ke sini, suasana baru pastu ramai budak2 pulak tu sob sobs-->Cess terlebih emo pulak saya ni hehe(sebelum ni anto kat umah pengasuh lama saya rileks je pon).

Ptg ni sebab hari pertama adik di taman asuhan tu, dalam kul 2 nanti nak ambil awal la. Tak saba2 ni nak jumpe adik. Memang betul kata suami, hari ni HARI PERTAMA ADIK DI 'SEKOLAH' c:

**
Esok dan lusa, suami pula mengambil cuti untuk adik qalesya.Saya kene kembali ke hospital ntuk oncall. Semoga adik cepat2 dapat menyesuaikan diri di taman ini ya.Semoga pengasuh lama adik juga cepat sembuh.. c: Amin

**
Dalam next entry nanti saya akan beritahu info tentang 'stranger anxiety vs separation anxiety' c:

Oh ya, bagi ibu bapa yang mahu menghantar anak tersayang ke Taska, lebih baik check dulu taska2 yang dibawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat ya. Lebih selamat. Nak hantar pon baru konfiden lebih hehe


Ini list senarai taska berdaftar seluruh negara di jab kebajikan masyarakat, c:

http://www.jkm.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&catid=178:taska&id=232:senarai-taska&Itemid=502&lang=en

Wednesday, April 24

Set kehamilan (Pregnancy Set)/ Set Ibu Mengandung Shaklee

Tiada yang paling menggembirakan melainkan apabila pasangan mendapat khabar tentang berita kehamilan. Mendapat zuriat adalah antara anugerah tak ternilai dari tuhan, selain turut melambangkan kasih sayang dan meneruskan zuriat orang tercinta.

Bagi bakal ibu muda, pastikan khabar gembira ini akan memberikan rasa cuak juga kan? Yelah, baru sahaja berpindah tanggung jawab daripada seorang anak kepada isteri-->kini beranjak pula daripada tugasan isteri kepada ibu!!

Untuk itu, kesihatan ibu amat penting bukan sahaja kepada dirinya sendiri, malah anak yang dikandungkan. Regular check- up dan rawatan berterusan amat penting ya. Dan buat ibu, sediakan mental dan fizikal yang kekal sihat !! c:

Shaklee menyediakan set supplement yang lengkap kepada semua bakal ibu: antara set yang HOT dalam Shaklee c:

Set J-1: bagi trimester 1

- Vita Lea multivitamin
- Vitamin B complex
- vitamin C
- Ostematrix@ calcium

set J-2: bagi trimester II dan III

- Vita Lea multivitamin
- Vitamin B complex
- vitamin C
- Ostematrix@ calcium
- Omega Guard


* kedua- dua set ini berfungsi bagi memastikan diet ibu lengkap dengan nutrisi2 penting supaya badan ibu kekal sihat dan bertenaga.

* Setiap apa nutrisi yang ibu makan, itulah yang akan diberikan kepada kandungan. Jadi, supplement ini bertindak sebagai sokongan dan 'top -up' kepada nutrisi pemakanan yang diperoleh ibu.

* Seterusnya, membantu dalam tumbesaran bayi dan menapatkan kandungan yang sihat

* amat disarankan pengambilan ESP bersama set2 di atas c:



Vita Lea Multivitamin

Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan dan kaya dengan zat besi (iron)

Zat besi (iron formula), penting bagi pembentukan sel darah merah
- meningkatkan Haemoglobin (Hb) ke paras normal
- mengurangkan risiko anemia ketika mengandung

Antara ciri2 anaemia atau kurang darah adalah lesu, cepat letih, dada berdebar2,wajah pucat, sakit kepala/pening dan mudah pitam.Pengambilan vita lea dapat mengurangkan masalah2 di atas.

Mempunyai patented Sistem Penyerapan Bioaktif utk memastikan peningkatan penyerapan asid folid kritikal

Sangat2 dicadangkan terutama bagi ibu yang tidak boleh tolerate (atas sebab tertentu) tablet2 hematinik hospital atau ubat tambah darah lain seperti obimin atau iberet plus


Vitamin B complek

lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan vitamin B

Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya 'spina bifida' (ibu perlukan 400mg asid folik sehari)

Sangat2 dicadangkan pengambilan asid folik seawal 3bulan sebelum kehamilan bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung

Vitamin C slow release

Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan

Penting untuk pembentukan salur darah, kulit,gusi dan gigi yang sihat

Membantu dalam penghadaman zat di samping meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh.

Disarankan pengambilan bersama Vita-lea kerana mampu meningkatkan kadar penyerapan iron , bagi pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.

Ostematrix/ calcium

Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D.

Setiap 1 biji Ostematrix mengandungi 250mg kalsium. Cadangan keperluan: 1000mg-1300mg sehari bagi ibu mengandung

Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannyaVitmain D pula untuk merangsang penyerapan kalsium.

Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi, pembentukan tulang bayi, pembentukan darah membeku dengan sempurna kepada kedua2 ibu dan bayi.

Fungsi lain:membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.

Kalsium juga membantu untuk menghalang kekejangan otot yang dialami dalam tempoh kehamilan dan kontraksi yang berlaku disaat melahirkan. Bagi sesetengah ibu hamil, ia mampu melawaskan sistem pencernaan dan boleh mngurangkan morning sickness.

Apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi. Kesan jangka pendek adalah kerosakan pada gigi ibu sendiri manakala kesan jangka panjang dalah risiko mendapat osteoporosis di usia tua nanti.

Kebaikan ostematrix, ia tiada lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu.

Omega Guard

Membantu pembentukan sel otak janin: dibenarkan selepas bulan ke-4 kehamilan (trimester ke-2)

kajian menunjukkan anak-anak yang ibunya mengambil suplemen Omega-3
- mempunyai nilai yang lebih tinggi pada koordinasi mata dan tangan
- kemampuan berbicara lebih cepat
- lamanya waktu berbicara dan jumlah kosa kata yang mereka miliki lebih banyak berbanding dengan kanak-kanak yang
ibunya tidak mengambil Omega-3.

ESP dan kehamilan??

ESP seperti biasa tetap merupakan antara HOT ITEM pengguna Shaklee. ESP adalah protein non GMO Shaklee untuk SEMUA GOLONGAN. Pilihan bijak untuk diambil para ibu ketika mengandung dan sesudah bersalin!! c:

Khasiat ESP semasa hamil merangkumi:

1) Memberikan anda bertenaga sepanjang hari selama mengandung
2) Menjadikan anda kenyang dan ia juga meningkatkan metabolisme badan
3) Memastikan kesihatan ibu di tahap yang optimum
4) Kulit bayi apabila dilahirkan nanti akan kelihatan cantik, halus dan gebu tanpa sebarang masalah kulit
5) Membantu perkembangan fetus
6) Membantu meningkatkan paras kolesterol baik & ia juga baik untuk kesihatan jantung
7) Membantu penyerapan vitamin dengan lebih baik

TESTIMONI 1:




TESTIMONI 2




Ada juga yang berasa risau dan bertanya kepada saya sebelum ini: kenapa banyak sangat saya kene ambil vitamin??

Jangan risau,anda boleh hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi percuma. Semua individu adalah istimewa dan lain dari yang lain, jadi keperluan anda juga mungkin sedikit berbeza!! c:

Hubungi saya untuk maklumat lanjut:

Your Shaklee Independent Distributor

♥ Najmi Anuar (ID 854348)
♥ SMS/call/whatsapp : 019- 6695408
♥ Email: mommyqalesya@gmail.com

Tuesday, April 23

Meal Shakes: cadangan pemakanan tambahan buat yang teRistiMewa !!




KOLEKSI RESEPI2 Meal Shakes memang sedap!! c:

1. Meal shakes + Air Suam/ Fresh Milk
2. Meal Shakes + ESP
3. Meal Shakes + Performance Drink
4. Meaal Shakes + ESP + Performance Drink
5. Meal Shakes + Horlick
6. Meal Shakes + Milo
7. Meal Shakes + Jus buah- buahan
8. Ais krim Meal Shakes + ESP
9. Agar- agar Meal Shakes

**Agar- agar meal shakes saya belum cuba lagi, tapi ada yang mengatakan anak2 sukakan nya sebab manis berkrim.nyum3 hehe


TESTIMONI MEAL SHAKES:



Oh ya, meal shakes bukan sahaja untuk kanak2 ya, malah sesuai untuk seisi keluarga!!

Hubungi saya untuk maklumat lanjut:

Your Shaklee Independent Distributor; Najmi Anuar (ID 854348)
♥ SMS/call/whatsapp : 019- 6695408
♥ Email: mommyqalesya@gmail.com

Testimoni lagi!! tiada jalan pintas melainkan USAHA ya c:

Mari lihat antara testimoni slimming set shaklee..

Yang penting, usaha dan pengorbanan bagi mendapatkan berat yang ideal, seterusnya juga untuk KESIHATAN yang baik!! c:

TESTIMONI 1:


sekadar mahu memberikan lebih semangat..dan ini sambungannya..hehe



TESTIMONI 2:



TESTIMONI 3:



Ingat lagi tentang entry saya terdahulu tentang testimoni berkenaan tips2 diet and pilihan jenis makanan? Ini pula adalah contoh jenis2 diet yang turut boleh digunakan seperti yang dicadangkan oleh dr Lam c:



Penggunaakn slimming set shaklee hanya sebagai slah stu batu loncatan dalam menolong anda mendapatkan berat ideal. Syaratnya, pasti ada usaha lain yang perlu dan mesti dilalukan.

Yang penting, mahukan perubahan pastinya perlukan pengorbanan. Tapi janganlah pula sampai terseksa ya. Perlu bijak dalam memilih jenis diet yang sesuai dengan diri anda dan dapatkan nasihat dari teman2

-->**semua individu adalah bebbeza, rakan anda mungkin sesuai dengan diet tertentu tetapi anda pula tidak!!



Hubungi saya untuk maklumat lanjut:

Your Shaklee Independent Distributor

♥ Najmi Anuar (ID 854348)
♥ SMS/call/whatsapp : 019- 6695408
♥ Email: mommyqalesya@gmail.com

Saturday, April 20

Berpantang teruk kenapa?? Apa itu meROYAN ??(kemurungan post-partum)

Banyak ibu2 khususnya orang yang telah banyak berpengalaman amat tahu pentingnya penjagaan kesihatan yang rapi ketika berpantang setelah bersalin.

Mengapa? Adakah anda juga tahu antara perkara yang paling dikhuatiri berlaku adalah meroyan?

Dalam entry tentang set berpantang/selepas bersalin Shaklee yang lepas ada saya ceritakan sedikit tentang isu ini. Mari kita lihat dengan lebih lanjut bersama2 ya. kredit kepada babycenter c:


Apa yang menyebabkan meroyan atau kemurungan posnatum?

Kenapa setengah wanita menjadi murung dan pula yang lain tidak walau mereka semua sama2 selesai mengandung dan selamat bersalin. Menurut kajian dn pendapat ilmiah, ia mungkin disebabkan kimia otak atau reaksi sesetengah ibu kepada perubahan-perubahan hormon yang berlaku dalam badan. Ada kalanya, perkara-perkara harian biasa sahaja boleh terasa terlalu membebankan.

Keadaan-keadaan yang lebih sukar untuk diatasi, seperti di bawah mungkin meninggikan risiko:

• Kemurungan atau masalah sakit mental terdahulu, atau kemurungan semasa kehamilan.

• Suami yang kurang menyokong, atau tidak mempunyai keluarga atau rakan-rakan yang tinggal berdekatan.

• Masalah kewangan, perumahan, kerja atau perhubungan anda.

• Kelahiran yang rumit dan masalah kesihatan yang menyusul selepas itu.

• Mendapat bayi yang dilahirkan pramatang atau tidak sihat.

• Mendapati sukar untuk menyusu badan.

• Ingatan-ingatan sedih yang melanda, seperti kematian salah seorang daripada ibubapa anda semasa anda masih kecil.

Bagaimanakah meroyan atau kemurungan posnatum dirawat?

Bantuan dari orang luar terutamanya yang rapat amat penting bagi menghadapi situasi sukar ini. Selain itu,ia juga boleh dirawat dengan:

Terapi berbual

Berbincang dengan suami atau seorang rakan mungkin membantu, tetapi kadangkala mungkin sukar bagi mereka memahami apa yang dilalui oleh anda. Doktor andalah antara orang utama lain yang turut boleh membantu.

Rujukan kepada kumpulan 2 khas

Doktor juga boleh merujuk kepada kumpulan sokongan, kaunselor atau ahli psikoterapi. Dia juga mungkin boleh mengaturkan terapi perlakuan kognitif (TPK). TPK boleh mengajar anda tentang strategi-strategi harian bagi mengatasi meroyan atau kemurungan. Hanya jika meroyan atau kemurungan posnatum anda itu jenis yang teruk, akan dirujukkan kepada ahli psikologi atau psikiatri.

Antidepresi

Antidepresi bertindak dengan mengimbangkan kimia-kimia dalam otak anda. Ianya menambahkan jumlah hormon serotonin, bagi meringankan perasaan, menyenangkan tidur dan mengurangkan rasa nak marah.

Antara lima hingga tujuh wanita dalam 10 yang mengambil antidepresi mendapati bahawa simptom meroyan atau kemurungan mereka menjadi reda dalam beberapa minggu selepas memulakan rawatan.

Antidepresi yang paling biasa dipreskripsikan untuk meroyan atau kemurungan posnatum ialah:
•fluoxetine (Prozac);
•sertraline (Lustral);
•paroxetine (Seroxat);

Ada kalanya antidepresi tidak membawa sebarang kesan. Ia mungkin mendatangkan kesan sampingan dan kadangkala bagi beberapa orang, ada berlaku dependensi, walaupun ini kurang berlaku dengan antidepresi yang terbaru.

Perlu diingatkan bahawa ubat antidepresi ini kadangkala memasuki susu ibu, walaupun jumlahnya amat sedikit.
Paroxetine dan sertraline lebih kerap digunakan daripada fluoxetine untuk ibu yang menyusu badan. Bagi ubat-ubat ini, lebih sedikit yang masuk ke dalam susu ibu. Jika bayi anda kelihatan meragam atau mengantuk selepas anda mengambil antidepresi, beritahulah doktor anda.

Ramai ibu yang mengambil antidepresi juga menyusu badan sebab ianya menambahkan keyakinan diri mereka dan memperkuatkan ikatan dengan bayi mereka. Perasaan rapat dengan bayi anda akan membantu anda mengatasi meroyan atau kemurungan posnatum.

Jika anda bercadang untuk mengambil antidepresi, bercakaplah dengan doktor anda adalah perkara utama yang amat penting. Ingat ini juga antara pilihan terakhir bagi membantu.

Bagaimana saya boleh membantu diri sendiri?

1. Cuba dapatkan banyak rehat

Tidur kalau boleh, kalau tak boleh, berehatlah.
Jika ada orang yang boleh menjaga bayi anda untuk beberapa jam, ambil kesempatan ini dan ambillah minuman panas, mainkan muzik yang menenangkan, rebahkan badan dan relaks.
Cuba tidur sebentar apabila bayi anda sedang tidur.
Walaupun ada kerja rumah yang perlu dibereskan, lebih baik jika anda berehat saja.

INILAH antara sebab lain mengapa orang berpantang selepas bersalin perlukan seseorang lain yang sihat dirumah bagi membantu!!

2. Makan makanan yang sihat dan seimbang

Elakkan daripada tidak makan untuk tempoh masa yang panjang.
Ini akan membantu anda mengelakkan daripada tahap gula dalam darah anda menurun. Makanan menggerakkan tenaga dan sistem imunisasi anda.
Memandangkan tuntutan-tuntutan baru atas badan anda, nutrisi yang baik adalah amat penting

3. Buat senaman ringan

Senaman akan membantu lebih cergas secara fizikal dan mental.
Hanya dengan berjalan-jalan dengan bayi sudah membantu.
Malah jika telah berdaftar untuk menyertai kelas-kelas yoga atau Pilates semasa hamil dahulu juga boleh teruskan senaman yang lembut dan relaks seperti ini.

4. Bergaul dengan ibu-ibu lain

5. Bersikap baiklah terhadap diri sendiri

Jangan bebankan diri dengan perkara-perkara yang tidak perlu dibuat.
Tangguhkan keputusan-keputusan besar.
Biarlah realistik tentang apa yang boleh dicapai dan jangan lupa untuk menyeronokkan diri sendiri.

Bagaimanakah suami, rakan-rakan dan keluarga boleh membantu?

Kadangkala adalah sukar bagi mereka yang paling rapat dengan anda untuk memahami betapa teruknya penderitaan anda. Namun begitu, mereka memainkan bahagian yang besar dalam memberi sokongan kepada anda.

Beritahu mereka apa yang anda sedang alami. Berikan mereka informasi yang ada pada anda tentang meroyan atau kemurungan posnatum. Ini akan menolong mereka membantu anda. Sokongan praktikal, seperti membantu membuat kerja rumah, sudah boleh menolong mengurangkan depresi anda.

Suami anda pun mungkin mengalami kemurungan, jadi, memahami bagaimana dia boleh membantu anda akan membantu dia memulihkan diri juga.



INGAT:

*Jangan segan untuk meminta bantuan daripada orang-orang yang menyayangi anda
*Anda perlu menjaga diri anda supaya dapat menjaga bayi anda
*Jagalah diri anda dengan baik semasa hamil dan cuba kurangkan stres anda dan terimalah semua bantuan yang ditawarkan.

*Sesungguhnya, mencegah itu sememangnya LEBIH BAIK daripada merawat!! c:



Hubungi saya untuk maklumat lanjut:

Your Shaklee Independent Distributor

♥ Najmi Anuar (ID 854348)
♥ SMS/call/whatsapp : 019- 6695408
♥ Email: mommyqalesya@gmail.com

Friday, April 19

Sihat Semasa dan Selepas BERPANTANG dengan vitamin Shaklee

Dahulu atau pun kini, penjagaan semasa berpantang atau selepas bersalin sememangnya tidak boleh dipandang ringan. Besalin secara semulajadi (spontaeous vaginal delivery) atau operation (caeserian section)? Kedua- duanya perlukan penjagaan yang rapi.

Bezanya: cuma mungkin dahulu pantang larang nya lebih banyak sehingga ada kaum ibu muda yang menganggapnya leceh dan membebankan!!

Memang ada benarnya terdapat beberapa pantang yang mungkin tidak lagi relevan buat masa kini. Namun semuanya mempunyai tujuan yang sama:

-> bagi mendapatkan kesihatan ibu yang optimum selepas bersalin
-> sekaligus mempercepatkan pemulihan tubuh agar sentiasa bertenaga
-> bagi menjaga diri supaya kekal sihat walau usia semakin bertambah nanti

Ingat, ibu bukan sahaja perlu sihat untuk diri sendiri, tetapi juga bagi menjaga bayi permata hati yang baru sahaja dilahirkan. Malah dengan fizikal yang bertenaga dan mental yang sihat menghadapi stres, masalah **meroyan dapat dielakkan!!


Set Shaklee bagi ibu selepas bersalin/berpantang:



- Vita Lea multivitamin
- B complex
- Vitamin C
- Zink

Vita Lea Multivitamin

~ sebagai supplemen yang membekalkan pelbagai vitamin dan mineral yang tidak mampu diperoleh sepenuhnya melalui diet
~ menolong fungsi penghadaman dan selera makan agar ibu sesudah bersalin sentiasa sihat bertenaga
~ penting bagi pertumbuhan sel dan membantu meningkatkan ketahanan dari jangkitan

Vitamin B complex

~ proses bersalin sememangnya memenatkan saat ibu menahan kesakitan dan memerah tenaga ketika meneran. Malah proses bersalin juga adalah kritikal kerana berlakunya kehilangan darah ibu.
~ jadi, pengambilan vitamin B penting setelah bersalin kerana membantu penghasilan hormon dan sel darah merah ibu, seterusnya membantu penghasilan tenaga oleh sel badan.
~ vitamin B juga dikatakan mampu meningkatkan fungsi otak dan membantu mengurangkan tekanan (sebagai anti-stress) seterusnya mengurangkan risiko meroyan

Vitamin C

~ memainkan peranan penting dalam pertumbuhan dan penyembuhan tisu yang luka semasa bersalin
~ mengurangkan tanda2 stretch marks pada perut dan pangkal peha setelah bersalin
~ bertindak sebagai anti oksidan semulajadi, membantu melawan kuman seterusnya mengurangkan risiko jangkitan
~ turut penting dalam pembesaran bayi yang sedang menyusu

Zink

~ kajian dilakukan menunjukkan zink antara vitamin yang mampu mempercepat proses penyembuhan luka
~ turut meningkatkan imun sistem, mengurangkan rambut gugur dan menyokong daya seksual dan pertumbuhan organ
~ bagi lelaki, bertindak dalam kesihatan prostat

Pilihan Optional bagi Ibu Berpantang/selepas bersalin:
- ESP
- Lecithine
- Ostematrix

Energizing Soy Protein

Bagi ibu yang menyusu, amat digalakkan mengambil ESP kerana ESP bertindak sebagai 'milk booster' bagi mengggalakkan penghasilan dan pengeluaran susu lebih banyak (selain ALFALFA)dan membantu percepat penyembuhan luka dengan kandungan protein Non GMO nya. Selain itu, ESP juga mampu mengurangkan rasa lapar dengan memberikan rasa kenyang berpanjangan, selain memberikan tenaga dan mencantikkan kulit. Lebih dari bonus bukan!! c:

Lecithine

~ membantu memecahkan lemak berlebihan dalam badan
~ mengurangkan masalah bengkak susu
~ turut membantu mengurangkan berat badan yang bertambah semasa kehamilan

Ostematrix

~ Kebanyakan ibu risau tentang sayur yang boleh dimakan semasa berpantang, dikhuatiri boleh menyebabkan 'sejuk badan'
~ Namun kebanyakan ibu juga bukanlah seorang peminat sayur.
~ Kurang sayur, kuranglah sumber serat (fiber) maka tidak hairan juga banyak yang mengalami masalah sembelit.
~ Ostematrix adalah antara solusi bagi membantu mengelakkan masalah sembelit ini

Mari lihat antara testi pengguna set berpantang shaklee:






**
Meroyan atau kemurungan posnatum ialah satu masalah yang boleh dihadapi mana2 ibu sesudah bersalin.Lazimnya, ia berlaku apabila umur bayi anda antara empat hingga enam minggu, tetapi ada kalanya ia bermula beberapa bulan selepas dia dilahirkan.

Meroyan kadangkala disalah tanggap sebagai murung bayi:

-->Berbeza dengan ibu yang menghidapi murung bayi, pada hari-hari pertama selepas melahirkan mereka akan menjadi muram, sering menangis, letih dan rasa tertekan. Ini dijangka adalah disebabkan perubahan-perubahan hormon secara mendadak dalam badan anda. Dengan bantuan yang sesuai, anda akan merasa lebih sihat dalam beberapa hari.

Walau bagaimanapun, meroyan tidak seperti murung bayi, adalah satu penyakit. Ia tidak akan sembuh tanpa rawatan.

Tanda dan simtom adalah berbeza bagi setiap ibu:
•perasaan putus asa;
•bersalah;
•amat letih;
•muram;
•sering menangis;
•sunyi;
•gelisah;
•terperangkap.

Semua ibu merasakan satu atau lebih dari perasaan di atas pada masa-masa tertentu. Tapi, jika anda merasa tidak berdaya langsung dan perasaan ini tidak reda-reda walaupun masa terus berlalu, anda mungkin menghidap meroyan atau kemurungan posnatum.

->> kredit kepada babycenter c:



Hubungi saya untuk maklumat lanjut:

Your Shaklee Independent Distributor

♥ Najmi Anuar (ID 854348)
♥ SMS/call/whatsapp : 019- 6695408
♥ Email: mommyqalesya@gmail.com


Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Thursday, April 4

Anda mahukan diri CANTIK, lebih SIHAT dan nampak lebih MUDA..??

Dalam entry terdahulu, ada saya cerita kan tentang Vivix. Memang urmph produk ni. Kali ini mari kita lihat lagi tentang vivix, produk istimewa yang hanya dipatentkan Shaklee sahaja di dunia!! c:







Hubungi saya untuk maklumat lanjut:

Your Shaklee Independent Distributor; Najmi Anuar (ID 854348)
♥ SMS/call/whatsapp : 019- 6695408
♥ Email: mommyqalesya@gmail.com

Tuesday, April 2

Shaklee's Special Promotion April 2013: Nutriferon (6+1free)

Promosi hebat Shaklee datang lagi!! c:

Bulan April ni Promosi Shaklee tentunya lebih hebat dan menarik. Apa tidaknya, Nutriferon, sememangnya produk istimewa yang hanya dipatentkan dan dibangunkan oleh Shaklee c:


Saya sendiri juga sudah berkira2 nak membeli Nutriferon 6 kotak + 1 percuma ini. Hehe dapat la buat stok untuk 7 bulan. Yelah, sejak akhir2 ini cuaca panas tak menentu. Anak2 pula asyik demam sahaja setiap kali pulang dari berjalan. Tak salah melabur sedikit bagi mendapatkan kesihatan yang optimum hehe

Perlu atau tidak nutriferon ini??Siapa yang memerlukannya??

1. Mereka yang sering sakit, selsema, demam.
2. Ibu yang menyusukan anaknya yg mana anaknya demam atau sakit yg berpanjangan.
3. Mereka yang mempunyai masalah imunisasi.
4. Mereka yang sering travel dan kerap ke luar negara.
5. Mereka yang sering stress.
6. Mereka yang terdedah dengan bahaya penyakit.
7. Mereka yang tak suka makan banyak vitamin antioksidan, ACE boleh gantikan dengan Nutriferon sepeket sehari.
8. Mereka yang ada mempunyai allergi dan eczema.
** kredit kpd K Nadia c:

Ok Mari lihat antara artikel dan testimoni Nutriferon:


Dapatkan promosi hebat Shaklee bulan ini dengan:

**Beli 6 PERCUMA 1 DAN KEAHLIAN SHAKLEE PERCUMA
**Beli sekotak Nutriferon PERCUMA POSTAGE.
**Atau beli 2 kotak dengan harga istimewa + free delivery.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut:

Your Shaklee Independent Distributor; Najmi Anuar (ID 854348)
♥ SMS/call/whatsapp : 019- 6695408
♥ Email: mommyqalesya@gmail.com

1001 khasiat ALFALFA

Ramai orang mengatakan tentang kebaikan alfalfa sebagai 'milk booster' bagi ibu menyusu. Tapi, tahukah anda semua bahawa alfalfa juga mempunyai banyak kelebihan lain?? Mari kita berkongsi bersama.. c:


Mengapa alfalfa dikatakan sebagai pusat pengumpulan segala zat?

kerana aspek tumbesarannya sendiri:

-akar tunjangnya mengunjur sedalam 6 meter ke bawah, mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah

- manakala daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi

- merupakan suatu Formula Shaklee Signature yang dibangunkan sejak 1950an

- TUMBUHAN TERBAIK yang tumbuh di kawasan California yang kaya dengan pelbagai jenis zat, termasuk kalsium, fosforus,
zat besi , magnesium, klorofil, bioflavinoid dan pelbagai mineral surih serta mineral penting lain.

- malah, setiap hidangan mengandungi sehingga 300mg kalsium=segelas susu!!


Mari kita lihat kelebihan2 ALFALFA Shaklee:

• Membantu PERKUMUHAN menjadi lebih LAWAS

• Membantu MEMBUANG ANGIN dalam badan.

• fiber yang MENGENYANGKAN.

• Melegakan SAKIT SENDI dan BELAKANG

• Menghilangkan KELESUAN dan TEKANAN.

• Memberi sensasi ‘rasa sejuk’

• Memberi kelegaan semasa HAID

• Merawat ARTHRITIS

• Bagus untuk ASMA, RESDUNG, ALERGI, GEGATA dan EKZEMA• MENCUCI USUS bagi membuang toksik

• Mencuci BUAH PINGGANG dan merawat KENCING KOTOR disebabkan jangkitan dalam buah pinggang

• MENEUTRALKAN ASID dalam badan

• Merawat masalah KEPUTIHAN pada wanita

• Membesar dan menegangkan PAYUDARA• Bertindak seperti KACIP FATIMAH kepada para isteri

• MEMULIHKAN URAT selepas bersalin

• Membantu masalah PENGHADAMAN dan PENCERNAAN

• Meningkatkan STAMINA seorang suami

• Melegakan SEMBELIT

--> Dan semestinya bagus diambil oleh ibu-ibu yang menyusukan anak kerana ia merangsang penghasilan susu ibu (MILKBOOSTER)

**credit kepada Nor Wina c:


Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya:

♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 854349]
♥ Contact No : 019 6695408
♥ Emel : MOMMYQALESYA@gmail.com
♥ Website: http://www..blogspot.com