Pages

Translate

Search This Blog

Showing posts with label Motivasi dan Amalan Doa. Show all posts
Showing posts with label Motivasi dan Amalan Doa. Show all posts

09 March 2014

Ya Allah berikan Keselamatan kpd Mangsa, Kekuatan kepada Ahli Keluarga

Masih panas dengan isu nahas pesawat penumpang Mas MH370 (8 Mac 2014).

Innalillah..

Bermula jam 1pm sampai la tidurkan anak jam 8pm tadi, memang depan tv je menanti news di astro Awani.

Hp whatsapp dan fb macam2 versi masuk.


Daripada asalnye selamat buat emergency landing di naning, beralih pula kepada kemungkinan terhempas di lautan vietnam.

Malah ada yang mengatakan mangsa semuanya sudah meninggal

Terbaru adalah teori rampasan, disebabkan 2penumpang MH370 tersebut yang dikatakan memiliki pasport palsu.

Erm jika rampasan, mungkin selamat.Mungkin juga semasa episode rampasan itu berlakunya hempasan?

Apapun, pesawat penumpang Boeing 777 adalah pesawat paling popular dan dikatakan antara paling selamat perjalanan lebih 16jam.

Malah pilot Mas tersebut juga sangt berpengalaman.Tidak lupa juga servis Mas yang diiktiraf sebagai yang terbaik.

2 bayi dan 1 pasangan baru sahaja berkawin turut terlibat dalam kejadian

Apapun, Wallahualam.

Sebagai umat Islam, mari kita sedekahkan surat al- Fatihah dan surah2 al- Quran kepada mangsa terlibat ( hidup atau mati semoga dipelihara)

Ada ahli keluarga mangsa yang telah di bawa ke suatu tempat jam 6pm semalam.

Dan kepada ahli keluarga dan sahabat handai mangsa, semoga mereka kekal kuat dan bersabar.

Daripada Allah kita dijadikan dan kepada Nya juga kita kembali.Allah yang berkuasa menentukan segala.

* Memang bercakap lebih mudah daripada bahu yang memikul.Jadi hanya doa yang saya mampu berikan.

Amin..

19 February 2014

Amalan Menenangkan Hati

Semua orang diberi masa 24jam sehari. Masalahnya cuma kita yang kurang bijak menguruskan masa.

Sama ada anda pelajar sibuk untuk exam, pekerja sibuk dengan meeting dan projek mahupun anda seorang Menteri sekalipun: masa antara kita tetap SAMA


Astagfirullah..dalam kesibukan harian kerap kali terlupa betapa mudahnya kita boleh mendapat keredhaan Allah, hanya kerana mengingatinya.

Mari amalkan..Amalan zikir membawa ketenangan hati c:


18 February 2014

Isu Produk Double Stemcell dari Phytoscience

Pernah dengar tentang Isu Produk Double Stemcell dari Phytoscience?

Iklan dan testimoni memang hebat,tetapi keluar pula isu tentang tiada sijil halal daripada Jakim ( tapi bukan pula dilabelkan sebagai haram ya, jangan konfius cuma fikir2 kan lah..)

Dipanjangkan melalui info Nadia Khamis 2hari lepas (tq ya, moga2 dipanjangkan):


MENJAWAB ISU PRODUK DOUBLE STEMCELL DARI SYARIKAT PHYTOSCIENCE

Tuan/puan,

JAKIM mengesahkan bahawa produk Double Stemcell dari syarikat PHYTOSCIENCE merupakan BUKAN PEMEGANG SIJIL PENGESAHAN HALAL MALAYSIA.

Hasil siasatan JAKIM, syarikat tersebut didapati telah menggunakan logo halal secara salah dan perkara ini adalah bersalahan dengan Akta Perihal Dagangan (APD) 2011. Jika disabitkan kesalahan, syarikat berkenaan boleh dikenakan denda sehingga RM200,000.00 bagi kesalahan pertama.

Sehubungan itu, kenyataan yang dikeluarkan oleh Pegawai Perhubungan Awam Bahagian Hab Halal, Cik Nadia Zammil Md Nasir sebelum ini adalah BENAR.

Pengguna di luar khususnya dinasihatkan untuk berhati-hati memilih produk halal sebagai produk gunaan seharian dalam kehidupan.

Sekian, terima kasih.

Sumber:
Seksyen Komunikasi Korporat
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
20 Januari 2014


Hanya berkongsi. Sebab secara jujur, saya sendiri pernah berminat (dalam hati la haha) dengan produk ni dulu

Erk..Tapi kenapa pula ada cetakan logo halal di produk ini ya?Harap disusuli tindakan segera

12 February 2014

kisah Bunga Mawar & Pokok Bambu

4

Tak tahu kenapa, rasa macam best je tengok bunga ni hehe

Jom baca kisah bunga mawar cantik dan pokok bambu: share dari koleksi facebook c:

Di sebuah taman, terdapat taman bunga mawar yang sedang berbunga.

Mawar-mawar itu mengeluarkan aroma yang sangat harum. Dengan warna-warni yang cantik, banyak orang yang berhenti untuk memuji sang mawar.

Tidak sedikit pengunjung taman meluangkan waktu untuk berfoto di depan atau di samping taman mawar. Bunga mawar memang memiliki daya tarik yang menawan, semua orang suka mawar, itulah salah satu lambang cinta.

Sementara itu, di sisi lain taman, ada sekelompok pohon bambu yang tampak membosankan. Dari hari ke hari, bentuk pohon bambu yang begitu saja, tidak ada bunga yang mekar atau aroma wangi yang disukai banyak orang.

Tidak ada orang yang memuji pohon bambu. Tidak ada orang yang mau berfoto di samping pohon bambu.

Maka tak heran jika pohon bambu selalu cemburu saat melihat taman mawar dikerumuni banyak orang.

“Hai bunga mawar,” ujar sang bambu pada suatu hari. “Tahukah kau, aku selalu ingin sepertimu. Berbunga dengan indah, memiliki aroma yang harum, selalu dipuji cantik dan menjadi saksi cinta manusia yang indah,” lanjut sang bambu dengan nada sedih.

Mawar yang mendengar hal itu tersenyum, “Terima kasih atas pujian dan kejujuranmu, bambu,” ujarnya. “Tapi tahukah kau, aku sebenarnya iri denganmu,”

Sang bambu keheranan, dia tidak tahu apa yang membuat mawar iri dengannya. Tidak ada satupun bagian dari bambu yang lebih indah dari mawar. “Aneh sekali, mengapa kau iri denganku?”

“Tentu saja aku iri denganmu. Coba lihat, kau punya batang yang sangat kuat, saat badai datang, kau tetap bertahan, tidak goyah sedikitpun,” ujar sang mawar.

“Sedangkan aku dan teman-temanku, kami sangat rapuh, kena angin sedikit saja, kelopak kami akan lepas, hidup kami sangat singkat,” tambah sang mawar dengan nada sedih.

Bambu baru sadar bahwa dia punya kekuatan. Kekuatan yang dia anggap biasa saja ternyata bisa mengagumkan di mata sang mawar.

“Tapi mawar, kamu selalu dicari orang. Kamu selalu menjadi hiasan rumah yang cantik, atau menjadi hiasan rambut para gadis,”

Sang mawar kembali tersenyum, “Kamu benar bambu, aku sering dipakai sebagai hiasan dan dicari orang, tapi tahukah kamu, aku akan layu beberapa hari kemudian, tidak seperti kamu,”

Bambu kembali bingung, “Aku tidak mengerti,”

“Ah bambu..” ujar mawar sambil menggeleng, “Kamu tahu, manusia sering menggunakan dirimu sebagai alat untuk mengalirkan air. Kamu sangat berguna bagi tumbuhan yang lain. Dengan air yang mengalir pada tubuhmu, kamu menghidupkan banyak tanaman,” lanjut sang mawar.

“Aku jadi heran, dengan manfaat sebesar itu, seharusnya kamu bahagia, bukan iri padaku,”

Bambu mengangguk, dia baru sadar bahwa selama ini, dia telah bermanfaat untuk tanaman lain.

Walaupun pujian itu lebih sering ditujukan untuk mawar, sesungguhnya bambu juga memiliki manfaat yang tidak kalah dengan bunga cantik itu.

Sejak percakapan dengan mawar, sang bambu tidak lagi merenungi nasibnya, dia senang mengetahui kekuatan dan manfaat yang bisa diberikan untuk makhluk lain






06 January 2014

susah nya nak jadi baik..??

Still searching...

Sudah berapa banyak kali menyimpang, berada di landasan yang betul tapi kerap kali terjatuh keluar

Ya Allah kurniakan kami kekuatan ke arah kebaikan..Amin c:

14 December 2013

LAPAN KELEBIHAN SENYUM C:


Kelebihan2 SENYUM mengikut kajian Ustaz Sulaiman Ismail

1. Senyum meningkatkan sistem imun

Apabila kita bersenyum, fungsi imun menjadi bertambah baik, berkemungkin kerana pada kita senyum, kita lebih tenang dan releks.

2. Senyum mengurangkan sakit

Kajian mendapati, senyum membebaskan serotonin, penahan sakit semulajadi. Sebatian ini menjadikan kita berasa sihat, maka senyum merupakan ubat semulajadi untuk mengubat sebarang penyakit.

3. Senyum melegakan stres

Kita sering dengan kehidupan yang serba sibuk zaman nih. Maka cuba ubatinya dengan senyum. Senyum membantu kita daripada nampak lesu dan tidak bersemangat. Apabila stres datang, ambil sedikit masa dan cubalah ukir sebuah senyuman. Stres akan berkurangan dan anda akan menjadi lebih bertenaga semula.

4. Senyum menurunkan tekanan darah

Tahukah anda, apabila kita senyum, tekanan darah kita akan turun. Jika anda ada alat mengukur tekanan darah di rumah, cubalah sendiri. Ambil bacaan tekanan darah anda kemudian senyum. Kemudian cuba senyum dalam tempoh seminit. Ambil bacaan sekali lagi. Anda akan nampak perbezaannya.

5. Senyum menjadikan wajah awek muda

Otot-otot muka yang kita gunakan untuk senyum membuatkan kita kelihatan lebih muda. Tak perlulah kita bersusah payah pergi mendapatkan rawatan di pusat-pusat kecantikan yang menelan belanja yang besar. Cukup dengan menghiaskan wajah anda dengan senyum sepanjang hari. Wajah anda akan kelihatan berseri dan bercahaya.

6. Senyum menjadikan kita nampak anggun

Kita lebih tertarik pada orang yang wajahya tidak lekang dengan senyuman. Wajahnya lembut dan anggun, tanda mersa. Maka kita akan lebih terdorong untuk berurusan dengan orang sebegini. Jesteru, hiasilah wajah kita dengan senyuman.

7. Senyum menukar mood kita

Dikala kita sedang berduka, cubalah melakar senyum dibibir. Senyum boleh menipu tubuh kita untuk membantu kita menukar mood menjadi lebih ceria.

8. Senyum akan berjangkit

Apabila kita senyum kepada orang lain, mereka tentu akan membalas senyum kita. Apabila semua orang tersenyum, rasa gembira secara automatik akan muncul. Maka wujudlah suasana yang membahagiakan dan menyihatkan.

Jadi, jangan stress2 ya. SMILE & PEACE! c;

22 November 2013

15 Tips Murah Rezeki

Rezeki dikurniakan kepada hamba Nya melalui pelbagai cara;

Sama ada anak2, kesihatan tubuh,keluarga bahagia mahupun wang ringgit c:

Kali ini kita berkongsi ilmu daripada Ustazah Siti Nur Bahyah pula




20 November 2013

Tips Murah Rezeki: Buat baik kepada Ibu Bapa


Suruhan berbakti serta berbuat baik dan mendoakan kepada ibubapa ini dinyatakan dengan jelas dalam Al-Quran:

17:23: Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibubapa. Jika salah seorang dari keduanya ataupun kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah kamu berkata kepada mereka (sebarang perkataan yang kasar) sekalipun perkataan “Ha” dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)

17:24: Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil



Insya Allah c:

17 November 2013

Sebab Mengapa Rezeki Susah Masuk dan 10 Amalan Murah Rezeki




Insya Allah..Apa pun, jom kita kerja kan solat Dhuha nanti ya c:

Terkejut tengok akaun bank. Duit tak silap masuk! c:

Alhamdulillah..

Memang agak terkejut dengan 4angka bonus cashback daripada Shaklee kali ini.(macam mana lah mereka yang dapat 5-6 angka tu ye, sure best gile haha)

First time juga terus bank in dalam akaun, selalu tiap2 bulan datang cek je ke rumah c:

Ye lah, dalam kekalutan tengah bulan sementara tunggu gaji masuk, cashback bonus dari Shaklee yang top-up poket kosong tiap- tiap bulan hehe

Apapun, kali ini mungkin rezeki anak2 juga, sebab diam tak diam saya baru perasan yang duit gaji bulan lepas langsung tak berusik!

Apapun, kiraan zakat dah terbayang. Insya Allah akan ditunaikan. Semoga bertambah berkat rezeki kami. Amin..


Jelas, memang Shaklee adalah yang terbaik!Kenapa?

Yang pertama mestilah sebab produk Shaklee adalah selamat, berkualiti, diluluskan KKM dan semestinya HALAL.

Yang kedua vitamin Shaklee adalah 100% dan natural

Yang ketiga anda boleh memilih sama ada untuk menjadi pengguna sahaja, ATAU mengambil tindakan lebih bijak dengan menjadi ahli Shaklee seumur hidup!

Berminat untuk menjadi ahli?

1. Secara percuma: dengan sebarang jumlah belian di mana jumlah point adalah melebihi 200uv (lebih kurang RM 650)

2. Berbayar: tanpa belian sebarang produk dengan yuran pendaftaran RM65 seumur hidup (pendaftaran secara manual (borang ahli) atau online )

Kenapa perlu menjadi ahli?

1. Untuk mereka yang memntingkan kesihatan (makan sendiri/ own consumable)


- kumpul point bagi mendapatkan RM cashback
- dapat berkongsi ilmu dan produk kesihatan bersama keluarga dan rakan2
- dapat membeli dengan harga yang lebih murah

2. Untuk mereka yang berminat menambahkan pendapatan (sampingan atau sepenuh masa)

Kumpulan kami adalah di bawah bimbingan leader2 Master dan pelbagai golongan sama ada profesional atau suri rumah.

Dengan menyertai kumpulan kami, anda akan mendapat:

Bimbingan dan sokongan berterusan daripada leader2 tentang produk, cara promosi (facebook/blog ect) dan pemasaran:


- perbincangan group di group2 facebook
- kelas2 secara perjumpaan santai di rumah atau branch Shaklee
- seminar intensive di hotel dan resort
- kelas online
- bimbingan berkumpulan atau individu melalui whatsapp/sms/mms/ panggilan

Dan tidak ketinggalan, Perkongsian ilmu aspek kerohanian dan keagamaan

Jangan risau. Shaklee bukanlah seperti MLM lain yang mementingkan rangkaian dan jualan.

Tiada point wajib bagi anda untuk satu2 bulan. Anda juga boleh menjadi master mendapat puluhan ribu RM sebulan walau tanpa seorang downline pun c:

Yang penting di Shaklee kami bukan memntingkan $$ semata- mata. Tetapi juga aspek ukhwah persaudaraan, kerohanian dan keagamaan. Insya Allah, kita sama2 membantu sama lain.

Setiap antara kami di sini adalah untuk berkongsi kehebatan Shaklee, supaya ramai lagi mereka di luar sana bukan sahaja sihat, malah dapat menjana ekonomi masing2.

Dan sekali lagi, Alhamdulillah c:

Hubungi saya untuk maklumat lanjut:

Your Shaklee Independent Distributor; Najmi Anuar (ID 854348)

♥ SMS/call/whatsapp/: 010- 2325408
♥ Email: mommyqalesya@gmail.com
♥ Facebook: https://www.facebook.com/najmi.anuar.1
♥ Pengedar shaklee anda di Penang dan seluruh Malaysia: COD di kawasan Jawi dan SPS (SPU/SPT/ Penang Island mengikut kawasan)

27 September 2013

Pertolongan Segera! Help me plezzz!! :c

Ni pokok bunga no 2 nak jaga sendiri..Pokok bunga jari lipan sebelum ni pun abah yang tolong tanam dari tg malim. Import dari Perakl ke Penang tu hehe

Pokok ni pulak namanya pokok bunga ubi. Erm penat jugak google2 tapi tak jumpe pulak nama komersial dia huhu

Apapun sebelum ni, dah beberapa kali juga pokok ni bertapak dalam kereta SN Jam.

Kali ni baru yang betul2 jadi ambil. Yelah, sampai 3hari berturut2 saya call SN Jam ingatkan bawa p hospital: dengan perassan tak malunya sebab excited nak jaga pokok sendiri ( ",)

Kondisi asal pokok bunga ni.siap dapat pasu berat lagi jangan jelesss haha

Masa bawa keluar dari ward, semua orang pakat pandang2 hihi buah tangan tak ternilai ni. TQ Kak Jam!!mmMuahh! c:

Oh ya, SN Siti Noor pun ada juga kan pokok ni..Kaler pink/purple. Nanti nak bagi anak dia kat saya juga kan hehe

Oh berbalik pada pokok yang ni..Tengok..

Alamak! Apa dah jadi ni?


Pokok kesayangan dah berubah wajah

Huh baru 36jam kat tangan!Macam ni tak sempat la nak tengok bunganya bertanduk..huh

Memang tak tahu nak buat apa!tak cukup magnesium kot pokok ni??Sedih..Nak cari baja lah..tak tahu jenis apa juga!

Arghh adakah aku ini bertangan panas? Hoho suatu cabaran!

Siapa2 boleh bagi cadangan nak rhesus pokok ni? Plezzzz :c

17 September 2013

Work is (perhaps study as well) LOVE Made visible..

Secara officially telah menjadi pemangku kepada UD52, 2nd boss kat tempat kerja. Dengan audit2 n kerja2 MO2 yang lain bagai.

Erm, Nampak simple, tapi Jumaat lepas dah mula pening dah. Nasib baik few tasks memang dah stat mula buat sendiri awal hujung Julai lepas.

Yang lagi best, time ni jugak lah masa untuk mula betul2 serius stadi Question Bank MRCP tu..Aish hurm..

Ya Allah moga kau berikan aku kekuatan dan pertolonganMu dalam menjalankan tugas2 ini..

Dan Semoga bos dapat menunaikan Haji di Tanah Suci Mekah dengan sempurna dan mendapat haji mabrur..

Amin..c:

08 September 2013

Sila share: 9 Mimpi Nabi Muhammad SAW

Sharing from Allahyarham Dato' Haji Fadzil Bin Mohd. Noor

-->selepas baca SILAKAN SHARE...


Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.


BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

31 August 2013

Merdeka 2013 & Haram Tayang Penang

'' Hai doktor, hari merdeka pun kerja ke?" ini soalan pertama makcik guard tu bila nampak saya keluar ward pagi tadi.

Haish, nak buek cemano..dah koje hehe tapi erm Alhamdulillah.. Malaysia kita sekali lagi menyambut ulang tahun kemerdekaan tahun ini, yang ke 56! c:


Imej grafik bernombor 56 adalah simbolik sempena Hari Kemerdekaan Ke-56.

Imej berwarna merah dan putih melambangkan Jalur Gemilang menyaluti simbol 56 menandakan kecintaan dan keharmonian tanahair yang merdeka. Manakala Bulan Sabit melambangkan kedaulatan.


Tema ini dipilih, sebagai peringatan kepada kita sebagai rakyat: akan kepentingan bersatu mempertahankan negara di samping menyemai rasa sayang dan cintakan negara

Selain itu, konsep sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini juga lebih menjurus kepada elemen-elemen perpaduan, patriotik, kedaulatan dan keselamatan negara

Jangan lupakan Insiden pencerobohan Lahad Datu dan Semporna. Bagaimana sebegitu mudah jadi sedemikian? Mungkin ke ada pengkhianat antara kita?

Semoga ia menjadi iktibar terbaik dalam memperbaiki teras utama dalam bidang pertahanan dan juga setia cinta kepada negara.

 
 Semoga sambutan Hari Kebangsaan ke 56 ni mampu menyatukan rakyat seperti dulu.
PULAU PINANG 29 Ogos - Kerajaan DAP Pulau Pinang mengharamkan tayangan filem Tanda Putera di semua pawagam di negeri ini.

 Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, surat rasmi akan dihantar kepada semua pemilik pawagam yang diberi lesen peniagaan oleh pihak berkuasa tempatan hari ini supaya tidak menayangkan filem berkenaan.

 - UTUSAN ONLINE

“In compliance with Penang State Government’s directive (as per letter by Majlis Perbandaran Pulau Pinang dated August 28, 2013), GSC will not be screening the movie “Tanda Putera” in cinemas located in the state of Penang,” the country’s leading cinema operator said in a statement.

The movie, which opens in theatres nationwide today, is no longer listed on GSC’s website, nor the websites of two other cinema operators, Tanjung Golden Village (TGV) Cinemas and Lotus Five Star Cinemas (LFS) for their Penang cineplexes.

 However, Penang Chief Minister Lim Guan Eng denied that he had directed the cinemas to stop showing the Malay-language film in the state, saying his call yesterday had only been an “advisory”.  
* themalaymailonline.com

 Haa tapi menurut Utusan hari ini, di sebalik 'nasihat' yang diberikan Kerajaan DAP Pulau Pinang terhadap pemilik panggung, ia tetap dapat sambutan daripada penonton pada hari pertama tayangannya kat sini.

Tinjauan Utusan Online di sebuah pawagam di Bayan Baru, 60 peratus tiket untuk slot tayangan pukul 9.30 malam telah habis dijual walaupun tayangannya di negeri ini "terlewat" dua hari berbanding tempat lain.  

Saya dah tengok belom? Mesti lah belum haha balik keje pun pukul 6 ptg hehe tapi memang sendiri pun tak sabar nak tengok Tanda Putera ni. Mungkin cari cd je kot tak pun biar en hubby je tengok sesorang dulu hehe

Esok pun postcall, memang kompon tak p mana2 dengan dua hero kecik kat rumah tu. Apapun, Harap2 oncall malam ini ok sikit lah. Lepas daripada 2x repeat CPR petang tadi. Moga2 semua pesakit2 kami stabil, amin (" ,)

28 August 2013

10 Ways to Reclaim Your Self-Esteem

Turun naik turun naik ambulance dari semalam, rasa berat plak nak update blog hari ni. Dari kisah adik tertelan jarum, sampai baby naik2 semput di ward nya..haish..


Sampai rumah, minum Mighty Gem @ Tripple Gem 1 shaker. Plan nak tidur tapi terbantut plak. Tak berapa penat dah kot haha

Kemudian, jumpa plak artikel menarik ni:

10 Ways to Reclaim Your Self-Esteem

1. Define life success

One of the most empowering things you can do for yourself is to define your criteria for life success. This requires reflecting on what the key elements are and the experiences you wish to have.

2. Choose to be happy

Happiness is a state of mind. The Dalai Lama says that the very purpose of life is to seek happiness. He believes that if you train the mind to be happy, you will be. Likewise, you can train yourself for higher self-esteem.

3. Set challenging goals


How much you like yourself is often reflected in the level of goals you will set for yourself. Generally, people who like themselves and feel valuable, set higher and more challenging life goals.

4. Honor your core values

When you live by a clear set of values, it is easier to align your life with what is most important to you. When you honor your core values, (those things you would fight for), you honor your true self.

5. Enhance your energy

People with high self-esteem seem to have a reservoire of energy, and seldom get sick or let life's set backs keep them down. Their energy and enthusiasm for life encourages them to take care of their body, mind, and spirit.

6. Maintain a positive attitude

Attitude determines your altitude. The more positive your thinking, the more positive your feelings, the more positive the outcome. There is nothing more powerful and creative than your thoughts, so you may as well make them positive and uplifting.

7. Be passionate

Passion takes hold of you and feels like "fire in the belly." It is a source of power that enables you to get fired about life and make a difference. The more passion and zest you feel, the more alive and brightly lit you are.

8. Live by vision and work with purpose

When you know your life vision and purpose, life has more meaning and direction. Vision and purpose provide a sense that you matter, that you have a part to play, and that you truly belong here.

9. Reward success

Set yourself up for success by breaking big goals into daily action steps and take time to acknowledge and celebrate the small successes. This will feed your need for recognition and provides the extra push to keep you moving forward.

10. Make smart life decisions

When you care about yourself, you make smarter decisions. You take care to choose the right mate, occupation, and lifestyle that support you.

sumber: boxingScene.com


Ada orang cakap:

" We are what we eat" dan jangan lupa juga bahawa " We are what we think" c:




18 August 2013

koleksi Percubaan UPSR seluruh Negeri 2013

Tak lama lagi peperiksaan UPSR akan berlangsung, bermula 10 september 2013- 12 september 2013.


Teringat pada anak kakak SN di hospital, dari peperiksaan percubaan dulu lagi emaknya dah risau hehe

Buat adik2 semua, last2 minit ni jangan tension2 sangat tapi jangan terlalu 'lepaking' juga ye..gunakan saat2 akhir ini untuk study smart ok..

Pemakanan dan kesihatan diri pun kena jaga juga. Jangan stay up sampai ke subuh pula, kalau nak pun: cukup sampai 1-2 pagi kemudian solat hajat dan tidur. Esok pagi lepas subuh sambung balik

Hehe tapi ini contoh je ok, terpulang pada jadual masing2 lah (",)

Dan jangan lupa rapatkan diri dengan Allah, buat solat sunat hajat dan berdoa pada tuhan, Insya Allah c:

Adik2 boleh klik di sini untuk Jadual Peperiksaan UPSR 2013:(sumber dari ministry of education, moe.gov)

Di sini pula koleksi himpunan soalan2 percubaan seluruh negeri UPSR 2013, tq norfanil c:

Untuk ibu bapa/guru2 pula boleh di sini untuk tips didik anak pintar

Semoga membantu dan chAyOk semua! C:


15 August 2013

Amalan2 Islam semasa Mengandung & Tips didik Anak Pintar

“All children are born geniuses, and we spend the first six years of their lives degeniusing them"

- R. Buckminster Fuller -

Siapa lagi yang berperanan mendidik anak2 kita? Jawapannya bukanlah guru atau ustaz/uztazah semata2, tapi kita sebagai ibu bapa yang memainkan peranan yang paling penting.

Dalam pendidikan dan tumbesaran sihat anak-anak atau dengan kata lain, kita lah boleh menjana kepintaran mereka. Ddan ia harus bermula dari kandungan hingga remaja.

Banyak panduan untuk melahirkan ibu bapa yang cemerlang dan panduan mendidik anak pintar. Malah e book dan kelas2/ seminar turut diadakan.

Mari kita berkongsi antara tips bagi mendidik anak pintar, yang secara umumnya, kita boleh kategori kepada beberapa kumpulan:


1. Pendedahan suasana yang sihat ketika dalam kandungan lagi

- antara surah yang boleh diamalkan adalah: Surah Luqman dan surah Al Imram ayat 38
- selain itu, aspek kesihatan ibu yang sedang mengandung juga amat penting kerana kandungan nutrient ibu antara faktor meransang tumbesaran sihat janin

2. Ransangan ketika anak berusia 0-6 tahun
3. Pengajaran dan Pembelajaran ketika anak bersekolah dtau di universiti

Hah. terlalu umum bukan. ya kerana mendidik anak bukanlah semudah yang disangka, tapi insya Allah dengan panduan ilmu dan pengalaman orang tua Insya Allah kita boleh berjaya

Jom lihat antara tips mudah lain mendapatkan anak yang pintar sihat dalam aspek seharian kita:

1. pemakanan yang seimbang dan berkhasiat amat penting

- Si kecil perlu didedahkan kepada amalan pemakanan sihat untuk mendapat kehidupan yang aktif dan baik sehingga dia meningkat dewasa.

- Mengamalkan pemakanan buah-buahan dan sayur-sayuran segar boleh menjadikan kulit tidak kering dan rambut kelihatan segar

- Gantikan air kordial dengan jus buah segar yang diproses sendiri

- Melalui cara ini anda dapat mengawal pengambilan kandungan gula dan menggalakkan pengambilan serat bermula sejak anak masih kecil lagi.


2. penjagaan kebersihan diri, bilik tidur dan ruang sosial kanak2

- kebersihan dari hujung rambut sampai ke hujung kaki perlu diberi perhatian

- penting untuk mengelakkan berlaku sebarang risiko masalah kulit

3. Penjagaan sudut emosi dan aspek psikologi anak2 yang sedang membesar

- kanak-kanak pintar cerdas dikatakan mengalami perkembangan yang tidak sama perkembangan fizikal, di mana
- Intelek, emosi dan sosialnya tidak sekata dan setara dengan usia

- Inilah sebabnya aspek emosi dan psikology anak2 amat penting untuk dititik beratkan, bukan sekadar akpek intelek ilmu sahaja

4. Teladan dari para ilmuan/ cendekiawan Islam

- semasa mengandung, buat amalan2 islam yang disarankan (klik di sini)

- latih anak agar berdisiplin dan menepati masa. malah terapkan nilai2 murni Islam dalam aspek seharian

- berikan perubahan sedikit demi sedikit. Kemahiran-kemahiran baru perlu dikenalkan secara berperingkat bagi merangsang minda anak untuk terus aktif

- makanan2 kesihatan dalam Islam seperti kurma, badam dan madu juga boleh diamalkan

- merapatkan diri anak2 dengan solat berjemaah dan keindahan ayat2 al Quran dan panduan hadith

5. Ini pula antara doa yang boleh kita amalkan:


Usaha+ Doa + Tawakal. Amin c:


Hubungi saya untuk maklumat lanjut:

Your Shaklee Independent Distributor; Najmi Anuar (ID 854348)

♥ SMS/call/whatsapp/: 010- 2325408
♥ Email: mommyqalesya@gmail.com
♥ Facebook: https://www.facebook.com/najmi.anuar.1
♥ Pengedar shaklee anda di Penang dan seluruh Malaysia: COD di kawasan Jawi dan SPS (SPU/SPT Penang/Island mengikut kawasan)

25 July 2013

Kisah lobak, telur dan kopi: yang mana kita?

Macam biasa, pagi ni dapat msg dari hubby supaya masak bubur karot adik. Sebab saya postcall lagi, jadi memang saya lah yang kena sediakan bubur adik memandangkan hari ni kerja halfday je

Balik rumah saya terus cari karot dalam fridge. Erm teringat pula kisah lobak bersama telur dan kopi awal bulan ni, masa perhimpunan bulanan. Staff nurse norlia yang sampaikan. Katanya diambil dari internet.

* perhimpunan bulanan kali ni, 1st time kot saya datang dari mula majlis doa, nyanyian lagu Negaraku, lagu penang (1st time juga dengar lagu penang haha )dan bacaan ikrar. Sebelum ni memang selalunya group kami tak sempat join lah buzy nak setelkan patient hehe


Jom share c:

“Seorang anak mengeluh pada ayahnya mengenai kehidupannya dan bertanya mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan baginya.

Dia tidak tahu bagaimana untuk menghadapinya dan hampir menyerah kalah dalam kehidupan. Setiap kali satu masalah selesai, timbul pula masalah baru.

Ayahnya yang bekerja sebagai tukang masak membawa anaknya itu ke dapur. Dia mengisi tiga buah periuk dengan air dan menjerangkannya diatas api.

Setelah air didalam ketiga periuk tersebut mendidih, dia memasukkan lobak merah didalam periuk pertama, telur dalam periuk kedua dan serbuk kopi dalam periuk terakhir.

Dia membiarkannya mendidih tanpa berkata-kata. Si anak tertanya-tanya dan menunggu dengan tidak sabar sambil memikirkan apa yang sedang dilakukan oleh ayahnya. Setelah 20 minit, si ayah mematikan api.

Dia menyisihkan lobak dan menaruhnya dalam mangkuk, mengangkat telur dan meletakkannya dalam mangkuk yang lain dan menuangkan kopi di mangkuk lain.

Lalu dia bertanya kepada anaknya, “Apa yang kau lihat, nak?”

“Lobak, telur dan kopi”, jawab si anak.

Ayahnya meminta anaknya merasa lobak itu. Dia melakukannya dan berasa bahawa lobak itu sedap dimakan.

Ayahnya meminta mengambil telur itu dan memecahkannya. Setelah membuang kulitnya, dia dapati sebiji telur rebus yang isinya sudah keras.

Terakhir, ayahnya meminta untuk merasa kopi. Dia tersenyum ketika meminum kopi dengan aromanya yang wangi.

Setelah itu, si anak bertanya, “Apa erti semua ini, ayah?”

Ayah menerangkan bahawa ketiga-tiga bahan itu telah menghadapi kesulitan yang sama, direbus dalam air dengan api yang panas tetapi masing-masing menunjukkan reaksi yang berbeza.

Lobak sebelum direbus kuat, keras dan sukar dipatahkan. Tetapi setelah direbus, lobak menjadi lembut dan mudah dimakan. Telur pula sebelumnya mudah pecah dengan isinya yang berupa cairan. Tetapi setelah direbus, isinya menjadi keras.

Serbuk kopi pula mengalami perubahan yang unik. Setelah berada didalam rebusan air, serbuk kopi mengubah warna dan rasa air tersebut.

“Kamu termasuk golongan yang mana? Air panas yang mendidih itu umpama kesukaran dan dugaan yang bakal kamu lalui. Ketika kesukaran dan kesulitan itu mendatangimu, bagaimana harus kau menghadapinya ?

Apakah kamu seperti lobak, telur atau kopi ?” tanya ayahnya.

Bagaimana dengan kita ?

Apakah kita adalah lobak yang kelihatan keras, tapi dengan adanya penderitaan dan kesulitan, kita menyerah menjadi lembut dan kehilangan kekuatan.

Atau, apakah kita adalah telur yang pada awalnya memiliki hati lembut, dengan jiwa yang dinamis ? Namun setelah adanya kematian, patah hati, perpisahan atau apa saja cabaran dalam kehidupan akhirnya kita menjadi menjadi keras dan kaku.

Dari luar kelihatan sama, tetapi apakah kita menjadi pahit dan keras dengan jiwa dan hati yang kaku?

Atau adakah kita serbuk kopi ? Yang berjaya mengubah air panas, sesuatu yang menimbulkan kesakitan, untuk mencapai rasa yang maksimum pada suhu 100 darjah celcius.

Ketika air mencapai suhu terpanas, kopi akan terasa semakin nikmat. Jika kita seperti serbuk kopi, ketika keadaan menjadi semakin buruk atau memuncak, kita akan menjadi semakin baik dan membuat keadaan disekitar kita juga menjadi semakin baik.

Samalah halnya dengan serbuk kopi yang berjaya mengubah air panas yang membakarnya menjadikan ia lebih sedap dan enak untuk diminum.

Jadi, Antara lobak, telur dan kopi, kita yang mana?

Semoga menjadi pengajaran dan inspirasi buat semua pembaca! c:



24 July 2013

Kisah semut dan lalat




Beberapa ekor lalat nampak terbang berpesta di atas sebuah tong sampah di depan sebuah rumah. Suatu ketika, anak pemilik rumah keluar dan tidak menutup kembali pintu rumah.

Kemudian nampak seekor lalat bergegas terbang memasuki rumah itu. Si lalat langsung menuju sebuah meja makan yang penuh dengan makanan lezat.

“Saya bosan dengan sampah-sampah itu, ini saatnya menikmati makanan segar,” katanya. Setelah kenyang, si lalat bergegas ingin keluar dan terbang menuju pintu saat dia masuk, namun ternyata pintu kaca itu telah terutup rapat.

Si lalat hinggap sesaat di kaca pintu memandangi kawan-kawannya yang melambai-lambaikan tangannya seolah meminta agar dia bergabung kembali dengan mereka.

Si lalat pun terbang di sekitar kaca, sesekali melompat dan menerjang kaca itu, dengan tak kenal menyerah si lalat mencoba keluar dari pintu kaca. Lalat itu merayap mengelilingi kaca dari atas ke bawah dan dari kiri ke kanan bolak-balik, demikian terus dan terus berulang-ulang.

Hari makin petang, si lalat itu nampak kelelahan dan kelaparan. Esok paginya, nampak lalat itu terkulai lemas terkapar di lantai.

Tak jauh dari tempat itu, nampak serombongan semut merah berjalan beriringan keluar dari sarangnya untuk mencari makan. Dan ketika menjumpai lalat yang tak berdaya itu, serentak mereka mengerumuni dan beramai-ramai menggigit tubuh lalat itu hingga mati.

Kawanan semut itu pun beramai-ramai mengangkut bangkai lalat yang malang itu menuju sarang mereka.

Dalam perjalanan, seekor semut kecil bertanya kepada rekannya yang lebih tua, “Ada apa dengan lalat ini, Pak? Mengapa dia sekarat?”

“Oh.., itu sering terjadi, ada saja lalat yang mati sia-sia seperti ini. Sebenarnya mereka ini telah berusaha, dia sungguh-sungguh telah berjuang keras berusaha keluar dari pintu kaca itu. Namun ketika tak juga menemukan jalan keluar, dia frustasi dan kelelahan hingga akhirnya jatuh sekarat dan menjadi menu makan malam kita.”

Semut kecil itu nampak manggut-manggut, namun masih kurang faham dan bertanya lagi, “Aku masih tidak mengerti, bukannya lalat itu sudah berusaha keras? Kenapa tidak berhasil?”

Masih sambil berjalan dan memanggul bangkai lalat, semut tua itu menjawab, “Lalat itu adalah seorang yang tak kenal menyerah dan telah mencoba berulang kali, hanya saja dia melakukannya dengan cara-cara yang sama.”

Semut tua itu memerintahkan rekan-rekannya berhenti sejenak seraya melanjutkan perkataannya, namun kali ini dengan mimik dan nada lebih serius, “Ingat anak muda, jika kamu melakukan sesuatu dengan cara yang sama tapi mengharapkan hasil yang berbeda, maka nasib kamu akan seperti lalat ini.”

-->>Pemenang tidak melakukan hal-hal yang berbeza, mereka hanya melakukannya dengan cara yang berlainan


* Seronok rasanya dapat baca himpunan kisah2 inspirasi di IphinChow c:

Jom komen dan 'like' jika suka ya ( " ')