Saya sendiri pun suka sangat kalau dapat jumpa twin, anak abang sulung saya. Muka diorang memang sejibik.
Hehe saya masa mengandung 2x sebelum ni pun ada juga berangan2 dapat kembar, yelah family history pun dah ada.
Malah en hubby pun adalah kembar 3 hehe mungkin suatu hari nanti, Amin..c:
Apa perbezaan kembar Seiras dan tidak seiras?
Umumnya, kembar seiras berasal dari satu telur (ovum) yang bersenyawa dengan satu sperma. jadi, mereka akan mempunyai jantina yang sama dan wajah yang serupa.
Manakala kembar tidak seiras berasal daripada telur2 (ovum- ovum) yang disenyawakan oleh sperma yang berbeza. Jadi, ia mungkin mempunyai jantina yang berbeza atau sama, tetapi wajah adalah tidak seiras kerana genotype lain akan menentukan fenotype yang lain (tidak sama).
Apa hint bahawa anak yang dikandung kembar?
Pada masa kini, saya boleh katakan semua ibu akan menjalani scan di peringkat awal kehamilan. Pada masa itu, 'confirm' hamil boleh ditentukan (sama ada lua atau dalam rahim)dan juga bilangan fetus yang dikandung melalui 'fetal heart' yang dikesan c:
Ini pula antara tanda mungkin hamil bayi kembar:
1. Intuisi wanita seringkali begitu kuat. Anda hanya merasakan begitu saja bahawa anda mungkin membawa dua janin dalam tubuh Anda.
2. Mual-muntah atau morning sickness yang lebih parah. Ini disebabkan kadar hormon hCG (human Chorionic Gonadotropin) yang meningkat lebih daripada biasa.
3. Gejala-gejala kehamilan normal lainnya kemungkinan juga lebih besar. Antaranya payudara terasa lebih bengkak, lebih sering buang air kecil, lapar sepanjang waktu, dan cepat lelah.
Dalam trimester kedua, mungkin juga kesulitan menangkap nafas, kaki dan tangan membengkak (edema), penambahan berat badan dan pembesaran rahim yang tidak normal, serta gerakan janin yang kuat. Masalah anemia atau kekurangan zat besi (yang menurunkan hemoglobin) juga biasa terjadi pada kehamilan kembar.
4. Pertambahan berat badan meningkat cepat pada trimester pertama.
5. Ukuran rahim lebih besar daripada usia kehamilan.
Berikut antara FACTOR2 bagi kandungan anak kembar c:
- Mempunyai genetik kelahiran anak kembar.
- Faktor usia ibu lewat 30tahun
- Faktor etnik: Wanita Afrika-Amerika yang paling mungkin untuk memiliki anak kembar, sementara orang Asia dan penduduk asli Amerika memiliki kemungkinan yang lebih sedikit
- Pengambilan ubat rawatan kesuburan eg: Clomid memberikan 10 peratus risiko
**
Clomid dapat merangsang pengeluaran telur ovum dalam ovari. Jadi, pada sesetengah wanita, ransangan ini menyebabkan dua telur keluar sekali gus dan jika berjaya disenyawakan,menghasilkan kembar yang tidak seiras.
RISIKO2 HAMIL ANAK KEMBAR
Kepada ibu:
1. Ibu yang hamil anak kembar lebih berisiko untuk mengalami preeklampsia, iaitu satu keadaan penyakit darah tinggi yang serius dan juga masalah kencing manis.
2. Ibu sering mendapat morning sickness yang berganda daripada biasa dan sakit-sakit semasa hamil yang lebih kerap dan teruk berbanding kandungan biasa.Admission ke wad mungkin diperlukan.
3. Disebabkan oleh saiz uri yang lebih besar, ibu hamil kembar lebih berisiko untuk mendapat placenta previa, di mana uri berada pada kedudukan bawah yang boleh memberikan pendarahan faraj semasa hamil.
4. Wanita hamil kembar memerlukan lebih banyak pengambilan makanan berkhasiat, vitamin tambahan dan zat berbanding kandungan tunggal kerana anda akan lebih kerap mendapat anemia iaitu masalah kekurangan sel darah merah.
5. Kenaikan berat badan berlaku lebih cepat, akibatnya ibu mudah sakit punggung, sesak nafas, rasa nyeri pada perut dan sembelit.
6. Penambahan beban pada jantung, paru-paru dan buah pinggang mengakibatkan anda cepat berasa penat.
7. Ibu lebih berisiko untuk menjalani kelahiran secara pembedahan ceasarean kerana bayi kembar lebih cenderung berada dalam kedudukan tidak normal kerana saiz yang lebih kecil.
8. Ibu kembar lebih kerap mendapat risiko tumpah darah selepas melahirkan sama ada kelahiran melalui pembedahan caesarean mahupun kelahiran normal.
Kepada bayi:
1. Ibu hamil kembar mempunyai lebih risiko untuk melahirkan bayi pra-matang, berlaku keguguran dan kejadian bayi cacat.
2. Bayi kembar biasanya mempunyai berat badan yang lebih kecil semasa dalam kandungan dan selepas lahir.
3. Kandungan kembar mempunyai lebih risiko untuk kematian bayi dalam kandungan, sama ada salah satu atau keduanya berkemungkinan berpunca daripada masalah uri, tali pusat terbelit, kecacatan dan lain-lain.
4. Vanishing Twin adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan kandungan kembar yang tiba-tiba hilang dan menjadi satu. Ia selalunya terjadi pada awal kehamilan iaitu enam hingga tujuh minggu dan cuma dikesan melalui ujian ultrasounds.
TIPS SEMASA MENGANDUNG KEMBAR:
- Dapatkan pengambilan makanan harian yang seimbang, bersama supplement mencukupi bagi mengurangkan risiko anemia dan cepat letih
- Pastikan banyak minum air masak untuk mencegah dehidrasi.
- Banyakkan berehat seperti sering berbaring agar aliran darah ke plasenta meningkat dan pertumbuhan janin lebih cepat.
- Dapatkan sokongan positif daripada mereka yang berpengalaman mengandung, melahirkan dan membesarkan anak kembar.
- Gandakan bajet. Persiapkan mental anda untuk menghadapi perbelanjaan yang berganda bila si kembar lahir.
- Penjagaan bayi dan ibu semasa berpantang juga amat penting. kes2 meroyan juga dilaporkan agak tinggi.
Sekali lagi, kesihatan ibu semasa mengandung dan selepas bersalin/pantang amat penting untuk kebaikan ibu dan bayi2.
**
Sebuah studi yang diterbitkan dalam American Journal of Obstetrics and Gynecology menekankan pentingnya penambahan berat badan di masa awal kehamilan kembar, karena penambahan di dua trimester pertama terbukti memiliki pengaruh yang lebih besar pada berat bayi lahir.
sumber: pelbagai
Hubungi saya untuk maklumat lanjut:
Your Shaklee Independent Distributor; Najmi Anuar (ID 854348)
♥ SMS/call/whatsapp/: 010- 2325408
♥ Email: mommyqalesya@gmail.com
♥ Facebook: https://www.facebook.com/najmi.anuar.1
♥ Pengedar shaklee anda di Penang dan seluruh Malaysia: COD di kawasan Tg Malim/Teluk Intan/Jawi dan SPS (SPU/SPT/ Penang Island mengikut kawasan)
Your Shaklee Independent Distributor; Najmi Anuar (ID 854348)
♥ SMS/call/whatsapp/: 010- 2325408
♥ Email: mommyqalesya@gmail.com
♥ Facebook: https://www.facebook.com/najmi.anuar.1
♥ Pengedar shaklee anda di Penang dan seluruh Malaysia: COD di kawasan Tg Malim/Teluk Intan/Jawi dan SPS (SPU/SPT/ Penang Island mengikut kawasan)
No comments:
Post a Comment