Google+ Followers

Followers

Friday, August 2

Bronok: Kenapa biji sagu bulat?Sebab dia sama dengan mata ikan??

Sejak kecil lagi saya panggil kuih ni bronok. Tapi sejak kenal dengan en. daddy, saya panggil kuih sagu je dah sebab dia 'derr' je bila dengar saya sebut ' BRONOK' tu hehe

Saya tak tahu kenapa sagu biji (atau mata ikan) ni bulat. Yang saya tahu dia akan jadi Bronok : sejenis kuih tradisional Melayu bila siap dimasak.

Ramai orang suka kuih sagu kan. Yes, memang glamer tapi walaupun glamer tak ramai orang tahu buat walaupun kacang tangan je hehe

Saya macam biasa phone call dulu opah kat tg Malim tu, rasanya ni kali ke 3-4x dah buat tapi asyik tak ingat sukatan je.

Ni dah dapat resepi, tulis masuk blog sesiap. Pasni xdek lah calling2 opah lagi. Malu laaa: kata adik cess


sebelum ni asyik nampak bronok merah je kan kat bazar ramadhan tu, lani hijau plak (" ,)

CARA- CARA NYA:

1. Letak 1/2 cwn sagu dalam tapis, alirkan bawah air

2. Didihkan 1 cwn air dalam kuali

3. Masukkan sagu tadi dalam air yang sedang mendidih

4. Masukkan gula dan Kacau sampai licin berkilat

5. Standby air panas kat sebelah, sebab kalau keras sangat boleh top up dengan air panas ni

6. Bila siap, sejukkan dalam loyang untuk dipotong nanti

7. Golekkan kuih sagu atas *kelapa parut y telah digaulkan dengan secubit garam



* kena mintak kelapa parut putih ya, yang baru parut lagi sedap, fresh!! C:

Senang kan? Tak payah nak p beli kat pasar ramadhan dah.

No comments: