Google+ Followers

Followers

Tuesday, June 24

Tart Nenas Bunga versi Mama Hazim


Resepi tart nenas Kak Gee ( blogger kelantan) dalam majalah saji June 2014:

1. 250gm mentega
2. 80gm gula kastor
3. esen vanilla
4. 1 biji kuning telur
5. 300gm tepung gandum ( saya guna red rose balance Biskut Nestum Ben 10 hari tu)
6. 80gm tepung jagung
7. sedikit warna kuning- saya tambah
8. Jem Nenas - buat sendiri boleh beli pun no prob (" ,)

Yang ini pula optional, kalau nak buat bentuk bunga sediakan:

9. sedikit pewarna hijau
10. penerap bunga dan bintang

* selain bentuk bunga, boleh buat bentuk tart gulung atau buah strawberi, comel juga kan hehe

Cara2 Nya

- Pukul mentega dan gula

- Masukkan esen vanilla dan kuning telur

- Masukkan tepung dan gaul sebati hingga jadi doh yang tidak melekat di tangan

- kalau doh keras dan patah susah nak buat bentuk bunga. jadi, tambah kan sedikit minyak sapi

- terap ikut bentuk tart yang diingini dan bakar oven suhu 170 degree selama 20minit

* ini ikut oven masing2 ya, oven saya tu boleh guna up smp 160 degree je kalau tak kompom hangus hehe

Ok. macam mana buat bentuk bunga?

Ha tq kepada azlitamasammanis, kalau nak lebih detail di blog azlita ni memang ada betul2 step by step cara buat bunga.

Memang sangat mudah difahami. No 1. siapa tak faham lagi memang nak kena la tu he


Ini alatan wajib yang ada. Pastikan penerap anda tu comel2 je supaya bunga tu cun je nantinya.

untuk buat daun, cuba cari penerap yang mempunyai 6 kelopak terus lebih mudah, jadi boleh terapan boleh terus dipotong dua bagi menghasilkan 2 kuntum bunga.


Untuk memudahkan kerja, bulatkan inti / jem nenas tu. saya bujurkan sedikit di satu bahagian supaya senang nak balut separuh dengan doh.


SIapkan bunga dulu, kemudian simpan sikit doh dan letakkan pewarna hijau.

Terap dengan bentuk acuan tajam 6 atau 5 bintang pun ok, kemudian adjust la supaya boleh dijadikan daun

Haha ok siap untuk dibakar. Lapik loyang bakar dengan racing paper atau griskan dengan butter pun boleh. Tak nak bagi lekat je


Orait. Selamat mencuba.

Ini tart nenas versi gergasi, sebab ada sorang tu tido awal pula, kata nak teman mama sambil tengok bola hehe c:

Yang pasti, resepi ni memang saya suka. Tak berapa gebu,tapi ada macam rangup2 sikit. Ops saya memang bukan peminat tart gebu yang cair di mulut tu, susah nak menyimpannya hehe






Nak Kulit Cantik Percuma!!

Kembali bernafas. Tak terlepas satu hari. Apapun ALhamdulillah, baru lepas restock lagi vitamin E ni

Untuk yang belum mendapat berita atau pernah2 dengar tu, ini nak refresh balik c:

promosi Shaklee bulan June 2014



Percuma ke? Jom BACA DULU c:

Apa yang lebih Untung dengan belian Vitamin E ini?

1. Anda layak mendapat keahlian Shaklee Seumur Hidup
- bernilai RM75 semenanjung
- bernila RM85 Sabah/Sarawak

2. Percuma 1 botol extra vitamin E bernilai RM145

3. Peluang untuk memulakan bisnes sendiri, dengan sokongan penuh daripada Master2 Shaklee group


KENAPA PERLU AMBIL VITAMIN E:

1. mencantikkan kulit

Vitamin E boleh melambatkan proses penuaan

Selain membantu mengurangkan parut dan tanda regang apabila diamalkan konsisten, ia juga boleh dijdikan masker

Ianya juga membantu menghilangkan parut dan jeragat. Membantu wajah nampak lebih berseri dan tidak kusam.

Jangka panjang, nampak muda c:

2. Cegah pertumbuhan abnormal sel terutama kanser

Vitamin E Shaklee dilengkapi dengan selenium bagi kesan yang optimum.

Ia menghalang radikal bebas dan seterusnya memastikan hanya pembentukan sel yang sihat berlaku

3. Meningkatkan kesuburan

antara rahsia antioksidan yang hebat bagi menghasilkan sperma yang berkualiti dan sihat

4. Pengaliran darah dengan lebih lancar

Sebab itu digunakan bagi ibu2 menyusu yang mengalami sumbat susu (clogged duct)

Malah ia dapat mengatasi masalah sarah belakang terutama mereka yang sering mengadu masalah sakit bahagian belakang badan

5. Mempercepat proses baik luka

Pada kulit atau tisu badan yang cedera atau rosak. Contoh paling mudah adalah racked nipple ibu menyusu

6. mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual

Selain GLA complex dan vitamin B + folic acid, vitamin E turut membantu wanita yang mengalami simtom PMS yang teruk


Berminat untuk mencuba?Hubungi:

Your Shaklee Independent Distributor; Najmi Anuar (ID 854348)

♥ SMS/call/whatsapp/: 010- 2325408
♥ Email: mommyqalesya@gmail.com
♥ Pengedar shaklee anda di ipoh dan seluruh Malaysia: COD di kawasan Ipoh dan teluk intan/ tg malim)

♥ Atau mana2 pengedar terdekat anda di senarai ID sebelah c:

Friday, June 13

Jem Nenas untuk Tart Bunga

Cooking is the best medicine!

siapa tahu resepi jem nenas tahan lama boleh share?


Haha baru je siap pagi ni. Tak sampai 10minit angkat dari kuali ( " ,)

Pagi ni alhamdulillah dapat bangun awal. Jam 5 tu..

Dapat lah buat solat tahajud dan solat hajat sekali untuk anak2 dan family, moga2 dirahmati dan lebih murah rezeki: amin

Lepas tu teringat pula nenas dalam fridge. Memang dah siap kupas kulit dan buang mata semalam tapi tak sempat nak masak je

ops ini 1st resepi tak tahulah tahan lama ke tak c:

1. Nenas masak diparut ( ada orang cakap blend pun boleh haha senang kan)
2. Gula pasir
3. sikit pewarna kuning
4. sedikit jus lemon


ini rupa nenas masak. kuning ya bukan putih hehe

untuk siapa yg malas nak buang mata nenas tu pula boleh kupas je tebal sikit tapi erm membazirkan tak baik tu hehe


Basuh tangan bersih2 dan keringkan. lepas tu parut nenas. empulur buang

tak apa sebab, ada yang kata jangan blend mesti parut pula erm mungkin tak nak bagi jem tu halus hancur kot

lagipun memang sedap pun kan makan jem nenas yang ada macam tali2 sabut sikit2 tu c;


masak dengan api perlahan sampai air nenas tu kering.

mesti selalu kacau kalau tak hangit nanti tak best tart nenas tu jadinya


Bila dah hampir kering, masukkan gula pasir dan sekit perahan lemon + pewarna kuning.

kacau sampai likat.

erk rasa geram sangat macam nak tambah je garam sikit tadi haha agak2 boleh kot? tapi saya tak letak ler ( ",)

erm untuk gula tu, lepas parut toskan air nenas tu dalam kuali dan masukkan nenas parut je dalam cawan untuk dibuat sukatan.

nak timbang pun boleh. lepas tu sukatan gula adalah separuh daripada nenas parut tu c:

orait. time to prepare for work!

tapi sebelum terlupa kena siapkan alfalfa shaklee dan esp juga ni dalam kereta. Kawan nak buat milk booster, anak dah 2 tahun- chayok2 c;

p/s: harap2 en hubby boleh ke kedai bake with yen hari ni.

boleh lah buat tart nenas bunga macam di azlitamasam manis tu. cantik! c;

Monday, June 9

Biskut Nestum Rangup Ben 10

Semangat buat kuih raya 2014 dah datang.

Ntah lah, ada sesuatu yang rasa tak best sejak balik tca kat penang hari tu, jadi bila dapat buat kuih/biskut ni rasa puas hati sangat2. ala2 lepas tension gitu hehe

untuk kali ni, biskut nestum coklat cip Ben 10 , resepi daripada majalah saji jun 2014


Memang tidak menghampakan. Crispy dan sweet dia cukup2 je.

Jom tengok resepi saji ni, dapat dalam 125 biji biskut ben 10 tu


250gm mentega
3/4 cawan gula perang kisar halus ( saya guna gula kastor je)
2 biji telur kuning
1 sudu esen vanilla
2 cawan nestum
3 cawan tepung red rose
1/2 sudu penaik
3/4 cawan coklat cip
coklat masakan
pewarna hijau


Cara- cara nya

1. Pukul gula dan mentega hingga kembang

2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla

3. Masukkan nestum, tepung red rose dan gaul sebati


4. Masukkan coklat cip dan gaulkan hingga jadi adunan biskut sebati

*dia bukan jadi macam doh biskut yang boleh terap2 tu ye, yang ni memang lerai c;


5. siap doh, boleh panaskan oven biskut dulu

6. sekarang dalam posisi yang selesa, anda boleh mulakan sesi mengepal biskut nestum
( " ,)

7. siap kepal2 dan bulatkan adunan, boleh bakar dalam oven ( api atas bawah) 160-180 degree 15-20 minit ( ikut oven masing2)


8. lepas bakar, biarkan biskut diam atas redai supaya sejuk sebelum masukkan dalam cawan kertas

9. Dengan kaedah double boiler, cairkan coklat masakan putih dan letak atas biskut


10. simpan sedikit/ ambil balance coklat putih cair tadi dan letak pewarna hijau

11. guna piping bag, buat corak bulatan yang macam dalam kartun ben 10 tu c;


* yang arrow atas tu, adalah 2 cup yang terrr curah coklat cair hijau hehe itu sebab beg piping tu meletops, accident hihi

sebenarnya kalau makan biskut dia sahaja mungkin kamu semua ingat biskut ni untuk pesakit diabetic hehe sebab tu kena makan dengan white coklat tu sekali c:

tapi resepi ni memang best. saya mula sukat barang buat aduanan sampailah siap bakar ambil masa 2jam setengah je c;

next time off petang nak buat cookies tart bunga pula!!






Friday, May 9

Kek Lapis Horlicks Haw Flakes

entry on 4/5/2014 c:

Kek Lapis Horliks Haw Flakes

ni baru je selamat dihabiskan oleh staf2 MCH kelmarin.


Diorang ni memang senior2 kat dapur. Saje nak minta diorang komen, boleh top up apa yang perlu

Tambahan pula, hari tu saya ada war2 kan tentang kelas memasak di Fatihah Cake House tu. Memang dah jatuh cinta lepas kelas kedua untuk Kek Lapis Gulung tu c:

(Kelas pertama saya di sana adalah untuk Pavlova, Puding Caramel Pelangi dan Congo Bar yang memang superb!! c;)

Jadi, lepas balik kelas baking hari tu, saya buat kek lapis nescafe gulung ( tak post pon masih diperingkat edit lagi hehe)

Dan kebetulan 2minggu lepas kenduri aqiqah anak kembar suami di Teluk Intan, tu terlebih semangat buat kek lapis Haw Flakes pula


Cantik yang mana? Yang berwarna warni tu bakar dalam oven, yang putih merah tu saya kukus haha kenapa samapai 2 ek?

Hehe sebab saya dah malas nak tunggu kek tu masak 1 layer by layer, jadi suku bancuhan tu saya masuk pengukus je jam 1 pagi.

Siap masak semua jam 4 pagi baru tidur! hehe

Resepi kek lapis Horlicks Haw Flakes

10bj telur
130gm gula halus
450gm mentega
1sudu besar ovalette
1 tin susu pekat manis (sy guna 3/4 tin)
50gm jem rasberi (sy alter ke blueberry)
250gm tepung Hong Kong (swab ke tepung superfine Nona)
100gm horlick
Haw Flakes secukupnya

* resepi asal di blog rozzan ye


step 1: Pukul kembang gula halus, mentega dan ovalette


Step 2: Masukkan satu per satu telur ayam ke dalam mixer


Step 3:Dengan kelajuan rendah, ratakan susu pekat manis bersama jem rasberi/ blueberry tadi.

Ada juga yang menggunakan seri kaya, hehe next time saya cuba c:


Step 4: Masukkan horlicks dan tepung dalam adunan.

hehe saya guna 5 paket serbuk horlicks segera 3in1 tu je. sebab kalau nak beli horlicks even paket kecil tu pun kompom tak habis ( " ,)

Step 5: Bahagikan kepada 3 bahagian dan warnakan merah, kuning dan hijau.

Step 6: Alas loyang 4 segi dengan tracing paper dan boleh bakar lapisan pertama


* sapu dengan loyang dengan minyak masak, letak paper dan sapukan minyak sekali lagi atas paper kek


Step 7: Lapisan pertama, letakkan bancuhan warna merah 1 senduk ( @ 8 sudu makan) dan bakar sampai masak (api oven atas sahaja)


cuba pastikan setiap kali bancuhan dituang, kuantiti adalah sama (guna dacing kalau nak selamat, yang saya ni dalam 125ml setiap lapis), supaya lapisan kek anda sama tinggi

sebab, dah alang2 melapis dan membakar tu, baik buat cantik2 terus hehe


Step 8: Siap dibakar lapisan pertama, keluarkan dari oven dan terus lapiskan dengan bancuhan warna kuning diikuti haw flakes

* sebelum melapis yang baru, pastikan tiada gelembung udara ya

*jika ada, cucuk dengan lidi kecil ( saya pakai hujung pisau je hehe) dan tekankan sikit ke bawah untuk buang udara yang terperangkap tu

* kalau nak manis lagi, letak je haw flakes tu rapat2. Tapi kalau haw flakes nye cukup2 makan je, boleh lah tambah kuantiti susu atau gula tu ikut cita rasa c;


Step 9: Lapisan seterusnya selepas kuning adalah warna hijau


Step 10: Diikuti warna merah dan rotate semula bancuhan ikut warna2 tadi



Step 11: Untuk lapisan merah terakhir, taburkan potongan ceri kecil. Bakar api oven atas bawah.


* suku bancuhan saya kukus sebab dah mengantuk sangat nak bakar, step dia sama je cuma saya warnakan 1lapisan je dengan warna merah + tabur orange peel untuk lapisan paling atas


Step 12: Ini proses masa nak terbalikkan kek lapis, nak buang paper atas tu c:. Terbalikan semula dan potong= nyum3 c:

* Hati2 ok..kalau rasa macam melekit semacam je tu tanda kurang masak, no worry masuk je balik dalam oven /pengukus korang tu

* kalau nak simpan, boleh simpan dalam peti sejuk beku tu ( wrap dulu).

* bak kata tokey kek haro tu, tahan 1-bulan. jadi boleh la anda semua buat standby siap2 sebelum puasa nanti untuk kek lapis raya c;

Opss!! nak tayang lagi sekali sat hehehe


Haaa..Dah siap mesti lah tayang kat mak mertua kan. Beliau memang terror masak, so saja nak komen dia.

Erk!! dia suruh kurangkan manis pula haha saya baru plan nak tambah lagi haw flakes/gula next time hehe (orang ada diabetes, biasalah c:)

Orang2 lain pula Alhamdulillah, semua bagi komen positif! Siap ada nak tempah raya lagi haha tak larat ler haha

Bagi orang yang pening nak buat kek lapis bakar ke kukus, korang buat je dua2 serentak,pakai bancuhan yang sama- Rasanya berbeza: ikut selera masing2 c:

p/s: Kukus sebenarnya lebih menjimatkan masa, maintain jaga air jangan kering sudah hehe dan rasanya lebih 'moist' berbanding bakar! Tapi saya suka kek lapis Horlicks Haw Flakes BAKAR lagi!

Ini anda semua wajib cuba ok. Tak menyesal sebab memang sedap! c:


Best sangat ke Meal Shakes??

Ya!! Dan kali ini datang dengan Promo Shaklee yang sangat berbaloi!

Baru je 2 bulan lepas promo ESP powder, kali ini

PROMOSI MEAL SHAKES

pula!!

Kenapa berbaloi?

Sebab selain buy 6 canister anda dapat canister ke 7 secara PERCUMA, ia amat sesuai terutama bulan puasa bakal menjelma Jun nanti ( sila klik di bawah untuk triple gem bagi info lanjut)


Shaklee Meal Shakes merupakan makanan segera yang rendah lemak dan rendah glisemik.

Mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan dan jika dihidang seperti yg disarankan ia kaya dengan sumber kalsium dan protein yang amat diperlukan oleh kanak2 untuk membesar, kuat dan sihat.

Siapa yang perlukan Meal Shakes ?

1. semua anak2 yang berumur *1tahun dan ke atas

* terutamanya anak2 yg kurang selera makan, anak2 mengalami sembelit, anak2 yang obesiti, anak2 yang kerap demam.

2. ibu2 mengandung dan menyusukan anak

3. Pelajar: menambah daya tumpuan belajar

4. Mereka yang aktif

4. Yang sukar menelan vitamin berbentuk tablet

testimoni 1:


testimoni 2:


klik di sini untuk testi lain

Resepi2 Meal Shake Shaklee

1. Meal shakes + Air Suam/ Fresh Milk
2. Meal Shakes + ESP
3. Meal Shakes + Performance Drink
4. Meaal Shakes + ESP + Performance Drink (Triple Gem@Mighty Gem)
5. Meal Shakes + Horlick
6. Meal Shakes + Milo
7. Meal Shakes + Jus buah- buahan
8. Ais krim Meal Shakes + ESP
9. Agar- agar Meal Shakes ( mesti tambah milo sekali ok baru best c:)

**Untuk yang picky eater tu,boleh tambah sikit dalam susu atau makanan anak2 ya c:


Berminat untuk mencuba?Hubungi saya:

Your Shaklee Independent Distributor; Najmi Anuar (ID 854348)

♥ SMS/call/whatsapp/: 010- 2325408
♥ Email: mommyqalesya@gmail.com
♥ Pengedar shaklee anda di ipoh dan seluruh Malaysia: COD di kawasan Ipoh dan teluk intan/ tg malim)

Wednesday, April 16

Demeises- Dengarlah Bintang Hatiku (Official Video Clip)

Sebenarnya plan nak letak resepi kek lapis nescaffe buat last week, tapi hati tiba2 teringat pada orang tu kan hehe


*
"Dengarlah bintang hatiku aku akan menjagamu
dalam hidup dan matiku hanya kaulah yang ku tuju
dan teringat janjiku padamu suatu hari pasti akan ku tepati

reff:

aku akan menjagamu semampu dan sebisaku
walau ku tahu ragamu tak utuh

ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
karna bagiku engkaulah nyawaku

repeat reff [3x]

karna bagiku engkaulah nyawaku"


sweet kan? Dah lama kot tak dapat lagu, last masa belajar kat UM dulu je ( jangan jelesss daddy hahaha)

Tq daddy Azlan Aziz. Ingatkan dah ada 2 orang anak, tak merasa dah 'dedikasi"2 macam ni c:

My Dear: You are my LOVE, Forever and Ever

p/s: ye eh sayang bagi lagu ni sebab nama mama Najmi@ BintangKu? c;

Monday, April 7

@ Fatihah Cake House: Kek Lapis Gulung c:


Alhamdulillah..rezeki itu ada di mana..c;

Sabtu dan ahad 5/6 April lepas sepatutnya saya ada locum di Greentown.

Bagus juga ada buat revise roster,(walaupun naik pening kepala kena adjust plan bulan ni huhu) slot ahad tu cancel.

Last minute juga, confirmkan dengan kak ani untuk join baking kelas 6April tu c:


Inilah rezeki gantikan slot locum di greentown.

Rezeki menuntut ilmu hehehe Kelas SPECIAL
kek lapis gulong

Resepi kak ani memang sedap2.Siapa nak cuba boleh p je kedai kek kat Lahat tu

Kali ini kami belajar 4 jenis kek lapis:

1.roll lapis legit
2.roll laois orange
3.roll lapis rainbow
4.roll lapis merah delima

Erm..nak buat nya tak lah susah, cuma tak boleh sibuk berborak sangat ok sebab manti terlupa step or lebih malang terlebih hangus haha


Antara step2 paling menarik masa mewarnakan pelangi pada kek tu hehe suka betul warna warni ni..macam budak2 pun ada c;


Ini semua 5 kek lapis siap di masak. Tengah tunggu sejuk kemudian oleskan strawberry filling sikit sebelum digulung

Setiap 1 jenis ada 1 kecuali kek lapis oren ada 2 c:


Ini kek lapis legit yang siap di potong.

Erm sy tak merasa jenis y ini sebab beri pada opah teluk intan semalam

Tapi masa saya ber whatsapp dengan kak ipar, memang dia kata sedap!!

Uwahhh boleh kempunan ni nasib baek tak ngandung je hehe

Orait..Nanti2 nak ajak en hubby ke kedai bahan kek di belakang bangunan suk Ipoh tu..

Boleh menggulung kek lapis lagi c:



Friday, April 4

Supplement Kalsium dan Bahaya Hypercalcemia

Kekurangan kalsium boleh menyebabkan gejala tulang mudah patah dan kesakitan teruk ketika lanjut usia.

Penyakit ini dinamakan osteoporosis. Penyakit ini sangat menakutkan kerana tulang-tulang kita akan tiba-tiba patah tanpa sebab atau jika terjatuh sedikit.


Ok.Sempena promosi Ostematrix Buy 6 Free 1 bulan ini, sengaja saya up kan tentang post " Bahaya Terlebih Kalsium" c:

Berapa Keperluan Kalsium ?

Sebanyak ~1500 mg kalsium diperlukan untuk memenuhi keperluan harian badan kita

Kebanyakan sumber kalsium boleh diperoleh melalui diet pemakanan produk tenusu dan juga sayuran hijau

Namun begitu, pengambilan kalsium diet semata-mata selalunya tidak mencukupi untuk diserap secara optimum ke dalam badan.

Ini kerana ia memerlukan Vitamin D untuk membantu penyerapan ke dalam badan dengan kadar yang lebih baik.

Bahaya Hypercalcemia @ Terlebih kalsium

Walaupun ia bukanlah biasa, tetapi kalsium yang tinggi dalam badan boleh mendatangkan bahaya, terutamanya apabila ia mengganggu jantung menyebabkan arryhmia.

Diet berlebihan adalah antara punca hypercalcemia tetapi terdapat faktor utama lain seperti kanser, hyperparathyroid dan masalah kegagalan buah pinggang.

Apakah simtom2 terlebih kalsium?

Perumpamaan mudah ialah dengan frasa "moans, stones, groans, and bones."

Contohnya adalah masalah sembelit, tidak berselera,batu karang, masalah kencing,tertekan, mudah keliru, dementia dan sakit tuang/sendi bersama tulang yang mudah patah


Jadi, Siapa yang Perlukan Kalsium Tambahan?

Kebanyakan orang tidak memerlukan extra supplement kalsium kerana ia mudah diperoleh melalui diet.

Jadi, bagi mereka yang boleh mengambil produk tenusu,mereka tidak digalakkan mengambil supplement kalsium tambahan.

Bagi wanita menopause atau golongan warga tua pula, mereka antara golongan yang memerlukan kalsium tambahan.

Begitu juga wanita mengandung dan menyusu.

Untuk pesakit ESRF yang memerlukan dialysis, mereka turut memerlukan supplement kalsium (diberikan dalam bentuk kalsium karbonat (CaCO3) tetapi memerlukan pemantauan pihak hospital.

* sekadar perkonsian, jadi consult doktor anda masing2 yang c:





April 2014: Ostematrix Shaklee Buy 6 FREE 1


Bulan ini Shaklee membuat promosi Ostematrix pula bagi Buy 6 Free 1.

Mengapa Ostematrix Shaklee?

Ostematrix adalah formulasi untuk produk kalsium Shaklee dinamakan Ostematrix.

Istimewanya produk ini kerana ia didatangkan lengkap bersama Vitamin D, Zinc, Copper, Manganese, Boron.

*Mineral-mineral ini membantu untuk penyerapan yang maksimum ke dalam badan.

- Jenis calsium yang digunakan untuk formulasi Ostematrix adalah munggunakan calsium carbonate, calsium citrate dan calsium citrate malate. . Semua jenis calsium ini mudah dihadam dan diserap ke dalam badan.

- Formulasi ini juga adalah untuk memastikan matriks tulang kita lebih kuat dan sihat.

- Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.

- Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

* kredit kepada mommyiskandar c:

klik di sini untuk BAHAYA Hypercalcemia @ Lebih Kalsium

Hubungi saya untuk maklumat lanjut:

Your Shaklee Independent Distributor; Najmi Anuar (ID 854348)


♥ SMS/call/whatsapp/: 010- 2325408
♥ Email: mommyqalesya@gmail.com
♥ Pengedar shaklee anda di ipoh dan seluruh Malaysia: COD di kawasan Ipoh dan teluk intan/ tg malim mengikut kawasan)

Monday, March 31

Yes, I am Fat..But Not yet Miss Fatty (",)

Jam 4.20pm di MCH (klinik Ibu Anak) sambil2 menyiapkan report mortality baby:

Kak ida: Hello doc, doc bleh balik awal 4.30 hari ni.

Doc: Eh, bukan pagi tadi sy oncall bayo utang ke? Mana ada hour?

Kak Ida: Ada..bos suruh balik. KAlau tak balik awal esok 1hb BURN!!

Haha yeayy!! Adik di taska nanti pukul 6 ambil la hehe

Balik awal dapat juga bersenam. Huhu sesuatu yang semua perempuan ( hampir semua kot lelaki pun ada hehe) benci bila berat badan naik!!


Pic end of 2010.Masa ni posting Orthopedic HO di Sg Buluh, dengan tunang @ en hubby masa Surgical Night.

Berat masa ni 52kg je hehe (masa grad 2009 saya underweight BMI 18 haha)

Erm memang berat badan bertuah masa ni sebab saya dan suami dapat 3 hadiah cabutan, 1 no tu kami beri kat kawan wani & hisyam sebagai hadiah kahwin mereka c:


Ini pula..tadaaa!! Nampak tak kegemukan yang nyata tuttt? AP Diameter badan bertambah tu..sob sobs

Huhu ini pic masa ambil APC di Dewan Sri Pinang 26 feb lepas..

Tak best sebab saya makin berisi tapi sangat Best sebab dapat jumpa rakan2 kerja hospital Sg Bakap!Love u guys!! c:

Erk berat saya 64kg ok sekarang ni.BMI 24= dah overweight for Asian Women :c

Sebenarnya berat sy maintain lepas beranak adik Qalesya August 2012 dulu.

Yup, memang lah maintain 64 kg konon tapi total weight gain sebelum pregnant tu 10kg!

In summary:

1. Masa student di UM: 48-49kg
2. Masa Houseman di Sg Buloh: 51-52kg
3. Selepas deliver 1st baby: 54kg
4. Selepas deliver 2nd baby: 64kg untill now :c


Haaaa sedih2..Bak kata orang berat mata memandang Berat lagi bahu memikul kekekek

Ok. Target baru tahun ni..pssssst ( " ,)
* yelah, daddy pun main badminton 2x seminggu, mama pun mesti lah exercise kan hehe

Orait. Peluh dah kering. Nak mandi, solat dan ambil adik qalesya di taska.

Erm..excited juga sebab hari ni closing shaklee untuk ESP Buy 6 FREE 1. Tengah fikir2 nak bagi exclusive gift kat downline c:


Ops..sempat lagi cuci mata dengan my Lovely Flower from Penang: Adenium obesum @ kemboja cina

Ok adik..mama datang ni..c:






7 Benefits of ESP that You Wont Regret!!

Energizing Soy Protein atau ESP telah mendapat pengiktirafan seantero dunia kerana proses kajian klinikal yang dijalankan berkali-kali bagi memastikan kualiti protein yang tinggi.

ESP Shaklee bersumberkan tumbuhan semulajadi(kacang soya)yang dapat dihasilkan untuk manfaat optimum kepada bakal pengguna.

Buat pengetahuan anda,protein kacang soya adalah
- 2 kali ganda lebih dari daging
- 12 kali lebih dari susu dan
- 4 kali ganda lebih dari telur.

Ia juga rendah kolestrol, rendah lemak dan mudah diserap oleh tubuh manusia.


7 KHASIAT Yang Anda MESTI Tahu:

1. Rahsia Awet Muda / Anti Penuaan

Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan memperkuat otot bagi memastikan kita sentiasa bertenaga.

Kandungan yang terdiri daripada Asid Amino membina dan memperkuat otot tubuh, kuku, rambut, darah, organ, kulit dan kelenjar.

ESP juga mengandungi 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain.

2. Mempertingkat Fungsi Hormon Wanita

Kacang soya adalah tumbuhan yang kaya dengan isoflavon yang berfungsi sama dengan fungsi hormon wanita.

Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dalam darah disamping mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.

Ia juga baik untuk mencegah gejala ‘hot flashes’ sebelum menapous dan membantu mencegah kanser serta anemia.

3. Rahsia Kulit Cantik Dan Anjal

ESP merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan dan bertindak sebagai agen anti-penuaan+ Mengembalikan keanjalan kulit supaya kulit kekal cantik dan gebu.

Di samping memperkuat otot sekaligus mempercepat pemulihan luka dan menghilangkan parut.

4. Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki

Genistein yang terkandung dalam kacang soya telah dibuktikan mempunyai keupayaan bagi mencegah pertumbuhan dan menghalang sel kanser darip merebak.

Ia berfungsi dengan memusnahkan radikal-radikal bebas dalam sel-sel tubuh kita sebelum radikal bebas sempat bermutasi daripada DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser.

Ia juga melindungi dan menjaga rahim dan ovary serta kitaran haid dan prostat.

5. Memulih Dan Memberi Tenaga Segera Untuk Individu Aktif

ESP Shaklee terbukti berkesan dalam memulih dan member tenaga segera untuk individu yang aktif, ibu menyusu, wanita bekerjaya yang sibuk dan mereka yang mempunyai gaya hidup yang lasak.

ESP membekal tenaga segera dan meningkatkan sistem imun sekaligus memulihkan kepenatan, mencegah migrain, insomnia dan gejala stress yang disebabkan kemurungan, kebimbangan, ketakutan, tekanan kerja dan sebagainya.

6. Jawapan Kepada Masalah Pigmentasi

Kacang soya atau nama saintifiknya Glycine Max dianggap salah-satu daripada 7 “super-foods” yang wujud di dunia.

Hasil kajian para saintis telah membuktikan lecithin dalam soya dapat melancarkan peredaran darah, menyahtoksin bahan buangan sel dan lain-lain.

Fungsi lecithin soya ini juga melambatkan proses rambut beruban, menyelesai masalah keguguran rambut dan keadaan rambut yang kusam. Disamping mencegah masalah pigmentasi dan kulit berjeragat.

7. Meningkatkan Keupayaan Memori

Pengambilan ESP Shaklee secara konsisten akan dapat mempertingkatkan keupayaan daya ingatan.

Kacang soya mengandungi isoflavones yang bertindak sebagai penerima atau perangsang estrogen dalam otak manusia, terutama dalam hippocampus iaitu kawasan penting untuk memori manusia.

* kredit kepada celik vitamin c:

Last2 day kene restok ESP lagi c:

Dapatkan ESP anda bulan ini dengan harga penjimatan. Buat apa beli 1 canister jekan kalau dah dapat extra benefit kalau beli 6 terus.

Jom! Tinggal 1 hari sahaja lagi sebelum Promosi ESP:buy 6 FREE 1 ini berakhir!

Insya Allah, berbaloi untuk anda dan family C;


Hubungi saya untuk maklumat lanjut:

Your Shaklee Independent Distributor; Najmi Anuar (ID 854348)

♥ SMS/call/whatsapp/: 010- 2325408
♥ Email: mommyqalesya@gmail.com
♥ Pengedar shaklee anda di ipoh dan seluruh Malaysia: COD di kawasan Ipoh dan teluk intan/ tg malim mengikut kawasan)

Friday, March 28

Adenium obesum@ Kemboja Cina: cAnTiK!! c:


Alhamdulillah..Pokok kemboja cina dah mula berbunga!

Berkat kesabaran ni..haha

Mestilah excited, daripada saat dia hampir2 pupus di Penang dulu sampai bertahan bawa ke Ipoh c:


Pic 5 days back. Kalau bandingkan dengan picture atas tadi, 2 bunga kiri dan kanan tu masih terkatup lagi

Buat pengetahuan, pokok sebenarnya hadiah daripada SN Jam masa di hospital Penang dulu


Menurut kata tuan punya pokok,pokok kemboja cina ni ada kembar. Satu dia beri pada saya.

Hah, malahKembar dia dah berbunga pun tahun lepas lagi! sob sob..nasib baik belum terlambat hehe

Pokok ini pula hampir kesemua daun meluruh -sebab tu tinggi kurus je sebelum cabang baru huhu

Hehe ok lah kan untuk orang baru nak menanam haha


Ini pula pic 2 minggu lepas. Baru je lepas letak baja beli di nursery.

Seronok bila nampak pokok yang asalnya hampir bogel dek luruh daunnya, mula bercambah daun baru.

Paling best bila berputik nak berbunga pula c:. Barulah naik seri halaman rumah ni. Walaupun rumah sewa aje kan haha

p/s: hati2 tanam pokok hiasan ya kawan2, takut terkena pokok cantik tapi beracun macam di penang dulu

Info:

Adenium obesum atau lebih di kenali sebagai kemboja cina merupakan pokok dari famili apocynaceae. Ia sejenis pokok yang berbunga cantik. Berasal dari Africa Timur dan Selatan Arab.

Juga digelar dengan gelaran 'desert rose' iaitu rose padang pasir mungkin kerana bunganya seakan ros dan hidup subur di kawasan yang kurang air.

Adenium ini boleh dibiakkan dengan cara keratan batang dan biji benih. Untuk penanaman adenium perlukan tanah yang senang air mengalir jadi campurkan tanah dengan pasir sungai ketika proses penanaman. Ia memerlukan cahaya yang banyak dan sedikit terlindung untuk hidup subur dan berbunga cantik.

Hanya siram sekali sehari ketika cuaca panas. Manakala pembajaan pula baja najis ayam paling sesuai untuk adenium tetapi boleh juga gunakan baja biji untuk kesuburan pokok ini.


* In short, ini Pesanan Staff Nurse SitiNoor dan Kak Jam dulu

- pokok ni kene cukup dapat cahaya matahari
- Jangan siram air banyak2 nanti akar pokok rosak
- Letaklah baja secukupnya ( tak percaya cuba lah try, jangan letak baja langsung hehe)

Next on the list: Nak cari benih bunga dahlia pula.Macam cantik je kan c: