Google+ Followers

Followers

Sunday, June 23

Resepi jus Avocado


Hari ni misi menghabiskan 2biji lg buah avocado. Memandangkan esok dah start kerja semula, kompom memang kena habiskan hari ni jugak.

Ini resepi jus avocado. Saya mula berkenalan dengan jus avocado ni masa kerja di sungai buloh dulu. Kat kedai ayam penyek di damansara. Rasanya memang urmp c:

Bahan2 untuk jus avocado :
- 1 biji avocado, diambil isinya
- 1 cawan dlm 250ml susu segar (saya pakai fresh milk dutch lady tu)
- 2 sudu makan susu pekat
- 2 sudu makan gula
- coklat cair(saya guna hershey's syrup)

Cara buat jus avocado:
1. ambil isi avocado dan blender bersama susu segar, susu pekat dan gula
2. Boleh tambahkan lebih air megikut cita rasa kepekatan anda
3. Dalam gelas,, letakkan coklat cair di dinding gelas kemudian baru tuangkan jus tadi
4. Tambahkan ais ketul dalam minuman

SIAP!! c:

Jus avocado ni memang sedap sebab die rasa lemak2 manis sejuk. Kalau minum waktu cuaca panas, haha memang best sangat.

Untuk bahan2 di atas,dapat hasilkan 1 gelas jus avocado je. Suami memang tak minat susu jenis apa pun, jadi ini memang untuk saya sorang lah hehe


Ini pula makanan tengah hari kami.Hari ini en hubby suh saya berehat je depan tv dengan budak, lauk2 dan nasi sume en hubby setelkan. Tq daddy!! c:


5 comments:

PakcikLie PCL said...

serius sy x penah cuba lg jus avocado.. npk menarik bagus sesekali hubby masak. akan sentiasa namapk hensem tau...hehe.

drNajmi anuar said...

En hubby mmg sentiasa hensem hehe amin..jus avocado ni mmg sedap:lemak lazat dan berkrim haha kene cuba buat, sgt simple c;

Anonymous said...

salam akk nak tanya.. kat mane akk boleh dapt avocado tu? sbb sy duduk kat kuantan tak leh nampak kat mane2... thanks be4...

Najmi Anuar said...

Cuba dik cari kat tesco..jusco pun ada juga kat site sayur2 buah bagai.. c:

Anonymous said...

Kat kuantan boleh dptkan di giant :)