Google+ Followers

Followers

Thursday, August 22

Malas masuk kerja! (" ,)

Minggu ni berderet kursus. Isnin dan selasa hari tu di Putrajaya. Yang kurang best tu, tiba2 je rasa bersemangat balik nak sambung blaja.

Yelah, plan2 nak ambil MRCP dari awal tahun ni, tapi belum jalan2 pun lagi. Erm penat memang lah sebab travel dari Penang, tapi nasib baik hubby yang drive

Saya cuma penat jaga 2 budak noti dalam kereta jelah. Siap main2 kat belakang seat lagi. memang kena cuci kereta bersih2 ( ",)


Hajat hati nak bagi hadiah kat pak cu kat UITM tu, tapi kena bagi tuan punya katam dulu c;

Hehe kemudian hari ni kursus Neurology Update di Penang GH pula. Nampak buku atas ni?

Haa ni permulaan untuk chayok2 ambil exam. Hehe pasni bla p kedai Buku Kamal kat KL nak cari buku Kalra pula..Amin semoga kuat jodoh ku haha

Ikan tongkol masak singgang, tak ada sambal belacan pun sebab hubby tak biasa makan hehe

Sampai balik hosp dalam pukul 5.30ptg. Singgah lori pakcik jual ikan sat. Beli ikan tongkol buat makan malam

Erk..Rasa malas plak nak masuk kerja esok, wekend ni pun free tak dek oncall haha kalau esok cuti best nyeeee haha
selamat kembali bekerja ! c:


No comments: