Pages

Translate

Search This Blog

Showing posts with label alfalfa. Show all posts
Showing posts with label alfalfa. Show all posts

13 June 2014

Jem Nenas untuk Tart Bunga

Cooking is the best medicine!

siapa tahu resepi jem nenas tahan lama boleh share?


Haha baru je siap pagi ni. Tak sampai 10minit angkat dari kuali ( " ,)

Pagi ni alhamdulillah dapat bangun awal. Jam 5 tu..

Dapat lah buat solat tahajud dan solat hajat sekali untuk anak2 dan family, moga2 dirahmati dan lebih murah rezeki: amin

Lepas tu teringat pula nenas dalam fridge. Memang dah siap kupas kulit dan buang mata semalam tapi tak sempat nak masak je

ops ini 1st resepi tak tahulah tahan lama ke tak c:

1. Nenas masak diparut ( ada orang cakap blend pun boleh haha senang kan)
2. Gula pasir
3. sikit pewarna kuning
4. sedikit jus lemon


ini rupa nenas masak. kuning ya bukan putih hehe

untuk siapa yg malas nak buang mata nenas tu pula boleh kupas je tebal sikit tapi erm membazirkan tak baik tu hehe


Basuh tangan bersih2 dan keringkan. lepas tu parut nenas. empulur buang

tak apa sebab, ada yang kata jangan blend mesti parut pula erm mungkin tak nak bagi jem tu halus hancur kot

lagipun memang sedap pun kan makan jem nenas yang ada macam tali2 sabut sikit2 tu c;


masak dengan api perlahan sampai air nenas tu kering.

mesti selalu kacau kalau tak hangit nanti tak best tart nenas tu jadinya


Bila dah hampir kering, masukkan gula pasir dan sekit perahan lemon + pewarna kuning.

kacau sampai likat.

erk rasa geram sangat macam nak tambah je garam sikit tadi haha agak2 boleh kot? tapi saya tak letak ler ( ",)

erm untuk gula tu, lepas parut toskan air nenas tu dalam kuali dan masukkan nenas parut je dalam cawan untuk dibuat sukatan.

nak timbang pun boleh. lepas tu sukatan gula adalah separuh daripada nenas parut tu c:

orait. time to prepare for work!

tapi sebelum terlupa kena siapkan alfalfa shaklee dan esp juga ni dalam kereta. Kawan nak buat milk booster, anak dah 2 tahun- chayok2 c;

p/s: harap2 en hubby boleh ke kedai bake with yen hari ni.

boleh lah buat tart nenas bunga macam di azlitamasam manis tu. cantik! c;

10 March 2014

Hands on experience: Puding Karamel Pelangi + Congo Bar + Pavlova @ Fatihah Cake House c:

9 Mac 2014

What a tiring but most enjoyable day!!

Jam 7.30 pagi kami bergerak dari Ipoh ke Jawi,Penang. Destinasi pertama ke rumah SN Zu, menghantar ESP Shaklee bersama Shaker.

Orang tengah berpantang lah katakan, dapat juga tengok be'be' @ baby (Qalesya sebut be'be hehe).

Sambil2 berbisnes.

Alhamdulillah bertambah seorang lagi pengguna konsistent shaklee yang menjadi member. Yelah banyak extra benefit tu c:

Lepas minum2 pagi, kami ke rumah Cassia di Batu Kawan.Happy nye tengok anak2 berlari2.

Rumah kosong lagi.kami bawa bantal dan benda2 basic je.Saje lepak2 ambil angin sambil tengok gunung hehe

Hampir jam 2 baru bertolak semula ke Ipoh.Hehe lambat untuk kelas baking dengan
Fatihah Cake House ni.

Hampir sejam kot saya lewat.saya jugalah orang last siapkan gula hangus.

Dan lepas tu Alhamdulillah semua as follow hihi


Atas gula hangus tu, kami letak adunan puding diikuti bancuhan kek 3warna.

Ha jelesss tak, cantik kan? Haha excited dapat main dengan warna, erm ja


Siap masak selepas diterbalikkan hehe tengok..bulatan yang tak center tadi tu boleh abaikan je.

Sebab ia tak menjejaskan layer kek pun hihi yang penting lepas potong 'tanteeek'


Congo bar yang siap di masak. Inilah cikgu @ tokey Fatihah Cake House hehe nyum2 sedap.


Ini first time kot saya makan congo bar.terus balajar buat lagi.

Sebelum ni selalu tengok je, angan2 je nak buat tapi tak pernah try.

Erm makan kacang manis tempek tak? Congo bar ni lembut tp crunchy.Lemak ada manis sikit.No 1 hehe

div<>

Ops sempat posing tu. Hehe orang tak pernah ikut kelas bakar membakar ni..ini lah jadinye hehe


Closed up kek puding karamel pelangi lepas siap bakar ( sebelum terbalikkan) bersama pavlova yang siap dihias

Pavlova ni resepi nya mmg tak jauh beza dengan resepi pavlova saya dulu.

Cuma jeng2 rasanya lebih masyuk! Macam ala2 cair di lidah gitu..Fuyyoo hebat kan

Tapi ingat tak kisah pavlova ke 2 saya yang jadi macam lempeng tu? No 3 menjadi pula hehe

Haa itulah pentingnya join kelas2 macam ni.tanya je apa2 soklan pun boleh.ada cikgu nak menjawab. Tak perlu buat experimen kat rumah dah ( ",)

bergambar dengan 9 peserta lain

Ok2. Nak siap publish post ini je sebenarnya. Terhenti kejap sebab masuk2 kerja je dah melompat ada budak kena fit.

Ok..to be continue in hands on with Fatihah cake house no 2 c:

* tq banyak2 daddy tolong tengokkan anak2 ber2 yang boleh tahan notti tu semalam haha


Aksi2 sukan hazim haziq dan qalesya semasa di batu kawan

Saaaayang anak2 mama!!! C:

07 February 2014

Cara Memilih Set Berpantang VS Set Menyusu (2 in 1)

Pening antara Set Berpantang atau Set Menyusu Shaklee?


Set berpantang shaklee= zink + vita lea + vitamin c + vit b com + Esp Powder ( optional)



Set menyusu pula, erk banyaknya!! c;

Sebenarnya set berpantang ~ set menyusu pakej C.

Bezanya, cuma alfalfa digantikan dengan zink (zink terbukti penting cepatkan penyembuhan luka)

Q1: Kenapa esp powder sangat2 digalakkan diambil terus semasa berpantang?

1. kerana ia kaya dengan protein non GMO

2. Sumber kaya protein amat penting bagi baik pulih tisu luka selepas bersalin dan bina sel baru

3. esp juga boleh bertindak milk booster bagi ibu y baru bersalin

Q2: Bagaimana pula dengan alfalfa?

Alfalfa boleh diambil selepas bayi habis kuning (jaundice)

Ini disebabkan alfalfa sendiri adalah herba orang barat, jadi sama seperti jamu2 tradisional masyarakat kita amalkan, ia boleh menyumbang kepada masalah jaundice

Q3: Jadi, set apa sebenarnya yang perlu saya ambil LEPAS BERSALIN?

Ambil sahaja set penyusuan c, tetapi top up dengan zink bagi kesihatan optimum selepas bersalin

Mulakan dengan pemakan semua vitamin kecuali alfalfa, yang boleh diambil setelah habis kuning bayi

Hubungi saya untuk maklumat lanjut:

Your Shaklee Independent Distributor; Najmi Anuar (ID 854348)


♥ SMS/call/whatsapp/: 010- 2325408
♥ Email: mommyqalesya@gmail.com

♥ Pengedar shaklee anda di ipoh dan seluruh Malaysia: COD di kawasan Ipoh dan teluk intan/ tg malim mengikut kawasan)

28 January 2014

Set Budget Shaklee bersama 1001 kebaikan ALFALFA

Alfalfa Complex merupakan satu Formulasi Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950s.

• Sumber semulajadi alfalfa.
• Pil juga boleh dihancurkan dan dicampur ke dalam air
sebagai minuman herba semulajadi.

Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien.

Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi.

Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi


*Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

Jom tengok khasiat Alfalfa Jika Digabungkan bersama vitamin Shaklee lain:


1. Set pelansingan asas:

- lecithin membantu percepat pemecahan dan pembakaran lemak
- sebagai sumber fiber dan pemberi tenaga, dapat membuang toksin badan dan mengangkut pecahan lemak keluar tubuh

complete set pelansingan: klik di sini

2. Set milk booster

- esp sebagai sumber protein non - GMO terbaik, membekalkan tenaga seharian kepada ibu menyusu dan membekalkan khasiat menambahkan penghasilan susu ibu

- alfalfa berasal daripada tumbuhan yang sekian lama dipercayai dan berkesan menambahkan susu ibu

complete set penyusuan: klik di sini

3. Set kesuburan

-GLA Complex: merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.

- GLA Complex membantu tubuh menghasilkan cecair kesuburan yang antara kebaikannya ialah memberi ruang untuk sperma terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari.

- GLA membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna seperti putih telur

complete set kesuburan: klik di sini

4. Suami isteri

- vitamin E asli bersama unsur selenium: selain bagus untuk kulit dan mengawal kolesterol, terbukti menambahkan tenaga dan hubungan keintiman suami isteri

- Alfalfa sebagai 'kacip Fatimah' mengurangkan masalah keputihan, menganjalkan payudara dan mengetatkan 'cik V'

complete info vitamin E: klik di sini

5. Resdung / Alahan

- Garlic shaklee, selain mengandungi anti kanser, turut mengandungi bahan anti-oksidan bagi pertingkatkan penyakit berkait system imum seperti hidung sensitive, sinus, alergi asthma, selesema dan herpatitis.

- Alfalfa bersifat detoksifikasi dan anti-radang.

Ia dapat melawan Alahan dengan memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensetif, kurap, bau badan dan ulat air dengan berkesan

complete set ASAHE: klik di sini

6. Gout/ sakit2 sendi

- pengambilan asid lemak Omega 3 bersama glucosamina terbukti lebih berkesan kepada kesihatan sendi. Turut mengurangkan degradasi tulang rawan dan mengurangkan radang

- ALfalfa makanan beralkali yang mengembalikan kenormalan badan berasid. Juga bertindak memcuci darah, hati dan usus seterusnya melegakan sakit2 kebas dan sendi2.

complete set sakit sendi: klik di sini

Hubungi saya untuk maklumat lanjut:

Your Shaklee Independent Distributor; Najmi Anuar (ID 854348)


♥ SMS/call/whatsapp/: 010- 2325408
♥ Email: mommyqalesya@gmail.com

♥ Pengedar shaklee anda di ipoh dan seluruh Malaysia: COD di kawasan Ipoh dan teluk intan/ tg malim mengikut kawasan)

02 January 2014

Special January 2014- Shaklee Promotion: Alfalfa Buy 6 FREE 1 bottle


Alhamdulillah, secara rasminya saya dan keluarga telah berpindah ke di ipoh setelah hampir 3minggu bekerja di sini c:

Apapun, selamat tahun baru 2014 semua.semoga permulaan ini menjadi yang lebih baik kepada kita semua.

Tak kira lah alam persekolahan atau kolej, masa bekerja atau bersama keluarga tersayang c:

Apa yang best,dengan promosi Shaklee bulan ni? Antara hot item shaklee, jadi banyak yang anda boleh jimat!

1. PROMOSI ALFALFA (S)

RM43 x 6 ÷ 7 = RM37 (jimat rm 6 sebotol)

2. PROMOSI ALFALFA ( L)

Harga rm78 x 6 ÷ 7 = rm 67 sebotol (jimat rm11)

ATAU beli terus 7botol alfalfa dengan harga 6 botol sahaja! C:

Kelebihan2 ALFALFA Shaklee:

• Membantu PERKUMUHAN menjadi lebih LAWAS

• Membantu MEMBUANG ANGIN dalam badan.

• fiber yang MENGENYANGKAN.

• Melegakan SAKIT SENDI dan BELAKANG

• Menghilangkan KELESUAN dan TEKANAN.

• Memberi sensasi ‘rasa sejuk’

• Memberi kelegaan semasa HAID

• Merawat ARTHRITIS

• Bagus untuk ASMA, RESDUNG, ALERGI, GEGATA dan EKZEMA• MENCUCI USUS bagi membuang toksik

• Mencuci BUAH PINGGANG dan merawat KENCING KOTOR disebabkan jangkitan dalam buah pinggang

• MENEUTRALKAN ASID dalam badan

• Merawat masalah KEPUTIHAN pada wanita

• Membesar dan menegangkan PAYUDARA• Bertindak seperti KACIP FATIMAH kepada para isteri

• MEMULIHKAN URAT selepas bersalin

• Membantu masalah PENGHADAMAN dan PENCERNAAN

• Meningkatkan STAMINA seorang suami

• Melegakan SEMBELIT

• merangsang penghasilan susu ibu (MILKBOOSTER)

Hubungi saya untuk maklumat lanjut:

Your Shaklee Independent Distributor; Najmi Anuar (ID 854348)

♥ SMS/call/whatsapp/: 010- 2325408
♥ Email: mommyqalesya@gmail.com
♥ Facebook: https://www.facebook.com/najmi.anuar.1
♥ Pengedar shaklee anda di ipoh dan seluruh Malaysia: COD di kawasan Ipoh dan teluk intan/ tg malim mengikut kawasan)

29 November 2013

Set Super Detox Shaklee (Alfalfa Complex + DTX Complex + Garlic)



Sumber toksin ada di mana- mana. Bermula dalam badan kita sendiri, hinggalah ke persekitaran luar.

Sebab itulah pencemaran yang berlaku di persekitaran turut menjadi penyumbang kepada toksin yang beracun terkumpul di dalam badan.

Jadi bayangkan apa yang terjadi jika kita sering mengambil makanan yang mengandungi bahan pengawet, perasa tiruan dan bahan tambahan?

Tentu ia akan semakin parah, kerana ia semua boleh menjadi punca toksin!

Simptom berikut menunjukkan tubuh anda mungkin mempunyai toksin yang berlebihan:

- Jerawat/Kulit Kusam
- Selalu berasa lesu dan kurang bertenaga
- Sakit kepala berulang
- Rasa gatal dan emosi bercelaru
- Radang pada kulit
- Alahan atau Ekzema


Apa itu Set Shaklee Super Detox?

Ia adalah kombinasi hebat antara Alfalfa + DTX Complex + Garlic Shaklee.

Set ini dapat membantu mengeluarkan toksin dan bahan buangan daripada badan untuk mengembalikan tubuh yang sihat.


Kebaikan Set Shaklee Super Detox:

1. Membantu menyingkirkan toksin berbahaya daripada badan

2. Membantu meningkatkan kesihatan hati

3. Meningkatkan seri wajah

4. Meningkatkan sistem imun terhadap jangkitan tubuh

Jadi, sekiranya pelbagai jenis supplement dan produk yang anda gunakan bagi tujuan tertentu masih belum berkesan: cuba fikirkan tentang DETOX!

Ini kerana, akibat pengumpulan toksin yang terlalu banyak di dalam badan, kesan yang sepatutnya dialami lambat atau mungkin sia2 kerana tidak gagal berfungsi yang sepatutnya.

Senang ayat, kenapa banyak vitamin kecantikan diambil tetapi kulit masih kusam?

Kenapa supplement kurus lama dicuba tetapi tiada kesan walau sedikit?

Kenapa pelbagai produk kesihatan digunakan tetapi badan masih lemah2 diserang penyakit?

Dengan set super detox, Insya Allah badan akan menjadi lebih sihat.

Kerana apabila toksin dibuang dari badan, badan menjadi lebih ringan + bertenaga dan kulit lebih bersih.

Ini disebabkan badan menjadi lebih mudah untuk menerima segala bentuk nutrisi yg baik nanti.

Badan sihat risiko penyakit berbahaya dikurangkan! c:

Hubungi saya untuk maklumat lanjut:

Your Shaklee Independent Distributor; Najmi Anuar (ID 854348)

♥ SMS/call/whatsapp/: 010- 2325408
♥ Email: mommyqalesya@gmail.com
♥ Facebook: https://www.facebook.com/najmi.anuar.1
♥ Pengedar shaklee anda di Penang dan seluruh Malaysia: COD di kawasan Jawi dan SPS (SPU/SPT Penang/Island mengikut kawasan)

26 November 2013

Contoh Non- Healthy Diet (",)

Alhamdulillah, saya dapat berpindah ke Perak dalam masa terdekat ni.

Memang bersyukur sangat2 tapi kelam kabut lah jadinya. Hari ni terpaksa extend cuti sehari lepas balik Melaka, untuk kemas rumah.

Lepas hantar adik ke taska, perut dah berbunyi2 dah. Haha baru je nak diet


Ini lauk orang bujang kan? Yaa walaupun saya bergelar ibu anak 2, lauk ni masih jadi favrot saya.

Dari zaman belajar sampai bekerja lagi hehe Lepas balik kerja oncall mengantuk2 pun,pernah saya minta suami tolong masakkan.Tq daddy!

Best, memang sedap. Makan panas2. Minum sekali dengan 1 mug energy tea mix. Baru bersemangat nak packing kotak hehe

Lepas ni kene ambil lecithin n alfalfa juga. Mahu kembung perut ni satg. Silap2 garlic pun kena!

Chayok2..c;


18 November 2013

HomeMade Butterprawn: made in Penang (",)

Kalau pernah baca entry saya tentang pavlova dulu, mesti anda perasan tentang ke mana perginya kuning telur tu semua kan?

Haha jadi, jangan buang ok. Kita boleh guna kuning telur tu untuk banyak resepi, antaranya Butterprawn ni hehe

homeMade Butterprawn mama hazim, bersama tauhu telur goreng

Bab2 makanan kami memang suka. Malah butterprawn ni antara favrot saya sejak belajar di UM dulu.

Malah sejak kawan baik saya Awien kenalkan gerai di lapangan Bangsar (kedai Cina, halal tu), hampir setiap bulan saya dan suami ke sana walaupun masing2 bekerja luar KL (Sg buluh & Penang)hehe

Dan antara perkara yang mengerikan adalah apabila 3-4 kedai pertama kami kunjungi kat Penang ni butterprawn nya amat aneh.

Sama ada ia menjadi udang salut telur atau Udang berTelur basah! Tension! Last2 saya google je resepi butterprawn ni.

Jangan risau, Insya Allah menjadi c:


Bahan- bahannya:

400gm udang dicuci + kunyit dan garam
Buttercup
4-6 biji kuning telur
2 sudu susu fresh milk/low fat milk
2-4bj bawang putih dicincang
2bj lada api dicincang
1/4 kiub ayam know (optional)
1 sudu gula
lada hitam digeser halus
Daun kari

Cara- cara membuat:

1. Panaskan minyak, goreng udang yang telah digaulkan bersama kunyit dan sedikit garam-->toskan

2. Goreng pula bawang putih bersama cili api

3. Ketika hampir garing masukkan daun kari dan angkat ke tepi asingkan

4. Dalam bekas, campurkan telur kuning + kiub ayam + susu segar + gula + lada hitam

5. Dengan kuali baru, cairkan 1/3 buttercup tunggu hingga berbuih

6. Bila buih hilang, tutupkan api dapur dan

7. Masukkan bancuhan tadi dalam kuali

8. Kacau dengan laju
(kelajuan maksimum ok nanti tak jadi halus pula)dengan garfu atau copstik

9. Angat dan letak atas tisu serap minyak (toskan cepat2 nanti lembab, tak garing)

10. Dalam pinggan udang tadi, gaulkan bersama bawang putih, cili api dan daun kari goreng tadi

11. Letakkan telur butter goreng tadi di atas udang dan SIAP!


Inilah menu kami malam ni, ratah sambil tengok tv hehe

Haha sebenarnya saya sendiri naik seram masa mula2 dapat resepi ni. Sejak tahu masak sendiri, ini baru kali ke 3 buat.

Sebab risau naik kolestrol yang sedia ada ni. Tak lupa, lecithin 3biji and alfalfa 4bj ye plez daddy! haha




12 November 2013

Khasiat Alfalfa Untuk Kesihatan

Alfalfa merupakan tanaman yang berbagai manfaat kesihatan. Jadi tidak hairan ALFALFA dikenali sebagai Raja Segala Tumbuhan c:

Sedikit info tentang alfalfa ini:

- Tanaman ini dapat tumbuh sampai satu meter dan memiliki bunga kecil berwarna ungu

- Tanaman alfalfa memiliki sistem akar sangat dalam hingga mencapai sekitar 4,5 meter.

*Sistem akar yang dalam membuat alfalfa dapat menyerap mineral yang tidak biasa ditemukan di permukaan tanah.

- Di kalangan orang Arab, tanaman ini sangat istimewa sehingga dikenali sebagai ayah dari tanaman.

- Telah digunakan sebagai ubat herba sejak berabad-abad dalam perubatan tradisional Cina dan ayurveda.

- Ramai yang beranggapan alfalfa hanya untuk wanita: SALAH! Ianya sangat bagus dan sesuai untuk lelaki dan wanita.

Bagaimana Alfalfa bermanfaat kepada kesihatan? Kerana Alfalfa kaya dengan mineral,

# kalsium
# magnesium,
# fosfor
# kalium
# besi
# vitamin B, C, E, dan K.
# protein


Banyak betul kan khasiat alfalfa> Paling mudah, Alfalfa juga termasuk dalam Set Super Detox (alfalfa + DTX + Garlic) !


Jadi, memang alfalfa ini begitu istimewa kerana kebaikannya. Malah Berbaloi! c:

* Alfalfa tidak sesuai untuk pesakit SLE

Hubungi saya untuk maklumat lanjut:

Your Shaklee Independent Distributor; Najmi Anuar (ID 854348)

♥ SMS/call/whatsapp/: 010- 2325408
♥ Email: mommyqalesya@gmail.com
♥ Facebook: https://www.facebook.com/najmi.anuar.1
♥ Pengedar shaklee anda di Penang dan seluruh Malaysia: COD di kawasan Jawi dan SPS (SPU/SPT/ Penang Island mengikut kawasan)

16 October 2013

Masalah Keputihan..Normal atau TIDAK?


Masalah keputihan kerap kali di kaitkan kepada kaum wanita.

Sama ada gadis remaja atau wanita hamil (kebiasaanya fisiologi/biasa) mahupun yang telah berkelamin atau pun menoupause, masalah tetap ada.

Bagaimana anda tahu keputihan itu normal (dikaitkan dengan kitaran hormon dan hari subur)atau tidak?

Ia adalah TIDAK NORMAL sekiranya:

1. Mengalami keputihan yang sangat banyak sehingga menimbulkan kesusahan

*sama ada aspek kebersihan atau keselesaan, contohnya kerap kali menukar underwear atau terpaksa memakai panty liner setiap masa

2. Ada kegatalan atau tanda2 merah di sekitar kemaluan

3. Cairan keluar berbau busuk atau berwarna hijau/kuning/coklat atau bercampur darah

4. Kesakitan ketika bersama suami

Jadi, jika anda mengalami masalah di atas, anda sememangnya perlukan rawatan lanjut, kerana selain menyebabkan rasa tidak selesa, ia mungkin merupakan petanda jangkitan kelamin (bakteria, kulat atau parasit) atau ketumbuhan abnormal.

Lebih teruk lagi, boleh menggangu keharmonian rumah tangga dan menyebabkan punca kemandulan!

**

Jika anda merasakan keputihan anda adalah tidak normal, penting bagi mendapatkan konsultasi dan rawatan lanjut dari doktor perubatan anda dengan segera

Ini kerana masalah seperti ketumbuhan mungkin memerlukan pemerhatian pakar Sakit Puan,

dan masalah jangkitan kuman (seperti Sexually Trasmitted Diseases/Illnesses atau STD/STI) memerlukan ubat yang khusus, bergantung kepada jenis organism masing2: dan pasangan anda juga mungkin perlu dirawat!


Apa itu ALFALFA(Lucerne) atau Medicago sativa


Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian.

Ia kerap kali dikaitkan sebagai MILK BOOSTER bagi ibu menyusu dan herba memulihkan urat selepas bersalin


Namun tahukah anda bahawa Alfalfa juga boleh bertindak membantu dalam:

♥ Merawat masalah keputihan pada wanita (untuk wanita).
♥ Menghilangkan kelesuan dan tekanan (stress)



♥ Memberi kelegaan semasa haid (untuk wanita).


♥ Bagus untuk elergi dan ekzema
♥ Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri (untuk wanita)
♥ keintiman
♥ Meningkatkan stamina seorang suami
♥ Membesar dan menegangkan payudara (untuk wanita)



♥ Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
♥ Masalah penambahan berat badan



FAEDAH2 lain Alfalfa:

♥ Merawat asthma
♥ Melegakan sakit sendi dan belakang, arthitis
♥ Mencuci usus bagi membuang toksik
♥ Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor
♥ Meneutralkan asid dalam badan
♥ Melegakan sembelit
♥ Membuang angin dalam badan
♥ merawat gout


AMARAN : Alfalfa TIDAK BOLEH diambil oleh pesakit SLE


Hubungi saya untuk maklumat lanjut:

Your Shaklee Independent Distributor; Najmi Anuar (ID 854348)

♥ SMS/call/whatsapp/: 010- 2325408
♥ Email: mommyqalesya@gmail.com
♥ Facebook: https://www.facebook.com/najmi.anuar.1
♥ Pengedar shaklee anda di Penang dan seluruh Malaysia: COD di kawasan Jawi dan SPS (SPU/SPT/ Penang Island mengikut kawasan)


13 September 2013

Kesiannya makcik tua tu, dah lama sakit lutut..sampai bengkak!


Apa itu Osteoarthritis? (OA)

Osteoarthritis lebih mudah dikenali sebagai sakit sendi. Ia merupakan sejenis penyakit sendi yang mempunyai ciri keradangan. Sendi pula ialah bahagian badan di mana dua tulang berlainan bertemu.

OA berlaku apabila tulang rawan yang membentuk permukaan sendi menjadi haus. Ini akan menyebabkan sendi menjadi bengkak, sakit dan kebas dan menjadi punca kepada kemerosotan sendi tulang yang progresif (penyakit degeneratif sendi).


Keradangan berlaku kerana darah (tidak cukup khasiat) yang dibekalkan kurang meskipun seseorang itu sihat. Ini kerana, tubuh badan tidak boleh menghasilkan zat makanan yang mencukupi bagi menyelaras dan memastikan kadar pemulihan dan pembaharuan yang diperlukan.

Sendi yang selalunya berlaku keradangan adalah lutut. Hal ini demikian kerana, lutut adalah sendi yang menampung berat badan kita dan sentiasa digunakan sepanjang hidup kita.

Berikut adalah tanda-tanda penyakit Osteoarthritis:

1. Sakit pada sendi yang terlibat.

2. Kesukaran untuk membengkokkan atau meluruskan sendi akan berlaku.

3. Sesetengahnya akan mengalami kebengkakan.

4. Adanya pembesaran tulang sendi dan kemudian menjadi 'deformed'

Perkara pertama,pesakit akan mengadu sakit2 lutut terutama setelah berjalan lama, atau sukar melakukan pergerakan melibatkan sendi lutut.

Pemeriksaan akan dilakukan dan X ray akan dibuat oleh pihak hospital.Mengikut kategori, pada peringkat awal, ubat tahan sakit (makan atau sapu) akan diberikan bersama2 latihan physiotherapy.

Pada masa inilah, pengambilan supplement yang betul dapat membantu mengurangkan sakit.


Advanced Joint Health Tablet (AJHT)

AJHT memberikan manfaat kepada kesihatan sendi dalam tiga(3) cara :

(i) menyokong keselesaan sendi
(ii) memelihara tisu penyambung yang sihat
(iii) meningkatkan kesan kusyen

Omega Guard pula

Omega Guard berfungsi melambatkan degradasi tulang rawan. Ia boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi.

Jadi ia boleh membantu mengurangkan gejala-gejala dalam penyakit sendi. Omega juga bertindak sebagai pelincir. Ia membantu kita untuk bergerak dengan lebih bebas.

Kajian terkini menunjukkan pengambilan asid lemak omega 3 bersama glukosamina dapat meningkatkankesihatan sendi daripada mengambil glukosamina sahaja.

Ostematrix bagi mengekalkan sel tulang sihat

Ostematrix istimewa kerana membekalkan kalsium, vitamin D bersama magnesium dan mineral penting lain

Kalsium penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligamen.

Magnesium pula diperlukan untuk mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dengan mencegah pembentukan kalsium dalam tisu-tisu lembut dan sendi-sendi.

Ramai orang mengambil terlalu banyak kalsium tetapi tidak cukup magnesium. Kajian menunjukkan pengambilan kalsium berlebihan bukan sahaja membantu menguatkan tulang temulang tatapi juga membantu mengurangkan gejala osteoarthritis.

Supplement lain yang turut dicadangkan bagi mengoptimakan kesihatan sendi

Vivix: mengimpak 4 mekanisma utama penuaan selular

Collagen powder: Menggalakkan sendi sihat

Vita Lea Multivitamin: Vitamin dan mineral yang lengkap dan sempurna

B complex: Mengurangkan stress

Alfalfa: Mengurangkan keasidan tubuh

Herb Lax: Membersihkan usus

Namun, jika OA itu terlalu kritikal atau sudah menimbulkan kecacatan (deformed knee), rujukan kepada pakar akan dibuat dan pesakit akan mendapatkan rawatan suntikan sendi, dan seterusnya pertimbangan bagi membuat pembedahan (knee replacement) mengikut keadaan pesakit

Mencegah lebih baik daripada merawat. Dapatkan pandangan pakar yang sesuai, agar insan tersayang anda dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut:

Your Shaklee Independent Distributor; Najmi Anuar (ID 854348)

♥ SMS/call/whatsapp/: 010- 2325408
♥ Email: mommyqalesya@gmail.com
♥ Facebook: https://www.facebook.com/najmi.anuar.1
♥ Pengedar shaklee anda di Penang dan seluruh Malaysia: COD di kawasan Tg Malim/Teluk Intan/Jawi dan SPS (SPU/SPT/ Penang Island mengikut kawasan)




28 August 2013

Tips elak bau badan

Alfalfa memang tidak asing lagi buat ibu2 menyusu sebagai milk booster. Namun, alfalfa turut mempunyai 1001 khasiat lain iaitu:

Rumusan herba nya juga boleh menghilangkan bau badan!


Bagaimana bau busuk terjadi?

Punca bau badan boleh disebabkan bahan buangan terkumpul dalam badan akibat proses pencernaan tidak sempurna. Pengambilan pelbagai jenis makanan, majoritinya digunakan untuk tubuh sementara selebihnya ditukar ke dalam bentuk sisa buangan atau toksin.

Kerana alfalfa boleh meransang sistem pencernaan tubuh yang baik,seterusnya mengelakkan sembelit dan membuang toksin dari badan: Jadi, mengatasi masalah bau badan busuk c:


Saya selalu menyarankan mereka yang mengalami masalah ini agar mandi lebih kerap dan menjaga kebersihan diri.
Kalau boleh, pakaian juga diperbuat daripada kain cotton kerana ia menyerap peluh.

Oh, bukan sahaja hanya selalu memakai deodoran dan perfum ya (" ,)

Selain itu, corak pemakanan kita seperti pengambilan kafein, bawang mentah secara berlebihan dan telur juga boleh menyebabkan bau badan berlebihan.

Tidak ketinggalan juga MEROKOK!!

**

Individu yang punya masalah sistem penghadaman dan makan banyak daging, telur, ikan dan kekacang khususnya akan mempunyai bau badan yang busuk. Ini disebabkan makanan ini mengandungi banyak Choline yang tidak mudah melalui proses metabolisme.


Ini pula 6 tips dari majalah rapi:

1 . Sewaktu mandi , pastikan air anda membersihkan bahagian bawah lengan anda dengan membilasnya dengan air bersih terutamanya setelah berpeluh .Kemudian , pastikan bahagian tersebut dikeringkan menggunakan tuala dengan sempurna.

2. Pastikan anda selalu trim rerambut halus di bahagian bawah lengan anda. ini kerana rerambut yg dibiarkan panjang dan tidak diuruskan dengan baik akan mudah mendatangkan bau busuk pada tubuh .

3. Elakkan dari memakai pakaian yg ketat di bahagian bawah lengan.

keadaan ini akan mencegah kulit di bahagian tersebut mendapat ruang udara yang secukupnya. kesannya , kulit akan berpeluuh secara berlebihan dan mampu mendatangkan bau busuk pada tubuh.

4. Jangan sesekali menyembur wangian secara terus ke bahagian bawah lengan anda .

Memang ia akan berbau harum tapi itu hanyalah seketika. Kesannya bau harum tersebut akan menjadi sebaliknya apabila sudah berpeluh nanti. kebanyakkan wangian juga mengandungi 'metallic salts' yang menjadi punca kepada perubahan warna kulit di bawah lengan .

5. Pilihlah pakaian yang longgar dan utamakan fabrik kapas sewaktu cuaca panas bagi memberikan ruang pengudaraan yang lebih baik untuk kulit anda.

6. Anda juga boleh menggunakan bedak antibakteria untuk disapu dibahagian bawah lengan setelah mandi. ini dapat membantu mengurangkan kesan peluh.


Hubungi saya untuk maklumat lanjut:

Your Shaklee Independent Distributor; Najmi Anuar (ID 854348)

♥ SMS/call/whatsapp/: 010- 2325408
♥ Email: mommyqalesya@gmail.com
♥ Facebook: https://www.facebook.com/najmi.anuar.1
♥ Pengedar shaklee anda di Penang dan seluruh Malaysia: COD di kawasan Tg Malim/Teluk Intan/Jawi dan SPS (SPU/SPT/ Penang Island mengikut kawasan)


27 August 2013

kenapa saya kata SEMUA BOLEH?

Ramai rakan2 saya yang tahu Shaklee. Tapi tak ramai yang tahu bahawa vitamin Shaklee bukan sahaja untuk ibu menyusu, malah untuk semua golongan!


1. Set D + ESP untuk mengatasi masalah kulit kusam dan tidak bermaya
2. Meal Shake untuk menambahkan berat badan --> capai berat ideal



3. Pesakit kencing manis
4. Percepat proses penyembuhan luka



5. Kanak2 'picky eater' dan tambah selera makan
6. Mengurangkan allergy
7. Masalah kulit exzema
8. Mengurangkan buncit perut dan masalah kolesterol
9. Kesihatan menyeluruh



10. Masalah jerawat dan parut
11. Stretch mark lepas bersalin
12. Resdung dan alahan makanan



13. Sakit2 sendi dan otot


14. Menguatkan imuniti dan melawan jangkitan kuman


Tak salah mencuba sebagai satu alternative mencuba mencari penyelesaian,

Berdoa dan bertawakal.

Sesungguhnya hanya Allah yang boleh memberikan sesuatu, dengan izin Nya c:

Hubungi saya untuk maklumat lanjut:

Your Shaklee Independent Distributor; Najmi Anuar (ID 854348)

♥ SMS/call/whatsapp/: 010- 2325408
♥ Email: mommyqalesya@gmail.com
♥ Facebook: https://www.facebook.com/najmi.anuar.1
♥ Pengedar shaklee anda di Penang dan seluruh Malaysia: COD di kawasan zJawi dan SPS (SPU/SPT/ Penang Island mengikut kawasan)

05 August 2013

supplement/vitamin yang TIDAK BOLEH diambil ibu mengandung


Semua ibu menginginkan suasana kehamilan yang ceria dan bertenaga, agar dapat membekalkan nutrisi dan persekitaran positif kepada kandungan.

Sebab itulah set ibu hamil/ mengandung (klik di sini) merupakan antara produk tip top Shaklee.

Namun, sama seperti ubat- ubatan lain: penggunaan supplement Shaklee bagi ibu mengandung tetap terbatas. Kali ini saya nak share dengan ibu2 semua:

Supplements/ Vitamin yang PERLU DIELAKKAN oleh ibu mengandung:

ALFALFA:

- ia adalah sejenis herba, antara kemungkinan yang tidak diingini adalah berlakunya kontraksi awal. Namun bagi ibu yang tandem nursing semasa hamil, anda dibolehkan mengambil alfalfa tetapi dengan langkah berjaga- jaga

VITAMIN A/ Caratomax:

- Pengambilan yang berlebihan boleh menyebabkan kecacatan. Ambil kurang daripada 5000IU sehari

VITAMIN E:

- vitamin E sebenarnya dapat menguatkan rahim (bagus untuk ibu hamil) tetapi pengambilannya perlu dikawal. Penggunaan vitamin E semasa hamil perlu mendapat nasihat doktor anda.

Antara vitamin-vitamin lain yang PERLU DIELAKKAN ibu mengandung:


Secara ringkasnya:

1. Vitamin E, Caratomax, GLA dan nutriferon adalah antara supplement yang mempunyai sifat antioksidan yang tinggi dan seterusnya boleh memberikan risiko keguguran.

2. Garlic, Ginger, Alfalfa dan Vivix pula mengandungi rumusan tradisional dan herba, jadi ia bersifat panas.

Kedua- dua sebab ini antara sebab utama mengapa perlu dielakkan oleh ibu mengandung, kerana dikhuatiri boleh membawa mudarat kepada bayi yang dikandung.

Berkenaan risiko keguguran pula, pada awal kehamilan(Trimester 1), antibodi ibu sebenarnya direndahkan bagi memberi jalan kpd pelekatan benih & kehadiran sel baru (bayi).

Jadi, pengambilan supplement yang bersifat antioksidan yang tiggi akan menyebabkan antibodi kita meningkat. Pada waktu itu, badan ibu akan menganggap 'sel baru'(bayi) sebagai bendasing, dan akan cuba untuk 'reject' benda tersebut. Na'uzubillahiminzalik.

Namun jika ibu2 hamil benar2 terpaksa mengambil supplement di atas ini,bolehlah anda merujuk dahulu kepada doktor pakar masing- masing.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut:

Your Shaklee Independent Distributor; Najmi Anuar (ID 854348)

♥ SMS/call/whatsapp/: 010- 2325408/ 019- 6695408
♥ Email: mommyqalesya@gmail.com
♥ Facebook: https://www.facebook.com/najmi.anuar.1
♥ Pengedar shaklee anda di Penang dan seluruh Malaysia: COD di kawasan Jawi dan SPS (SPU/SPT Penang/Island mengikut kawasan)





04 July 2013

Amalan dan Doa bagi Ibu Menyusu

Selepas saya kenal shaklee, saya semakin bersemangat sebenarnya nak teruskan breasfeed baby sampai 2 tahun.

Dari situ juga, saya mula tahu banyak ilmu dan amalan yang boleh diamalkan bagi ibu menyusu c:


Antara Amalan yang boleh diamalkan:

1. Baca Selawat dan Bismillah sebelum menyusu dan mengepam

2.Doa untuk menambahkan susu:

Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk
yang telah memperkenalkan menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan.

Ya Allah seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini , penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan di sisiMu. Semoga dengan keberkatanMu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku. Amin

-->Sambil baca letakkan tangan pada b dan doa semoga Allah murahkan rezeki untuk menyempurnakan penyusuan hingga 2thn.

3. Zikir Ya Matin (70x) setiap pagi dan malam, kemudian hembuskan pada air & minum
(Saya buat pada air jug 2liter, jadi dapatlah minum dalam 4liter sehari hehe ingat, air kene banyak ye ibu2 c:)

4. Amalan2 surah- surah berikut:

- Surah al-Hujurat & al-Kauthar

- Surah Yasin ayat 72-73

- Surah Ar- ad ayat 8-9



Dari aspek pemakanan pula:

1. Minum susu atau unsur2 dairy product. Untuk saya, saya memang tak boleh telan susu tu.Jadi cukup dengan soya (melalui ESP powder) dan supplement kalsium dan vitamin D luar (saya mengamalkan 4bj ostematrix sehari)

2. Banyakn minum air sekurangnya 3Liter sehari

3. Elakkan pengambilan kafein

4. Makan makanan berkhasiat semasa mengandung dan selepas bersalin

5. Juga boleh mengambil makanan asli sebagai peransang susu seperti:

- minyak zaitun asli:minum satu sudu setiap pagi sebelum makan

- kaya vitamin B & asid folik :sayuran hijau seperti kucai, sawi, lobak

- yang tinggi kalori : longan kering, kurma

- tinggi protein:kacang soya, kacang hijau, alfalfa

- banyak vitamin A dan C : buah-buahan citrus, beri

- boleh memanaskan badan :halba (fenugreek), habbatussauda’ dan jenis2 herba atau rempah ratus

- yang mencetuskan hormon gembira – coklat


Amin c:


Hubungi saya untuk maklumat lanjut:

Your Shaklee Independent Distributor; Najmi Anuar (ID 854348)

♥ SMS/call/whatsapp/: 010- 2325408/ 019- 6695408
♥ Email: mommyqalesya@gmail.com
♥ Facebook: https://www.facebook.com/najmi.anuar.1
♥ Pengedar shaklee anda di Penang dan seluruh Malaysia: COD di kawasan Jawi dan SPS (SPU dan SPT Penang/Island mengikut kawasan)


12 June 2013

Cinch Energy Tea Mix: meMang ada Umph!!

Wah..Hari ni seharian berjalan. Pagi2 lagi lepas hantar abang hazim ke pengasuh depan rumah, bawa adik qalesya ke skin clinic pula.

Sebelum ni macam2 krim dah guna untuk exzema adik tapi masih tak ok. Nasib baik adik masih susu badan lagi, haha kalau tak lagi susah!!Makan saya lah ala2 berpantang huhu

Pukul 8.15 register, adik dapat no 10. Ajak hubby makan roti canai dulu, adik pun merasa juga sikit. Jam 8.45 kami dah sampai ke klinik pakar semula. Hoho pukul 10 lebih kot baru sampai giliran adik.

Yelah, pukul 8 baru sorang je MO ada (MO district kami sendiri, visiting nye blom sampai lagi, jem kot nyum2 hehe). Tapi sebab memang nak jumpa specialist, saya awal2 siap bagitahu PPK Kak Yati, minta skip no kalau2 dah samapai giliran adik. 1st time dating biorlah dapat jumpa specialist ye kan hehe

Habis skin clinic, hantar adik ke taska. Saya pula follow hubby dengan cik Myvi ke tempat servis Honda. Sampai sana tinggal kereta, terus ke Sunway Carnival.


Ops lelong2 ni back view civic 1.8 Julai 2011 ya (",)

Di Sunway, kami lunch di RasaMas. Ok juga. Kemudian, dating di GCS pula. Yeayy!! Lepas beranak 2 ni, susah nak dapat jalan berDue ni hehe best2.

Kami tengok cerita 'After Earth'. Hubby cakap kenapa budak yang jadi hero? Pulak tu, tak banyak tunjuk pun tentang bahaya kenapa bumi tak boleh duduk dah...?

Erm, ntah. Tapi saya suka cerita ni sebab happy ending. Yang penting, berjaya TAK MAHU tengok wayang 'Pee- Nak'. Hahaha sebab saya ni amat berani orangnye hehe

Tamat wayang, tamat dating. Kami pulang ke rumah. Aish dah jadi ibu bapa semula ni ( " ,)

Maghrib tu,lepas tidokan abang, saya tertidur sekali di ruang tamu. Bangun pukul 10 makanan dah siap. Memang request nak makan nasi putih dengan ikan bilis goreng bawang dan telur + kicap. Slurp.. Tq sayang!! c:

Lepas tu, kami memulakan projek mengemas rumah. Tak lama lagi nak pindah, kene bagi rumah kemas sket ye tak hehe

Sebelum tu, saya bancuh Cinch™ Energy Tea Mix 2 gelas. 1 panas, 1 lagi sejuk bersama perahan limau nipis. SEDAP!!!

Tapi Kak nadia cakap, tambah madu dan lemon pun sedap. Next time kene buat ni. Apap pun, teh kali ni En hubby siap tanya lagi: yang ada lemon tu air apa, sebab memang best!! Terasa lebih segar, ala2 extra energertic gitu c:


Cinch™ Energy Tea Mix

Jom kenali Cinch Energy Tea Shaklee:


Adunan Proprietari Teh eksotik Putih, Merah dan Hijau Matcha yang ada umph!

Ia dapat meningkatkan tenaga secara semulajadi dan rasa nyaman.

• Selamat, peningkatan tenaga semulajadi. Diminum secara panas atau sejuk.
• Merupakan alternatif minuman bergula dan kopi terbaik.
• Peningkatan tenaga segera.
• Bungkusan mudah bagi setiap satu hidangan

Tanpa perasa, pewarna dan pemanis tiruan

**
Jadi, buat sesiapa yang badan2 mudah tidak bertenaga, cepat letih atau mudah mengantuk, Cinch Energy Tea Mix ini memang terbaik!!Tak perlu lagi minuman berkarbohidrat/manis yang semestinya 'unhealthy' atau snack2 tinggi kalori.

Dengan cinch tea, anda boleh boost tenaga anda TANPA penambahan EXTRA kalori.

Juga merupakan pilihan yang bijak bagi yang tetap mahu kekal sihat bertenaga dan masih boleh melangsingkan badan.

Tapi untuk pelangsingan, main set bagi program Weight Loss Shaklee (cinch shake mix/lecithin/alfalfa) masih kekal utama ya c:


Hubungi saya untuk maklumat lanjut:

Your Shaklee Independent Distributor; Najmi Anuar (ID 854348)
♥ SMS/call/whatsapp/viber : 010- 2325408/ 019- 6695408
♥ Email: mommyqalesya@gmail.com
♥ Facebook: https://www.facebook.com/najmi.anuar.1





17 May 2013

Testimoni ESP.. Hebat!! Anda sudah cuba?c:

Oh hari ni saya post call..Tadi pukul 8malam je saya lagi saya dah tertidur.

Aii, mata ni pulak rasa macam nak tidur lagi je sebab malam semalam memang dapat tidur 2 jam je, itu pun banyak kali bangun2 :c

Ok lah. Jom tengok lagi testimoni2 pengguna ESP Shaklee. Memang best!! Saya sendiri pun masih kekal menggunakan ESP sampai sekarang. Malah amat2 membantu saya sebagai 'milk booster' untuk baby Qalesya.

Masalah gastrik saya pun dah jarang sangat sekarang ni. Syrup MMT (antacid) pun tak perlu ambil dah. Memang ESP terbaik!!

Testimoni 1:

ESP membantu penghasilan susu lebih pekat dan berkhasiat untuk bayi



Testimoni 2:

ESP: sumber protein lengkap tinggi asid amino, menjana pembinaan sel2 yang sihat,seterusnya akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan dan pelekatan telur dalam kehamilan



Testimoni 3:

Kolagen adalah protein utama pada tisu penghubungan. Peranannya dalam kesihatan penjagaan kulit, tulang, kartilaj, rambut, kuku dan gigi. Kekurangan kolagen mengakibatkan kulit lebih cepat berkedut berbanding usia dan menyebabkan penghasilan parut akibat luka atau kesan regangan di kulit asal.


Testimoni 4:

ESP dan alfalfa sebagai milk booster kepada ibu menyusu ( namun bagi ibu yang anaknya G6PD deficiency,ESP sahaj sudah mencukupi! c:)


Testimoni 5:

Bagi ibu yang menggunakan ESP sejak mengandung, memastikan kesihatan ibu sentiasa optimum. Bayi juga apabila dilahirkan nanti akan kelihatan cantik, halus dan gebu tanpa sebarang masalah kulit


Testimoni 6:

BONUS bagi ibu yang menjadikan ESP sebagai milk booster--> dapat kulit yang lebih cantik dan asset lebih terletak dengan khasiat istimewa soya daripada Shaklee


Jom!! ESP memang terbukti untuk semua golongan!! Saya sudah menggunakan ESP ini dan terus jatuh cinta pada Shaklee walau baru beberapa hari bersama ESP.

Anda juga perlu mencubanya!!


Hubungi saya untuk maklumat lanjut:

Your Shaklee Independent Distributor; Najmi Anuar (ID 854348)
♥ SMS/call/whatsapp/viber : 019- 6695408
♥ Email: mommyqalesya@gmail.com
♥ Facebook: https://www.facebook.com/najmi.anuar.1