Pages

Translate

Search This Blog

Showing posts with label Cinch Shake Mix. Show all posts
Showing posts with label Cinch Shake Mix. Show all posts

10 March 2014

Hands on experience: Puding Karamel Pelangi + Congo Bar + Pavlova @ Fatihah Cake House c:

9 Mac 2014

What a tiring but most enjoyable day!!

Jam 7.30 pagi kami bergerak dari Ipoh ke Jawi,Penang. Destinasi pertama ke rumah SN Zu, menghantar ESP Shaklee bersama Shaker.

Orang tengah berpantang lah katakan, dapat juga tengok be'be' @ baby (Qalesya sebut be'be hehe).

Sambil2 berbisnes.

Alhamdulillah bertambah seorang lagi pengguna konsistent shaklee yang menjadi member. Yelah banyak extra benefit tu c:

Lepas minum2 pagi, kami ke rumah Cassia di Batu Kawan.Happy nye tengok anak2 berlari2.

Rumah kosong lagi.kami bawa bantal dan benda2 basic je.Saje lepak2 ambil angin sambil tengok gunung hehe

Hampir jam 2 baru bertolak semula ke Ipoh.Hehe lambat untuk kelas baking dengan
Fatihah Cake House ni.

Hampir sejam kot saya lewat.saya jugalah orang last siapkan gula hangus.

Dan lepas tu Alhamdulillah semua as follow hihi


Atas gula hangus tu, kami letak adunan puding diikuti bancuhan kek 3warna.

Ha jelesss tak, cantik kan? Haha excited dapat main dengan warna, erm ja


Siap masak selepas diterbalikkan hehe tengok..bulatan yang tak center tadi tu boleh abaikan je.

Sebab ia tak menjejaskan layer kek pun hihi yang penting lepas potong 'tanteeek'


Congo bar yang siap di masak. Inilah cikgu @ tokey Fatihah Cake House hehe nyum2 sedap.


Ini first time kot saya makan congo bar.terus balajar buat lagi.

Sebelum ni selalu tengok je, angan2 je nak buat tapi tak pernah try.

Erm makan kacang manis tempek tak? Congo bar ni lembut tp crunchy.Lemak ada manis sikit.No 1 hehe

div<>

Ops sempat posing tu. Hehe orang tak pernah ikut kelas bakar membakar ni..ini lah jadinye hehe


Closed up kek puding karamel pelangi lepas siap bakar ( sebelum terbalikkan) bersama pavlova yang siap dihias

Pavlova ni resepi nya mmg tak jauh beza dengan resepi pavlova saya dulu.

Cuma jeng2 rasanya lebih masyuk! Macam ala2 cair di lidah gitu..Fuyyoo hebat kan

Tapi ingat tak kisah pavlova ke 2 saya yang jadi macam lempeng tu? No 3 menjadi pula hehe

Haa itulah pentingnya join kelas2 macam ni.tanya je apa2 soklan pun boleh.ada cikgu nak menjawab. Tak perlu buat experimen kat rumah dah ( ",)

bergambar dengan 9 peserta lain

Ok2. Nak siap publish post ini je sebenarnya. Terhenti kejap sebab masuk2 kerja je dah melompat ada budak kena fit.

Ok..to be continue in hands on with Fatihah cake house no 2 c:

* tq banyak2 daddy tolong tengokkan anak2 ber2 yang boleh tahan notti tu semalam haha


Aksi2 sukan hazim haziq dan qalesya semasa di batu kawan

Saaaayang anak2 mama!!! C:

14 December 2013

Resepi Kurus Hujung Minggu

Kali ini saya nak share resepi saya untuk Cinch Shake Mix.

Berbanding coklat dan vanilla, saya prefer perisa Cafe Latte lagi c:

Bagi penggemar caffein, cafe latte mesti menjadi pilihan! hehe tapi ambil cafein banyak2 pula ya tak bagus haha

Kenapa saya suka Cinch™ Shake? Sebab,dia simple tapi rasa dia memang betul2 enak!Malah, kalau saya ambil minuman cinch shake in masa minum pagi, saya akan rasa kenyang. So Say NO to LUNCH!

Takut tak larat satu hari? Haa bagi saya tiada masalah, sebab saya ambil 1tab Vitalea Multivitamin dan Energy Tea Mix juga c;

Cuma untuk yang betul2 nak slimkan badan, anda boleh ambil cinch shake ni masa minum petang juga.Tak perlu makan malam lagi!

Erk??Skipped meal tu.. Haaa baca info ni:

- 1 hidangan cinch shake = 24 gram protein
dan ini adalah penting kerana protein digunakan untuk membina otot yang boleh meningkatkan metabolisma anda dan membakar kalori.

Makanan yang kaya dengan protein juga dapat menahan kelaparan, ini boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan ringan di antara waktu makan.

- Diperkaya dengan Leucine™ untuk memelihara otot semasa anda mengurangkan berat badan

- Nilai glisemia yang rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga

- Memberi 35% atau lebih Nilai Harian (Daily Value) bagi 21 vitamin dan mineral yang penting


OK. Prepare bahan2 dia simple sangat. Cuma kena ada fresh milk/ low fat milk, serbuk koko/syrup coklat dan cinch shake MIX anda

Ops, shaker tu optional, ambil je apa2 botol air yang penutup dia ketat pun boleh juga..No Prob (",)


1. Isi shaker dengan low fat milk/fresh milk sampai huruf 'e' (dalam 250ml)

2. Masukkan 2 scoop cinch shake mix

3. Letakkan serbuk koko (saya gunakan sirup Hersey )


4. Masukkan 2 ketul ais kiub

5. Tutup bekas air dan goncang kan dia. Pastikan penutup bekas rapat ye nanti banjir lantai tu hehe

6. Simpan dalam fridge untuk 5minit, siap di minum

Nak buat ais blended:

Masukkan semua bancuhan bersama ais2 ketul dalam blender--> Blend campai hancur semua. Pergh!! Ini memang masyuk gile haha sedapp! c:

Selamat mencuba!

3 perkara apabila anda memilih shaklee: sentiasa selamat, sentiasa berkesan dan sentiasa mesra alam c:

Hubungi saya untuk maklumat lanjut:

Your Shaklee Independent Distributor; Najmi Anuar (ID 854348)

♥ SMS/call/whatsapp/: 010- 2325408
♥ Email: mommyqalesya@gmail.com
♥ Facebook: https://www.facebook.com/najmi.anuar.1
♥ Pengedar shaklee anda di Penang dan seluruh Malaysia: COD di kawasan Jawi dan SPS (SPU/SPT Penang/Island mengikut kawasan)

** Anda boleh membuat belian terus (sendiri) di manan2 cawangan Shaklee seluruh Malaysia dengan HARGA AHLI. Cuma nyatakan No ID saya: 854348. Worth To Try!

12 June 2013

Cinch Energy Tea Mix: meMang ada Umph!!

Wah..Hari ni seharian berjalan. Pagi2 lagi lepas hantar abang hazim ke pengasuh depan rumah, bawa adik qalesya ke skin clinic pula.

Sebelum ni macam2 krim dah guna untuk exzema adik tapi masih tak ok. Nasib baik adik masih susu badan lagi, haha kalau tak lagi susah!!Makan saya lah ala2 berpantang huhu

Pukul 8.15 register, adik dapat no 10. Ajak hubby makan roti canai dulu, adik pun merasa juga sikit. Jam 8.45 kami dah sampai ke klinik pakar semula. Hoho pukul 10 lebih kot baru sampai giliran adik.

Yelah, pukul 8 baru sorang je MO ada (MO district kami sendiri, visiting nye blom sampai lagi, jem kot nyum2 hehe). Tapi sebab memang nak jumpa specialist, saya awal2 siap bagitahu PPK Kak Yati, minta skip no kalau2 dah samapai giliran adik. 1st time dating biorlah dapat jumpa specialist ye kan hehe

Habis skin clinic, hantar adik ke taska. Saya pula follow hubby dengan cik Myvi ke tempat servis Honda. Sampai sana tinggal kereta, terus ke Sunway Carnival.


Ops lelong2 ni back view civic 1.8 Julai 2011 ya (",)

Di Sunway, kami lunch di RasaMas. Ok juga. Kemudian, dating di GCS pula. Yeayy!! Lepas beranak 2 ni, susah nak dapat jalan berDue ni hehe best2.

Kami tengok cerita 'After Earth'. Hubby cakap kenapa budak yang jadi hero? Pulak tu, tak banyak tunjuk pun tentang bahaya kenapa bumi tak boleh duduk dah...?

Erm, ntah. Tapi saya suka cerita ni sebab happy ending. Yang penting, berjaya TAK MAHU tengok wayang 'Pee- Nak'. Hahaha sebab saya ni amat berani orangnye hehe

Tamat wayang, tamat dating. Kami pulang ke rumah. Aish dah jadi ibu bapa semula ni ( " ,)

Maghrib tu,lepas tidokan abang, saya tertidur sekali di ruang tamu. Bangun pukul 10 makanan dah siap. Memang request nak makan nasi putih dengan ikan bilis goreng bawang dan telur + kicap. Slurp.. Tq sayang!! c:

Lepas tu, kami memulakan projek mengemas rumah. Tak lama lagi nak pindah, kene bagi rumah kemas sket ye tak hehe

Sebelum tu, saya bancuh Cinch™ Energy Tea Mix 2 gelas. 1 panas, 1 lagi sejuk bersama perahan limau nipis. SEDAP!!!

Tapi Kak nadia cakap, tambah madu dan lemon pun sedap. Next time kene buat ni. Apap pun, teh kali ni En hubby siap tanya lagi: yang ada lemon tu air apa, sebab memang best!! Terasa lebih segar, ala2 extra energertic gitu c:


Cinch™ Energy Tea Mix

Jom kenali Cinch Energy Tea Shaklee:


Adunan Proprietari Teh eksotik Putih, Merah dan Hijau Matcha yang ada umph!

Ia dapat meningkatkan tenaga secara semulajadi dan rasa nyaman.

• Selamat, peningkatan tenaga semulajadi. Diminum secara panas atau sejuk.
• Merupakan alternatif minuman bergula dan kopi terbaik.
• Peningkatan tenaga segera.
• Bungkusan mudah bagi setiap satu hidangan

Tanpa perasa, pewarna dan pemanis tiruan

**
Jadi, buat sesiapa yang badan2 mudah tidak bertenaga, cepat letih atau mudah mengantuk, Cinch Energy Tea Mix ini memang terbaik!!Tak perlu lagi minuman berkarbohidrat/manis yang semestinya 'unhealthy' atau snack2 tinggi kalori.

Dengan cinch tea, anda boleh boost tenaga anda TANPA penambahan EXTRA kalori.

Juga merupakan pilihan yang bijak bagi yang tetap mahu kekal sihat bertenaga dan masih boleh melangsingkan badan.

Tapi untuk pelangsingan, main set bagi program Weight Loss Shaklee (cinch shake mix/lecithin/alfalfa) masih kekal utama ya c:


Hubungi saya untuk maklumat lanjut:

Your Shaklee Independent Distributor; Najmi Anuar (ID 854348)
♥ SMS/call/whatsapp/viber : 010- 2325408/ 019- 6695408
♥ Email: mommyqalesya@gmail.com
♥ Facebook: https://www.facebook.com/najmi.anuar.1





23 April 2013

Testimoni lagi!! tiada jalan pintas melainkan USAHA ya c:

Mari lihat antara testimoni slimming set shaklee..

Yang penting, usaha dan pengorbanan bagi mendapatkan berat yang ideal, seterusnya juga untuk KESIHATAN yang baik!! c:

TESTIMONI 1:


sekadar mahu memberikan lebih semangat..dan ini sambungannya..hehe



TESTIMONI 2:



TESTIMONI 3:



Ingat lagi tentang entry saya terdahulu tentang testimoni berkenaan tips2 diet and pilihan jenis makanan? Ini pula adalah contoh jenis2 diet yang turut boleh digunakan seperti yang dicadangkan oleh dr Lam c:



Penggunaakn slimming set shaklee hanya sebagai slah stu batu loncatan dalam menolong anda mendapatkan berat ideal. Syaratnya, pasti ada usaha lain yang perlu dan mesti dilalukan.

Yang penting, mahukan perubahan pastinya perlukan pengorbanan. Tapi janganlah pula sampai terseksa ya. Perlu bijak dalam memilih jenis diet yang sesuai dengan diri anda dan dapatkan nasihat dari teman2

-->**semua individu adalah bebbeza, rakan anda mungkin sesuai dengan diet tertentu tetapi anda pula tidak!!



Hubungi saya untuk maklumat lanjut:

Your Shaklee Independent Distributor

♥ Najmi Anuar (ID 854348)
♥ SMS/call/whatsapp : 019- 6695408
♥ Email: mommyqalesya@gmail.com

24 January 2013

Mendapatkan berat badan ideal dengan slimming set@Shape up Set Shaklee

Selamat Menyambut Hari Maulidur rasul kepada semua umat Islam..Semua kita semua sentiasa bersyukur dapat berada dibawah lingkungan rahmat-Nya..Alhamdulillah

Semalam baru saja dapat sms dari kakak ipar, mahu membeli satu lagi cinch shake mix coklat..Sedap rasanya, selain memang dapat memberikan rasa kenyang c: Alhamdulillah, baru 2 minggu sudah dapat turun 2kg.Harap- harap nanti dapat lah kita berkongsi testimoni orang tu nanti ya (" ,)

Apa itu Set Shape- Up Shaklee..?

Ramai orang nak kuruskan badan dan mengidamkan tubuh yang sihat, langsing dan rapi @ideal. Bukan itu saja, tubuh yang sesuai dan ideal ini juga amat penting bagi mendapatkan badan yang lebih bertenaga dan meningkatkan keyakinan diri, selain memberikan rasa unggul dan penampilan yang lebih anggun. Juga sebagai bonus utama, kesihatan kita juga dapat ditingkatkan secara menyeluruh selain mengelakkan pelbagai masalah kesihatan merbahaya yang bayak dikaitkan dengan obesiti dan gaya hidup tidak sihat.

Terdapat pelbagai produk dipasaran yang kononnya mampu membantu penguruskan bdan. Apa pun, yang utama produk tersebut mestilah terbukti selamat untuk digunakan pengguna. Apabila bercakap mengenai produk juga, masih ada yang tak mahu mengeluarkan walau sedikit modal untuk membeli supplements. Lebih mendukacitakan, apabila ada yang mengambil supplements tapi mengharapkan kesan serta merta.

Bagaimana Shaklee mampu membantu anda.., selain dengan menghilangkan lemak yang berlebihan..?

1. Cinch Shake Mix
2. Cinch Energy Tea Mix
3. Lecithin
4. Herb Lax
5. Alfalfa


Cinch Shake Mix adalah juga merupakan Body Perfector Set Shaklee. Ia (pilihan: Perisa Vanilla, Cafe Latte dan Chocolate) merupakan makanan segera untuk mereka yang aktif:kerana kandungan serat yang tinggi dan memberi rasa puas dan kenyang. kelebihan tambahan adalah mengandungi nutrisi yang lengkap untuk memelihara keseluruhan kesihatan.

Jika anda antara yang menjawab 'ya' bagi soalan- soalan dibawah, maka sememangnya amat sesuai menggunaka Cinch Shake Mix ini:
- adakah anda sujar mendapatkan makanan yang sihat setiap hari?
- adakah anda makan secara tidak teratur?
- adakah anda penggemar makanan ringan?
- adakah anda rasa sukar untuk mengambil makanan berkhasiat kerana sentisa sibuk?

Cinch Energy Tea Mix
- merupakan gabungan unik teh eksotik putih, merah dan teh hijau Matcha (satu teh hijau bagi istiadat ulung Jepun), yang dituai dan dicampurkan dengan teliti.
- mampu memberikan tenaga semula jadi dan rasa yang selesa, enak dinikmati panas atau sejuk.
- ditambahkan dengan Taurina yang dikaji secara meluas dapat meningkatkan tenaga dan ketahanan badan
- Tanpa Gluten, tidak mengandungi perisa tiruan, pewarna dan bahan pemanis.

Lecithin
- Lecithin Shaklee bertindak sebagai pengemulsi semulajadi
- diperoleh secara semula jadi dari soya.
- Setiap kapsul lecithin Shaklee membekalkan 530mg lesitin, termasuk 80mg fosfatidilkolina dan 48mg fosfatidilinositol.
- terbukti pentingnya apabila Sains Akademi Nasional sendiri telah menetapkan yang kolina sangat penting dalam pemakanan kerana ia meningkatkan kesihatan otak, hati, sistem kardiovaskular dan pembiakan.
- Ini kerana kolina merupakan suatu komponen neuri- penghantar astilkolina yang terlibat dalam penghantaran mesej ke otak dan sistem saraf.

Herb Lax Shaklee
- adalah formula julap lembut
- menggalakkan tindakan pembersihan bagi membantu proses semula jadi tubuh badan
- mengandungi daun serina yang telah digunakan secara tradisional sejak beribu tahun dahulu sebagai julap semula jadi.
-->Ingatlah, bahawa diet yang kaya dengan serat, air yang mencukupi dan senaman yang tetap; kesemuanya memberi sumbangan kepada pembuangan air besar yang tetap.

Alfalfa
- merupakan pengumpulan segala zat
- merupakan suatu Formula Shaklee Signature yang asalnya dibangunkan pada 1950an
- Alfalfa Shaklee adalah alfalfa terbaik yang tumbuh di California yang kaya dengan pelbagai jenis zat, termasuk kalsium, fosforus, zat besi dan magnesium serta klorofil, bioflavinod, pelbagai mineral dan vitamin
- Setiap hidangan mengandungi 300mg kalsium bersamaan dengan segelas susu.


Istimewanya Shaklee kerana anda boleh memilih mengikut keperluan dan budget.Jadi, sila hubungi saya bagi mendapatkan maklumat lanjut dengan nyatakan kepentingan dan target anda.

Anda juga haruslah terus mengikuti konsep yang betul untuk menguruskan badan: menjaga pemakanan + melakukan senaman. Perlu diingatkan bahawa tiada jalan pintas untuk berjaya. Shaklee bukan produk ajaib yang menjadikan anda kurus dalam sekelip mata, tetapi hanya lah sabagai antara usaha dan ikhtiar selain kita perlu berdoa sebelum bertawakal c:

Tips kejayaan Lailasani yang telah berjaya menguruskan badan dengan Slimming set Shaklee:
--> kredit kpd beliau, dan tahniah!! c:




**
Perlu diingatkan bahawa Cinch Shake Mix tidak sesuai diambil oleh ibu-ibu yang menyusukan anak.

Antara alternatif untuk menurunkan berat badan dengan Shaklee, Bagi ibu menyusu:

-->ESP + Alfalfa
-->ESP + Alfalfa + Lecithine






Bagi pertanyaan lanjut sila hubungi:

Your Shaklee Independent Distributor;
♥ Najmi Anuar (ID 854348)
♥ SMS/call/whatsapp : 019- 6695408
♥ Email: mommyqalesya@gmail.com