Google+ Followers

Followers

Friday, June 13

Jem Nenas untuk Tart Bunga

Cooking is the best medicine!

siapa tahu resepi jem nenas tahan lama boleh share?


Haha baru je siap pagi ni. Tak sampai 10minit angkat dari kuali ( " ,)

Pagi ni alhamdulillah dapat bangun awal. Jam 5 tu..

Dapat lah buat solat tahajud dan solat hajat sekali untuk anak2 dan family, moga2 dirahmati dan lebih murah rezeki: amin

Lepas tu teringat pula nenas dalam fridge. Memang dah siap kupas kulit dan buang mata semalam tapi tak sempat nak masak je

ops ini 1st resepi tak tahulah tahan lama ke tak c:

1. Nenas masak diparut ( ada orang cakap blend pun boleh haha senang kan)
2. Gula pasir
3. sikit pewarna kuning
4. sedikit jus lemon


ini rupa nenas masak. kuning ya bukan putih hehe

untuk siapa yg malas nak buang mata nenas tu pula boleh kupas je tebal sikit tapi erm membazirkan tak baik tu hehe


Basuh tangan bersih2 dan keringkan. lepas tu parut nenas. empulur buang

tak apa sebab, ada yang kata jangan blend mesti parut pula erm mungkin tak nak bagi jem tu halus hancur kot

lagipun memang sedap pun kan makan jem nenas yang ada macam tali2 sabut sikit2 tu c;


masak dengan api perlahan sampai air nenas tu kering.

mesti selalu kacau kalau tak hangit nanti tak best tart nenas tu jadinya


Bila dah hampir kering, masukkan gula pasir dan sekit perahan lemon + pewarna kuning.

kacau sampai likat.

erk rasa geram sangat macam nak tambah je garam sikit tadi haha agak2 boleh kot? tapi saya tak letak ler ( ",)

erm untuk gula tu, lepas parut toskan air nenas tu dalam kuali dan masukkan nenas parut je dalam cawan untuk dibuat sukatan.

nak timbang pun boleh. lepas tu sukatan gula adalah separuh daripada nenas parut tu c:

orait. time to prepare for work!

tapi sebelum terlupa kena siapkan alfalfa shaklee dan esp juga ni dalam kereta. Kawan nak buat milk booster, anak dah 2 tahun- chayok2 c;

p/s: harap2 en hubby boleh ke kedai bake with yen hari ni.

boleh lah buat tart nenas bunga macam di azlitamasam manis tu. cantik! c;

6 comments:

Iola said...

sedapnya :D

4ndr1y4tn4 said...

hmm nyummy

nor azman said...

sedapnya

Najmi Anuar said...

simple recipe..selama ni pun sy beli je rupanya nak buat tak susah pun c:

Najmi Anuar said...

mesti cuba .. ( ",)

Najmi Anuar said...

jem nenas dah habes..tak sempat nak sambut ramadhan pon licin dah tart nenas nya c;

http://manjaku-littleqalesya.blogspot.com/2014/06/tart-nenas-bunga-versi-mama-hazim.html?showComment=1404101963637&m=1#c917675821439582654