Pages

Translate

Search This Blog

Showing posts with label DTX Complex™. Show all posts
Showing posts with label DTX Complex™. Show all posts

29 November 2013

Set Super Detox Shaklee (Alfalfa Complex + DTX Complex + Garlic)



Sumber toksin ada di mana- mana. Bermula dalam badan kita sendiri, hinggalah ke persekitaran luar.

Sebab itulah pencemaran yang berlaku di persekitaran turut menjadi penyumbang kepada toksin yang beracun terkumpul di dalam badan.

Jadi bayangkan apa yang terjadi jika kita sering mengambil makanan yang mengandungi bahan pengawet, perasa tiruan dan bahan tambahan?

Tentu ia akan semakin parah, kerana ia semua boleh menjadi punca toksin!

Simptom berikut menunjukkan tubuh anda mungkin mempunyai toksin yang berlebihan:

- Jerawat/Kulit Kusam
- Selalu berasa lesu dan kurang bertenaga
- Sakit kepala berulang
- Rasa gatal dan emosi bercelaru
- Radang pada kulit
- Alahan atau Ekzema


Apa itu Set Shaklee Super Detox?

Ia adalah kombinasi hebat antara Alfalfa + DTX Complex + Garlic Shaklee.

Set ini dapat membantu mengeluarkan toksin dan bahan buangan daripada badan untuk mengembalikan tubuh yang sihat.


Kebaikan Set Shaklee Super Detox:

1. Membantu menyingkirkan toksin berbahaya daripada badan

2. Membantu meningkatkan kesihatan hati

3. Meningkatkan seri wajah

4. Meningkatkan sistem imun terhadap jangkitan tubuh

Jadi, sekiranya pelbagai jenis supplement dan produk yang anda gunakan bagi tujuan tertentu masih belum berkesan: cuba fikirkan tentang DETOX!

Ini kerana, akibat pengumpulan toksin yang terlalu banyak di dalam badan, kesan yang sepatutnya dialami lambat atau mungkin sia2 kerana tidak gagal berfungsi yang sepatutnya.

Senang ayat, kenapa banyak vitamin kecantikan diambil tetapi kulit masih kusam?

Kenapa supplement kurus lama dicuba tetapi tiada kesan walau sedikit?

Kenapa pelbagai produk kesihatan digunakan tetapi badan masih lemah2 diserang penyakit?

Dengan set super detox, Insya Allah badan akan menjadi lebih sihat.

Kerana apabila toksin dibuang dari badan, badan menjadi lebih ringan + bertenaga dan kulit lebih bersih.

Ini disebabkan badan menjadi lebih mudah untuk menerima segala bentuk nutrisi yg baik nanti.

Badan sihat risiko penyakit berbahaya dikurangkan! c:

Hubungi saya untuk maklumat lanjut:

Your Shaklee Independent Distributor; Najmi Anuar (ID 854348)

♥ SMS/call/whatsapp/: 010- 2325408
♥ Email: mommyqalesya@gmail.com
♥ Facebook: https://www.facebook.com/najmi.anuar.1
♥ Pengedar shaklee anda di Penang dan seluruh Malaysia: COD di kawasan Jawi dan SPS (SPU/SPT Penang/Island mengikut kawasan)

05 August 2013

supplement/vitamin yang TIDAK BOLEH diambil ibu mengandung


Semua ibu menginginkan suasana kehamilan yang ceria dan bertenaga, agar dapat membekalkan nutrisi dan persekitaran positif kepada kandungan.

Sebab itulah set ibu hamil/ mengandung (klik di sini) merupakan antara produk tip top Shaklee.

Namun, sama seperti ubat- ubatan lain: penggunaan supplement Shaklee bagi ibu mengandung tetap terbatas. Kali ini saya nak share dengan ibu2 semua:

Supplements/ Vitamin yang PERLU DIELAKKAN oleh ibu mengandung:

ALFALFA:

- ia adalah sejenis herba, antara kemungkinan yang tidak diingini adalah berlakunya kontraksi awal. Namun bagi ibu yang tandem nursing semasa hamil, anda dibolehkan mengambil alfalfa tetapi dengan langkah berjaga- jaga

VITAMIN A/ Caratomax:

- Pengambilan yang berlebihan boleh menyebabkan kecacatan. Ambil kurang daripada 5000IU sehari

VITAMIN E:

- vitamin E sebenarnya dapat menguatkan rahim (bagus untuk ibu hamil) tetapi pengambilannya perlu dikawal. Penggunaan vitamin E semasa hamil perlu mendapat nasihat doktor anda.

Antara vitamin-vitamin lain yang PERLU DIELAKKAN ibu mengandung:


Secara ringkasnya:

1. Vitamin E, Caratomax, GLA dan nutriferon adalah antara supplement yang mempunyai sifat antioksidan yang tinggi dan seterusnya boleh memberikan risiko keguguran.

2. Garlic, Ginger, Alfalfa dan Vivix pula mengandungi rumusan tradisional dan herba, jadi ia bersifat panas.

Kedua- dua sebab ini antara sebab utama mengapa perlu dielakkan oleh ibu mengandung, kerana dikhuatiri boleh membawa mudarat kepada bayi yang dikandung.

Berkenaan risiko keguguran pula, pada awal kehamilan(Trimester 1), antibodi ibu sebenarnya direndahkan bagi memberi jalan kpd pelekatan benih & kehadiran sel baru (bayi).

Jadi, pengambilan supplement yang bersifat antioksidan yang tiggi akan menyebabkan antibodi kita meningkat. Pada waktu itu, badan ibu akan menganggap 'sel baru'(bayi) sebagai bendasing, dan akan cuba untuk 'reject' benda tersebut. Na'uzubillahiminzalik.

Namun jika ibu2 hamil benar2 terpaksa mengambil supplement di atas ini,bolehlah anda merujuk dahulu kepada doktor pakar masing- masing.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut:

Your Shaklee Independent Distributor; Najmi Anuar (ID 854348)

♥ SMS/call/whatsapp/: 010- 2325408/ 019- 6695408
♥ Email: mommyqalesya@gmail.com
♥ Facebook: https://www.facebook.com/najmi.anuar.1
♥ Pengedar shaklee anda di Penang dan seluruh Malaysia: COD di kawasan Jawi dan SPS (SPU/SPT Penang/Island mengikut kawasan)





16 July 2013

Kesihatan hati bersama DTX Complex™

Hati merupakan organ terbesar tubuh manusia, dan berkeupayaan membina semula.

Contohnya,serangan jantung akan merosakkan otot jantung. Manakala serangan kepada hati sama ada akibat radang berulang, jankitan kuman atau pengambilan alkohol berlebihan akan merosakkan hati.

Namun, hati antara organ unik Kerana mampu baik pulih dan membina organnya sendiri. Maka , tidak hairan pendermaan hati semakin popular kini sejak berkembangnya ilmu perubatan moden

Hati dianggap sebagai INDUSTRI PEMPROSESAN tubuh manusia. Fungsi hati:

1. Rembesan hempedu

- cecair rembesan disimpan dalam pundi hempedu dan dikeluarkan apabila diperlukan ketika penghadaman makanan.
- hempedu penting untuk pncernaan lemak, membantu penyerapan vitami A,D,E,K selain mengasimilasikan kalsium dan
Menukarkan beta karotena kepada vitamin A

2. Sebagai detoksifikasi

- metabolisma protein dan penapaian bakteria makanan dalam usus menghasilkan ammonia yang didetoksifikasikan oleh
Hati
- hati juga menggabungkan bahan2 toksik lain termasuk sisa metabolik, racun serangga, dadah, alkohol dan bahan2
Kimia dengan bahan lain yang kurang toksik
- dari ini kemudian sebahagiannya dikumuhkan terus melalui metabolisma hati atau dikumuh melalui buah pinggang
- jadi, fungsi buah pinggang penting bagi mempunyai fungsi hati yang baik

3. Mengawal paras gula dalam darah

- dengan menukarkan tirosina (hormon tiroid) kepada bentuk yang lebih aktif
- hati mewujudkan GTF (glucose tolerance factor) daripada kromium dan glutation
- GTF ini turut diperlukan insulin untuk kawalan paras gula dalam darah
- di mana gula berlebihan disimpan dalam hati sebagai glikogen, kemudian ditukar kembali kepada gula apabila
Diperlukan sebagai tenaga
- hati juga penting untuk metabolisma hormon seperti estrogen, adrenalin dan insuli

4. Metabolisma lemak

-penting dalam sintesis asid lemak dari asid amino dan gula, iaitu ketika pengeluaran kolestrol, lipoprotein, dan phospholipid

- penting juga dalam pengoksidaan lemak untuk menghasilkan tenaga,

- di mana makananan berlebihan akan ditukarkan kepada lemak dalam hati, yang kemudian diangkut ke tisu lemak badan untuk penyimpanan


Shaklee DTX ComplexTM mengandungi satu campuran saintifik, proprietari ekstrak daripada gabungan:

1. ekstrak biji benih pokok susu tisel
2. schizandra
3. ekstrak dendalion
4. cendawan reishi (kaya dengan anti oksida)
5. kunyit
6. articok ( mengekalkan aliran hempedu)

• Digunakan secara tradisional untuk tonik hati.*

Kajian menunjukkan kandungan dalam DTX Complex Shaklee menyokong keupayaan badan bagi menghasilkan tisu protein untuk membantu menjana semula sel2 hati

• Tiada perasa tiruan, pemanis, warna-warna, atau bahan pengawet tambahan


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut:

Your Shaklee Independent Distributor; Najmi Anuar (ID 854348)

♥ SMS/call/whatsapp/: 010- 2325408/ 019- 6695408
♥ Email: mommyqalesya@gmail.com
♥ Facebook: https://www.facebook.com/najmi.anuar.1
♥ Pengedar shaklee anda di Penang dan seluruh Malaysia: COD di kawasan Jawi dan SPS (SPU/SPT Penang/Island mengikut kawasan)