Google+ Followers

Followers

Monday, November 18

HomeMade Butterprawn: made in Penang (",)

Kalau pernah baca entry saya tentang pavlova dulu, mesti anda perasan tentang ke mana perginya kuning telur tu semua kan?

Haha jadi, jangan buang ok. Kita boleh guna kuning telur tu untuk banyak resepi, antaranya Butterprawn ni hehe

homeMade Butterprawn mama hazim, bersama tauhu telur goreng

Bab2 makanan kami memang suka. Malah butterprawn ni antara favrot saya sejak belajar di UM dulu.

Malah sejak kawan baik saya Awien kenalkan gerai di lapangan Bangsar (kedai Cina, halal tu), hampir setiap bulan saya dan suami ke sana walaupun masing2 bekerja luar KL (Sg buluh & Penang)hehe

Dan antara perkara yang mengerikan adalah apabila 3-4 kedai pertama kami kunjungi kat Penang ni butterprawn nya amat aneh.

Sama ada ia menjadi udang salut telur atau Udang berTelur basah! Tension! Last2 saya google je resepi butterprawn ni.

Jangan risau, Insya Allah menjadi c:


Bahan- bahannya:

400gm udang dicuci + kunyit dan garam
Buttercup
4-6 biji kuning telur
2 sudu susu fresh milk/low fat milk
2-4bj bawang putih dicincang
2bj lada api dicincang
1/4 kiub ayam know (optional)
1 sudu gula
lada hitam digeser halus
Daun kari

Cara- cara membuat:

1. Panaskan minyak, goreng udang yang telah digaulkan bersama kunyit dan sedikit garam-->toskan

2. Goreng pula bawang putih bersama cili api

3. Ketika hampir garing masukkan daun kari dan angkat ke tepi asingkan

4. Dalam bekas, campurkan telur kuning + kiub ayam + susu segar + gula + lada hitam

5. Dengan kuali baru, cairkan 1/3 buttercup tunggu hingga berbuih

6. Bila buih hilang, tutupkan api dapur dan

7. Masukkan bancuhan tadi dalam kuali

8. Kacau dengan laju
(kelajuan maksimum ok nanti tak jadi halus pula)dengan garfu atau copstik

9. Angat dan letak atas tisu serap minyak (toskan cepat2 nanti lembab, tak garing)

10. Dalam pinggan udang tadi, gaulkan bersama bawang putih, cili api dan daun kari goreng tadi

11. Letakkan telur butter goreng tadi di atas udang dan SIAP!


Inilah menu kami malam ni, ratah sambil tengok tv hehe

Haha sebenarnya saya sendiri naik seram masa mula2 dapat resepi ni. Sejak tahu masak sendiri, ini baru kali ke 3 buat.

Sebab risau naik kolestrol yang sedia ada ni. Tak lupa, lecithin 3biji and alfalfa 4bj ye plez daddy! haha




No comments: