Google+ Followers

Followers

Thursday, September 12

Sedapnya Sup Ayam bila Demam!

Dah 2 hari ade URTI. Tapi hari ni yang paling teruk. Bangun pagi, langsung tak ada suara!

Lepas hantar abang ke rumah pengasuh dan adik Qalesya ke taska terus ke hospital macam biasa. Lepas punch in, rasa badan mula tak sedap. Sebelum tu pun dah pening2 sikit2 jugak

Huhu akhirnya MC juga hari ni.Balik rumah hajat nak makan roti canai, tapi tak ada selera pulak. Last2 sarapan dengan tripple gem + peel fresh oren jugak yang jalan.

Tak ketinggalan, 1 paket lagi nutriferon kene masuk huhu (paket pertama semalam). Tapi saya makan juga tab bisolvan sebab takut batuk makin teruk, kesian pula budak2 tu nanti

Lepas zohor, perut dah mula lapar! Haha badan pun dah mula berpeluh ni, bagus2. Rasa teringin pula nak makan sup ayam panas. Erm nak cecah dengan roti, macam gaya atok makan kat kedai mamak hehe


Cara2 masak:

1. Rebus ayam dalam periuk, bila mendidih masukkan sup bunjut tulang Adabi (senang, semua ada hehe)

2. Kemudian, tumbuk bawang merah+ bawang putih+halia sampai lumat-> Tumis sampai kuning garing (jangan hangit)dengan minyak (saya pakai Neuveda oil, jaga kolestrol tu ha)


* Dah lah memang ade selsema, menjadi2 pula dia masa menumbuk ni. Nak makan sup punya pasal huhu

3. Masukkan bahan di tumis garing tadi dalam periuk

4. Masukkan kentang diikuti batang saderi, karot dan tomato


* Sape nak masam lagi, boleh tambah asam limau, dan kalau minat pedas tambah ler cili api dalam tu (buat cili api kicap pun masyuk nyum2)

5. Sebelum angkat, campurkan daun bawang dan lada hitam tumbuk c:


Haha berapa banyak kalori dah masuk ini hari, demam + sakit tekak punya pasal (" ,)

Sebelum kahwin, saya memang tak pernah berjaya buat telur tiga suku masak ni (hubby saya panggil telur separuh mentah hehe). Rupanya senang nye lah amat. Hehe sape tak tahu meh sini aku tunjuk he

Orait. Lepas ni boleh solat asar dan ambil hero2 kecik. Kena kemas rumah jugak sebab malam nanti superhero daddy balik! Rindu! c:

4 comments:

Budak Kampung said...

get well soon akk

drNajmi anuar said...

Tq dear c;

afzalsukasuki said...

Mak aih mcm sedap je sup ni.sy klu demam xd harapan la nak ke dapur masak2 bagai hahaha.

Telan actifast terus :P

drNajmi anuar said...

kompom sedap, tak caye cube buat hehe saje bersemangat masak, lagipun bleh hidang kat hubby balik malam tu hehe