Rasa makin rindu pula dekat abang long hazim.
Last week tinggalkan kejap di kampung, erm memang rasa tak sabar pula nak ambil semula hujung minggu ni c:
Urm..Hehe ketotkan cucur labu bawah ni? Hehe come2 ler sebab ni untuk minum petang abang long hazim
* Ni balance dari masak lemak labu hari tu, makan dengan nasi + ikan masin haha memang pergh!!c:
Manisnya labu bila siap direbus kan?
Rebus->Lenyek-> Gaul tepung->Tambah susu->Digoreng-> Siap minum petang abang long!
Hah. Apa lagi resepi berkaitan labu?
- Bingkang labu @ nama glamer pai labu (" ,)
- Pengat labu gula melaka
- lepat labu
- kuih koci labu
- kuih sagu berlabu
- puding labu
- Labu kukus/ stim + kelapa parut muda & gula pasir
- pumpkin salad (labu rebus+ gaul bersama mayonis)
- kuaci biji labu
- kereta kuda labu (bersama ahli sihir dan cik Cinderella)
Banyak2 menu labu ni,yang mana pilihan hati anda? (" ,)
Khasiat daripada tumbuhan ini boleh dibahagikan mengikut buah, biji, daun atau bunganya.
**
Labu bukan sahaja manis kerana isinya. Tapi ia juga kaya dengan vitamin A dan C. Buat pengetahuan anda, vitamin A dan vitamin C adalah antara dua jenis vitamin yang paling tinggi dalam isi labu.
Selain itu, labu juga mengandungi sumber kalsium, fosforus, zat besi, beta karotin dan serat.
Oh ya, ada kajian yang dilakukan oleh Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) : menyatakan sumber serat atau fiber yang tinggi dalam labu turut berfungsi mengawal nafsu makan!c:
Jangan2 lepas ni ada pula yang berdiet dengan labu sahaja hehehe
No comments:
Post a Comment