Pages

Translate

Search This Blog

30 September 2013

Tumbuhan hiasan cantik tapi beracun!

Hari ini sebenarnya plan nak pergi ke Program Shaklee untuk kumpulan Intifada di Kepala Batas. Tapi sebab tempat ditukar kembali ke Sg Petani, alamat memang saya tak boleh pergi lah sebab hubby tak benarkan drive sesorang :c

Tak apalah. Itu kan tanda sayang.. kan daddy kan? Hehe tengah hari tu kami ke kedai letrik. Hubby pula tiba2 semangat nak cari pokok bunga. Agaknya dia kesian kan bunga ubi saya hari tu, tak ada kawan melainkan pokok bunga kembang pukul 10 tu (",)

Modal semua 4pokok dengan 1 pasu tinggi dan 1 pasu rendah tu tak sampai rm80.Tanah (6hitam 1 merah)7 paket rm10.

Orang dulu2 tak perlu beli tanah pun.Tapi kalau nak buat macam orang dulu2, alamat tanam pokok pakai batu la sebab rumah kitorang ni tanah baru. Hehe

Ok lah. 1st time ni nak serius berkebun. Sebelum ni 'tanam semula' serai n pokok ubi tu adalah lah. Itupun mak abah kitorang yang tanamkan hehe

* Padahal bulan depan ni je pun kitorang nak pindah keluar penang, semangat la sangat haha

Perkara pertama yang daddy buat adalah proses gaul tanah. Orang kedai tu cakap 2 hitam+ 1 merah.Layan..c:


Siap tukar pasu dan tanam semula pokok hiasan pertama. Namanya pokok birah atau pokok pisang tanah.

Kami pun tak tahu nama sebenar pokok ini, masa beli semalam sebab dia nampak cantik je, tapi tak sangka pula beracun sampai mak kat kampung beritahu semalam :C

BAHAYA pokok hiasan ni. Jom tengok info:

The name of this plant is dumb cane.
Botanical name: Dieffenbachia
Family: Araceae

Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya.

Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.

Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah.

Kesan apabila mengigit daun beracun- Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas.

Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Selain itu ia juga senang tumbuh berdasarkan iklim negara ini. Daunnya yang besar dan hijau; menyebabkan ianya selalu diletak di kawasan taman awam.

Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera.

sumber: pangkah bulat, tq c:


Ini pula tanah khas untuk pokok bunga ubi tu. Hari tu kan tak boleh transfer tanah sebab akar dia dah melekat dalam pasu lama. Haa ni dah boleh tukar pasu (pasu pendek luas tu), lepas ni boleh lah pulangkan pasu SN Jam tu semula

Oh ya, lama betul pokok ini adalah pokok bunga kemboja, atau Adenium Obesum. Getahnya boleh dijadikan racun untuk ikan
c;


Pokok ke 3 dan ke 4, bunga lavender dan ati- ati. Bunga lavender ni, orang nursery tu pesan suruh potong tangkai sampai bawah bila bunga dah layu. Itu je pesanan penaja?

Tapi dengar2 jugak orang kata yang lavender ni sensitif sikit hehe nasib la, moga2 hidup segar di laman rumahku (",)

Info tentang bunga lavender di sini

Untuk bunga ati- ati ni, memang sangat unik kan sebab daun dia yang warna warni tu pun dah boleh cantikkan laman rumah. Tak adalah hijau memanjang.

Bagusnya, pokok at-ati ni pun murah. Eleh, mintak kat jiran pun mesti dapat punya, free lagi hehe. Pokok ati- ati ini dikatakan banyak khasiat antaranya sebagai ubat batuk, ubat asma, ubat untuk luka-luka dan lecur.


Siap proses tanaman hari ini. Tapi esok hubby kata nak buang terus pokok pisang tanah tu. Tak apalah rugi rm28 pun, yang penting keselamatan anak- anak. Silap kami juga tak survey2 dulu huhu

Tapi saya ingat lepas ni nak tanam pokok herba je. Boleh guna buat makan lagi. Hehehe

p/s: sebarkan tentang bahaya pokok hiasan ini. Sayangi insan2 tercinta anda!



No comments: