Pages

Translate

Search This Blog

24 April 2013

Set kehamilan (Pregnancy Set)/ Set Ibu Mengandung Shaklee

Tiada yang paling menggembirakan melainkan apabila pasangan mendapat khabar tentang berita kehamilan. Mendapat zuriat adalah antara anugerah tak ternilai dari tuhan, selain turut melambangkan kasih sayang dan meneruskan zuriat orang tercinta.

Bagi bakal ibu muda, pastikan khabar gembira ini akan memberikan rasa cuak juga kan? Yelah, baru sahaja berpindah tanggung jawab daripada seorang anak kepada isteri-->kini beranjak pula daripada tugasan isteri kepada ibu!!

Untuk itu, kesihatan ibu amat penting bukan sahaja kepada dirinya sendiri, malah anak yang dikandungkan. Regular check- up dan rawatan berterusan amat penting ya. Dan buat ibu, sediakan mental dan fizikal yang kekal sihat !! c:

Shaklee menyediakan set supplement yang lengkap kepada semua bakal ibu: antara set yang HOT dalam Shaklee c:

Set J-1: bagi trimester 1

- Vita Lea multivitamin
- Vitamin B complex
- vitamin C
- Ostematrix@ calcium

set J-2: bagi trimester II dan III

- Vita Lea multivitamin
- Vitamin B complex
- vitamin C
- Ostematrix@ calcium
- Omega Guard


* kedua- dua set ini berfungsi bagi memastikan diet ibu lengkap dengan nutrisi2 penting supaya badan ibu kekal sihat dan bertenaga.

* Setiap apa nutrisi yang ibu makan, itulah yang akan diberikan kepada kandungan. Jadi, supplement ini bertindak sebagai sokongan dan 'top -up' kepada nutrisi pemakanan yang diperoleh ibu.

* Seterusnya, membantu dalam tumbesaran bayi dan menapatkan kandungan yang sihat

* amat disarankan pengambilan ESP bersama set2 di atas c:



Vita Lea Multivitamin

Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan dan kaya dengan zat besi (iron)

Zat besi (iron formula), penting bagi pembentukan sel darah merah
- meningkatkan Haemoglobin (Hb) ke paras normal
- mengurangkan risiko anemia ketika mengandung

Antara ciri2 anaemia atau kurang darah adalah lesu, cepat letih, dada berdebar2,wajah pucat, sakit kepala/pening dan mudah pitam.Pengambilan vita lea dapat mengurangkan masalah2 di atas.

Mempunyai patented Sistem Penyerapan Bioaktif utk memastikan peningkatan penyerapan asid folid kritikal

Sangat2 dicadangkan terutama bagi ibu yang tidak boleh tolerate (atas sebab tertentu) tablet2 hematinik hospital atau ubat tambah darah lain seperti obimin atau iberet plus


Vitamin B complek

lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan vitamin B

Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya 'spina bifida' (ibu perlukan 400mg asid folik sehari)

Sangat2 dicadangkan pengambilan asid folik seawal 3bulan sebelum kehamilan bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung

Vitamin C slow release

Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan

Penting untuk pembentukan salur darah, kulit,gusi dan gigi yang sihat

Membantu dalam penghadaman zat di samping meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh.

Disarankan pengambilan bersama Vita-lea kerana mampu meningkatkan kadar penyerapan iron , bagi pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.

Ostematrix/ calcium

Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D.

Setiap 1 biji Ostematrix mengandungi 250mg kalsium. Cadangan keperluan: 1000mg-1300mg sehari bagi ibu mengandung

Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannyaVitmain D pula untuk merangsang penyerapan kalsium.

Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi, pembentukan tulang bayi, pembentukan darah membeku dengan sempurna kepada kedua2 ibu dan bayi.

Fungsi lain:membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.

Kalsium juga membantu untuk menghalang kekejangan otot yang dialami dalam tempoh kehamilan dan kontraksi yang berlaku disaat melahirkan. Bagi sesetengah ibu hamil, ia mampu melawaskan sistem pencernaan dan boleh mngurangkan morning sickness.

Apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi. Kesan jangka pendek adalah kerosakan pada gigi ibu sendiri manakala kesan jangka panjang dalah risiko mendapat osteoporosis di usia tua nanti.

Kebaikan ostematrix, ia tiada lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu.

Omega Guard

Membantu pembentukan sel otak janin: dibenarkan selepas bulan ke-4 kehamilan (trimester ke-2)

kajian menunjukkan anak-anak yang ibunya mengambil suplemen Omega-3
- mempunyai nilai yang lebih tinggi pada koordinasi mata dan tangan
- kemampuan berbicara lebih cepat
- lamanya waktu berbicara dan jumlah kosa kata yang mereka miliki lebih banyak berbanding dengan kanak-kanak yang
ibunya tidak mengambil Omega-3.

ESP dan kehamilan??

ESP seperti biasa tetap merupakan antara HOT ITEM pengguna Shaklee. ESP adalah protein non GMO Shaklee untuk SEMUA GOLONGAN. Pilihan bijak untuk diambil para ibu ketika mengandung dan sesudah bersalin!! c:

Khasiat ESP semasa hamil merangkumi:

1) Memberikan anda bertenaga sepanjang hari selama mengandung
2) Menjadikan anda kenyang dan ia juga meningkatkan metabolisme badan
3) Memastikan kesihatan ibu di tahap yang optimum
4) Kulit bayi apabila dilahirkan nanti akan kelihatan cantik, halus dan gebu tanpa sebarang masalah kulit
5) Membantu perkembangan fetus
6) Membantu meningkatkan paras kolesterol baik & ia juga baik untuk kesihatan jantung
7) Membantu penyerapan vitamin dengan lebih baik

TESTIMONI 1:




TESTIMONI 2




Ada juga yang berasa risau dan bertanya kepada saya sebelum ini: kenapa banyak sangat saya kene ambil vitamin??

Jangan risau,anda boleh hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi percuma. Semua individu adalah istimewa dan lain dari yang lain, jadi keperluan anda juga mungkin sedikit berbeza!! c:

Hubungi saya untuk maklumat lanjut:

Your Shaklee Independent Distributor

♥ Najmi Anuar (ID 854348)
♥ SMS/call/whatsapp : 019- 6695408
♥ Email: mommyqalesya@gmail.com

23 April 2013

Meal Shakes: cadangan pemakanan tambahan buat yang teRistiMewa !!




KOLEKSI RESEPI2 Meal Shakes memang sedap!! c:

1. Meal shakes + Air Suam/ Fresh Milk
2. Meal Shakes + ESP
3. Meal Shakes + Performance Drink
4. Meaal Shakes + ESP + Performance Drink
5. Meal Shakes + Horlick
6. Meal Shakes + Milo
7. Meal Shakes + Jus buah- buahan
8. Ais krim Meal Shakes + ESP
9. Agar- agar Meal Shakes

**Agar- agar meal shakes saya belum cuba lagi, tapi ada yang mengatakan anak2 sukakan nya sebab manis berkrim.nyum3 hehe


TESTIMONI MEAL SHAKES:



Oh ya, meal shakes bukan sahaja untuk kanak2 ya, malah sesuai untuk seisi keluarga!!

Hubungi saya untuk maklumat lanjut:

Your Shaklee Independent Distributor; Najmi Anuar (ID 854348)
♥ SMS/call/whatsapp : 019- 6695408
♥ Email: mommyqalesya@gmail.com

Testimoni lagi!! tiada jalan pintas melainkan USAHA ya c:

Mari lihat antara testimoni slimming set shaklee..

Yang penting, usaha dan pengorbanan bagi mendapatkan berat yang ideal, seterusnya juga untuk KESIHATAN yang baik!! c:

TESTIMONI 1:


sekadar mahu memberikan lebih semangat..dan ini sambungannya..hehe



TESTIMONI 2:



TESTIMONI 3:



Ingat lagi tentang entry saya terdahulu tentang testimoni berkenaan tips2 diet and pilihan jenis makanan? Ini pula adalah contoh jenis2 diet yang turut boleh digunakan seperti yang dicadangkan oleh dr Lam c:



Penggunaakn slimming set shaklee hanya sebagai slah stu batu loncatan dalam menolong anda mendapatkan berat ideal. Syaratnya, pasti ada usaha lain yang perlu dan mesti dilalukan.

Yang penting, mahukan perubahan pastinya perlukan pengorbanan. Tapi janganlah pula sampai terseksa ya. Perlu bijak dalam memilih jenis diet yang sesuai dengan diri anda dan dapatkan nasihat dari teman2

-->**semua individu adalah bebbeza, rakan anda mungkin sesuai dengan diet tertentu tetapi anda pula tidak!!



Hubungi saya untuk maklumat lanjut:

Your Shaklee Independent Distributor

♥ Najmi Anuar (ID 854348)
♥ SMS/call/whatsapp : 019- 6695408
♥ Email: mommyqalesya@gmail.com

20 April 2013

Berpantang teruk kenapa?? Apa itu meROYAN ??(kemurungan post-partum)

Banyak ibu2 khususnya orang yang telah banyak berpengalaman amat tahu pentingnya penjagaan kesihatan yang rapi ketika berpantang setelah bersalin.

Mengapa? Adakah anda juga tahu antara perkara yang paling dikhuatiri berlaku adalah meroyan?

Dalam entry tentang set berpantang/selepas bersalin Shaklee yang lepas ada saya ceritakan sedikit tentang isu ini. Mari kita lihat dengan lebih lanjut bersama2 ya. kredit kepada babycenter c:


Apa yang menyebabkan meroyan atau kemurungan posnatum?

Kenapa setengah wanita menjadi murung dan pula yang lain tidak walau mereka semua sama2 selesai mengandung dan selamat bersalin. Menurut kajian dn pendapat ilmiah, ia mungkin disebabkan kimia otak atau reaksi sesetengah ibu kepada perubahan-perubahan hormon yang berlaku dalam badan. Ada kalanya, perkara-perkara harian biasa sahaja boleh terasa terlalu membebankan.

Keadaan-keadaan yang lebih sukar untuk diatasi, seperti di bawah mungkin meninggikan risiko:

• Kemurungan atau masalah sakit mental terdahulu, atau kemurungan semasa kehamilan.

• Suami yang kurang menyokong, atau tidak mempunyai keluarga atau rakan-rakan yang tinggal berdekatan.

• Masalah kewangan, perumahan, kerja atau perhubungan anda.

• Kelahiran yang rumit dan masalah kesihatan yang menyusul selepas itu.

• Mendapat bayi yang dilahirkan pramatang atau tidak sihat.

• Mendapati sukar untuk menyusu badan.

• Ingatan-ingatan sedih yang melanda, seperti kematian salah seorang daripada ibubapa anda semasa anda masih kecil.

Bagaimanakah meroyan atau kemurungan posnatum dirawat?

Bantuan dari orang luar terutamanya yang rapat amat penting bagi menghadapi situasi sukar ini. Selain itu,ia juga boleh dirawat dengan:

Terapi berbual

Berbincang dengan suami atau seorang rakan mungkin membantu, tetapi kadangkala mungkin sukar bagi mereka memahami apa yang dilalui oleh anda. Doktor andalah antara orang utama lain yang turut boleh membantu.

Rujukan kepada kumpulan 2 khas

Doktor juga boleh merujuk kepada kumpulan sokongan, kaunselor atau ahli psikoterapi. Dia juga mungkin boleh mengaturkan terapi perlakuan kognitif (TPK). TPK boleh mengajar anda tentang strategi-strategi harian bagi mengatasi meroyan atau kemurungan. Hanya jika meroyan atau kemurungan posnatum anda itu jenis yang teruk, akan dirujukkan kepada ahli psikologi atau psikiatri.

Antidepresi

Antidepresi bertindak dengan mengimbangkan kimia-kimia dalam otak anda. Ianya menambahkan jumlah hormon serotonin, bagi meringankan perasaan, menyenangkan tidur dan mengurangkan rasa nak marah.

Antara lima hingga tujuh wanita dalam 10 yang mengambil antidepresi mendapati bahawa simptom meroyan atau kemurungan mereka menjadi reda dalam beberapa minggu selepas memulakan rawatan.

Antidepresi yang paling biasa dipreskripsikan untuk meroyan atau kemurungan posnatum ialah:
•fluoxetine (Prozac);
•sertraline (Lustral);
•paroxetine (Seroxat);

Ada kalanya antidepresi tidak membawa sebarang kesan. Ia mungkin mendatangkan kesan sampingan dan kadangkala bagi beberapa orang, ada berlaku dependensi, walaupun ini kurang berlaku dengan antidepresi yang terbaru.

Perlu diingatkan bahawa ubat antidepresi ini kadangkala memasuki susu ibu, walaupun jumlahnya amat sedikit.
Paroxetine dan sertraline lebih kerap digunakan daripada fluoxetine untuk ibu yang menyusu badan. Bagi ubat-ubat ini, lebih sedikit yang masuk ke dalam susu ibu. Jika bayi anda kelihatan meragam atau mengantuk selepas anda mengambil antidepresi, beritahulah doktor anda.

Ramai ibu yang mengambil antidepresi juga menyusu badan sebab ianya menambahkan keyakinan diri mereka dan memperkuatkan ikatan dengan bayi mereka. Perasaan rapat dengan bayi anda akan membantu anda mengatasi meroyan atau kemurungan posnatum.

Jika anda bercadang untuk mengambil antidepresi, bercakaplah dengan doktor anda adalah perkara utama yang amat penting. Ingat ini juga antara pilihan terakhir bagi membantu.

Bagaimana saya boleh membantu diri sendiri?

1. Cuba dapatkan banyak rehat

Tidur kalau boleh, kalau tak boleh, berehatlah.
Jika ada orang yang boleh menjaga bayi anda untuk beberapa jam, ambil kesempatan ini dan ambillah minuman panas, mainkan muzik yang menenangkan, rebahkan badan dan relaks.
Cuba tidur sebentar apabila bayi anda sedang tidur.
Walaupun ada kerja rumah yang perlu dibereskan, lebih baik jika anda berehat saja.

INILAH antara sebab lain mengapa orang berpantang selepas bersalin perlukan seseorang lain yang sihat dirumah bagi membantu!!

2. Makan makanan yang sihat dan seimbang

Elakkan daripada tidak makan untuk tempoh masa yang panjang.
Ini akan membantu anda mengelakkan daripada tahap gula dalam darah anda menurun. Makanan menggerakkan tenaga dan sistem imunisasi anda.
Memandangkan tuntutan-tuntutan baru atas badan anda, nutrisi yang baik adalah amat penting

3. Buat senaman ringan

Senaman akan membantu lebih cergas secara fizikal dan mental.
Hanya dengan berjalan-jalan dengan bayi sudah membantu.
Malah jika telah berdaftar untuk menyertai kelas-kelas yoga atau Pilates semasa hamil dahulu juga boleh teruskan senaman yang lembut dan relaks seperti ini.

4. Bergaul dengan ibu-ibu lain

5. Bersikap baiklah terhadap diri sendiri

Jangan bebankan diri dengan perkara-perkara yang tidak perlu dibuat.
Tangguhkan keputusan-keputusan besar.
Biarlah realistik tentang apa yang boleh dicapai dan jangan lupa untuk menyeronokkan diri sendiri.

Bagaimanakah suami, rakan-rakan dan keluarga boleh membantu?

Kadangkala adalah sukar bagi mereka yang paling rapat dengan anda untuk memahami betapa teruknya penderitaan anda. Namun begitu, mereka memainkan bahagian yang besar dalam memberi sokongan kepada anda.

Beritahu mereka apa yang anda sedang alami. Berikan mereka informasi yang ada pada anda tentang meroyan atau kemurungan posnatum. Ini akan menolong mereka membantu anda. Sokongan praktikal, seperti membantu membuat kerja rumah, sudah boleh menolong mengurangkan depresi anda.

Suami anda pun mungkin mengalami kemurungan, jadi, memahami bagaimana dia boleh membantu anda akan membantu dia memulihkan diri juga.



INGAT:

*Jangan segan untuk meminta bantuan daripada orang-orang yang menyayangi anda
*Anda perlu menjaga diri anda supaya dapat menjaga bayi anda
*Jagalah diri anda dengan baik semasa hamil dan cuba kurangkan stres anda dan terimalah semua bantuan yang ditawarkan.

*Sesungguhnya, mencegah itu sememangnya LEBIH BAIK daripada merawat!! c:



Hubungi saya untuk maklumat lanjut:

Your Shaklee Independent Distributor

♥ Najmi Anuar (ID 854348)
♥ SMS/call/whatsapp : 019- 6695408
♥ Email: mommyqalesya@gmail.com

19 April 2013

Sihat Semasa dan Selepas BERPANTANG dengan vitamin Shaklee

Dahulu atau pun kini, penjagaan semasa berpantang atau selepas bersalin sememangnya tidak boleh dipandang ringan. Besalin secara semulajadi (spontaeous vaginal delivery) atau operation (caeserian section)? Kedua- duanya perlukan penjagaan yang rapi.

Bezanya: cuma mungkin dahulu pantang larang nya lebih banyak sehingga ada kaum ibu muda yang menganggapnya leceh dan membebankan!!

Memang ada benarnya terdapat beberapa pantang yang mungkin tidak lagi relevan buat masa kini. Namun semuanya mempunyai tujuan yang sama:

-> bagi mendapatkan kesihatan ibu yang optimum selepas bersalin
-> sekaligus mempercepatkan pemulihan tubuh agar sentiasa bertenaga
-> bagi menjaga diri supaya kekal sihat walau usia semakin bertambah nanti

Ingat, ibu bukan sahaja perlu sihat untuk diri sendiri, tetapi juga bagi menjaga bayi permata hati yang baru sahaja dilahirkan. Malah dengan fizikal yang bertenaga dan mental yang sihat menghadapi stres, masalah **meroyan dapat dielakkan!!


Set Shaklee bagi ibu selepas bersalin/berpantang:



- Vita Lea multivitamin
- B complex
- Vitamin C
- Zink

Vita Lea Multivitamin

~ sebagai supplemen yang membekalkan pelbagai vitamin dan mineral yang tidak mampu diperoleh sepenuhnya melalui diet
~ menolong fungsi penghadaman dan selera makan agar ibu sesudah bersalin sentiasa sihat bertenaga
~ penting bagi pertumbuhan sel dan membantu meningkatkan ketahanan dari jangkitan

Vitamin B complex

~ proses bersalin sememangnya memenatkan saat ibu menahan kesakitan dan memerah tenaga ketika meneran. Malah proses bersalin juga adalah kritikal kerana berlakunya kehilangan darah ibu.
~ jadi, pengambilan vitamin B penting setelah bersalin kerana membantu penghasilan hormon dan sel darah merah ibu, seterusnya membantu penghasilan tenaga oleh sel badan.
~ vitamin B juga dikatakan mampu meningkatkan fungsi otak dan membantu mengurangkan tekanan (sebagai anti-stress) seterusnya mengurangkan risiko meroyan

Vitamin C

~ memainkan peranan penting dalam pertumbuhan dan penyembuhan tisu yang luka semasa bersalin
~ mengurangkan tanda2 stretch marks pada perut dan pangkal peha setelah bersalin
~ bertindak sebagai anti oksidan semulajadi, membantu melawan kuman seterusnya mengurangkan risiko jangkitan
~ turut penting dalam pembesaran bayi yang sedang menyusu

Zink

~ kajian dilakukan menunjukkan zink antara vitamin yang mampu mempercepat proses penyembuhan luka
~ turut meningkatkan imun sistem, mengurangkan rambut gugur dan menyokong daya seksual dan pertumbuhan organ
~ bagi lelaki, bertindak dalam kesihatan prostat

Pilihan Optional bagi Ibu Berpantang/selepas bersalin:
- ESP
- Lecithine
- Ostematrix

Energizing Soy Protein

Bagi ibu yang menyusu, amat digalakkan mengambil ESP kerana ESP bertindak sebagai 'milk booster' bagi mengggalakkan penghasilan dan pengeluaran susu lebih banyak (selain ALFALFA)dan membantu percepat penyembuhan luka dengan kandungan protein Non GMO nya. Selain itu, ESP juga mampu mengurangkan rasa lapar dengan memberikan rasa kenyang berpanjangan, selain memberikan tenaga dan mencantikkan kulit. Lebih dari bonus bukan!! c:

Lecithine

~ membantu memecahkan lemak berlebihan dalam badan
~ mengurangkan masalah bengkak susu
~ turut membantu mengurangkan berat badan yang bertambah semasa kehamilan

Ostematrix

~ Kebanyakan ibu risau tentang sayur yang boleh dimakan semasa berpantang, dikhuatiri boleh menyebabkan 'sejuk badan'
~ Namun kebanyakan ibu juga bukanlah seorang peminat sayur.
~ Kurang sayur, kuranglah sumber serat (fiber) maka tidak hairan juga banyak yang mengalami masalah sembelit.
~ Ostematrix adalah antara solusi bagi membantu mengelakkan masalah sembelit ini

Mari lihat antara testi pengguna set berpantang shaklee:






**
Meroyan atau kemurungan posnatum ialah satu masalah yang boleh dihadapi mana2 ibu sesudah bersalin.Lazimnya, ia berlaku apabila umur bayi anda antara empat hingga enam minggu, tetapi ada kalanya ia bermula beberapa bulan selepas dia dilahirkan.

Meroyan kadangkala disalah tanggap sebagai murung bayi:

-->Berbeza dengan ibu yang menghidapi murung bayi, pada hari-hari pertama selepas melahirkan mereka akan menjadi muram, sering menangis, letih dan rasa tertekan. Ini dijangka adalah disebabkan perubahan-perubahan hormon secara mendadak dalam badan anda. Dengan bantuan yang sesuai, anda akan merasa lebih sihat dalam beberapa hari.

Walau bagaimanapun, meroyan tidak seperti murung bayi, adalah satu penyakit. Ia tidak akan sembuh tanpa rawatan.

Tanda dan simtom adalah berbeza bagi setiap ibu:
•perasaan putus asa;
•bersalah;
•amat letih;
•muram;
•sering menangis;
•sunyi;
•gelisah;
•terperangkap.

Semua ibu merasakan satu atau lebih dari perasaan di atas pada masa-masa tertentu. Tapi, jika anda merasa tidak berdaya langsung dan perasaan ini tidak reda-reda walaupun masa terus berlalu, anda mungkin menghidap meroyan atau kemurungan posnatum.

->> kredit kepada babycenter c:



Hubungi saya untuk maklumat lanjut:

Your Shaklee Independent Distributor

♥ Najmi Anuar (ID 854348)
♥ SMS/call/whatsapp : 019- 6695408
♥ Email: mommyqalesya@gmail.com


Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

04 April 2013

Anda mahukan diri CANTIK, lebih SIHAT dan nampak lebih MUDA..??

Dalam entry terdahulu, ada saya cerita kan tentang Vivix. Memang urmph produk ni. Kali ini mari kita lihat lagi tentang vivix, produk istimewa yang hanya dipatentkan Shaklee sahaja di dunia!! c:







Hubungi saya untuk maklumat lanjut:

Your Shaklee Independent Distributor; Najmi Anuar (ID 854348)
♥ SMS/call/whatsapp : 019- 6695408
♥ Email: mommyqalesya@gmail.com

02 April 2013

Shaklee's Special Promotion April 2013: Nutriferon (6+1free)

Promosi hebat Shaklee datang lagi!! c:

Bulan April ni Promosi Shaklee tentunya lebih hebat dan menarik. Apa tidaknya, Nutriferon, sememangnya produk istimewa yang hanya dipatentkan dan dibangunkan oleh Shaklee c:


Saya sendiri juga sudah berkira2 nak membeli Nutriferon 6 kotak + 1 percuma ini. Hehe dapat la buat stok untuk 7 bulan. Yelah, sejak akhir2 ini cuaca panas tak menentu. Anak2 pula asyik demam sahaja setiap kali pulang dari berjalan. Tak salah melabur sedikit bagi mendapatkan kesihatan yang optimum hehe

Perlu atau tidak nutriferon ini??Siapa yang memerlukannya??

1. Mereka yang sering sakit, selsema, demam.
2. Ibu yang menyusukan anaknya yg mana anaknya demam atau sakit yg berpanjangan.
3. Mereka yang mempunyai masalah imunisasi.
4. Mereka yang sering travel dan kerap ke luar negara.
5. Mereka yang sering stress.
6. Mereka yang terdedah dengan bahaya penyakit.
7. Mereka yang tak suka makan banyak vitamin antioksidan, ACE boleh gantikan dengan Nutriferon sepeket sehari.
8. Mereka yang ada mempunyai allergi dan eczema.
** kredit kpd K Nadia c:

Ok Mari lihat antara artikel dan testimoni Nutriferon:


Dapatkan promosi hebat Shaklee bulan ini dengan:

**Beli 6 PERCUMA 1 DAN KEAHLIAN SHAKLEE PERCUMA
**Beli sekotak Nutriferon PERCUMA POSTAGE.
**Atau beli 2 kotak dengan harga istimewa + free delivery.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut:

Your Shaklee Independent Distributor; Najmi Anuar (ID 854348)
♥ SMS/call/whatsapp : 019- 6695408
♥ Email: mommyqalesya@gmail.com

1001 khasiat ALFALFA

Ramai orang mengatakan tentang kebaikan alfalfa sebagai 'milk booster' bagi ibu menyusu. Tapi, tahukah anda semua bahawa alfalfa juga mempunyai banyak kelebihan lain?? Mari kita berkongsi bersama.. c:


Mengapa alfalfa dikatakan sebagai pusat pengumpulan segala zat?

kerana aspek tumbesarannya sendiri:

-akar tunjangnya mengunjur sedalam 6 meter ke bawah, mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah

- manakala daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi

- merupakan suatu Formula Shaklee Signature yang dibangunkan sejak 1950an

- TUMBUHAN TERBAIK yang tumbuh di kawasan California yang kaya dengan pelbagai jenis zat, termasuk kalsium, fosforus,
zat besi , magnesium, klorofil, bioflavinoid dan pelbagai mineral surih serta mineral penting lain.

- malah, setiap hidangan mengandungi sehingga 300mg kalsium=segelas susu!!


Mari kita lihat kelebihan2 ALFALFA Shaklee:

• Membantu PERKUMUHAN menjadi lebih LAWAS

• Membantu MEMBUANG ANGIN dalam badan.

• fiber yang MENGENYANGKAN.

• Melegakan SAKIT SENDI dan BELAKANG

• Menghilangkan KELESUAN dan TEKANAN.

• Memberi sensasi ‘rasa sejuk’

• Memberi kelegaan semasa HAID

• Merawat ARTHRITIS

• Bagus untuk ASMA, RESDUNG, ALERGI, GEGATA dan EKZEMA• MENCUCI USUS bagi membuang toksik

• Mencuci BUAH PINGGANG dan merawat KENCING KOTOR disebabkan jangkitan dalam buah pinggang

• MENEUTRALKAN ASID dalam badan

• Merawat masalah KEPUTIHAN pada wanita

• Membesar dan menegangkan PAYUDARA• Bertindak seperti KACIP FATIMAH kepada para isteri

• MEMULIHKAN URAT selepas bersalin

• Membantu masalah PENGHADAMAN dan PENCERNAAN

• Meningkatkan STAMINA seorang suami

• Melegakan SEMBELIT

--> Dan semestinya bagus diambil oleh ibu-ibu yang menyusukan anak kerana ia merangsang penghasilan susu ibu (MILKBOOSTER)

**credit kepada Nor Wina c:


Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya:

♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 854349]
♥ Contact No : 019 6695408
♥ Emel : MOMMYQALESYA@gmail.com
♥ Website: http://www..blogspot.com

28 March 2013

Resepi adik Qalesya: bubur nasi special c:

Alhamdulillah, demam adik semakin pulih. Sejak balik bercuti di island kelmarin, memang tak senang duduk dibuatnya. Bahkan hari Isnin lepas jugak asyik teringat kat adik je ms oncall di tempat kerja...

Rasanya panas dah berkurang. Tapi tidur malam tadi, memang tak lena dibuatnya. Hampir setiap jam adik akan bangun menagis. Bila disusukan, terus tertidur semula.

Jadi, hari ini saya terpaksa ambil EL. Kesian tengok adik, semalam pon kat rumah pengasuh makan langsung tak mahu. Petang semalam saya cuba jugak beri adik makan lagi di rumah. Tak nak juga, sampai saya pulak yang terpaksa habiskan 2keping Farley adik yang dah lembik tu hehe

Kul 8pg hari ni adik dah tido. Bolehlah buat projek dalam sejam kat dapur ni. Projek istimewa untuk adik:
BUBUR AYAM BERSAMA CARROT SPECIAL c:



Bahan2:
-1 mug beras yang dibasuh
-1/4 ayam yang dipotong kecik2
-sedikit garam
-1 batang karot dibuang kulit

Cara2 nya mudah sangat:

Peringkat pertama:

1. Masak bubur nasi seperti biasa: masak beras bersama air dan ayam.
2. Periuk kena besar ye sebab nanti buih bubur melimbuk habis perisa ayam tu hehe
3. Bila nampak nasi tu da masak dan pecah2 maka jadilah bubur!! Opss jangan lupa sebelum tutup api masukkan sedikit garam ye ( “ ,)

**

Ha…yang peringkat pertama ni, saya sengaja buat banyak sebab untuk saya dan suami yang makan.
Biasanya makan bersama ikan bilis atau ikan masin goreng bersama bawang dan cili..ermm memang pergh laa hehe dan lagi best kalau tambah dengan serunding daging Kelantan.. hehe

Peringkat kedua:

1. Sebelum masukkan garam tadi, ambil dalam 3 senduk bubur, masukkan dalam periuk kecik lain
2. Masukkan karot yang telah dipotong bulat2, masak sekali lagi sehingga karot agak lembut

**tak perlu lama2 sampai karot tu lembik, cukup sekadar boleh dipotong dengan sudu

3. Biarkan sejuk di atas dapur, kemudian blander!!

4. Tada..!! Tersedia breakfast special untuk adik hari ni!! Nyum nyum..

***

Oh..Apa yang special nya tentang bubur blender ni?? Semua orang pon boleh masak bubur nasi kan?? hehehe

Haaaa sebab mama buat dengan penuh kasih sayang pada adik Qalesya yang tengah demam tu la..hehehe yang penting makan pagi ni adik habis satu mangkuk..Alhamdulillah.. c:



24 March 2013

Tips Penyusuan ibu bagi Wanita bekerja

Alhamdulillah..sy masih berjaya terus menyusukan adik Qalesya yang kini masuk usia 8bulan. Bukan mudah bagi wanita bekerja nak terus menyusukan bayi sepenuhnya bukan? Tapi, usaha tangga kejayaan!!

Yang penting, niat kene kuat dan kene ade suatu pendorong kuat supaya kita mampu meneruskan penyusuan ibu. Kadang2 kita juga perlu pekak kan telinga pada sumber2 negatif yang boleh kita patah hati.

Jangan lupa, menyusukan anak itu adalah anugerah hebat Allah yang perlu kita teruskan selagi mampu, ye tak? c: Hehe apa pun bagi saya, pendorong utama tentulah en suami kesayangan sy sendiri, malah sekarang pon beliau beriya2 mahukan sy terus menyusukan adik sehingga 2 tahun..hehe Insya Allah.

Jadi,penyusuan ibu tidak perlu dihentikan walaupun ibu bekerja. Yang pernting, kita perlu membuat lebih perancangan dan persediaan sebelum mula bekerja nanti.

Perkara yang paling penting adalah mempelajari bagaimana caranya untuk memerah susu ibu, mengamalkannya dan melatih bayi untuk mengambil susu itu.

Masa mula memerah susu ibu

1.Langkah pertama untuk meneruskan penyusuan anak adalah minda yang positif dan bersedia.

Sebaik sahaja selepas habis berpantang, ini adalah saat yang paling sesuai bagi memulakan proses memerah (lakukan untuk selama 15 hingga 20 minit) dan menyimpan susu ibu.

Selewat- lewatnya, memerah dan menyimpan susu ibu 1 hingga 2 minggu sebelum mula bekerja. Namun ini adalah amat tidak digalakkan memandangkan minda dan badan perlu bekerja secara 'last minute', tambahan pula kita perlu bersedia dengan stok susu ibu sepanjang kita bekerja.

**
Sy juga sebenarnya lewat membuat keputusan bagi fully breasfeed baby ni. Risau awalnya takut menyusahkan ibu di kampung yang terpaksa handle susu sejuk yang perlu dipanaskan nanti. Nasib baiklah pengasuh kata 'ok', terus bersemangat semula. 3minggu sebelum kerja, baru buat stok. Bila masuk kerja, stok susu kurang. Alhamdulillah sy jumpa supplement breasfeeding shaklee-->stok banyak semula. Malah sampai beli fridge baru lebih besar!! ( ",)

2.Teknik memerah susu dengan menggunakan tangan

Cara yang paling digemari ibu masa kini adalah dengan menggunakan pam susu. Manual atau elektrik?? Ini terpulang kepada diri masing2. Bagi saya,penggunaan pump manual lebih mudah kerana lebih ringan dibawa dan mudah digunakan (tidak perlu mencari soket elektrik c: dan lebih menjimatkan). Tapi untuk 'power pumping' penat skitlah, sebab terpaksa bersenam lebih untuk 1-2jam hehe

Oh ya, semua ibu adalah amat2 digalakkan untuk belajar cara memerah susu dengan tangan ya: terutamanya ketika kecemasan!! c:

- Cuci tangan menggunakan air dan sabun.
- Lakukan urutan perlahan-lahan pada payu dara ke arah puting
- atau tuam panas selama beberapa minit sebelum melakukan perahan untuk membantu pengaliran susu.



Langkah 1: Letakkan ibu jari di areola di bahagian atas puting dan jejari yang lain di bahagian bawah payu dara.
Langkah 2: Picit payu dara menggunakan ibu jari dan jari-jari pada masa yang sama ke dalam menghala kebahagian dada.

-Lakukan yang sama kepada payu dara yang sebelah dan apabila telah bersedia lakukan semula kepada kedua-dua payu dara.

Perhatian: Jangan urut dari bahagian atas payu dara

Menyimpan susu yang telah diperah.

Simpan susu yang telah diperah di dalam bekas kecil, cukup untuk sekali penyusuan.
-->Bekas dadih kecil adalah yang paling sesuai.
-->Boleh juga simpan dalam botol 5-6 oz tu, tapi pastikan ada sedikit ruang kosong bagi susu membeku.

Biarkan seketika susu yang telah diperah untuk menurunkan suhunya, kemudian label bekas (tarikh dan masa) sebelum menyimpan ke dalam peti sejuk atau tempat beku.

Jangan campurkan susu yang telah lama sejuk bersama susu yang baru di perah ya (biasanya saya biarkan dulu dalam bekas berasingan dalam peti ais bawah selama 1-2jam, kemudian baru campurkan untuk disimpan)

Susu yang telah diperah boleh disimpan

- pada suhu bilik 26°C selama 3-4 jam
- di dalam peti sejuk untuk 2 hingga 3 hari dan di dalam bahagian bawah peti sejuk
- di bahagian sejuk beku yang mempunyai 2 pintu adalah selama 3 bulan.
- dalam deep freezer, tahan sehingga 6 bulan

**Bahagian tempat beku bagi peti sejuk 1 pintu adalah tidak sesuai untuk menyimpan susu selama 3 bulan.

Cara Menyediakan susu yang telah diperah untuk bayi anda

Susu yang telah diperah perlu disuamkan terlebih dahulu sebelum diberi kepada bayi.

- Susu yang telah dibekukan, perlu dibiarkan cair dengan meletakkannya di dalam peti sejuk selama 6 hingga 8 jam atau dengan cara meletakkan bekas dibawah laluan air paip.

- Rendamkan bekas susu yang telah diperah ke dalam air suam. Jangan gunakan air yang panas kerana ini akan menyebabkan susu bertukar pekat dan bergentil.(sy suka gunakan warmer: lebih mudah, dan tak de lah pengasuh asyik kene masak air panas je hehe dan yang penting sushu susu itu akan 'maintain' dalam susu yang di tetapkan ~ 40 degree)

- Susu yang diperah tidak boleh dimasak atau menggunakan ketuhar gelombang mikro untuk tujuan memanaskan atau mencairkannya.

- Suhu susu yang sesuai boleh diuji dengan menitiskannya sedikit dibahagian pergelangan tangan(wrist)

Susu yang telah dikeluarkan dari peti sejuk mesti diberi kepada bayi dalam masa 1 jam. Susu yang tidak diminum atau susu yang selebihnya tidak boleh dibekukan semula.

Bagaimana Mengajar bayi minum susu yang telah diperah??

Anda dinasihatkan melatih bayi minum susu yang telah diperah selewat- lewatnya 2 minggu sebelum anda kembali bekerja.

Gunakan jadual berikut sebagai panduan:


Source : Malaysian Breastfeeding Advisory Association

Hari 1-3 :Penjaga perlu memberikan susu yang diperah kepada bayi hanya pada waktu sarapan pagi. Seterusnya ibu susukan bayi dengan susu ibu.

Hari 4-6 :Penjaga perlu memberi susu yang diperah kepada bayi pada waktu sarapan pagi dan waktu minum pagi Seterusnya ibu susukan bayi dengan susu ibu pada waktu-waktu yang lain.

Hari 7-9 :Penjaga perlu memberi susu yang diperah kepada bayi pada waktu sarapan pagi, waktu minum pagi dan waktu makan tengahari. Seterusnya ibu susukan bayi dengan susu ibu.

Hari 10-13 :Penjaga perlu memberi susu yang diperah kepada bayi pada waktu siang dan ibu susukan bayi dengan susu ibu pada sebelah malam.



sumber:

MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia

17 March 2013

Masak Lemak Labu Manis

Semalam masa berjalan2 di tesco, ternampak sayur labu. Alamak, teringin la pulak nak makan sayur labu dengan ikan masin+ sambal belacan. Hari ni, nasib baik adik yang berada di taiping nak dating ke rumah. Hehe baru ade geng nak makan sayur labu.

Dalam pukul 7petang, lepas adik menyusu saya terus p dapur. Bersemangat betul nak masak. Adik qalesya pulak pass kat daddy untuk ditidurkan hehe yelah super daddy lah katakan, Alhamdulillah bukan senang nak dapat suami penyayang serba boleh macam ni hehe tq daddy!!



Ok. Selepas 2 jam, baru siap semua lauk untuk makan malam. Cuma tunggu pak ndak masuk parking kete je lagi hehe

- Ayam masak kicap
- Ikan siakap mask 3 rasa
- Masak lemak labu
- Ikan masin goreng
- Sambal belacan

** Semua lauk2 atas, atas permintaan tukang masak iaitu saya sendiri, my super daddy cuma request ayam masak kicap je hehe

Ini saya sertakan resepi masak lemak labu: tak sia2 jugak rupanya rajin melepak kat dapur zaman muda2 dulu ya hehehe apapun t. kasih banyak2 buat emak di kampung sebab sudi berkongsi resepi di telefon tadi!! C:

Labu masak lemak

Bahan2:

1. ¼ bahagian labu dibuang kulit dan dipotong dadu
2. 1helai daun kunyit disimpul
3. 2 helai daun limau purut
4. 1 batang serai
5. Ditumbuk: 3ulas bawang merah+2 ulas bawang putih + 2bj lada api merah + 1sudu the lada hitam
6. Pati santan ½ biji

Cara- caranya:

- Rebus labu dengan air (air jangan melebihi paras labu)+ bahan yang telah ditumbuk
- Setelah mendidih, masukkan pati santan, serai, daun limau purut dan daun kunyit.
- Kaup timbukkan kuah labu sehingga semuanya masak sebati

* jangan tinggalkan masak labu lame tidak dikacau bagi mengelakkan kepala santan naik
* elakkan guna santan segera atau santan lama yang telah disimpan di peti, nanti kurang ‘kaww’ hehe
* dan juga, jangan terlalu bersemgat kacau/gode2 masak lemak labu ni, sebab nanti labunya hancur pula hehehe ini pengalaman sendirik masa kecik2 dulu..tapi sedap juga rasanya cume tak cantik la hehe

Rasanya memang terdapat beberapa versi masak labu, tapi apapun masal lemak labu memang superb bila dapat makan dengan ikan masin!!

Selamat mencuba!!

15 March 2013

GLA complex Shaklee vs Evening Primrose Oil (EPO)

Semalam saya berjumpa dengan kak A antara staff yang paling berpengalaman di sini. Beliau mahu kan botol GLA complex yang ke- 2.

Walaupun sibuk, sempat juga saya bertanya pengalamannya setelah mencuba GLA complex Shaklee selama 2bulan sudah.

katanya, memang gembira sebab periodnya mulai kembali normal dan regular seperti dulu, malah period pain(dysmenorrhoea) juga berkurangan!!

Hehe dan dengan tersipu juga beliau menyatakan breast nya menjadi kembali tegang dan mantap seperti kembali muda!! c:

** oh ya, tujuan sebenar Kak A menggunakan Shaklee GLA Complex bagi tujuan membantu mengecutkan ovarian cyst: GLA complex + vitamin E + doa kurangkan bengkak).

Jadi GLA complex Shaklee sememangnya amat popular dari aspek pengatur semula hormon tubuh, malah banyak membantu mereka yang masih belum hamil walau sudah lama berkahwin!!




APA ITU GLA ? YANG PENTING, IA BUKAN UNTUK WANITA SAHAJA OK C: !!

Supplement GLA asid linoik sama penting seperti asid amino, tidak boleh dihasilkan oleh tubuh manusia: hanya diperoleh daripada makanan.

Oleh itu, ia amat penting bagi kanak- kanak, remaja, dan juga selepas menopaus dan andropaus (lelaki).


PERBEZAAN GLA SHAKLEE:

- GLA (gamma-linolenic acid (GLA) di pasaran dihasilkan dari Evening Primrose Oil (EPO) vs GLA Shaklee diekstrak daripada borage yang mengandungi 2x ganda GLA daripada EPO

- Borage juga adalah 3x lebih dari segi bioavailbiliti dan 3x lebih berkesan dari Evening Primrose Oil (EPO)

- GLA dari borage Shaklee adalah hasil yang ditanam secara organik di kawasan Saskatchewan

- 1 kapsul mengandungi 300mg GLA yang mana adalah sumber terbaik omega-6

- Ia digabungkan dengan minyak sunflower dan vitamin E bagi meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya

- Anti -oksidan yang dipatenkan

- Tiada perisa, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan


MANFAAT UTAMA:

* Herba tradisi: antara kegemaran orang Barat, bagi merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina

* Mengawal selia estrogen dan testosteron: GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal hormon lelaki dan wanita, memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan sakit payu dara

* Melambatkan menoupaus: pengambilan jangka masa panjang melambatkan penuaan, mengetatkan uterus, memberi tone kepada uterus untuk kulit lebih muda

* Memperbaiki prostatomegaly dan masalah kerap kencing

* Membantu mudah hamil: membantu menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur-->yang membantu sperma untuk berenang ke uterus, terus ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum.

* menentang kanser: GLA adalah anti- oksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh, menhalang pertumbuhan sel kanser

* Memperbaiki inflamasi kulit, eczema, alergi, kulit kering, tinea dan kurap.Melegakan sakit dari rheumatisma dan arthritis

* Menghalang komplikasi diabetes: berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua, melegakan kebas

* Pelangsingan dan menghalang tambah berat badan

* Menghalang tekanan darah tinggi

* Memperbaiki tekstur rambut

* Dibukti secara klinikal GLA minyak ikan memperbaiki keadaan kanak2 berautisma, sukar beri tumpuan belajar dan hiperaktif


CADANGAN PEMAKANAN:

Untuk memelihara kesihatan: 1 kapsul 2x sehari (lepas makan)
Untuk menopaus, pelangsingan, hiperaktif: 2kapsul 2x sehari (lepas makan)


Hubungi saya untuk maklumat lanjut:

Your Shaklee Independent Distributor; Najmi Anuar (ID 854348)
♥ SMS/call/whatsapp : 019- 6695408
♥ Email: mommyqalesya@gmail.com


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Tidak digalakkan bagi perempuan mengandung.

11 March 2013

Bayi G6PD dan set penyusuan Ibu Shaklee

Sudah lama rasanya saya tak up date blog. Maklumlah, minggu yang paling sibuk telah bermula: menghabiskan tugasan EOD on call yang amat memenatkan c:

Ok. Hari ini kami baru sahaja kembali ke penang. Jumaat lepas kami bermalam di teluk Intan, menghantar abang long hazim haziq untuk tinggal di kampung :c

Erm, memang sedih sangat bila kurang suara nakal abang long hazim. Kalau tak, nakal juga dia mengusik adik Qalesya (nakal tetapi sayang..mesti nak baring betul2 dekat ngan adik hehe). erm Tak sabarnya nak tunggu 3minggu lagi,bila habis oncal= maka minggu ceria di rumah bersama abang long hazim dan adik qalesya kembali!!yeayy!!

Bercerita tentang balik kampung, jumaat lepas, suami sempat singgah di branch Shaklee Penang. Kami membeli set penyusuan bagi saudara di sebelah sana. Anaknya yang baru dilahirkan disahkan kurang enzim g6pd@'g6pd defiency'.

Buat ibu- ibu yang mengalami situasi yang sama, 'g6pd deficiency' bukanlah suatu yang anda perlu risaukan, Namun anda dan family cuma perlu lebih berhati- hati dalam memberikan sebarang makanan, ubatan mahupun pendedahan terhadap barang tertentu, bagi mengelakkan berlakunya 'krisis'.

Apapun, kita semestinya bersyukur kerana sekarang sudah terdapat banyak pendedahan umum dan penyelidikan bagi golongan 'g6pd defiency' ini.Malah setiap ibu yang anaknya disahkan terlibat pasti akan mendapat penerangan lebih terperinci bersama pamplet G6PD sebelum dibenarkan keluar ward.

Set Penyusuan Bagi ibu yang mempunyai anak G6PD Deficiency:

Vitalea + B complex + Vitamin C + Ostematrix
Vitalea + B complex + Vitamin C + Ostematrix + ESP




Apa itu 'G6PD defiency'??
G6PD ialah singkatan nama enzim Glucose-6-Phosphate Dehydrogenase yang terdapat di dalam sel darah merah. Ia bertindak dalam melindungi sel darah merah daripada pecah (hemolisis) bila terdedah kepada ubat-ubat tertentu, makanan atau jangkitan.

Diagnosis@ Cara mendapat tahu seseorang itu 'G6PD defiency'??

Kekurangan enzim G6PD sangat ketara di kalangan masyarakat Asia. Di negara kita, semua bayi baru lahir akan disaring untuk kekurangan enzim G6PD dengan menggunakan darah daripada tali pusat.

Kekurangan enzim ini adalah keadaan yang diwarisi melalui keturunan. Ia ditentukan oleh bahan baka yang dibawa oleh kromosom X. Oleh itu kebanyakan mereka yang mempunyai kekurangan enzim G6PD adalah kaum lelaki, manakala kaum perempuan biasanya adalah pembawa.

Ujian untuk mengesan kehadiran enzim ini adalah ujian darah yang mudah dilakukan. Pastikan anda tahu status enzim anda dan keluarga anda.

Apakah Gejala/Tanda-tanda G6PD Deficiency??

Kebanyakan mereka yang kekurangan enzim G6PD ini tidak mempunyai tanda-tanda khusus.

- Bayi baru lahir perlu diperhatikan di dalam wad sekurangnya 5hari kerana mereka boleh mendapat penyakit kuning (jaundis) yang tinggi dengan cepat, akibat daripada hemolisis berlebihan. Bayi yang kuning (jaundice) perlu diletakkan di bawah lampu (fototerapi) untuk menurunkan tahap bilirubin dalam darah.

Tanda-tanda yang terjadi sekiranya sel darah merah pecah (hemolisis) termasuk : Akibat daripada kekurangan darah

++ kelihatan pucat
++ tidak bermaya (atau keletihan yang teramat)
++ pening
++ degupan jantung yang laju
++ sukar bernafas
++ sakit dada
++ Akibat daripada hemolisis

jaundis (kekuningan)- boleh dilihat pada mata putih atau kulit, warna air kencing seperti air teh O atau Coca-Cola.
Jika ini berlaku, dapatkan rawatan hospital dengan segera.

Kekurangan enzim G6PD adalah untuk seumur hidup. Walaupun tiada rawatan yang boleh menghilangkannya, ia tidak membawa kesan negatif yang ketara dan tidak menjejaskan perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak.

Ubat-ubatan dan bahan-bahan yang patut dielakkan

Pemahaman secara mendalam mengenai keadaan ini agar dapat memahaminya dengan lebih jelas. Mereka perlu jauhi daripada terdedah kepada ubat-ubat serta bahan-bahan tertentu yang boleh menyebabkan hemolisis (senarai ubat-ubat serta bahan-bahan seperti di Rajah 1).

Hemolisis juga akan berlaku jika mereka termakan kacang parang atau menggunakan ubat gegat pada pakaian. Bahan-bahan ini patut dijauhi.

Ibu-ibu yang menyusu bayi yang kekurangan enzim G6PD digalakkan meneruskan penyusuan tetapi mereka perlu mengelakkan bahan-bahan/ubat-ubat seperti di Rajah 1 di bawah agar tidak termasuk di dalam susu ibu.

Jangkitan kuman juga boleh menyebabkan hemolisis berlaku.

Pastikan anda memaklumkan doktor anda sekiranya anda/anak anda mempunyai kekurangan enzim G6PD untuk memastikan ubat yang diterima selamat untuk anda dan tidak akan menyebabkan hemolisis berlebihan

Rajah 1 : Bahan-bahan / Ubat-ubat Tertentu Yang Boleh Menyebabkan Hemolisis




sumber:

1. MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia:http://www.myhealth.gov.my/v2/index.php/my/kekurangan-enzim-g6pd
2. Shaklee Malaysia




Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui:

Najmi bte Anuar (Shaklee ID 854348)
call/sms/whatsapp/viber:019-6695408
atau email di mommyqalesya@gmail.com

04 March 2013

Vivix Shaklee: produk anti penuaan terbaik!!

Memperkenalkan Vivix™, produk revolusionari ANTI- PENUAAN TAHAP SELLULAR!!

++ Merupakan supplemen TERBAIK di dunia dibangunkan Shaklee selepas penyelidikan bertahun2

++ Vivix™ Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol.




Kandungan ViVix:

- campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu (kaya dengan polifenol)
- Polifenol @ kumpulan fitokimia; sebatian tanaman y mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.
- Bahan-bahan utamanya telah diuji secara klinikal dan ianya EKSKLUSIV UNTUK SHAKLEE!!

Bagaimana Vivix bertindak??

Dengan impak kepada 4 mekanisma penting penuaan pada tahap sellular

1. Melindungi dan membaiki sellular DNA
-->perlindungan anti oksidan

2. Memberi impak positif kepada pengawalan genetic
-->PROMOTE GOOD HEALTH AND WELL BEING
-->Menyokong kesihatan sendi dan otak

3. Menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) mitochondria
-->Pengeluaran tenaga yang kian menurun oleh sel
-->Menyokong kesihatan kardiovaskular (jantung)

4. Melambatkan Protin AGE (Advanced Glycation End Product)
-->ramuan vivix adalah 10x LEBIH KUAT dari resveratrol (kandungan unik anggur “miscadine”) untuk
melambatkan pembentukan protin AGE
-->kekebalan dipertingkatkan

**
Anggur Muscadine adalah anggur liar yang mempunyai tambahan 20 kromosom. Saiznya sebesar bola golf!!
Kerana pertumbuhan alam sekitar yang unik dan cahaya matahari yang kuat; ia mengandungi banyak polifenol dan resvetrol. Maka, menyediakan lebih banyak faedah kesihatan!!

Jadi, inilah jawapan kepada customer saya:
VIVIX Shaklee sebagai satu lagi produk ANTI- PENUAAN hebat dari Shaklee selain collagen Powder Shaklee!!


Sila hubungi saya bagi sebarang konsultasi:

Your Shaklee Independent Distributor:
♥ Najmi Anuar (ID 854348)
♥ SMS/call/whatsapp : 019- 6695408
♥ Email: mommyqalesya@gmail.com

03 March 2013

Set D Shaklee: Mendapatkan kulit cantik tanpa ribuan ringgit pelaburan!!

Apa itu Set D Shaklee??

Set D shaklee adalah antara HOT ITEMS Shaklee yang sering mendapat permintaan customer.

Mudahnya, Set D = vitamin B/C/E!!

Vitamin B



- Mengandungi 8komponen: B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin (100% RDA untuk asid folik dan biotin)

- Manfaat Utama:

* Bantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga
* Mengurangkan masalah keletihan/kelesuan
* Melawan tekanan (stress):sekaligus meredakan sakit kepala, kemurungan dan imsomnia
* Membantu tumbesaran sihat bayi dan kanak2
* Membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur dan beruban
* Mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak
* Menguatkan memori dan daya pemerhatian/focus
* Mencegah anemia (kekurangan sel darah merah)
* Meredakan senggugut
* Mencegah pericche: rekahan mulut, jangkitan lidah dan nafas berbau
* Deoksifikasi: meredakan alahan


Vitamin C



- Datang dalam bentuk sustained release, di mana setiap tablet = 7biji setengah buah termsuk kulitnya (500mg)
- Terbukti dalam ujian; vit C dalam 2tablet vitamin Shaklee mampu kekal di dalam plasma darah selama 24jam!!

- Manfaat Utama:

* Membentuk kolagen: mengurangkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik
* Memperbaiki symptom pendarahan: mengelakkan gusi berdarah, lebam, pemulihan kecederaan/luka lebih cepat
* Peningkatan system imun :membina sel darah merah yang sihat dan membantu sel darah putih menentang bacteria
dan kuman;pertingkat alergi hidung dan kulit, asma
* Memerangi kanser: meningkatkan interferon semulajadi tubuh, menghapukan radikal bebas
* Mencantikkan kulit: bagi kulit yang lebih cerah, melambatkan proses penuaan, menyekat pembentukan pigmen
(penyebab utama jeragat)
* Memperbaiki insomnia
* Mengekalkan kolestrol sihat



Vitamin E




- Dibuat dari minyak soya organik dan biji gandum, digabungkan 8 jenis vit E--> vit E PALING LENGAKAP di pasaran!!
- Mengandungi 10mg selenium semulajadi, membantu tubuh menyerap vitamin E dan pengnyahtoksik semulajadi logam berat

- Manfaat Utama:


* Melindungi jantung
* Mempertingkatkan kemampuan reproduktif: lelaki bagi pengambilan 600IU-800IU vit E sehari mampu menigkatkan
kitaran sperma
* Anti Penuaan: 1 kapsul sehari bagi melambatkan penuaan, mengurangkan kedut halus, akne dan bintik penuaan
* Anti Oksidan yang kuat: berkesan melawan kanser, tingkat imun system, haling/lambat pertumbuhan kanser,
mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas
* Kelestarian tenaga seksual
* Memperbaiki arthritis
* Menghalang keguguran: merawat musculus pectoralis otot, sindrom pra haid dan menopaus
* Memperbaiki parut: terutamanya bengkak dan ulser kulit- boleh dikenakan terus pada kulit


Mahukan kulit yang lebih cantik lagi?? Inginkan hasil yang lebih cepat??

- Set D + Extra Protein ESP!!
- Set D + Extra Protein ESP + Collagen Powder Shaklee!!


Energizing Soy Protein (ESP)


Collagen Powder Shaklee







** Perlu diingatkan keberkesanan produk juga bergantung kepada individu dan fakto2 lain. Namun, Insya Allah dengan Shaklee anda bukan sahaja mendapatkan kulit yang cantik, malah kesihatan tubuh badan yang berpanjanngan.



Jadi, apa tunggu lagi?
Cepat hubungi saya bagi konsultasi kulit cantik dengan produk Shaklee.
Nyatakan budget anda, Insya Allah saya dapat membantu c:

Your Shaklee Independent Distributor;
♥ Najmi Anuar (ID 854348)
♥ SMS/call/whatsapp : 019- 6695408
♥ Email: mommyqalesya@gmail.com







02 March 2013

Shaklee's Special Promotion March 2013: Ostematrix (6+1)

Benarkah anda masih muda, maka tulang tetap kuat??

Ya, malangnya mungkin anda tidak berada dalam kategori di atas!!

Pernyataan ini hanya bagi mereka yang benar2 mengamalkan cara hidup sihat dan mendapat pemakanan nutrisi yang lengkap, mengikut piramid makanan.

Jadi, jika anda bukan seorang yang benar2 cerewet dalam pemakanan,vegetarian, malah sama sekali bukan penggemar susu 4gelas sehari: OsteMatrix™ SHAKLEE adalah jawapannya!!

Bulan March 2013 ini, Shaklee mengadakan promosi hebat: setiap pembelian ostematrix 6 botol layak mendapat 1 botol PERCUMA!!!



Mengapa Ostematrix penting??

Tulang merupakan struktur utama tubuh manusia. Ia merupakan kerangka yang menyokong berat badan dan organ utama seperti paru-paru, jantung, hati dan ginjal serta membolehkan kita menggerakkan otot-otot dan tubuh secara bebas.Jadi , mengekalkan kesihatan tulang secara optima adalah penting bagi mendapatkan kesihatan optima menyeluruh.

Ostematrix Shaklee: Lebih daripada Sekadar Kalsium


- OsteMatrixTM membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.

- mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese
- Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.
- Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

MANFAAT UTAMA:

++ menguatkan tulang: kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, sistem saraf. Juga merawat tulang retak dan osteomalacia (rickets dewasa)

++ memperbaiki kekejangan dan kebas- kebas (terutamanya bagi ibu yang sedang hamil, perlu diingatkan bahawa tumbesaran bayi bayak memerlukan kalsium dari ibu: maka pengambilan kalsium amat penting)

++ memperbaiki masalah haid: kajian menunjukkan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan dysmenorrhoea (sakit ketika haid) dan membantu membuang kencing

++ pengalkalian tubuh: oleh kerana kalsium adalah mineral alkalin, ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Juga menghalang obesiti di waktu tua dan membantu sel menyerap nutrient dan meransang detoksifikasi

++ memperbaiki hiperaktiviti perut dan sakit gastrik

++vitamin D:meningkatakan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, dan penyakit periodontal.

**Vegetarian yang kurang terdedah pada matahari pada musim panas, individu melebihi 55 tahun, wanita hamil dan kanak2 perlu mengambil supplement vit D

++ Magnesium: merupakan ion positif tubuh. menggalakkan komposisi tulang dan rawan, membantu sistemsaraf, mengaktifkan enzim tubuh, pengecutan otot dan menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit jantung, dan menghalang endapan kalsium: mengurangkan formasi batu karang dan hempedu

++ zink, boron, manganes, kuprum: memelihara metabolisma kerangkan dan tumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan dan mengahalang arthritis


Cadangan pemakanan:

1. bagi tujuan pemeliharaan kesihatan: 2x sehari, 2tablet setiap kali (selepas makan)

2. bagi masalah haid, kehamilan, stress, kekejangan dan kebas- kebas: 2x sehari, 3tablet setiap kali

3. bagi tulang retak, osteoporosis: 3x sehari, 4tablet setiap kali


mari lihat testimoni salah seorang pengguna ostematrix shakle c:



sumber: Shaklee Malaysia

Berminat??Cepat hubungi saya,mommy Qalesya :

Your Shaklee Independent Distributor;
♥ Najmi Anuar (ID 854348)
♥ SMS/call/whatsapp : 019- 6695408
♥ Email: mommyqalesya@gmail.com

15 February 2013

resepi Kek Chocolate MoiSt sedap - kukus ( " ,)

Sebenarnya, ini entry lame yang blom publish lagi. Hehe sibuk2 nak update tentang shaklee, terlupa plak pasal entry kek coklat moist ni c:

Hehe resepi ni hasil gabungan resepi asal mak + resepi dari kek chef zubaidah. Masuk ni, da 4kali buat dalam tahun ni. Yang picture pertama tu hasil 1st timer January dulu and yang ni plak repeated and adjusted resepi. Kali ni buat dalam bekas dadih tinggi pulak, sebab nak bagi kat kakak ppk kat hospital tu (2nd time bagi kat diorang sebab diorang tanye2 je..rasa kembang sket rasnya hehe)

Sedap??Erm mesti la kan kalau tak tak kan sampai kene buat copy tulis resepi kat kakak2 opd tu hehe apapun akak opd tu sume pon sebenarnya lagi terror..pandai buat kek tiramisu lagi. Erm next entry sy mintak resepi tiramisu tu ..hooreYY!!

** saya memang peminat kek. Masa tengah pregnant dulu, hampir setiap minggu buat kek. kek butter, kek coklat, kek buah. Nak pulak masa tu dekat nak raya, jadi buat jugak la biskut semperit ngan biskut cornflakes mak tu hehe

Ok ni bahan2 untuk resepi kek coklat moist ni:

BAHAN A:

1 cawan gula pasir (boleh kurangkan ke 1/2 cawan gula bagi yang suka lebih rasa coklat hehe)
1 tin susu pekat
1 tin susu cair
1 buttercup/ 1 cawan margerin planta

1 cawan sebuk koko

Telur 4-6 biji (ikut gred telur)
-dipukul kembang (saya pakai whisk je pon boleh)

BAHAN B:

1 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh bikabonat soda

TOPPING:

1 bar dark coklat
1/2 cawan susu cair/ fresh milk
2 sudu serbuk koko
1 sudu margerin (saya pakai planta je)


CARA MENYEDIAKAN (saya guna cara kukus ye c:)

1. Panaskan kukusan

2. Bahan A (kecuali serbuk koko)gaul dalam periuk dan masak hingga gula larut.Tak perlu sampai memdidih.Tutup api dan
campurkan serbuk ko. Kemudian biarkan sejuk dan masukkan pula telur yang telah dipukul.

3. Bahan B disatukan dan diayak bersama.

4. Satukan bahan A bersama bahan B. Gaul kacau rata jangan biar berketul

5. Masukkan dalam loyang atau bekas kukus mengikut cita rasa. Saya suka gunakan bekas plastic yang tahan heat tu sebab tak berapa beasr, so senang nak makan pas2 depan tv hehe

6. Kukus selama 1jam atau sehingga masak ( masak bila cucuk dengan pencungkil gigi, tiada bancuhan yang terlekat)

7.Keluarkan kek yang dah masak, hias dengan topping + rice coklat atau badam yang disangai+strawberi+ect c:

**Cara buat Topping:
Masak kesemua bahan mengunakan kaedah double boiler (bahan dalam loyang, bawahnya loyang yang di isi air panas)
--> alternative:saya gunakan periuk yang diletakkan dalam kuali berisi air yang dipanaskan api dapur gas hehehe


Inilah hasil kek tengah malam yang berjaya menyebabkan seorang rakan baik saya tergoda nak makan coklat. untuk pengetahuan, dia ni memang anti coklat, langsung x bleh nak masuk tekak die hehehe

Selamat mencuba!!!

Bersunat orang perempuan @ Pemotongan Genitalia Wanita (Female Genital Mutilation)

Alhamdulillah..hari ni berjaya jugak akhirnya bawa adik bersunat (adik Qalesya sekarang umur 6bulan 1/2). Bukan sengaja mahu bertangguh, tapi masih belum sempat mencari mencari masa dan klinik yang sesuai. Sampaikan mak mertua sendiri pun da banyak kali bertanya bila nak sunatkan adik Qalesya tu, nnt makin besar malu la katanya..hehe betul juga kan?? ( " ,)

Pagi tadi adik demam, jadi saya dan suami memang sengaja mengambil cuti. Haa apa lagi memang sesuai la sunatkan adik terus.

Kami bawa adik ke klinik Dr Jammy Suzana di Nibong Tebal.Ya lah di penang, agak sukar hendak mencari klinik doktor Melayu( Islam) dan perempuan c:..

Ooh prosedurnya juga amat simple,dik pon langsung tak menangis. Erm pasni lau anak buah nak berkhatan, saya sendiri pon boleh buat juga rasanya haha.

Cuma kami tak bawa balik cebisan daging tu sebab terlalu sedikit. Tapi menurut dr suzana, ada juga parent yang minta bawa balik cebisan daging (jika tidak terlalu sedikit) untuk ditanam.. Oh ya, bagi bayi perempuan, sebaiknya jangan lewat sangat ya, sebab semasa bayi kulit dan dagingnya masih lembut, jadi lebih mudah dipotong dan cepat sembuh berbanding budak yang sudah besar c=

**p/s:masa stady dulu, buat sunat budak lelaki je..budak perempuan tak masuk silibus agaknya (" ,)

Hukum Pemotongan Genitalia Wanita (Female Genital Mutilation)

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-86 yang bersidang pada 21 - 23 April 2009 telah membincangkan Hukum Pemotongan Genitalia Wanita (Female Genital Mutilation). Muzakarah telah memutuskan bahawa amalan berkhatan bagi wanita adalah sebahagian daripada syiar Islam yang perlu dilaksanakan oleh umat Islam. Walau bagaimanapun, Islam juga amat mementingkan keselamatan umatnya dan memberikan kelonggaran sekiranya sesuatu amalan atau perbuatan itu boleh mendatangkan kemudharatan pada diri. Sehubungan itu, selaras dengan pandangan Jumhur Ulama’, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum berkhatan bagi wanita adalah wajib. Walau bagaimanapun, sekiranya ia boleh membawa kemudharatan pada diri, maka ia perlu dielakkan.

untuk makluman lanjut:

credit kepada c: :

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-pemotongan-genitalia-wanita-female-genital-mutilation

http://drzubaidi.com/blog/?p=1074

12 February 2013

Family Wellness Programme Shaklee bersama Meal Shakes

Kali ini mari kita berkenalan bersama Meal Shakes Shaklee!!


- Meal Shakes Shaklee menyediakan hidangan lengkap dan asid amino, bersama 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu.

- diperbuat daripada bahan semulajadi: termasuklah buahan, sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu,protin berkualiti tinggi)

- Turut mengandungi lesitin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak

- Kaya dengan protin (tidak mengandungi laktosa), membantu pembinaan sel- sel kulit, kuku, rambut, organ, darah dan imun

-nutrisinya seimbang dan mudah diserap untuk kegunaan seharian

- Membantu tumbesaran: mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium bagi membina tulang dan sel yang sedang membesar

- Anti- oksida: mengandungi vitamin A, C, E, zink, selenium bagi melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan

- Mengembalikan seri wajah: mengandungi vitamin B lengkap, zat besi dan cooper yang cukup bagi membina sel darah merah yahng sihat

- Detoksifikasi: kaya dengan serat serta larut untuk membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari usus dan perut

- Kelazatan rasanya: minuman lazat untuk diambil bersama fruktos semulajadi, penggantian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga

- Tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan


Siapa lagi yang memerlukan Meal Shakes Shaklee??

Meal Shakes Shaklee dihasilkan untuk semua golongan:

 kanak- kanak yang sedang membesar (terutamanya 'picky eater'
 Pelajar
 Ibu mengandung
 Para atlet
 Pengamal sayuran (vegetarian)
 Orang sedang sakit
 Orang yang sibuk bekerja
 Orang yang selalu mengambil makanan segera

** Bagi sarapan pagi yang penuh berkhasiat, Meal Shakes Shaklee merupakan pilihan bijak

Cadangan pemakanan:

campurkan 2 sudu besar meal shakes bersama Energizing Soy Protein dan Performance (perut kosong) atau diminum begitu sahaja tanpa campuran
Setiap hidangan membekalkan sehingga 120kalori.
Boleh juga dicampurkan/dikisar bersama buah- buahan
lazat dinikmati panas atau sejuk


Sumber: Shaklee Malaysia

04 February 2013

Shaklee special February 2013 promotion: Omega guard 6+1

Februari 2012 ini, Shaklee mempromosikan Omega Guard, beli 6 percuma 1botol!! wahh memang harga hebat, kerana kerana harga sebelum promosi ialah RM136 (WM) / RM140 (EM). Jadi, memanglah sangat berbaloi!!


OMEGA GUARD SHakLEE

* Omega Guard Shaklee yang dihasilkan daripada minyak ikan terbaik di dunia.
* Ia mengandungi 7 jenis asid lemak mega-3 semulajadi seperti EPA, DHA dan ALA.

* Satu hidangan Omega Guard Shaklee (3 softgels) menyediakan 990mg asid lemak omega 3
- termasuk 545mg asid eicosapentaenoic (EPA)
- 360 mg asid dokosa-pentoik (DHA)
- dan 95 mg 'naturally-occurring long chain fatty asid 'seperti alpha linolenic and asid stearidonik.
* Gabungan Omega Guard dan Ostematrix Shaklee bagi mendapatkan perlindungan tulang dan sendi yang optimum!!

Kelebihan Omega Guard Shaklee

Omega Guard shaklee dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul
-yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi
-sementara menyingkirkan bahan- bahan berbahaya seperti plumbum dan merkuri yang terdapat dalam kebanyakan ikan

Oleh itu Omega Guard Shaklee adalah Ultratulen dan berspektrum penuh Bergred Farmaseutikal

Omega Guard Shaklee juga membantu mendapatkan keseimbangan yang sihat antara omega-6 dan lemak omega- 3 bagi

-->menyokong penglihatan yang sihat
-->EPA terutamanya bagi menyihatkan jantung dan sendi- sendi
-->DHA penting bagi perkembangan dan fungsi- fungsi otak (turut penting bagi perkembangan otak bayi yang disusui)
-->dapat mengurangi nyeri haid melalui kedu- dua tindakan EPA dan DHA

-->Membantu mengurangi depresi ringan. Gabungan Omega3 dengan ubat antidepresan, akan mengurangi depresi (dengan cara yang berbeza) ;menurut David Mischoulon, MD, Seorang profesor psikiatri dari Harvard Medical School.

-->Mengurangkan risiko pembekuan darah kerana Omega 3 memiliki sifat antikoagulan, bagi memastikan peredaran darah yang lancar dan juga terhindar dari penyumbatan pembuluh darah yang berakibat stroke

**namun pesakit yang terdedah kepada risiko pendarahan seperti penyakit hati dan sedang mengambil ubat pencair darah, penggunaan omega amat tidak digalakkan melainkan mendapat pengesahan dan pemeriksaan darah oleh doktor)

**Satu penyelidikan telah dilakukan bagi menyokong fakta Omega-3 seperti EPA dan DHA mampu melindungi dan mengurangkan risiko penyakit jantung koronari. Penyelidikan juga membuktikan bahawa paras asid lemak Omega- 3 yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular di samping memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal.





Anda berminat dan mahukan harga yang lebih rendah lagi??Atau mahu mendapatkan maklumat lebih lanjut??Hubungi saya di:

Najmi Anuar (ID no:854348)
Email: mommyqalesya@gmail.com
sms/call/whatsapp: 019-6695408




* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

03 February 2013

Milestone @ Developmental Chart Baby according to age

Alhamdulillah..hari ini genap 6 bulan berjaya menyusukan adik Qalesya sepenuhnya..Weaning pon sebenarnya da start awal (awal 3hari je pon) semasa balik kampung baru- baru ni. Insya Allah saya akan terus berusaha dan lebih bersemangat menyusukan sendiri adik sehingga usianya mencapai 2 tahun, selain pemakanan tambahan yang telah pon dimulakan: seperti saranan polisi penyusuan Kebangsaan Malaysia!! c: Amin..

Adik sejak usia 4bulan da pandai meniarap, (menurut kata makcik pengasuh, namun katanya leher belum berapa kuat lagi huhu)tapi hanya di rumah pengasuh sahaja. Di rumah sendiri, cuma ketika usianya mencapai 5bulan baru kerap dia meniarap termasuklah di rumah (selepas pulang bekerja 5pm). Walaupun telah t erbukti saya bukan orang pertama melihat perkembangannya, syukur kerana amat bertuah mendapat seoranglagi anak yang sihat dan bijak. Alhamdulillah..

**saya percaya ada lagi ibu- ibu diluar sana yang senasib dengan saya, namun inilah yang terpaksa kita lalui sebagai seorang ibu bekerjaya (" ,)

Di sini, saya ingin kongsikan carta pertumbuhan sihat seorang bayi mengikut peringkat umur. Jangan risau jika anak anda mungkin sedikit lambat berbanding orang lain, kerana setiap perkembangan dan tumbesaran bayi ibu adalah mengikut julat- julat had usia (timeline)tertentu.

Perlu diingatkan bahawa perkembangan tumbesaran bayi adalah meluas, merangkumi 4 aspek penting:
- 1. fizikal kasar@ketara atau 'gross motor'
- 2. fizikal halus atau 'fine motor' dan penglihatan
- 3. pertuturan, bahasa dan pendengaran
- 4. Sosial, emosi dan 'bahaviour'

Oleh itu, anak anda mungkin masih dalam perkembangan yang normal walau sedikit lewat dalam aspek tertentu.


(This information is based on information from the CDC website.)

Secara umumnya,bayi akan dapat menyempurnakan tugasan seperti dalam kategori 3bulan sebelum dia mampu membuat tugasan umur 7bulan, dan akan mampu membuat tugasan usia 7 bulan sebelum membuat tugasan usia kategori 1 tahun.

Sebagai contoh, bayi akan mula "babble" sebelum dia boleh menyebut “babble chains of sounds", sebelum boleh menyebut “mama” atau “dada". c:

**

Jadikan carta di atas cuma sebagai panduan awal, jika terdapat sebarang keraguan atau anda mungkin risau anak anda lewat dalam sesetengah perkara, teruslah merujuk kepada kkia (klinik kesihatan Ibu& Anak) atau doktor anda sama ada ketika pemeriksaan rutin bayi atau semasa suntikan imunisasi.