Pages

Translate

Search This Blog

03 February 2013

Milestone @ Developmental Chart Baby according to age

Alhamdulillah..hari ini genap 6 bulan berjaya menyusukan adik Qalesya sepenuhnya..Weaning pon sebenarnya da start awal (awal 3hari je pon) semasa balik kampung baru- baru ni. Insya Allah saya akan terus berusaha dan lebih bersemangat menyusukan sendiri adik sehingga usianya mencapai 2 tahun, selain pemakanan tambahan yang telah pon dimulakan: seperti saranan polisi penyusuan Kebangsaan Malaysia!! c: Amin..

Adik sejak usia 4bulan da pandai meniarap, (menurut kata makcik pengasuh, namun katanya leher belum berapa kuat lagi huhu)tapi hanya di rumah pengasuh sahaja. Di rumah sendiri, cuma ketika usianya mencapai 5bulan baru kerap dia meniarap termasuklah di rumah (selepas pulang bekerja 5pm). Walaupun telah t erbukti saya bukan orang pertama melihat perkembangannya, syukur kerana amat bertuah mendapat seoranglagi anak yang sihat dan bijak. Alhamdulillah..

**saya percaya ada lagi ibu- ibu diluar sana yang senasib dengan saya, namun inilah yang terpaksa kita lalui sebagai seorang ibu bekerjaya (" ,)

Di sini, saya ingin kongsikan carta pertumbuhan sihat seorang bayi mengikut peringkat umur. Jangan risau jika anak anda mungkin sedikit lambat berbanding orang lain, kerana setiap perkembangan dan tumbesaran bayi ibu adalah mengikut julat- julat had usia (timeline)tertentu.

Perlu diingatkan bahawa perkembangan tumbesaran bayi adalah meluas, merangkumi 4 aspek penting:
- 1. fizikal kasar@ketara atau 'gross motor'
- 2. fizikal halus atau 'fine motor' dan penglihatan
- 3. pertuturan, bahasa dan pendengaran
- 4. Sosial, emosi dan 'bahaviour'

Oleh itu, anak anda mungkin masih dalam perkembangan yang normal walau sedikit lewat dalam aspek tertentu.


(This information is based on information from the CDC website.)

Secara umumnya,bayi akan dapat menyempurnakan tugasan seperti dalam kategori 3bulan sebelum dia mampu membuat tugasan umur 7bulan, dan akan mampu membuat tugasan usia 7 bulan sebelum membuat tugasan usia kategori 1 tahun.

Sebagai contoh, bayi akan mula "babble" sebelum dia boleh menyebut “babble chains of sounds", sebelum boleh menyebut “mama” atau “dada". c:

**

Jadikan carta di atas cuma sebagai panduan awal, jika terdapat sebarang keraguan atau anda mungkin risau anak anda lewat dalam sesetengah perkara, teruslah merujuk kepada kkia (klinik kesihatan Ibu& Anak) atau doktor anda sama ada ketika pemeriksaan rutin bayi atau semasa suntikan imunisasi.

No comments: