Pages

Translate

Search This Blog

28 March 2013

Resepi adik Qalesya: bubur nasi special c:

Alhamdulillah, demam adik semakin pulih. Sejak balik bercuti di island kelmarin, memang tak senang duduk dibuatnya. Bahkan hari Isnin lepas jugak asyik teringat kat adik je ms oncall di tempat kerja...

Rasanya panas dah berkurang. Tapi tidur malam tadi, memang tak lena dibuatnya. Hampir setiap jam adik akan bangun menagis. Bila disusukan, terus tertidur semula.

Jadi, hari ini saya terpaksa ambil EL. Kesian tengok adik, semalam pon kat rumah pengasuh makan langsung tak mahu. Petang semalam saya cuba jugak beri adik makan lagi di rumah. Tak nak juga, sampai saya pulak yang terpaksa habiskan 2keping Farley adik yang dah lembik tu hehe

Kul 8pg hari ni adik dah tido. Bolehlah buat projek dalam sejam kat dapur ni. Projek istimewa untuk adik:
BUBUR AYAM BERSAMA CARROT SPECIAL c:



Bahan2:
-1 mug beras yang dibasuh
-1/4 ayam yang dipotong kecik2
-sedikit garam
-1 batang karot dibuang kulit

Cara2 nya mudah sangat:

Peringkat pertama:

1. Masak bubur nasi seperti biasa: masak beras bersama air dan ayam.
2. Periuk kena besar ye sebab nanti buih bubur melimbuk habis perisa ayam tu hehe
3. Bila nampak nasi tu da masak dan pecah2 maka jadilah bubur!! Opss jangan lupa sebelum tutup api masukkan sedikit garam ye ( “ ,)

**

Ha…yang peringkat pertama ni, saya sengaja buat banyak sebab untuk saya dan suami yang makan.
Biasanya makan bersama ikan bilis atau ikan masin goreng bersama bawang dan cili..ermm memang pergh laa hehe dan lagi best kalau tambah dengan serunding daging Kelantan.. hehe

Peringkat kedua:

1. Sebelum masukkan garam tadi, ambil dalam 3 senduk bubur, masukkan dalam periuk kecik lain
2. Masukkan karot yang telah dipotong bulat2, masak sekali lagi sehingga karot agak lembut

**tak perlu lama2 sampai karot tu lembik, cukup sekadar boleh dipotong dengan sudu

3. Biarkan sejuk di atas dapur, kemudian blander!!

4. Tada..!! Tersedia breakfast special untuk adik hari ni!! Nyum nyum..

***

Oh..Apa yang special nya tentang bubur blender ni?? Semua orang pon boleh masak bubur nasi kan?? hehehe

Haaaa sebab mama buat dengan penuh kasih sayang pada adik Qalesya yang tengah demam tu la..hehehe yang penting makan pagi ni adik habis satu mangkuk..Alhamdulillah.. c:



No comments: