Pages

Translate

Search This Blog

20 April 2013

Berpantang teruk kenapa?? Apa itu meROYAN ??(kemurungan post-partum)

Banyak ibu2 khususnya orang yang telah banyak berpengalaman amat tahu pentingnya penjagaan kesihatan yang rapi ketika berpantang setelah bersalin.

Mengapa? Adakah anda juga tahu antara perkara yang paling dikhuatiri berlaku adalah meroyan?

Dalam entry tentang set berpantang/selepas bersalin Shaklee yang lepas ada saya ceritakan sedikit tentang isu ini. Mari kita lihat dengan lebih lanjut bersama2 ya. kredit kepada babycenter c:


Apa yang menyebabkan meroyan atau kemurungan posnatum?

Kenapa setengah wanita menjadi murung dan pula yang lain tidak walau mereka semua sama2 selesai mengandung dan selamat bersalin. Menurut kajian dn pendapat ilmiah, ia mungkin disebabkan kimia otak atau reaksi sesetengah ibu kepada perubahan-perubahan hormon yang berlaku dalam badan. Ada kalanya, perkara-perkara harian biasa sahaja boleh terasa terlalu membebankan.

Keadaan-keadaan yang lebih sukar untuk diatasi, seperti di bawah mungkin meninggikan risiko:

• Kemurungan atau masalah sakit mental terdahulu, atau kemurungan semasa kehamilan.

• Suami yang kurang menyokong, atau tidak mempunyai keluarga atau rakan-rakan yang tinggal berdekatan.

• Masalah kewangan, perumahan, kerja atau perhubungan anda.

• Kelahiran yang rumit dan masalah kesihatan yang menyusul selepas itu.

• Mendapat bayi yang dilahirkan pramatang atau tidak sihat.

• Mendapati sukar untuk menyusu badan.

• Ingatan-ingatan sedih yang melanda, seperti kematian salah seorang daripada ibubapa anda semasa anda masih kecil.

Bagaimanakah meroyan atau kemurungan posnatum dirawat?

Bantuan dari orang luar terutamanya yang rapat amat penting bagi menghadapi situasi sukar ini. Selain itu,ia juga boleh dirawat dengan:

Terapi berbual

Berbincang dengan suami atau seorang rakan mungkin membantu, tetapi kadangkala mungkin sukar bagi mereka memahami apa yang dilalui oleh anda. Doktor andalah antara orang utama lain yang turut boleh membantu.

Rujukan kepada kumpulan 2 khas

Doktor juga boleh merujuk kepada kumpulan sokongan, kaunselor atau ahli psikoterapi. Dia juga mungkin boleh mengaturkan terapi perlakuan kognitif (TPK). TPK boleh mengajar anda tentang strategi-strategi harian bagi mengatasi meroyan atau kemurungan. Hanya jika meroyan atau kemurungan posnatum anda itu jenis yang teruk, akan dirujukkan kepada ahli psikologi atau psikiatri.

Antidepresi

Antidepresi bertindak dengan mengimbangkan kimia-kimia dalam otak anda. Ianya menambahkan jumlah hormon serotonin, bagi meringankan perasaan, menyenangkan tidur dan mengurangkan rasa nak marah.

Antara lima hingga tujuh wanita dalam 10 yang mengambil antidepresi mendapati bahawa simptom meroyan atau kemurungan mereka menjadi reda dalam beberapa minggu selepas memulakan rawatan.

Antidepresi yang paling biasa dipreskripsikan untuk meroyan atau kemurungan posnatum ialah:
•fluoxetine (Prozac);
•sertraline (Lustral);
•paroxetine (Seroxat);

Ada kalanya antidepresi tidak membawa sebarang kesan. Ia mungkin mendatangkan kesan sampingan dan kadangkala bagi beberapa orang, ada berlaku dependensi, walaupun ini kurang berlaku dengan antidepresi yang terbaru.

Perlu diingatkan bahawa ubat antidepresi ini kadangkala memasuki susu ibu, walaupun jumlahnya amat sedikit.
Paroxetine dan sertraline lebih kerap digunakan daripada fluoxetine untuk ibu yang menyusu badan. Bagi ubat-ubat ini, lebih sedikit yang masuk ke dalam susu ibu. Jika bayi anda kelihatan meragam atau mengantuk selepas anda mengambil antidepresi, beritahulah doktor anda.

Ramai ibu yang mengambil antidepresi juga menyusu badan sebab ianya menambahkan keyakinan diri mereka dan memperkuatkan ikatan dengan bayi mereka. Perasaan rapat dengan bayi anda akan membantu anda mengatasi meroyan atau kemurungan posnatum.

Jika anda bercadang untuk mengambil antidepresi, bercakaplah dengan doktor anda adalah perkara utama yang amat penting. Ingat ini juga antara pilihan terakhir bagi membantu.

Bagaimana saya boleh membantu diri sendiri?

1. Cuba dapatkan banyak rehat

Tidur kalau boleh, kalau tak boleh, berehatlah.
Jika ada orang yang boleh menjaga bayi anda untuk beberapa jam, ambil kesempatan ini dan ambillah minuman panas, mainkan muzik yang menenangkan, rebahkan badan dan relaks.
Cuba tidur sebentar apabila bayi anda sedang tidur.
Walaupun ada kerja rumah yang perlu dibereskan, lebih baik jika anda berehat saja.

INILAH antara sebab lain mengapa orang berpantang selepas bersalin perlukan seseorang lain yang sihat dirumah bagi membantu!!

2. Makan makanan yang sihat dan seimbang

Elakkan daripada tidak makan untuk tempoh masa yang panjang.
Ini akan membantu anda mengelakkan daripada tahap gula dalam darah anda menurun. Makanan menggerakkan tenaga dan sistem imunisasi anda.
Memandangkan tuntutan-tuntutan baru atas badan anda, nutrisi yang baik adalah amat penting

3. Buat senaman ringan

Senaman akan membantu lebih cergas secara fizikal dan mental.
Hanya dengan berjalan-jalan dengan bayi sudah membantu.
Malah jika telah berdaftar untuk menyertai kelas-kelas yoga atau Pilates semasa hamil dahulu juga boleh teruskan senaman yang lembut dan relaks seperti ini.

4. Bergaul dengan ibu-ibu lain

5. Bersikap baiklah terhadap diri sendiri

Jangan bebankan diri dengan perkara-perkara yang tidak perlu dibuat.
Tangguhkan keputusan-keputusan besar.
Biarlah realistik tentang apa yang boleh dicapai dan jangan lupa untuk menyeronokkan diri sendiri.

Bagaimanakah suami, rakan-rakan dan keluarga boleh membantu?

Kadangkala adalah sukar bagi mereka yang paling rapat dengan anda untuk memahami betapa teruknya penderitaan anda. Namun begitu, mereka memainkan bahagian yang besar dalam memberi sokongan kepada anda.

Beritahu mereka apa yang anda sedang alami. Berikan mereka informasi yang ada pada anda tentang meroyan atau kemurungan posnatum. Ini akan menolong mereka membantu anda. Sokongan praktikal, seperti membantu membuat kerja rumah, sudah boleh menolong mengurangkan depresi anda.

Suami anda pun mungkin mengalami kemurungan, jadi, memahami bagaimana dia boleh membantu anda akan membantu dia memulihkan diri juga.



INGAT:

*Jangan segan untuk meminta bantuan daripada orang-orang yang menyayangi anda
*Anda perlu menjaga diri anda supaya dapat menjaga bayi anda
*Jagalah diri anda dengan baik semasa hamil dan cuba kurangkan stres anda dan terimalah semua bantuan yang ditawarkan.

*Sesungguhnya, mencegah itu sememangnya LEBIH BAIK daripada merawat!! c:



Hubungi saya untuk maklumat lanjut:

Your Shaklee Independent Distributor

♥ Najmi Anuar (ID 854348)
♥ SMS/call/whatsapp : 019- 6695408
♥ Email: mommyqalesya@gmail.com

No comments: