Pages

Translate

Search This Blog

11 March 2013

Bayi G6PD dan set penyusuan Ibu Shaklee

Sudah lama rasanya saya tak up date blog. Maklumlah, minggu yang paling sibuk telah bermula: menghabiskan tugasan EOD on call yang amat memenatkan c:

Ok. Hari ini kami baru sahaja kembali ke penang. Jumaat lepas kami bermalam di teluk Intan, menghantar abang long hazim haziq untuk tinggal di kampung :c

Erm, memang sedih sangat bila kurang suara nakal abang long hazim. Kalau tak, nakal juga dia mengusik adik Qalesya (nakal tetapi sayang..mesti nak baring betul2 dekat ngan adik hehe). erm Tak sabarnya nak tunggu 3minggu lagi,bila habis oncal= maka minggu ceria di rumah bersama abang long hazim dan adik qalesya kembali!!yeayy!!

Bercerita tentang balik kampung, jumaat lepas, suami sempat singgah di branch Shaklee Penang. Kami membeli set penyusuan bagi saudara di sebelah sana. Anaknya yang baru dilahirkan disahkan kurang enzim g6pd@'g6pd defiency'.

Buat ibu- ibu yang mengalami situasi yang sama, 'g6pd deficiency' bukanlah suatu yang anda perlu risaukan, Namun anda dan family cuma perlu lebih berhati- hati dalam memberikan sebarang makanan, ubatan mahupun pendedahan terhadap barang tertentu, bagi mengelakkan berlakunya 'krisis'.

Apapun, kita semestinya bersyukur kerana sekarang sudah terdapat banyak pendedahan umum dan penyelidikan bagi golongan 'g6pd defiency' ini.Malah setiap ibu yang anaknya disahkan terlibat pasti akan mendapat penerangan lebih terperinci bersama pamplet G6PD sebelum dibenarkan keluar ward.

Set Penyusuan Bagi ibu yang mempunyai anak G6PD Deficiency:

Vitalea + B complex + Vitamin C + Ostematrix
Vitalea + B complex + Vitamin C + Ostematrix + ESP




Apa itu 'G6PD defiency'??
G6PD ialah singkatan nama enzim Glucose-6-Phosphate Dehydrogenase yang terdapat di dalam sel darah merah. Ia bertindak dalam melindungi sel darah merah daripada pecah (hemolisis) bila terdedah kepada ubat-ubat tertentu, makanan atau jangkitan.

Diagnosis@ Cara mendapat tahu seseorang itu 'G6PD defiency'??

Kekurangan enzim G6PD sangat ketara di kalangan masyarakat Asia. Di negara kita, semua bayi baru lahir akan disaring untuk kekurangan enzim G6PD dengan menggunakan darah daripada tali pusat.

Kekurangan enzim ini adalah keadaan yang diwarisi melalui keturunan. Ia ditentukan oleh bahan baka yang dibawa oleh kromosom X. Oleh itu kebanyakan mereka yang mempunyai kekurangan enzim G6PD adalah kaum lelaki, manakala kaum perempuan biasanya adalah pembawa.

Ujian untuk mengesan kehadiran enzim ini adalah ujian darah yang mudah dilakukan. Pastikan anda tahu status enzim anda dan keluarga anda.

Apakah Gejala/Tanda-tanda G6PD Deficiency??

Kebanyakan mereka yang kekurangan enzim G6PD ini tidak mempunyai tanda-tanda khusus.

- Bayi baru lahir perlu diperhatikan di dalam wad sekurangnya 5hari kerana mereka boleh mendapat penyakit kuning (jaundis) yang tinggi dengan cepat, akibat daripada hemolisis berlebihan. Bayi yang kuning (jaundice) perlu diletakkan di bawah lampu (fototerapi) untuk menurunkan tahap bilirubin dalam darah.

Tanda-tanda yang terjadi sekiranya sel darah merah pecah (hemolisis) termasuk : Akibat daripada kekurangan darah

++ kelihatan pucat
++ tidak bermaya (atau keletihan yang teramat)
++ pening
++ degupan jantung yang laju
++ sukar bernafas
++ sakit dada
++ Akibat daripada hemolisis

jaundis (kekuningan)- boleh dilihat pada mata putih atau kulit, warna air kencing seperti air teh O atau Coca-Cola.
Jika ini berlaku, dapatkan rawatan hospital dengan segera.

Kekurangan enzim G6PD adalah untuk seumur hidup. Walaupun tiada rawatan yang boleh menghilangkannya, ia tidak membawa kesan negatif yang ketara dan tidak menjejaskan perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak.

Ubat-ubatan dan bahan-bahan yang patut dielakkan

Pemahaman secara mendalam mengenai keadaan ini agar dapat memahaminya dengan lebih jelas. Mereka perlu jauhi daripada terdedah kepada ubat-ubat serta bahan-bahan tertentu yang boleh menyebabkan hemolisis (senarai ubat-ubat serta bahan-bahan seperti di Rajah 1).

Hemolisis juga akan berlaku jika mereka termakan kacang parang atau menggunakan ubat gegat pada pakaian. Bahan-bahan ini patut dijauhi.

Ibu-ibu yang menyusu bayi yang kekurangan enzim G6PD digalakkan meneruskan penyusuan tetapi mereka perlu mengelakkan bahan-bahan/ubat-ubat seperti di Rajah 1 di bawah agar tidak termasuk di dalam susu ibu.

Jangkitan kuman juga boleh menyebabkan hemolisis berlaku.

Pastikan anda memaklumkan doktor anda sekiranya anda/anak anda mempunyai kekurangan enzim G6PD untuk memastikan ubat yang diterima selamat untuk anda dan tidak akan menyebabkan hemolisis berlebihan

Rajah 1 : Bahan-bahan / Ubat-ubat Tertentu Yang Boleh Menyebabkan Hemolisis




sumber:

1. MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia:http://www.myhealth.gov.my/v2/index.php/my/kekurangan-enzim-g6pd
2. Shaklee Malaysia




Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui:

Najmi bte Anuar (Shaklee ID 854348)
call/sms/whatsapp/viber:019-6695408
atau email di mommyqalesya@gmail.com

3 comments:

Shaharom Badariah said...

Salam...bby saya baru 14 hari dan dia kekurangan G6PD
Saya mengambil ESP shaklee dan Alfafa sahaja...bolehkah saya mgambil hanya 2 jenis ini... Nak tanya klu Bayi G6PD boleh kah kita menggunakan minyak Telon atau minyak gamat di perutnya...

mommyqalesya said...

Salam puan zam..tahniah zam kerana sememangnya untuk bayi yang mempunyai G6PD deficiency susu ibu adalah yang terbaik!!

Namun sy suka ingatkan semula yang alfalfa adalah sejenis herb tradisional org putih yang dimodenkan. Jadi seeloknya, puan elakkan pengambilan alfalfa kerana ia berisiko keluar bersama2 susu dan meninggikan risiko hemolysis ( darah pecah) pada bayi. Jadi bukan sahaja bayi boleh mendapat kuning yang tinggi malah kurang darah merah dan juga boleh mendapat crisis yang teruk.

Berkenaan esp sahaja sama ada cukup atau tidak, bergantung kepada individu. Alhamdulillah jika anda semakin pulih semasa berpantang ini dan pengeluaran susu baik, itu antara tanda anda mungkin tidak memerlukan supplement lain. Yang penting, piramid makanan kena jaga c:

Tentang minyak telon dan minyak gamat, sy pernah terbaca bahawa ia mungkin selamat digunakan kepada bayi G6PD.

Apapun, cuba hanya gunakan minyak baby ini ketika benar2 perlu dan berhati2 semasa penggunaannya. Jika nampak bayi kuning atau kelihatan pucat/ warna kencing tidak seperti sepatutnya, berhenti serta merta dan terus ke hospital.( sy teringat lagi kisah bayi sihat yg mengalami kegagalan hati dan buah pinggang secara tiba2 ( acute) akibat penggunaan minyak angin berterusan, kesian sangat)

* maaf, bahagian pegawai farmasi di tempat saya masih busy, sy akan beritahu kemudian jika ada info baru. C:

Anonymous said...

Ada org bgtau esp membahayakan bg bayi g6pd. Betul kah?