Alhamdulillah..sy masih berjaya terus menyusukan adik Qalesya yang kini masuk usia 8bulan. Bukan mudah bagi wanita bekerja nak terus menyusukan bayi sepenuhnya bukan? Tapi, usaha tangga kejayaan!!
Yang penting, niat kene kuat dan kene ade suatu pendorong kuat supaya kita mampu meneruskan penyusuan ibu. Kadang2 kita juga perlu pekak kan telinga pada sumber2 negatif yang boleh kita patah hati.
Jangan lupa, menyusukan anak itu adalah anugerah hebat Allah yang perlu kita teruskan selagi mampu, ye tak? c: Hehe apa pun bagi saya, pendorong utama tentulah en suami kesayangan sy sendiri, malah sekarang pon beliau beriya2 mahukan sy terus menyusukan adik sehingga 2 tahun..hehe Insya Allah.
Jadi,penyusuan ibu tidak perlu dihentikan walaupun ibu bekerja. Yang pernting, kita perlu membuat lebih perancangan dan persediaan sebelum mula bekerja nanti.
Perkara yang paling penting adalah mempelajari bagaimana caranya untuk memerah susu ibu, mengamalkannya dan melatih bayi untuk mengambil susu itu.
Masa mula memerah susu ibu
1.Langkah pertama untuk meneruskan penyusuan anak adalah minda yang positif dan bersedia.
Sebaik sahaja selepas habis berpantang, ini adalah saat yang paling sesuai bagi memulakan proses memerah (lakukan untuk selama 15 hingga 20 minit) dan menyimpan susu ibu.
Selewat- lewatnya, memerah dan menyimpan susu ibu 1 hingga 2 minggu sebelum mula bekerja. Namun ini adalah amat tidak digalakkan memandangkan minda dan badan perlu bekerja secara 'last minute', tambahan pula kita perlu bersedia dengan stok susu ibu sepanjang kita bekerja.
**
Sy juga sebenarnya lewat membuat keputusan bagi fully breasfeed baby ni. Risau awalnya takut menyusahkan ibu di kampung yang terpaksa handle susu sejuk yang perlu dipanaskan nanti. Nasib baiklah pengasuh kata 'ok', terus bersemangat semula. 3minggu sebelum kerja, baru buat stok. Bila masuk kerja, stok susu kurang. Alhamdulillah sy jumpa supplement breasfeeding shaklee-->stok banyak semula. Malah sampai beli fridge baru lebih besar!! ( ",)
2.Teknik memerah susu dengan menggunakan tangan
Cara yang paling digemari ibu masa kini adalah dengan menggunakan pam susu. Manual atau elektrik?? Ini terpulang kepada diri masing2. Bagi saya,penggunaan pump manual lebih mudah kerana lebih ringan dibawa dan mudah digunakan (tidak perlu mencari soket elektrik c: dan lebih menjimatkan). Tapi untuk 'power pumping' penat skitlah, sebab terpaksa bersenam lebih untuk 1-2jam hehe
Oh ya, semua ibu adalah amat2 digalakkan untuk belajar cara memerah susu dengan tangan ya: terutamanya ketika kecemasan!! c:
- Cuci tangan menggunakan air dan sabun.
- Lakukan urutan perlahan-lahan pada payu dara ke arah puting
- atau tuam panas selama beberapa minit sebelum melakukan perahan untuk membantu pengaliran susu.
Langkah 1: Letakkan ibu jari di areola di bahagian atas puting dan jejari yang lain di bahagian bawah payu dara.
Langkah 2: Picit payu dara menggunakan ibu jari dan jari-jari pada masa yang sama ke dalam menghala kebahagian dada.
-Lakukan yang sama kepada payu dara yang sebelah dan apabila telah bersedia lakukan semula kepada kedua-dua payu dara.
Perhatian: Jangan urut dari bahagian atas payu dara
Menyimpan susu yang telah diperah.
Simpan susu yang telah diperah di dalam bekas kecil, cukup untuk sekali penyusuan.
-->Bekas dadih kecil adalah yang paling sesuai.
-->Boleh juga simpan dalam botol 5-6 oz tu, tapi pastikan ada sedikit ruang kosong bagi susu membeku.
Biarkan seketika susu yang telah diperah untuk menurunkan suhunya, kemudian label bekas (tarikh dan masa) sebelum menyimpan ke dalam peti sejuk atau tempat beku.
Jangan campurkan susu yang telah lama sejuk bersama susu yang baru di perah ya (biasanya saya biarkan dulu dalam bekas berasingan dalam peti ais bawah selama 1-2jam, kemudian baru campurkan untuk disimpan)
Susu yang telah diperah boleh disimpan
- pada suhu bilik 26°C selama 3-4 jam
- di dalam peti sejuk untuk 2 hingga 3 hari dan di dalam bahagian bawah peti sejuk
- di bahagian sejuk beku yang mempunyai 2 pintu adalah selama 3 bulan.
- dalam deep freezer, tahan sehingga 6 bulan
**Bahagian tempat beku bagi peti sejuk 1 pintu adalah tidak sesuai untuk menyimpan susu selama 3 bulan.
Cara Menyediakan susu yang telah diperah untuk bayi anda
Susu yang telah diperah perlu disuamkan terlebih dahulu sebelum diberi kepada bayi.
- Susu yang telah dibekukan, perlu dibiarkan cair dengan meletakkannya di dalam peti sejuk selama 6 hingga 8 jam atau dengan cara meletakkan bekas dibawah laluan air paip.
- Rendamkan bekas susu yang telah diperah ke dalam air suam. Jangan gunakan air yang panas kerana ini akan menyebabkan susu bertukar pekat dan bergentil.(sy suka gunakan warmer: lebih mudah, dan tak de lah pengasuh asyik kene masak air panas je hehe dan yang penting sushu susu itu akan 'maintain' dalam susu yang di tetapkan ~ 40 degree)
- Susu yang diperah tidak boleh dimasak atau menggunakan ketuhar gelombang mikro untuk tujuan memanaskan atau mencairkannya.
- Suhu susu yang sesuai boleh diuji dengan menitiskannya sedikit dibahagian pergelangan tangan(wrist)
Susu yang telah dikeluarkan dari peti sejuk mesti diberi kepada bayi dalam masa 1 jam. Susu yang tidak diminum atau susu yang selebihnya tidak boleh dibekukan semula.
Bagaimana Mengajar bayi minum susu yang telah diperah??
Anda dinasihatkan melatih bayi minum susu yang telah diperah selewat- lewatnya 2 minggu sebelum anda kembali bekerja.
Gunakan jadual berikut sebagai panduan:
Source : Malaysian Breastfeeding Advisory Association
Hari 1-3 :Penjaga perlu memberikan susu yang diperah kepada bayi hanya pada waktu sarapan pagi. Seterusnya ibu susukan bayi dengan susu ibu.
Hari 4-6 :Penjaga perlu memberi susu yang diperah kepada bayi pada waktu sarapan pagi dan waktu minum pagi Seterusnya ibu susukan bayi dengan susu ibu pada waktu-waktu yang lain.
Hari 7-9 :Penjaga perlu memberi susu yang diperah kepada bayi pada waktu sarapan pagi, waktu minum pagi dan waktu makan tengahari. Seterusnya ibu susukan bayi dengan susu ibu.
Hari 10-13 :Penjaga perlu memberi susu yang diperah kepada bayi pada waktu siang dan ibu susukan bayi dengan susu ibu pada sebelah malam.
sumber:
MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia
1 comment:
tip yang cukup baik. terima kasih
http://www.syukurnyasihat.com/2014/11/panduan-lengkap-penyusuan-susu-ibu.html
Post a Comment