Google+ Followers

Followers

Friday, February 15

resepi Kek Chocolate MoiSt sedap - kukus ( " ,)

Sebenarnya, ini entry lame yang blom publish lagi. Hehe sibuk2 nak update tentang shaklee, terlupa plak pasal entry kek coklat moist ni c:

Hehe resepi ni hasil gabungan resepi asal mak + resepi dari kek chef zubaidah. Masuk ni, da 4kali buat dalam tahun ni. Yang picture pertama tu hasil 1st timer January dulu and yang ni plak repeated and adjusted resepi. Kali ni buat dalam bekas dadih tinggi pulak, sebab nak bagi kat kakak ppk kat hospital tu (2nd time bagi kat diorang sebab diorang tanye2 je..rasa kembang sket rasnya hehe)

Sedap??Erm mesti la kan kalau tak tak kan sampai kene buat copy tulis resepi kat kakak2 opd tu hehe apapun akak opd tu sume pon sebenarnya lagi terror..pandai buat kek tiramisu lagi. Erm next entry sy mintak resepi tiramisu tu ..hooreYY!!

** saya memang peminat kek. Masa tengah pregnant dulu, hampir setiap minggu buat kek. kek butter, kek coklat, kek buah. Nak pulak masa tu dekat nak raya, jadi buat jugak la biskut semperit ngan biskut cornflakes mak tu hehe

Ok ni bahan2 untuk resepi kek coklat moist ni:

BAHAN A:

1 cawan gula pasir (boleh kurangkan ke 1/2 cawan gula bagi yang suka lebih rasa coklat hehe)
1 tin susu pekat
1 tin susu cair
1 buttercup/ 1 cawan margerin planta

1 cawan sebuk koko

Telur 4-6 biji (ikut gred telur)
-dipukul kembang (saya pakai whisk je pon boleh)

BAHAN B:

1 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh bikabonat soda

TOPPING:

1 bar dark coklat
1/2 cawan susu cair/ fresh milk
2 sudu serbuk koko
1 sudu margerin (saya pakai planta je)


CARA MENYEDIAKAN (saya guna cara kukus ye c:)

1. Panaskan kukusan

2. Bahan A (kecuali serbuk koko)gaul dalam periuk dan masak hingga gula larut.Tak perlu sampai memdidih.Tutup api dan
campurkan serbuk ko. Kemudian biarkan sejuk dan masukkan pula telur yang telah dipukul.

3. Bahan B disatukan dan diayak bersama.

4. Satukan bahan A bersama bahan B. Gaul kacau rata jangan biar berketul

5. Masukkan dalam loyang atau bekas kukus mengikut cita rasa. Saya suka gunakan bekas plastic yang tahan heat tu sebab tak berapa beasr, so senang nak makan pas2 depan tv hehe

6. Kukus selama 1jam atau sehingga masak ( masak bila cucuk dengan pencungkil gigi, tiada bancuhan yang terlekat)

7.Keluarkan kek yang dah masak, hias dengan topping + rice coklat atau badam yang disangai+strawberi+ect c:

**Cara buat Topping:
Masak kesemua bahan mengunakan kaedah double boiler (bahan dalam loyang, bawahnya loyang yang di isi air panas)
--> alternative:saya gunakan periuk yang diletakkan dalam kuali berisi air yang dipanaskan api dapur gas hehehe


Inilah hasil kek tengah malam yang berjaya menyebabkan seorang rakan baik saya tergoda nak makan coklat. untuk pengetahuan, dia ni memang anti coklat, langsung x bleh nak masuk tekak die hehehe

Selamat mencuba!!!

1 comment:

healthy-snacksbrand said...

Steady article. please visit http://healthy-snacksbrand.blogspot.com/