Pernah dengar tentang Isu Produk Double Stemcell dari Phytoscience?
Iklan dan testimoni memang hebat,tetapi keluar pula isu tentang tiada sijil halal daripada Jakim ( tapi bukan pula dilabelkan sebagai haram ya, jangan konfius cuma fikir2 kan lah..)
Dipanjangkan melalui info Nadia Khamis 2hari lepas (tq ya, moga2 dipanjangkan):
MENJAWAB ISU PRODUK DOUBLE STEMCELL DARI SYARIKAT PHYTOSCIENCE
Tuan/puan,
JAKIM mengesahkan bahawa produk Double Stemcell dari syarikat PHYTOSCIENCE merupakan BUKAN PEMEGANG SIJIL PENGESAHAN HALAL MALAYSIA.
Hasil siasatan JAKIM, syarikat tersebut didapati telah menggunakan logo halal secara salah dan perkara ini adalah bersalahan dengan Akta Perihal Dagangan (APD) 2011. Jika disabitkan kesalahan, syarikat berkenaan boleh dikenakan denda sehingga RM200,000.00 bagi kesalahan pertama.
Sehubungan itu, kenyataan yang dikeluarkan oleh Pegawai Perhubungan Awam Bahagian Hab Halal, Cik Nadia Zammil Md Nasir sebelum ini adalah BENAR.
Pengguna di luar khususnya dinasihatkan untuk berhati-hati memilih produk halal sebagai produk gunaan seharian dalam kehidupan.
Sekian, terima kasih.
Sumber:
Seksyen Komunikasi Korporat
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
20 Januari 2014
Hanya berkongsi. Sebab secara jujur, saya sendiri pernah berminat (dalam hati la haha) dengan produk ni dulu
Erk..Tapi kenapa pula ada cetakan logo halal di produk ini ya?Harap disusuli tindakan segera
No comments:
Post a Comment