Pages

Translate

Search This Blog

09 March 2014

Ya Allah berikan Keselamatan kpd Mangsa, Kekuatan kepada Ahli Keluarga

Masih panas dengan isu nahas pesawat penumpang Mas MH370 (8 Mac 2014).

Innalillah..

Bermula jam 1pm sampai la tidurkan anak jam 8pm tadi, memang depan tv je menanti news di astro Awani.

Hp whatsapp dan fb macam2 versi masuk.


Daripada asalnye selamat buat emergency landing di naning, beralih pula kepada kemungkinan terhempas di lautan vietnam.

Malah ada yang mengatakan mangsa semuanya sudah meninggal

Terbaru adalah teori rampasan, disebabkan 2penumpang MH370 tersebut yang dikatakan memiliki pasport palsu.

Erm jika rampasan, mungkin selamat.Mungkin juga semasa episode rampasan itu berlakunya hempasan?

Apapun, pesawat penumpang Boeing 777 adalah pesawat paling popular dan dikatakan antara paling selamat perjalanan lebih 16jam.

Malah pilot Mas tersebut juga sangt berpengalaman.Tidak lupa juga servis Mas yang diiktiraf sebagai yang terbaik.

2 bayi dan 1 pasangan baru sahaja berkawin turut terlibat dalam kejadian

Apapun, Wallahualam.

Sebagai umat Islam, mari kita sedekahkan surat al- Fatihah dan surah2 al- Quran kepada mangsa terlibat ( hidup atau mati semoga dipelihara)

Ada ahli keluarga mangsa yang telah di bawa ke suatu tempat jam 6pm semalam.

Dan kepada ahli keluarga dan sahabat handai mangsa, semoga mereka kekal kuat dan bersabar.

Daripada Allah kita dijadikan dan kepada Nya juga kita kembali.Allah yang berkuasa menentukan segala.

* Memang bercakap lebih mudah daripada bahu yang memikul.Jadi hanya doa yang saya mampu berikan.

Amin..

No comments: