Pages

Translate

Search This Blog

27 June 2013

Segmen Bloglist Julai Blog Paly

Jom join segment bloglist Paly ni. Siapa berminat klik banner di bawah ok c:


" alt="Blog Paly" />


Yang ni en Paly buat cuma untuk 3 hari jer , 24 Jun sampai 27 Jun @ 11:59 malam c:

**

Sebenarnye agak tension jugak sebab tak pandai buat backlink kat banner ni..
Penat lelah meng google dan menYahoo baru dapat hehe

sape2 tahu cara mudah buat backlink ni harap dapat membantu ye..lupa sudah cara buat tadi haha

apapun JOM JOIN SEMUA.... (",)




Menguatkan imuniti,Detox dan kawal tekanan darah dengan Garlic Shaklee



Bawang putih secara tradisinya digunakan untuk melegakan batuk, selsema dan membantu peredaran darah yang baik. Bawang putih dikatakan amat bermanfaat kerana kandungan Allisin nya:

Apa pula Allisin?

Allisin adalah sebatian yang berasal daripada bawang putih dan berfungsi untuk banyak tindakan yang berfaedah

Allisin tidak terdapat di dalam bawang putih biasa sebaliknya ia dihasilkan apabila bawang putih tersebut dipotong halus atau dihancurkan


KEISTIMEWAAN GARLIC SHAKLEE

Setiap tablet Garlic Shaklee mengandungi 500mg bawang putih,

Dibuat dari jenis premium,bebas dari racun perosak dan ditanam secara organik di California,USA sewaktu musim panas

Dihasilkan secara eksklusif pada suhu bilik tanpa haba untuk memastikan pengekalan 100% Allicin aktif ( tidak semua tablet garlic yang dijual dipasaran mengandungi Allicin aktif).

Dwi teknologi digunakan untuk mengawal bau garlic. Dirumus untuk kawalan bau. Bawang putih menyebabkan nafas berbau, tapi tablet Garlic Shaklee tak dipecahkan sehingga ia sampai ke dalam usus kecil.

Kajian menunjukkan perisa herbanya terhasil dari kombinasi 2 ekstrak herba ( Rosemary and Spearmint). Kombinasi ini juga dapat mengawal bau dengan berkesan.

Ianya mengandungi pelbagai vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif garlic dan keberkesanannya didalam tubuh kita.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan




Hubungi saya untuk maklumat lanjut:

Your Shaklee Independent Distributor; Najmi Anuar (ID 854348)

♥ SMS/call/whatsapp/: 010- 2325408/ 019- 6695408
♥ Email: mommyqalesya@gmail.com
♥ Facebook: https://www.facebook.com/najmi.anuar.1
♥ Pengedar shaklee anda di Penang dan seluruh Malaysia: COD di kawasan Jawi dan SPS/SPT Penang/Island

24 June 2013

Leceh pakai kaca mata? Berita baik untuk orang yang rabun: CarotoMax




Carotomax Shaklee amat istimewa kerana is terdiri daripada 6 Karotenoid TERBAIK, menggabungkan

1. alfa-karotena
2. astaxanthin
3. beta-karotena
4. lutein
5. likopena
6. zeaxanthin

- menawarkan karotenoid semulajadi yang berasal daripada buah-buahan pokok kelapa sawit dan alga dunaliellasalina untuk:

• Memelihara kesihatan yg baik dalam jangkamasa panjang serta kesihatan mata, jantung, kulit, paru-paru,prostat dan serviks

• Bagi kesihatan retina--> menguramgkan rabun

• Membantu mengekalkan tumbesaran, penglihatan dan pertumbuhan tisu.

• Menguatkan sistem imun

• Membantu dalam memelihara kesihatan kulit dan selaput lendir.

- Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

- Turut Mengandungi ekstrak yang unik daripada tomato, ekstrak biji benih anggur, ekstrak brocoli bertunas, minyak jagung, minyak palma dan marigold

ISTIMEWA Carotomax Shaklee:

Purata pengambilan karotenoid, lutein, lycopena dan beta-karotena adalah 8 mg setiap hari manakala CarotoMax pula dapat membekalkan lebih 13 mg daripada karotenoid yang paling berkhasiat!

Berbeza dari yang lain kerana ia dalam bentuk provitamin A, yang mana HANYA akan diaktifkan apabila ia diperlukan sahaja. Jadi tiada kes Vitamin A tersimpan dan menjadi toksik seterusnya membahayakan kesihatan

*Tidak boleh diambil oleh ibu mengandung. Pengambilan vitamin A yang berlebihan terutamanya ketika tempoh trimester pertama kehamilan, boleh menyebabkan risiko kecacatan pada bayi dalam kandungan termasuklah kecacatan jantung dan sistem saraf.


Testimoni carotomax shaklee



Hasil dari setiap consumer mungkin berbeza. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Sila consult dengan pengedar anda untuk lebih lanjut.


Hubungi saya untuk maklumat lanjut:

Your Shaklee Independent Distributor; Najmi Anuar (ID 854348)
♥ SMS/call/whatsapp/: 010- 2325408/ 019- 6695408
♥ Email: mommyqalesya@gmail.com
♥ Facebook: https://www.facebook.com/najmi.anuar.1



23 June 2013

Segmen #3 Bloglist 12 Jam Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Julai dan Ogos 2013 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 23 Jun 2013, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen #3 Bloglist 12 Jam Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?


15 blog yang bertuah akan dipilih oleh Mia Liana sendiri dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Resepi jus Avocado


Hari ni misi menghabiskan 2biji lg buah avocado. Memandangkan esok dah start kerja semula, kompom memang kena habiskan hari ni jugak.

Ini resepi jus avocado. Saya mula berkenalan dengan jus avocado ni masa kerja di sungai buloh dulu. Kat kedai ayam penyek di damansara. Rasanya memang urmp c:

Bahan2 untuk jus avocado :
- 1 biji avocado, diambil isinya
- 1 cawan dlm 250ml susu segar (saya pakai fresh milk dutch lady tu)
- 2 sudu makan susu pekat
- 2 sudu makan gula
- coklat cair(saya guna hershey's syrup)

Cara buat jus avocado:
1. ambil isi avocado dan blender bersama susu segar, susu pekat dan gula
2. Boleh tambahkan lebih air megikut cita rasa kepekatan anda
3. Dalam gelas,, letakkan coklat cair di dinding gelas kemudian baru tuangkan jus tadi
4. Tambahkan ais ketul dalam minuman

SIAP!! c:

Jus avocado ni memang sedap sebab die rasa lemak2 manis sejuk. Kalau minum waktu cuaca panas, haha memang best sangat.

Untuk bahan2 di atas,dapat hasilkan 1 gelas jus avocado je. Suami memang tak minat susu jenis apa pun, jadi ini memang untuk saya sorang lah hehe


Ini pula makanan tengah hari kami.Hari ini en hubby suh saya berehat je depan tv dengan budak, lauk2 dan nasi sume en hubby setelkan. Tq daddy!! c:


Promosi Ramadhan 2013 Kurma Yusuf Taiyoob- Harga Borong


KHASIAT BUAH KURMA

Kurma (Phonex dactylifera) atau Tamar mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan, yang sebahagian daripadanya sudah terbukti secara saintifik.

Terdapat 21 ayat di dalam Al-Quran yang menyebut tentang kurma antaranya:

“Kemudian Kami tumbuhkan kerananya kebun kurma dan anggur untuk kamu. Disana kamu peroleh buah-buahan yang banyak dan sebahagiannya kamu makan“
Al-Mukminah ayat 19


Malah Nabi Jujungan Nabi Muhammad S.A.W juga pernah bersabda;

“Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’, dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu“.
Sabda Nabi Muhammad S.A.W


“Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terdapat kurma, maka Baginda akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air“
Hadis riwayat Ahmad


Buah Kurma mempunyai khasiat yang sangat baik untuk ibu-ibu mengandung sehingga diceritakan di dalam kisah Maryam ibu kepada Nabi Isa AS yang memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS.

Menerusi malaikat Jibrail, Allah telah mewahyukan kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya menggegar pohon kurma sehingga gugur lantas memakannya tatkala lemah selepas bersalin.

“Dan goncangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak,”
Surah Maryam, ayat 25


Sempena kedatangan Bulan Mulia Ramadhan alMubarak pada tahun ini, kami menawarkan harga kurma yang amat berpatutan.

Ambillah kesempatan ini sama ada untuk hidangan makan keluarga ketika sahur atau berbuka, atau untuk disedekahkan kepada masjid , surau atau rumah anak yatim di kawasan anda.


1.KURMA SAFIA BERTANGKAI (12PEK X 500 gm) - RM 120.00

2.KURMA WASEM (12 PEK X 500gm) - RM 105.00

3.KURMA BLEDI BERTANGKAI (12 PEK X 500gm) - RM 105.00

4.KURMA MADU YUTA (12 PEK X 600gm) - RM 96.00

5.KURMA SAFINA (12 PEK X 500gm) - RM 105.00

6.KURMA MARYA (12 PEK X 400gm) - RM 100.00

7.KURMA CHOCODATE (9 PEK X 180gm) - RM 125.00

* Harga di atas adalah bagi belian sekotak ( bersamaan 12 atau 9 pek kecil)

* Penghantaran adalah melalui pos ke seluruh Malaysiar termasuk Sabah & Sarawak,
manakala COD hanya terhad kepada kawasan di sekitar SPS/SPT, Penang mengikut persetujuan.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut:

Najmi Anuar

♥ SMS/call/whatsapp/viber : 010- 2325408
♥ Email: mommyqalesya@gmail.com
♥ Facebook: https://www.facebook.com/najmi.anuar.1



22 June 2013

Testimoni Co QHealth Plus & Shaklee


Sekitar majlis pelancaran produk Co enzyme Q10 (CoQHealth Plus) Shaklee awal Jun lepas


Kenali Coenzyme Q10 sebagai komponen penting semua sel


Kajian menunjukkan kekurangan coenzyme Q10 dalam pesakit2 jantung


Antara Testimoni pengguna CoQHealth Plus c:



Hubungi saya untuk maklumat lanjut:

Your Shaklee Independent Distributor; Najmi Anuar (ID 854348)
♥ SMS/call/whatsapp/viber : 010- 2325408/ 019- 6695408
♥ Email: mommyqalesya@gmail.com
♥ Facebook: https://www.facebook.com/najmi.anuar.1

Resepi puding Avocado



Pagi tadi merupakan menu pertama Avocado di rumah: sarapan bersama avocado lecek + EBM

Hehe tak sempat nak snap picture sebab adik dah habiskan. cepat je, yelah bagi adik pun suku biji je camtu untuk rasa je.

Habis avocado lecek tu bagi bubur ikan salmon + carrot pula. Habis juga. Adik2 kuat makan tapi badan kat line kuning juga hehe

* kalau untuk bayi seawal 7 bulan macam tu, boleh lah blender ye. Tambah EBM atau susu formula ikut kepekatan yang dikehendaki

Petang ini pula, masa untuk merasmikan puding Avocado -yang buat malam tadi. Sengaja simpan dalam fridge 1 malam bia sejuk lebih,sedap hehe


Oh ya macam biasa saya jarang gunakan penimbang, sebab biasa mak ajar pun pakai sukatan gelas/mangkuk je. Lagi senang ( ",)

Jom tengok cara buat puding Avocado ni:

Bahan2 puding Avocado :

- 1/4 paket agar- agar
- 3 bahagian air
- 1 bahagian susu cair
- 5 sudu gula(nak kurang kan gula pun boleh, lebihkan dalam senyuman c:)
- 1/2 biji avocado
- 1 biji telur
- daun pandan ( pokok pandan rumah saya kecik sangat,jadi saya gunakan perisa pandan Brand Star je hehe

Cara membuatnya:

1. Rendam agar- agar dalam air hingga lembut, kemudian airnya dibuang
2. Letak agar- agar lembut dalam cawan/mangkuk, gunakan sebagai kiraan 1 bahagian
3. Scoop keluar isi avocado dengan sudu,dan Blender dengan 1 bahagian susu cair
4. Kemudian, Masak agar- agar dengan 3 bahagian air sehingga larut sebelum masukkan susu cair + isi avocado blender tadi

* Mengikut jenis agar- agar, biasanya jika 1:4 bahagian air (termasuk susu cair kalau guna) agak keras,
lain kali anda boleh tukar kepada 1:5 bahagian air

5. Letakkan telur dan kacau sehingga mendidih
6. Tutup api dapur dan tuang bahan2 agar- agar tadi ke dalam acuan dan sejukkan

* Jangan lupa tapis dahulu ya, sebab kebiasaannya memang akan ada agar- agar yang tidak larut habis, juga untuk menapis isi avocado yang tidak hancur masa blender tadi

7. Sebelum makan, terbalikkan acuan agar- agar dan hiaskan. Asalnya saya nak makan kosong je tapi bila tambah susu cair+ coklat Hersey ni lagi sedap pula hehe

Selamat mencuba!! c:



Teknik- teknik memilih Avocado@ Alpukat ( ",)

Tahu buah avocado? Saya tahu avocado ni bagus untuk kecantikan.Boleh makan tapi tak pernah nak try hehe tak sanggup sebab kulit nye tu huhu

Tapi sejak ada anak, saya mula tahu yang avocado ini sangat femes sebagai antara 1st semisolid food untuk baby!(Ini disebabkan avocado kaya dengan kandungan lemak tidak tepu dan akan membantu proses perkembangan bayi)

Dan sebenarnya sejak bersalin anak pertama 2 tahun lepas, saya dah bercita- cita nak beli buah ni. Tapi asyik tertangguh je sampai lah lepas beranak 2, adik qalesya dah umur 11 bulan pun ni haha

Siang semalam tercapai juga hasrat. Hampir RM15 untuk 3 biji je. En hubby pula lagi lah langsung pelik tengok buah ni,mahal pula tu..

Aduhai cik Avocado..Apasal ler kamu ni mahal cik Avo? Harap2 nanti adik suka la nanti, lau tak kesian duit daddy (",)

Sudah lah ini first time saya beli cik Avo haha sebab tak sure punye pasal, jadilah 3 peringkat warna macam kat bawah ni.


Hehe bermula dari pukul 4 mengikut pusingan jam: urutan tahap masak, hampir masak dan belum masak! Tak berani nak ambil yang warna perang je,sebab masa tekan kat Jusco tadi lembek semacam je huhu

**
Saya pilih buah avocado yang mempunyai warna keperangan, tetapi lebih hijau. Bukan perang semua atau hijau semua ya c:
Cuma ini 1st time pilih sendiri, memang agak cuak la sebab harga dia pun mahal haha

Ok. Pilihan warna dah selesai. Masa untuk percubaan membelah cik Avo. Hasilnya, Alhamdulillah nampak ok, memang betul2 masak. Takut juga dibuatnya muda jugak ke tadi haha


Ok selesai membelah rasa nak meng google pla. Jumpa tentang cara pilih berdasarkan gambaran avocado tu sendiri bila dibuang tangkainya. Tengok sini la ye kat blog dianarashid ni, kredit ya: http://www.dianarashid.com/2013/02/cara-cara-memilih-avacado.html


Avocado atau nama saintifiknya Persea Americana sebenarnya adalah tanaman yang berasal dari Mexico.

Buah yang berbentuk lonjong berwarna hijau ini walaupun mempunyai kulit yang kelihatan agak kasar menggurutu sebenarnya mengandungi khasiat pemakanan yang hebat.

Kulitnya pada waktu muda keras namun akan beransur lembuk apabila masak. Ia mempunyai rasa yang lemak dengan isinya yang halus

Ia bukan sahaja sedap untuk dimakan begitu sahaja malah boleh dipelbagaikan cara masaknya. Dapatkan pelbagai resepi avocado di sini: www.avocado.org.au.

* Namun untuk pertama kali makan avocado 'pure' ni saya rasa pelik sebenarnya berbanding jus avocado di luar hehe
* Buah muda, boleh dibiarkan semalaman di luar supaya cepat masak c:

Khasiat Avocado:

- Avocado rendah kandungan gula dan tiada garam serta kaya dengan vitamin iaitu C, E dan K

- vitamin E yang baik untuk memperlahankan proses penuaan dan juga kanser

- mengandungi antioksida dan potasium untuk mengelak daripada penyakit radang sendi dan kandungan asid foliknya pula dapat mengelak serangan jantung dan kanser.

- hasil kajian oleh Wesley Medical Centre, Brisbane, Australia mendapati jika seseorang itu makan 1/2 atau sebiji avocado setiap hari selama sebulan akan dapat mengurangkan berat badan dan merendahkan kolesterol.

- juga mengandungi sumber lutein yang tinggi untuk mengawal katarak sebagai langkah awal daripada menjadi buta

21 June 2013

Love our Heart with CoQHEALTH Plus

Jun 2013 ini Shaklee telah melancarkan satu lagi produk iaitu CoQHEALTH Plus. Bukan sahaja produk baru, malah ia antara yang terbaik!!


Keistimewaan CoQHEALTH Plus Shaklee:

- Mengandungi kombinasi Coenzyme Q10 dengan vitamin E dan ekstrak dari teh hijau (Camellia sinensis)

- 1 kapsul cukup bagi keperluan harian tubuh anda

- Semua dan hanya menggunakan barangan semulajadi

- tidak mengandungi perisa tambahan, pemanis,pewarna atau pengawet tambahan


Apa itu Coenzyme Q10?

Coenzyme Q10 menyamai vitamin, juga sebagai anti oksidan dan ia merupakan komponen penting berkaitan metabolisme tenaga.

Coenzyme Q10 boleh didapati melalui makanan malah boleh juga dihasilkan oleh tubuh badan.

Melalui makanan, sumber utama adalah daripada sayuran segar atau minyak sayuran, buahan atau kekacang, daging dan ikan.

Namun sumber utama Coenzyme Q10 adalah apabila disintesis oleh badan kita sendiri. kerana kuantiti melalui makanan adalah sedikit (purata sumbangan 5mg sahaja) dan sumber melalui makanan ini juga mudah rosak apabila dimasak.

Secara semulajadi, Coenzyme Q10 boleh didapati di seluruh anggota tubuh. Ia banyak dijumpai dalam miokondria,iaitu tempat reaksi bagi biokimia berlaku bagi pembentukan tenaga sel.

Ia banyak di bahagian jantung, paru-paru, hati, buah pinggang, limpa, pankreas dan gland adrenal. Namun Jantung merupakan tempat Coenzyme Q10 paling banyak boleh didapati kerana keperluan tenaga yang tinggi

Walau bagimanapun, jumlah keseluruhan bahan ini di dalam badan kita ialah antara 500-1500mg. Dan kandungan ini menurun selari dengan usia yang meningkat. Oleh itu pengambilan yang lebih mungkin diperlukan.


Kelebihan dan Fungsi2 Coenzyme Q10

1. Mengatasi keletihan/ kelesuan seterusnya meningkatkan stamina dan prestasi

- dengan cara membantu enzim meningkatkan penghasilan tenaga dalam mitokondria otot

- penggunaan bersama multivitamin dengan elemen zink dan selenium dicadangkan kepada atlet bagi prestasi optimum


2. Merawat dan megelakkan migrain

- keberkesanan ditulis dalam beberapa penerbitan dan terdapat juga kajian tentang faedah Q10 dijalankan oleh Clinical Biochemistry Unit, New Zealand



3. Perbaiki kualiti sperma lelaki dengan meningkatkan bilangan sperma dan pergerakan aktif

- melalui tindakan pembekal tenaga kepada sperma dan anti oksidan

- kajian yang dijalankan oleh Ancona University menunjukkan peningkatan 13.6% kehamilan bagi yang mengambil Q10


4. Masalah pendengaran, sensorineural deafness

- masalah saraf dalam telinga tengah teruatama ketika mengandung selalunya bersifat sementara

- untul peringkat awal, saintis mencadangkan pengambilan Q10 bersama vitamin E


5. Penyembuhan saraf 'neurapraxia'

- pengambilan bersama CoQ10 dan vitamin B complex

- namun demikian,punca sebenar neurapraxia amat penting untuk diketahui, antara sebab2 nya:

# hormon yang tidak seimbang selepas bersalin
# penyakit krnonik seperti kencing manis
# Tekanan fizikal seperti duduk atau berdiri terlalu lama


6. Merendahkan tekanan darah tinggi seterusnya mengurangkan risiko sakit jantung

- dibuktikan melalui ujian klinikal,terdapat penurunan tekanan yang ketara


7.Bagi pesakit yang menggunakan statin bagi merawat kolesterol tinggi

- pengambilan Q10 mengelakkan berlakunya penurunan paras coenzyme dalam darah

-seterusnya mengelakkan kelesuan dan masalah jantung


8. Mengekalkan KESIHATAN JANTUNG

- banyak disokong oleh kajian klinikal

- melindungi arteri dari LDL yang teroksida

- turut dibuktikan dengan penemuan pesakit jantung yang mengalami tahap kepekatan CoQ10 yang rendah ( Journal American College of Cardiology)

- malah diluluskan dalam rawatan masalah jantung di Jepun



Mari kita hargai dan sayangi diri kita, serta Insan2 tersayang. LOVE OUR HEART! c:


Hubungi saya untuk maklumat lanjut:

Your Shaklee Independent Distributor; Najmi Anuar (ID 854348)
♥ SMS/call/whatsapp/viber : 010- 2325408/ 019- 6695408
♥ Email: mommyqalesya@gmail.com
♥ Facebook: https://www.facebook.com/najmi.anuar.1


Resepi bayi bubur bayam Merah & Khasiat nya..sedaap!!

Tahu kebaikan bayam merah? Adik Qalesya kali ni nak kongsi resepi bubur bayam merah. Jom tengok khasiat bayam merah ni:


Bayam merah sebenarmya adalah dari tumbuhan keluarga Amaranthacea. Nama saintifiknya adalah Amaranthus gangeticus. Nama Inggerisnya adalah Red Spinach.

Ia adalah pokok berbunga tahunan yang mempunyai bunga ungu gelap. Ia mampu tumbuh setinggi 2-3 kaki tinggi.

Khasiat nya untuk bayi:

1. banyak mengandung protein, lemak, karbohidrat, kalium, zat besi, amarantin, rutin, purin dan vitamin (A,B dan C).

2. membantu melancarkan proses buang air besar karena kandungan seratnya cukup banyak



Bahan-bahan bubur:

1. 1/2 cawan beras
2. Bayam merah, ambil daun sahaja
3.Sedikit ayam dipotong dadu atau gunakan ikan bilis

* untuk ikan bilis,perlu buang tulang tengah dan direndam untuk buang lebihan garam)

4. kismis hitam anggaran 7 biji

Cara Membuat bubur :

1. Masukkan beras dan ayam ke dalam periuk masak sampai lunak. Kemudian masukkan kismis dan teruskan merebus.
2. Tambahkan bayam, biar dlm 2minit atau layu.jgn terlebih msk smp lembek pula ya c:
3. Masukkan ke dalam blender, kemudian blender sampai haluskan.
4. Tuangkan ke dalam wadah, dinginkan, bila sudah dingin bubur siap disajikan.


Mudah kan resepi baby ni? Mari kita variatikan makanan diorang, barulah diorang ni tak mudah jemu. Malah, dapat belajar pelbagai rasa dan testur baru agar tidak menjadi picky eater bila besar nanti.Harap2 lah hehe

Untuk orang dewasa pula, khasiat bayam antara lain:


- meningkatkan kerja ginjal dan boleh membersihkan darah sehabis bersalin

- masalah anemia:

Cuci 2 genggam daun bayam merah, tumbuk hingga halus, tambahkan 1 sdm air jeruk nipis atau cuka kemudian tapis. tambahkan 1 sdm madu dan 1 bj telur ayam kampung, bagi rata. Minumlah 1 kali sehari selama seminggu. Seterusnya dilakukan 2 x seminggu.

* ini hanya sampingan ya,ubat tambah darah juga kena ambil ok c:

- Rawatan cirit birit

Cuci 10 batang akar bayam merah sampai bersih, lalu tumbuk hingga halus. Tambahkan garam halus seujung sendok teh dan aduk rata lalu saring. Minumlah air saringan tersebut sekaligus.

- Memperkuat Akar Rambut

Cuci bersih seikat bayam segar, tumbuk hingga halus. Tambahkan garam secubit sambil diaduk rata, kemudian ditapis. Minum sekaligus, 2 – 3 kali seminggu.


Wallahualam..c:


Set penjagaan rambut Prosante Shaklee

Kulit kepala merupakan asas rambut yang sihat.

Kerana inilah setiap produk Prosante mengandungi Scalp Health Complex iaitu gabungan 10 vitamin, mineral dan herba bagi menyediakan persekitaran optimum rambut yang sihat, lebat dan menawan


Kenapa anda perlu memilih Prosante?

1. Mengandungi Extrak swertia dan halia meransang peredaran darah dan membekalkan tenaga untuk folikel

2. Mineral kulit seperti kuprum, zink, mangan dan vitamin A&E membantu metabolisma kulit yang sihat

3. Minyak daun teh serta ekstrak teh hijau menentang kerosakan akibat radikal luar

4. Tiada barang kimia kuat yang boleh merosakkan rambut dan kulit kepada dalam produk Prosante Shaklee

Prosante

1. Nourishing Scalp Treatment
2. Revitalizing Shampoo
3. Purifying Shampoo
4. Replenishing Conditioner
5. Lightweight Conditioner
6. Long Lasting Finishing Spray


Nourishing Scalp Treatment

At the heart of ProSanté Hair Care System is Nourishing Scalp Treatment with the highest concentration of our exclusive Scalp Health Complex.

Produk yang paling penting dalam Sistem Penjagaan Rambut ProSanté,

mengandungi tahap Scalp Health Complex eksklusif yang paling tinggi.

Nourishing Scalp Treatment menyelesaikan semua masalah rambut :

- dengan serum yang amat mudah diserap oleh kulit bagi melancarkan peredaran,
- menentang factor persekitaran yang merosakkan
- dan juga membekalkan khasiat kepada kulit kepala.


* Vitamin antioksida iaitu A & E, dan Koenzim Q10 melindungi daripada kerosakan akibat radikal bebas dan pencemaran persekitaran
* Bertindak membekalkan ruang yang optimum untuk rambut anda.
* Formula tanpa bilas memudahkan anda menggunakan dan menggayakannya
* Tidak menjadikan rambut melekit atau berminyak

Perbezaan Shaklee:

ProSanté Nourishing Scalp Treatment adalah formula eksklusif, yang terbukti mampu mengurangkan keguguran rambut semasa menyikat dan dapat melebatkan serta menguatkan rambut secara semula jadi apabila digunakan sebagai sebahagian daripada sistem Penjagaan Rambut ProSanté.


Revitalizing Shampoo


- Humektan bertindak bagi melicinkan kutikel rambut dan melebatkan rambut

- Sistem pembersih yang lembut dan berpaten

- Menyegarkan dan menyeimbangkan kulit kepala dan rambut tanpa terlalu melembapkan atau mengeringkannya.


Purifying Shampoo
• Membersih dengan menyeluruh, menyingkirkan sisa-sisa produk fesyen rambut, pengumpulan mineral dan bahan-bahan cemar persekitaran lain

• Mengekalkan keseimbangan lipid dan lembapan semulajadi serta tidak melunturkan warna rambut

• Ideal untuk mengawal lapisan kulit kepala yang sihat, rambut juga tidak berkelemumur.



Replenishing Conditioner
• Pelembap yang pekat bagi rambut yang berkilat dan lembut bak sutera

• Memperbaiki kerosakan pada permukaan rambut dan memperbaiki hujung rambut yang bercabang

• Menguatkan rambut dengan protein dan humektan yang berasal dari alam semulajadi



Lightweight Conditioner
• Melicinkan dan melembapkan rambut tanpa menjadikannya terlalu melekit

• Mengembalikan elemen struktur supaya rambut kelihatan lebat, berkilat dan sihat

• Menghilangkan kesan statik agar rambut mudah digayakan dan diurus




Long Lasting Finishing Spray
• "Medium hold" memastikan gaya rambut tidak berubah

• Memberikan perlindungan UV

• Menguruskan rambut yang dikeriting halus dan rambut yang mudah kusut.






Wah banyak bukan kelebihan produk Prosante ni.

Kalau anda mengalami masalah rambut mudah gugur,kusam dan tidak bermaya: produk Prosante ini amat2 dicadangkan!!

Malah, dengan pengambilan Tablet multivitamin, B complex, Zink dan ESP (sumber protein Non GMO) hasilnya pasti lebih hebat!!



Hubungi saya untuk maklumat lanjut:

Your Shaklee Independent Distributor; Najmi Anuar (ID 854348)
♥ SMS/call/whatsapp/viber : 010- 2325408/ 019- 6695408
♥ Email: mommyqalesya@gmail.com
♥ Facebook: https://www.facebook.com/najmi.anuar.1


20 June 2013

Solat Dhuha dan Kelebihannya


Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:

“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”(Riwayat Ahmad)

Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.


Kelebihan solat dhuha

Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Masa pelaksanaan solat dhuha

Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.

Terdapat juga pendapat menyatakan adalah lebih afdal ketika matahari sedang naik panas terik,iaitu sekitar jam 10pagi- 11.30 pagi,Wallahualam..

Cara pelaksanaan solat dhuha

Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam.

Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat.

Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :

”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Niat solat sunat Dhuha

"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"

Baca ketika sujud yang terakhir - 3 kali

Doa selepas solat sunat Dhuha:



Maksudnya:

Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan, keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.




19 June 2013

Moment of Sadness..Ya Allah..



Sebagai umat islam, kita ada masalah , maka ingatlah sepotong ayat ini :

“Salaamun qualan min rabbir – rahiim (Selamat dan rahmat daripada Tuhan yang maha rahmat )

Barangkali sesiapa sedih bca ayat ini insya Allah sedih akan hilang.
Barangkali sesiapa takut bca ayat ini insya Allah takut akan hilang.
Barangkali sesiapa sakit bca ayat ini insya Allah sakit akan hilang.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
“Tidak akn aku ubah seseorang itu ,jika ia berubah sendiri "



Boleh juga mengamalkan bacaan Surah AL-KHAUSAR:

* Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.
* Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

* Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.



Dan di masa kelapangan, rajin2 kan diri kita membaca al-Ma'thurat..lepas solat subuh dan asar

Ada doa dlm ma'thurat tu...antaranya

"Allahumma inni auzubika min hammmi walhazani wa auzubika min ajni wal kasali wa auzubika min jubni wa auzubika min galabatidunya wakahrirrijal

"maksudnya "alluhumma, aku berlindung pada Mu dari rasa sedih dan gelisah dan aku berlindung padaMu dari sikap pengecut dan bakhil dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan."


Insya Allah apabila kita rajin berdoa dan meminta hanya kepada NYA, hati kita akan tenang dan hilang kesedihan
Amin c:


18 June 2013

Sanggup hadapi risiko anak tiada imunisasi?

Jangan terkejut jika ada sesetengah ibu bapa yang enggan memberi kebenaran imunisasi kepada anaknya.

Kenapa? Kebanyakan mereka sebenarnya kurang jelas tentang imunisasi di Malaysia, yang mana memang telah diwajibkan di Malaysia bagi semua bayi dan kanak2.

Penting diingatkan kembali bahawa Semua vaksin yang diberi oleh KKM adalah selamat dan berkesan selaras dengan cadangan World Health Organization (WHO).

Jom kita lihat antara soalan2 utama berkaitan imunisasi ini:


S1 : Apakah imunisasi?

Imunisasi atau pelalian ialah pemberian vaksin kepada seseorang untuk melindunginya daripada beberapa penyakit tertentu.

Antibodi daripada ibu akan memberi perlindungan sementara selama lebih kurang enam bulan sahaja, maka bayi perlu diberi imunisasi supaya terlindung daripada penyakit.

Imunisasi yang diberi kepada kanak-kanak serta bayi merupakan cara yang paling berkesan dan kos efektif untuk melindungi mereka dari penyakit tuberculosis (TB), difteria, pertussis (batuk kokol), tetanus (kancing gigi), poliomyelitis, campak, rubella dan hepatitis B.

Walau bagaimanapun masih terdapat kanak-kanak yang tidak diberi imunisasi kerana kekurangan pengetahuan mengenai vaksin serta jadual imunisasi, salah faham mengenai kontraindikasi, kerisauan tentang kesan sampingan serta komplikasi vaksin.

S2 : Apakah keimunan aktif?

Keimunan aktif diperolehi dengan memberi vaksin secara suntikan atau melalui mulut. Contoh-contoh vaksin terdiri daripada yang berikut :

•(i) “Live – attenuated vaccines” (vaksin hidup yang dilemahkan) seperti vaksin poliomyelitis (OPV), campak, rubella dan BCG.
•(ii) “Killed vaccines” (vaksin mati) seperti vaksin pertussis dan inactivated poliomyelitis (IPV).
•(iii)‘Sub-unit vaccine’ (vaksin subunit) seperti vaksin pneumococcus, hepatitis B, influenza.
•(iv) “Toxoid” (toksoid) seperti vaksin diphtheria tetanus.

Kebanyakan vaksin memberi perlindungan daripada penyakit dengan merangsangkan sistem keimunan badan untuk menghasilkan antibodi.

Vaksin BCG memberi perlindungan melalui keimunan sel (cell mediated immunity). OPV juga memberi keimunan tempatan (local immunity) didalam saluran usus.

S3 : Apakah keimunan pasif?

Keimunan pasif diperolehi melalui suntikan dengan imunoglobulin manusia. Walaupun perlindungan yang diberi adalah segera, tetapi ianya cuma berkesan untuk beberapa minggu sahaja.

Terdapat 2 jenis imunoglobulin iaitu :

•(i) “Human normal immunoglobulin” (HNIG)

diperolehi dari plasma penderma-penderma dan mengandungi antibodi terhadap virus yang kini berada di populasi umum.

Contoh di mana HNIG digunakan ialah pemberiannya kepada kanak-kanak kekurangan daya pertahanan badan (immunosuppressed children) yang terdedah kepada campak sekiranya mereka belum dijangkiti penyakit tersebut.

•(ii) Imunoglobulin spesifik untuk tetanus, hepatitis B, rabies dan varicella/zoster (cacar air)

Imunoglobulin ini diperolehi dari darah penderma-penderma yang sedang sembuh dari penyakit-penyakit tersebut, darah penderma-penderma yang baru diberi imunisasi yang berkenaan serta mereka yang didapati mempunyai paras antibodi yangtinggi.

Oleh itu setiap imunoglobulin spesifik mengandungi paras antibodi yang lebih tinggi berbanding dengan HNIG.

Contoh dimana imunoglobulin spesifik digunakan ialah pemberian “Hepatitis B imunoglobulin” (HBIG) kepada bayi yang baru lahir sekiranya ibu adalah HbsAg positif.

S4 : Bilakah bayi serta kanak-kanak perlu diberi imunisasi?





Updated Jadual imunisasi Kementerian Kesihatan Malaysia

(i) Bayi

• bayi baru lahir: BCG, Hepatitis B pertama
• 1 bulan: Hepatitis B dos kedua
• 3 bulan: DPT dan OPV dos pertama
• 4 bulan: DPT dan OPV dos kedua
• 5 bulan: DPT dan OPV dos ketiga
• 6 bulan Hepatitis B dos ketiga
• 9 bulan: Campak

(ii) Kanak-kanak berusia 1-4 tahun

•1 ½ - 2 tahun DPT dan OPV dos tambahan pertama

(iii) Kanak-kanak sekolah

•Darjah 1 DT dan OPV dos tambahan kedua
•BCG (jika tiada parut)
•Rubella (untuk pelajar perempuan sahaja
•Darjah 6 BCG
•Tingkatan III Toxoid tetanus

(iv) Ibu mengandung

Permulaan Toksoid tetanus dos pertama semasa kehamilan 24-28 minggu (Kementerian Kesihatan Malaysia menggalakkan toksoid tetanus diberi apabila kehamilan dipastikan)

Toxoid tetanus dos kedua 6-8 minggu selepas dos pertama Tambahan Satu dos toxoid tetanus setiap kali mengandung

Nota : DPT- Difteria, pertussis & tetanus, DT – Difteria & tetanus


S5 : Apakah kontraindikasi kepada imunisasi?

1.Demam kerana sakit serius. Imunisasi ditangguhkan sahaja

2.Imunodefisiensi merupakan kontraindikasi kepada “live-attenuated vaccines”sahaja. “Killed vaccines” boleh diberi.

Keadaan imunodefisiensi termasuk :

- sakit imunodefisiensi yang diwarisi
- leukemia, lymphoma, penyakit Hodgkin’s dan sebagainya- ditangguhkan sehingga 6 bulan selepas habis rawatan.
- rawatan imunosupresif dan radiasi- ditangguhkan sehingga 6 bulan selepas habis rawatan.

- Rawatan dengan kortikosteroid seperti Prednisolone 2 mg/kg/hari untuk > 7 hari atau dos rendah/sederhana tiap-tiap hari untuk > 2 minggu. Imunisasi ditangguhkan sehingga 3 bulan selepas habis rawatan.

- Kanak-kanak yang diberi dos rendah/sederhana selama < 2 minggu serta mereka yang diberi dos rendah selang sehari untuk jangkamasa yang lebih lama boleh diberi “live-attenuated vaccines”. Inhalasi steroid juga bukan kontraindikasi. 3.Kehamilan “live-attenuated vaccines” tidak boleh diberi 4.Kontraindikasi spesifik : - BCG (Jangkitan HIV yang bersimptomatik), Pertussis - penyakit neurologikal yang progresif seperti infantile spasms - reaksi kepada dos yang lebih awal seperti: anafilaksis, keadaan “shock”, sawan dan demam dalam 72 jam atau demam > 40.5 C dalam 48 jam

- ensefalopati dalam 7 hari
- Difteria dan Tetanus – tiada kontraindikasi
- Polio – cirit-birit (vaksin diberi tetapi dos ini tidak dikira. Dos ini perlu diulangi kelak)
- Rubella – Kehamilan
- Campak (measles) – Anafilaksis kepada protein telur

* Rujukan kepada doktor untuk membuat keputusan mengenai imunisasi adalah disyorkan.

S6 : Apakah komplikasi imunisasi?

Imunisasi adalah selamat tetapi kadang-kadang mungkin terdapat beberapa komplikasi.

Komplikasi tempatan seperti bengkak, inflamasi, bisul atau ulser di tempat suntikan perlu dirujuk kepada doktor sekiranya serius.

Demam yang rendah boleh dirawat dengan parasetamol tetapi demam tinggi, menangis tak berhenti-henti lebih daripada dua jam atau sebarang gejala-gejala neurological harus dirujuk ke hospital.

Jika terjadinya sawan atau reaksi anafilaksis, rawatan kecemasan harus diberi dahulu sebelum dirujuk ke hospital.

S7 : Bagaimana seseorang jururawat atau doktor boleh memastikan setiap kanak-kanak mendapat imunisasi yang lengkap?

Setiap kali seseorang kanak-kanak dirawat di klinik atau hospital status imunisasinya harus disemak. Sekiranya terdapat sebarang imunisasi yang belum diberi, dia mesti diberi imunisasi berkenaan sebelum meninggalkan klinik atau hospital.

Sebarang keputusan untuk menangguhkan atau tidak memberi imunisasi mestilah dibuat selepas menimbangkan dengan teliti kesan-kesan tindakan kita terhadap kanak-kanak tersebut. Di dalam keadaan ini, seseorang doktor haruslah menyediakan satu jadual imunisasi bertulis yang lengkap untuk kanak-kanak tersebut.


Dr Neoh Siew Hong
sumber: creadit to Malaysian Paediatric Association (MPA)


17 June 2013

HFMD: Fact Sheet for PARENTS

Ok.. Jom baca info tentang Hand Foot Mouth Disease(HFMD) pula.

Sebenarnya terdapat juga case2 yang tak clear cut bagi kanak2 dengan demam+rash+mouth ulcerterutama pada hari2 awal tak sihat.

Tapi yang penting, up kan diri kita sebagai parent prihatin dengan info2 basic
--> so senang lah masa nak jumpa doktor nanti bukan? c:


About Hand, Foot, and Mouth Disease (HFMD)

Hand, foot, and mouth disease is a common viral illness that usually affects infants and children younger than 5 years old.

However, it can sometimes occur in adults.

Symptoms of hand, foot, and mouth disease include fever, blister-like sores in the mouth (herpangina), and a skin rash (mainly over bilateral palms and sole of foot) .


Hand, foot, and mouth disease is caused by viruses that belong to the Enterovirus genus (group). This group of viruses includes polioviruses, coxsackieviruses, echoviruses, and enteroviruses.

Coxsackievirus A16 is the most common cause of hand, foot, and mouth disease in the United States, but other coxsackieviruses have been associated with the illness.

Enterovirus 71 has also been associated with hand, foot, and mouth disease and outbreaks of this disease.

Signs & Symptoms

Hand, foot, and mouth disease is often confused with foot-and-mouth disease (also called hoof-and-mouth disease), a disease of cattle, sheep, and swine.

However, the two diseases are caused by different viruses and are not related. Humans do not get the animal disease, and animals do not get the human disease

Hand, foot, and mouth disease usually starts with a fever, poor appetite, a vague feeling of being unwell (malaise), and sore throat.

One or 2 days after fever starts, painful sores usually develop in the mouth (herpangina). They begin as small red spots that blister and that often become ulcers. The sores are often in the back of the mouth.

A skin rash develops over 1 to 2 days. The rash has flat or raised red spots, sometimes with blisters. The rash is usually on the palms of the hands and soles of the feet; it may also appear on the knees, elbows, buttocks or genital area.

Some people, especially young children, may get dehydrated if they are not able to swallow enough liquids because of painful mouth sores.

Persons infected with the viruses that cause hand, foot, and mouth disease may not get all the symptoms of the disease. They may only get mouth sores or skin rash.

Complications

Health complications from hand, foot, and mouth disease are not common.

Some complications include:

- Viral or "aseptic" meningitis can occur with hand, foot, and mouth disease but it is rare. It causes fever, headache, stiff neck, or back pain.

- Inflammation of the brain (encephalitis) can occur, but this is even rarer.

- Fingernail and toenail loss have been reported, occurring mostly in children within 4 weeks of their having hand, foot, and mouth disease.

At this time, it is not known whether nail loss was a result of the disease. However, in the reports reviewed, the nail loss was temporary and the nail grew back without medical treatment.

Transmission

The viruses that cause hand, foot, and mouth disease (HFMD) can be found in an infected person’s:

nose and throat secretions (such as saliva, sputum, or nasal mucus),
blister fluid, and
feces (stool).


An infected person may spread the viruses that cause hand, foot, and mouth disease through:

close personal contact,
the air (through coughing or sneezing),
contact with feces,
contaminated objects and surfaces.

For example, you might get infected by kissing someone who has hand, foot, and mouth disease or by touching a doorknob that has viruses on it then touching your eyes, mouth or nose.

It is possible to get infected with the viruses that cause hand, foot, and mouth disease if you swallow recreational water, such as water in swimming pools.

However, this is not very common. This is more likely to happen if the water becomes contaminated with feces from a person who has hand, foot, and mouth disease, and is not properly treated with chlorine.

Generally, a person with hand, foot, and mouth disease is most contagious during the first week of illness.
People can sometimes be contagious for days or weeks after symptoms go away.

Some people, especially adults, who get infected with the viruses that cause hand, foot, and mouth disease may not develop any symptoms. However, they may still be contagious.

This is why people should always try to maintain good hygiene (e.g. handwashing) so they can minimize their chance of spreading or getting infections.

You should stay home while you are sick with hand, foot, and mouth disease. Talk with your healthcare provider if you are not sure when you should return to work or school. The same applies to children returning to daycare.

Hand, foot, and mouth disease is not transmitted to or from pets or other animals.

Diagnosis

Hand, foot, and mouth disease is one of many infections that cause mouth sores. Health care providers can usually tell the difference between mouth sores caused by hand, foot, and mouth disease and other causes by considering —

how old the patient is,
what symptoms the patient has, and
how the rash and mouth sores look.

Depending on how severe the symptoms are, samples from the throat or stool may be collected and sent to a laboratory to test for the virus.

Prevention & Treatment

There is no vaccine to protect against the viruses that cause hand, foot, and mouth disease.

A person can lower their risk of being infected by

Washing hands often with soap and water, especially after changing diapers and using the toilet. Visit CDC’s Clean Hands Save Lives! for more information.

Disinfecting dirty surfaces and soiled items, including toys. First wash the items with soap and water; then disinfect them with a solution of chlorine bleach (made by mixing 1 tablespoon of bleach and 4 cups of water).

Avoiding close contact such as kissing, hugging, or sharing eating utensils or cups with people with hand, foot, and mouth disease.

If a person has mouth sores, it might be painful to swallow. However, drinking liquids is important to stay hydrated. If a person cannot swallow enough liquids, these may need to be given through an IV in their vein.
Treatment

There is no specific treatment for hand, foot and mouth disease. However, some things can be done to relieve symptoms, such as

Taking over-the-counter medications to relieve pain and fever (Caution: Aspirin should not be given to children.)
Using mouthwashes or sprays that numb mouth pain

Persons who are concerned about their symptoms should contact their health care provider.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ops kali ini, adik Qalesya kena chickenpox manakala abang Hazim pula HFMD. Baru tadi pengasuh adik di Abqari Razin called, bagitahu ada baby yang kene HFMD di sana.

Erm tak mustahil,adik boleh kena HFMD juga nanti, contact kat rumah dan taska dua2 ada!! :c


Artikel menarik lain tentang misdiagnosis of HFMD dan chickenpox, creadit:

1. Don’t mistake hand, foot and mouth disease for chicken pox: http://www.hindustantimes.com/India-news/Mumbai/Don-t-mistake-hand-foot-and-mouth-disease-for-chicken-pox/Article1-941814.aspx