Google+ Followers

Followers

Saturday, June 22

Resepi puding Avocado



Pagi tadi merupakan menu pertama Avocado di rumah: sarapan bersama avocado lecek + EBM

Hehe tak sempat nak snap picture sebab adik dah habiskan. cepat je, yelah bagi adik pun suku biji je camtu untuk rasa je.

Habis avocado lecek tu bagi bubur ikan salmon + carrot pula. Habis juga. Adik2 kuat makan tapi badan kat line kuning juga hehe

* kalau untuk bayi seawal 7 bulan macam tu, boleh lah blender ye. Tambah EBM atau susu formula ikut kepekatan yang dikehendaki

Petang ini pula, masa untuk merasmikan puding Avocado -yang buat malam tadi. Sengaja simpan dalam fridge 1 malam bia sejuk lebih,sedap hehe


Oh ya macam biasa saya jarang gunakan penimbang, sebab biasa mak ajar pun pakai sukatan gelas/mangkuk je. Lagi senang ( ",)

Jom tengok cara buat puding Avocado ni:

Bahan2 puding Avocado :

- 1/4 paket agar- agar
- 3 bahagian air
- 1 bahagian susu cair
- 5 sudu gula(nak kurang kan gula pun boleh, lebihkan dalam senyuman c:)
- 1/2 biji avocado
- 1 biji telur
- daun pandan ( pokok pandan rumah saya kecik sangat,jadi saya gunakan perisa pandan Brand Star je hehe

Cara membuatnya:

1. Rendam agar- agar dalam air hingga lembut, kemudian airnya dibuang
2. Letak agar- agar lembut dalam cawan/mangkuk, gunakan sebagai kiraan 1 bahagian
3. Scoop keluar isi avocado dengan sudu,dan Blender dengan 1 bahagian susu cair
4. Kemudian, Masak agar- agar dengan 3 bahagian air sehingga larut sebelum masukkan susu cair + isi avocado blender tadi

* Mengikut jenis agar- agar, biasanya jika 1:4 bahagian air (termasuk susu cair kalau guna) agak keras,
lain kali anda boleh tukar kepada 1:5 bahagian air

5. Letakkan telur dan kacau sehingga mendidih
6. Tutup api dapur dan tuang bahan2 agar- agar tadi ke dalam acuan dan sejukkan

* Jangan lupa tapis dahulu ya, sebab kebiasaannya memang akan ada agar- agar yang tidak larut habis, juga untuk menapis isi avocado yang tidak hancur masa blender tadi

7. Sebelum makan, terbalikkan acuan agar- agar dan hiaskan. Asalnya saya nak makan kosong je tapi bila tambah susu cair+ coklat Hersey ni lagi sedap pula hehe

Selamat mencuba!! c:



No comments: