Kelam kabut dibuatnya dengan adik qalesya ni. Tengah hari ni kene ambil pm off pula :c
Adik memang demam dari semalam lagi. Cuma tadi,Pengasuh AbQari Razin call; bagitau yang ruam adik makin bertambah. Nampak macam air bisa, ada yang pecah. Adik pula menggaru pula, gatal lah tu :c
Risau!!Dalam telefon dah beritahu pengasuh,jangan bagi adik main dengan budak2 taska lain. Aish bunyi macam kene chicken pox je. Habis lah budak2 lain. Harap2 'mak angkat' adik tak terkena la sebab dia tengah mengandung!!
Pagi tadi muka adik memang flushing. Ruam naik macam blister, ada yang dah pecah. Baru 1 hari dah penuh tangan kaki. Kat leher, upper chest dan celah groin pon ada. Memang cepat merebaknye, sebab tukang pecahnye suka menggaru huhu adik2 jangan jadi parut sudah
Kemudian bila cek2 lagi, kat kulit kepala adik dah ada yang jadi keruping pun. Haha mungkin kami berdua yang tak perasan agaknya
Pengasuh ada juga bagitau yang adik tak berapa nak makan. Kami bawa adik ke Paediatric GP, adik ada ulcer mulut!!padan lah huhu
Tapi pakar tu cakap, adik agak awal untuk diagnosis chicken pox, perlu tunggu 1-2 hari lagi baru boleh kompom. Satu lagi kemungkinan, adik mungkin kena HFMD ( Hand Foot Mouth Disease) sebab ada ulcer and trunk spared!
Haha kalau betu HFMD, alamat kene tutup lah Taska adik tu nanti huhu harap2 tak lah :C
Masalahnya, kalau HFMD pula adik tiada ruam di kaki dan mulut. Pernah juga saya admitkan budak HFMD dulu ke ward, tapi keadaan die memang lain.
Dalam hati, biarlah adik kene chicken pox, bukan HFMD. Bahaya!
Balik dari klinik, kami dah berkira2 untuk hantar abang hazim ke tg Malim isnin nanti. Yelah daddy ada kursus di KL, senang sikit saya nak handle adik di Penang nanti hehe
Eh ini KONONNYA nak elakkan closed contact juga lah. Walaupun abang sebenarnya memang dah lama ter exposed dengan adik yang tengah infectious ni pon haha denial state huhuhu
Apapun masa mandikan Abang hazim maghrib tadi, rupanya abang pun dah mula ada ruam tapi tak gatal macam adik. Blister juga tapi lebih kecil dan belum ada yang pecah lagi.
Lebih risau bila abang hazim ada ruam kat tapak tangan dan kaki die. Sejibik macam dalam text book Paediatric masa belajar dulu. Ulcer mulut tak nampak pula.
HFMD? Mana pula jangkitnya ini, sebab adik duduk di taska dan abang duduk kat umah pengasuh Yati seberang jalan ni je huhu
Apapun semoga abang hazim dan adik Qalesya cepat sembuh ya sayang. Mama terpaksa EL juga next week walau tengah buat attachment ni di Hosp Seberang Jaya tu. Nasib2 :c
Untuk adik, siap la kamu..Minum susu mama banyak2 ye..Saya sendiri dah ready paket2 nutriferon kat dry kitchen tu. Senang nanti nak bancuh sesiap ngan ESP je trus pagi2 (gunakan performance drink pun bagus). Suami pun saya minta ambil sekali. c:
Tips tadi saya peroleh daripada kak nadia dulu. Memang berkesan, saya sendiri dah cuba beberapa kali lepas. Cuma kalau hari2 biasa, saya cuma ambil 1 paket seminggu untuk maintain sihat, Alhamdulillah c:
Saya yakin pasti kalian juga risau bila anak kesayangan jatuh sakit bukan? Jadi, Next entry nanti adalah special tentang HFMD dan Chicken pox! c:
**
Kurang sihat @ jatuh sakit bukan bermaksud bayi itu tidak sihat secara keseluruhannya.
Sakit akan menghasilkan daya imun yang lebih kuat bagi tubuh si kecil melawan jangkitan masa akan datang.
Yang penting, cara penjagaan si kecil yang betul dan supportive management serta pengetahuan asas serba sedikit tentang penyakit adalah penting: kerana dapat mengenali komplikasi lebih awal dan menjamin outcome kesihatan yang lebih baik.
Insya Allah
No comments:
Post a Comment