Google+ Followers

Followers

Thursday, June 6

Mazda CX5 vs Honda CRV.. Nak dua2 boleh tak? hehe

Dekat lebih 2 bulan dah kami berkira2 nak tukar kereta. Mula- mula dulu memang nak sangat tukar civic sekarang dengan hybrid. Al maklum, government pon tgh bg promosi si murah siket ler smp ujung tahun.

Kemudian, bila Honda CRV keluar, oh tidak tergugat lagi iman mama qalesya ni. Masa tu berminat ngan Toyota Wish juga. Ish2

Tup tup husband cakap Mazda CX5 Nampak macam lebih berbaloi. Tambahan pula ada kaler merah.Warna favrot qalesya ni hehe


kaler biru pun cantik, tapi hubby prefer putih la pulak (" ,)

Tetiap weekend bila balik kampung pula, sepanjang Highway Utara- Selatan tu kompom kot mesti ada CX5. Ini dah jadi tanda2 awal ni.

Erm jadinya baru nak mula promote jual kereta lah pulak sekarang.Bila p casualty, banyak MA Tanya, 'aish napa semua mende nak jual?'

Hehe ok.walaupun sememangnya kereta sekarang merupakan kereta idaman sejak zaman sekolah dulu:

- kereta sekarang rm 0.15 untuk 1km vs mazda CX5 rm 0.12 je (tp ada juga yang cakap dalam 13-14sen)

- mazda CX5 lebih 'nice looking' dan driver seat lebih selesa dari Honda CRV hehehe

- kereta sekarang kaler coklat- grey vs mazda CX5 ada kaler merah hehehe boleh jadi alasan kot hehe

- mazda free maintenance untuk first 3 years atau 60 000km...jimat2

- Toyota wish ok, tapi panjang sangat kalau sy yang drive (hubby yang cakap hehe)-->sy memang 'no 1' bab2 parking kereta ni (" ,_)
lagipun anak baru 2 je huhu


Sebenarnya, en hubby lebih terlibat secara langsung dalam bab ni hehe. Jom tengok comparison Mazda CX5 & Honda CRV c:

- http://www.autos.ca/car-comparisons/comparison-test-2013-mazda-cx-5-vs-2012-honda-cr-v/
- http://www.mostfuelefficientsuv.info/honda-cr-v-vs-mazda-cx-5-suv-comparison/
-

**Creadit:

Apa pun, esok launching Mazda kat Quensbay Mall kat Island, hubby nak p katanya. Harap2 dapat menang lucky draw jugak la..amin.. c:

Anda pula bagaimana?Ada komen atau cadangan..?c: