Pages

Translate

Search This Blog

03 July 2013

Ketam Sweet Sour

Hari ini masih lagi dengan mood ganti puasa.

Pagi tadi, bersahur pukul 1 pagi: dengan 1 gelas ESP + meal shakes + Tab multivitamin. Lepas tidur, terjaga semula pukul 6.15pagi. Tak sahur lagi la hari ni hehe

Hari ni pula saya oncall. Alhamdulillah macam biasa boleh maintain sampai ke petang. Masa kawan2 lunch, tengok2 hp jumpa pic ketam sweet sour ni.



Erm buka puasa, makan dengan nasi panas+ sirap ais sedap ni hehe


BAHAN- BAHAN

3 ekor ketam : kerat dua
2 ulas bawang putih (dicincang)
lada boh (lada kering dikisar bersama bawang merah+ bawang putih)
4 sudu sos tomato
4 sudu sos cili
nenas dipotong dadu (nenas kiub dalam tin pun boleh)
minyak masak untuk menggoreng
2-3 sudu tepung jagung
2sudu gula pasir/ gula melaka
secubit garam
Daun ketumbar


CARA- CARA

1. Gaulkan ketam yang telah dibersihkan bersama 2 sudu tepung jagung
2. Goreng ketam tadi dan diangkat ke tepi
3. Tumis bawang putih sehingga naik bau dan wangi
4. Masukkan lada boh dan tumis sampai lada masak
5. Tambahkan sos cili dan sos tomato, kacau lagi diikuti nenas kiub
6. Apabila mendidih, Masukkan ketam dan digaul rata
7. Sebelum diangkat, letak secubit garam dan 2 sudu gula
8. Taburkan daun ketumbar untuk hiasan



Siap!! Kalau nak berkuah, boleh tambahkan air mengikut kepekatan yang dikehendaki.

Ada juga yang meletakkan telur dan kiub ayam sebagai penambah perisa, tapi saya sendiri lebih suka resepi asal ni je. Barang2 pun senang nak dapat c:


**
Kuat ketam kerana sepit, kuat burung kerana sayap, kuat ikan kerana radai (",)

No comments: