Pages

Translate

Search This Blog

10 July 2013

Resepi kek red velvet ubi bit

Saya memang minat memasak and cuba2 resepi. kalau kek2 or biskut banyak masak banyak makan juga.

Tengok lah masa tengah pregnant last year, hampir setiap minggu ada je kek butter or kek buah. Kebetulan mak mertua pun suka kek kosong oren, hehehe tuterutama buat kek.

Tapi terus terang saya memang tak pandai buat deco2 cake tu. Tu yang jadi agak hancus ni hehe

Yang penting terhasil jugak kek baldu buat suami tercinta. Sempena befday daddy yang ke 32tahun, juga sempena menyambut ramadhan esok hari jugak! c:


Resepi ni sebenarnya saya ambil dari blog Zue, cuma saya bakar dalam loyang kek, bukannya cawan cup kek tu hehe
anyway tq ya Zue c:

BEETROOT RED VELVET
sumber: Ezani masterchef

Bahannya:

(A)
1 1/2 cawan puri ubi bit (disagat dan diblend)
1/2 cawan jus lemon
1 sk cuka

(B)
230gm butter ~ suhu bilik
225gm creamcheese ~ suhu bilik
2 cawan gula castor
4 biji telur
1 1/2 sk esen vanila

(C)
**2 cawan tepung gandum
**1 1/2 sk baiking powder
**1 1/2 sk garam (saya guna 1/2 sudu kecil je hehe)
**3 sb serbuk koko

** diayak

Caranya:

1. Panaskan oven 150'c

2. Untuk puri, campurkan kesemua bahan A. Asingkan

3. Dalam mixer, mula-mula masukkan cream cheese dan butter. Pukul sehingga sebati

4. Masukkan gula dan pukul lagi

5. Kemudian Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil pukul. Masukkan juga esen vanila dan pukul lagi

6. Lastly masukkan bahan C dan pukul sehingga sebatisebelum dicampur bersama puri bahan A tadi

7. Masukkan dalam loyang yang telah digris dengan mentega dan tepung--> bakar dalam oven

* untuk buat cup cake, masukkan dalam mangkuk kertas dan sedia dibakar pada 15-20 minit bergantung pada oven masing-masing


bahan2 utama kek ni, suami tolong beli ni kat mid valley semalam ( " ,)



abang long hazim siap panjat meja nak tengok kek dia hehe

Ok. siap. ini hasil nye hehe eh eh tapi ntah lah saya rasa m acam tak berapa merah pun ya..? Erm ubi bit semalam merah menyala dah, siap lekat kat tangan lagi. Agak nye terlebih koko van Houten kot huhu

Untuk topping saya guna butter cream icing untuk kek love tu, and white chocolate untuk kek abang long. Sebab suami memang tak suka cheese, nanti buat creeam cheese jugak kompom tak makan c:

**

Tahu apa itu ubi bit?

Saya pun tak tahu hehe tapi sejak nampak Ezani Master Cheft tu asyik keluar kat tv, ni lah first time saya kenal ubi bit hehe

Tapi menurut bonda tercinta, ubi bit ni memang dh glamor zaman dia muda- muda dulu. Kebanyakannya untuk perubatan tradisional lah c:

Beet Merah yang tumbuh secara semulajadi mempunyai khasiat yang amat bernilai tinggi dari segi kesihatan.

Sejak berkurun yang lalu ubi bit/beet merah cukup terkenal sebagai ubat bagi penyakit demam kuning serta beberapa penyakit lain. Manisnya yang semulajadi dan kandungan galian yang terdapat dalam beet Merah dapat dijadikan penawar kesihatan yang berkesan kepada manusia.

Hasil kajian beberapa orang saintis, beet Merah amat sesuai dijadikan makanan tambahan bagi orang yang perihatin terhadap dan berhasrat menjaga kesihatan diri.

Dalam "Encyclopedia of Healting Juice", Dr John Heinerman menyebut, Beet Merah boleh membantu menambahkan darah dan membersihkannya secara semulajadi melalui kandungan galian dan gula natural yang terdapat didalam ubi beet tersebut.

Sebuah artikel bertarikh 27hb. Februari 1996 bertajuk "Issue of cancer" mengatakan Beet Merah baik untuk mencegah berlakunya Kanser (Barah). Pendapat dan pandangan yang sama turut dikemukakan ole Hugo Schulz, seorang ahli Farmasi dari Jerman, melalui hasil kajian akademiknya pada tahun 1964 dan H O Kleine, pakar Kanser dari Jerman, yang membuat kajian pada tahun 1983.

- Mengandungi karbohidrat, protein dan lemak untuk tenaga
- Mengandungi vitamin seperti: A, B1, B2, B6, B12 dan C untuk membina kesihatan tubuh dan kecantikan kulit
- Mengandungi Beta-Carotena dan Karotenoid yang merupakan anti-oksida
- Kaya dengan Kalium, Niasin, Asid Folik, Zink, Magnesium, Fosforus, Kalsium, Sulfur, Fodine, Ferum, Kuprum dan termasuk juga galian yang sukar didapati seperti Rabidum dan Cesium
- Membantu menyerap nutrien-nutrien yang diperlukan
- Membantu buang toksik dalam badan

sumber: seluas lautan


Sudi2 lah komen ye. Saya budak baru belajar. Hehe

p/s: tak sabar nak tunggu anak2 besar, teringin sangat nak join kelas deco kek! c:



6 comments:

Topik said...

wa,,,, enaknya makan...

Fiqa Nsz said...

sedapnya..follow sini. :)
fiqansz.blogspot.com

mommyqalesya said...

sape minat cheese sure suka kek ni c:

cuba ler try, mesti lagi sodapp (",)

mommyqalesya said...

Sedap..c:

Jom Bergaya dengan Cara Hidup yang Sihat said...

ada jual x?

Unknown said...

as salam...

kek ni ada rasa ubi tak bila masukkan puri beetroot tu?

tekstur kek ni jadi cemana ye?

terima kasih