Google+ Followers

Followers

Friday, July 19

Puding buah naga


Masih lagi dengan semangat memasak bulan puasa ni..hehe

Haa sila abaikan yang sumbing atas tu ye, sebab maknya kurang sabar sket masa nak kluarkan dari acuan, ini lah hasilnya (" ,)

Petang tadi ni habis kerja terus singgah kedai- nampak buah naga yang comel tu..cantik lak tu dengan kaler merah die..terus sambar sejibik wat masak c:

Puding buah naga

Bahan-bahan:


1. Lembutkan agar2, letak dlm gelas/mangku dan anggap sebagai 1 bahagian :y panjang standart tu tak tgok lak brape gm ( ",)
2. 3 bahagian air (sukat dengan gelas/mangkuk yang sama
3. 1 bj telur
4. 1/2 paket santan (optional)
5. Gula 4 sudu
6. 1/2 biji buah naga, diblender halus dengan 1 bahagian air

Cara- cara nya:div>

1. Masak agar2 dengan air sampai larut dan mendidih

2. Kemudian tapiskan dan masuk semula dalam periuk baru

3. Letakkan buah naga yang telah diblender

4. Masukkan gula dan kacau sebati hingga mendidih

5. Tambahkan santan

6. Boleh tambah telur sebelum dituang dalam acuan agar2*

7. sejukkan dalam fridge dan siap!! Selamat berbuka ya C:


--> kalau nak bertali kasar tu, lepas masukkan telur biarkan sekejap atau kacau2 manja je c:

--> Agar agar dengan puding sebenarnya lebih kurang sama je. Pada saya kalau tambah santan or susu, haa jadi lah puding @ puding agar2 kan..lau tak nama nye agar2 sahaja lah hehe

KHASIAT BUAH NAGA:

Buah naga (Hylocereus polyrhizus) adalah buah asli dari Amerika Tengah dan tumbuh di daerah dengan iklim tropika, subtropika, hingga daerah beriklim kering.

Manfaat dari buah naga ini sudah dikenal di seluruh dunia:

- antioksidan yang sangat baik sehingga dapat melindungi tubuh dari radikal bebas dan kanser

- untuk tubuh bagi untuk menetralkan racun, dan juga mengikat logam berat

- Vitamin C yang tinggi dalam buah naga sangat berguna untuk meningkatkan imuniti dan membantu menyembuhkan luka

-Vitamin B2 dan B1 dalam buah naga sangat baik untuk meningkatkan metabolisme dan memulihkan nafsu makan.

- Ditambah lagi, buah naga juga mengandung vitamin B3 yang berfungsi untuk menurunkan kadar kolesterol

- juga memiliki manfaat untuk menyembuhkan penyakit batuk dan asma hingga mengatasi darah tinggi

- kandungan fosfor dan kalsium pula membuat tulang menjadi kuat dan gigi menjadi lebih sehat

- banyak mengandung serat sehingga mampu mengurangi lemak

- baik untuk kesehatan mata karena mengandung karotena

- jadi ia sangat baik untuk mereka yang ingin mengawal berat badan">menurunkan berat badan

- juga bermanfaat sebagai ubat diabetes


Wallahualam.. c:

No comments: