Google+ Followers

Followers

Friday, July 26

resepi pastry Chicken puff c:

Teringin nak buat chicken puff pastry, tapi doh pastry tu pula tak pandai nak buat. Hehe ada resepi tapi takut tak jadi.

Nasib baik ada doh pastry jenama kawan ni, bagus juga sebab tak perlu menguli tepung lagi dah. Dan rasanya pun boleh tahan. Untuk orang yang nak segera pastry kawan ni amat2 gigalakkan (" ,)


terlebih hangus sket sebab qalesya agak noti masa buat chicken puff ni (",)

Bahan untuk inti:

3bj keledek saiz sederhana (alternative: kentang), dipotong dadu
2 ketul isi ayam, didadu
sayur campuran (jagung, karot dan kacang pis)
1 helai bay leaf
sedikit garam +- 2 sudu gula
1 biji bawang besar, didadu
3 biji bawang merah dihiris nipis
1 ulas bawang putih dicincang halus
1 cawan susu segar + 1 sudu kari daging
minyak neuveda untuk menumis

* sy masak jarang sangat pakai penimbang, agak2 je ye banyak mana c:

Bahan2 untuk pastry luar:

Puff pastry jenama KAWAN bersaiz 4 inci x 4 inci
sedikit serbuk lada hitam
Kuning telur

CARA- CARA NYA:

1. Tumis bawang merah, bawang besar dan bawang putih bersama sedikit minyak neuveda- minyak zaitun pun boleh juga c:

2. Setelah naik bau, tumelah iskan pula 2sudu lada boh hingga naik minyak

3. Kemudian masukkan fresh milk yang telah dicampurkan bersama serbuk kari

4. Masukkan pula keledek/ kentang dadu-->dikacau hingga empuk (tambah air jika belum empuk)

5. Kemudian, masukkan pula sayuran campuran dan kacau hingga kering
-->kali ini saya gunakan 1/2 batang karot+ setengah tin jagung krimer, balance puding kastard hari tu hehe

6. Sebelum itu, jangan lupa letakkan sedikit garam sebagai perisa

7. Tambahkan juga 2 sudu gula terutamanya jika anda menggunakan kentang c;


8. Sejukkan inti, siapkan peralatan untuk membakar

9. Lorekkan dengan pisau pada kepingan pastry seperti pic diatas

10. Letakkan inti, kapit pastry tadi supaya menjadi segi tiga

11. Tekan sisi pastry tadi dengan garfu supaya isi tidak terkeluar nanti

12. Sebelum bakar, sapukan permukaan pastry dengan telur kuning dan sedikit black papper

13. Bakar dalam suhu 190celcius pada 8-10 minit c:


selamat mencuba !!



7 comments:

Nisha said...

Woah!!! Nice! ^U^ Btw, Jom Join! 28 hadiah menarik! Top refferal akan mndapat Rantai Moustache dan HADIAH PILIHAN SENDIRI! Let's Join! :D http://hadiahbintangjatuh.blogspot.com/2013/07/segmen-simple-giler-by-anis.html

Violet Sofia said...

cedapnyerrrr.... haha! bahaya ni tengah2 puasa ni...

syiela said...

nyum nyum dapnye

drNajmi anuar said...

Wahh menarik jugak hadiah nye hehe nnt sy nak terjah n join juga lah c;

drNajmi anuar said...

Hehe buat moreh la..sekali ngan teh o atau kopi o panas..lagi mengancam haa

drNajmi anuar said...

Syiela boleh la cuba buat jugak..resepi segera ni haha

drNajmi anuar said...
This comment has been removed by the author.