Pages

Translate

Search This Blog

04 April 2014

Supplement Kalsium dan Bahaya Hypercalcemia

Kekurangan kalsium boleh menyebabkan gejala tulang mudah patah dan kesakitan teruk ketika lanjut usia.

Penyakit ini dinamakan osteoporosis. Penyakit ini sangat menakutkan kerana tulang-tulang kita akan tiba-tiba patah tanpa sebab atau jika terjatuh sedikit.


Ok.Sempena promosi Ostematrix Buy 6 Free 1 bulan ini, sengaja saya up kan tentang post " Bahaya Terlebih Kalsium" c:

Berapa Keperluan Kalsium ?

Sebanyak ~1500 mg kalsium diperlukan untuk memenuhi keperluan harian badan kita

Kebanyakan sumber kalsium boleh diperoleh melalui diet pemakanan produk tenusu dan juga sayuran hijau

Namun begitu, pengambilan kalsium diet semata-mata selalunya tidak mencukupi untuk diserap secara optimum ke dalam badan.

Ini kerana ia memerlukan Vitamin D untuk membantu penyerapan ke dalam badan dengan kadar yang lebih baik.

Bahaya Hypercalcemia @ Terlebih kalsium

Walaupun ia bukanlah biasa, tetapi kalsium yang tinggi dalam badan boleh mendatangkan bahaya, terutamanya apabila ia mengganggu jantung menyebabkan arryhmia.

Diet berlebihan adalah antara punca hypercalcemia tetapi terdapat faktor utama lain seperti kanser, hyperparathyroid dan masalah kegagalan buah pinggang.

Apakah simtom2 terlebih kalsium?

Perumpamaan mudah ialah dengan frasa "moans, stones, groans, and bones."

Contohnya adalah masalah sembelit, tidak berselera,batu karang, masalah kencing,tertekan, mudah keliru, dementia dan sakit tuang/sendi bersama tulang yang mudah patah


Jadi, Siapa yang Perlukan Kalsium Tambahan?

Kebanyakan orang tidak memerlukan extra supplement kalsium kerana ia mudah diperoleh melalui diet.

Jadi, bagi mereka yang boleh mengambil produk tenusu,mereka tidak digalakkan mengambil supplement kalsium tambahan.

Bagi wanita menopause atau golongan warga tua pula, mereka antara golongan yang memerlukan kalsium tambahan.

Begitu juga wanita mengandung dan menyusu.

Untuk pesakit ESRF yang memerlukan dialysis, mereka turut memerlukan supplement kalsium (diberikan dalam bentuk kalsium karbonat (CaCO3) tetapi memerlukan pemantauan pihak hospital.

* sekadar perkonsian, jadi consult doktor anda masing2 yang c:





No comments: