Google+ Followers

Followers

Friday, December 6

Sambal Ikan Bilis Goreng Tempoyak


Masa mengemas dan packing barang semakin suntuk. Esok kami kena mencari rumah sewa lagi Ipoh.

Huhu 3minggu sudah, tak jumpa rumah area hospital tu haha jangan kena tido hotel sudah hehe

Ok. Apa makanan korang yang yang mudah dimasak, siap lauk dalam masa kurang 5minit?

Haaa kan hari tu ada buat tempoyak, jadi ini makan malam untuk hari ni: Nasi panas + Samabal Ikan Bilis Tempoyak!


Nyum2, cepat dan mudah jugak (" .)

CARA- CARANYA:

1. Goreng garing ikan bilis dan asingkan

2.Tumbuk 3 bj bawang merah dan 1 biji bawang putih bersama cili api + sedikit kunyit hidup

* saya tumbuh ala2 sederhana lumat je, saje tak mau halus2 sangat hehe
* sukahati korang lah nak banyak mana cili tu - jangan sampai jadi buasir sudah! )

3. Titikkan 1 batang serai

4. Kurangkan minyak ikan bilis tadi, tumis bahan yang telah ditumbuk + serai tadi sampai naik bau

5. Masukkan tempoyak sedap anda, kacau rata

6. letak 1 sudu teh gula dan perah asam limau sikit/letak asam keping 1 untuk tambah masam


7. Gaulkan dengan ikan bilis tadi, tutup api dan sengetkan kuali untuk tos minyak


8. Ready to eat!! C:


No comments: