Saya memang hantu durian. Masa mengandungkan anak pertama, tiap2 minggu durian dan cempedak.
Sampai bila balik kampung pun mak mertua mesti belikan. hehe bestnye memang tak ingat dunia sampai lah saya kena kencing manis on insulin masa tu hikhiks
Kali ni, macam biasa bau durian memang semerbak. Suami saya tapau 2biji dari T. Intan hari tu.Last2 dekat berapa hari dah tak bermakan sebab tak dan haha
Malam ni saya memang tak tahan pening dah. Durian tu makin masak. Dengan gigihnya saya buka sendiri haha
Durian tu memang cantik. Tapi ada yang agak sedikit bergas sebab terlalu masak. Erm, buat tempoyak lah. Apa lagi!
1. Dengan menggunakan sudu dan garfu, asingkan isi durian daripada bijinya
* tak kisahlah korang nak guna tangan dan pisau pun, janji bersih ok c:
2. Letakkan setempat dalam bekas, taburkan garam secukupnya.
* Kalau terlebih masin, tak boleh makan nanti, dan kalau terkurang pula tempoyak tak tahan lama (garam tu kan salah satu method mengawet hihi ingat zaman sekolah dulu he)
3. Gaulkan durian tadi bersama garam anda dengan sudu dan garfu tadi.
Saya tak suka pakai pelenyek sebab memang suka rasa isinya kasar2
cuma kalau nak dapatkan bentuk tempoyak yang halus malai tu nak pakai masher pun boleh.
4. Masukkan dalam bekas kaca, biarkan semalaman di luar kemudian baru simpan di peti sejuk.
Ini saya tak buat, sebab tak berapa minat tempoyak masam macam kat kedai tu hehe jadi saya letak kat luar kejap je (haa sebab lain saya boleh ratah je tempoyak ni bila2 masa hihi)
Tapi kalau untuk tempoyak dibuat masakan, elok letak luar sebab masam sikit tu baru sedap buat lauk
Siap! oh ya ntuk mendapatkan tempoyak yang tidak bah berair, boleh letakkan di atas penapis dan tutup dengan plastik.
Air yang turun tu nanti buang, simpan yang tos tu je c:
Nyum3. Tambah cili api, haha sedap betul dapat makan dengan nasi panas + ikan goreng.lalala esok kena masak nasi ni hihi
**
- peringkat awal, tutup bekas tempoyak anda jangan terlalu rapat sebab gas dia nak keluar dulu.
- bila ready di peti sejuk, barulah tutup rapat untuk elak seluruh fridge anda berduriaN!
- hati2 jika membawa transport tempoyak di tempat panas, pastikan bekas tidak terlalu penuh sebab nanti meletop!
(ini pengalaman real sedara saya, botol tempoyak meletops dalam kereta semasa balik kampung. Habis bumbung kereta!haha)
2 comments:
mmg terbukti... hantu durian. Serba serbi pasal durian semua tau. Tkasih utk info ni.. nice knowing
Durian hebatkan..pening2 terkedap bau durian pun kadang2 rasa teringin nak makan resepi durian y macam2 hehe
Post a Comment