Pages

Translate

Search This Blog

11 December 2013

Kek Batik Biskut Marie

Dari masa sekolah menengah dulu, kek batik biskut marie ni pada saya memang lebih sedap berbanding kek butter.

Orang kata, yang simple itu lah yang sedap bukan? c:

Kali ni, saya snap kek batik yang kakak saya buat je di tg malim hari tu.

Jadi, resepi yang saya tulis ni, modified version ya (resepi asal daripada kakak )hehe

BAHAN-BAHANNYA

3/4 paket biskut marie, dipatah 2 (tak suka patah 4, sebab nak bagi maintain crunchy sikit hee)
3 sudu planta (butter pun boleh)
1/2 cawan susu pekat manis
3 sudu serbuk koko Van Houten
1sudu milo
1 sudu gula
1/4 cawan fresh milk

* ada resepi yang letak telur, yang ini saya tak pernah buat lagi.Lagipun,malas nak try sebab resepi biasa ni pun dah sedap hehe

CARA MEMBUATNYA

Patah2 kan biskut marie dan letak di dalam dulang bekas, jadikan 3/4 penuh.

Satukan fresh milk, serbuk koko, milo dan susu pekat, kacau sebati. Nak senang gunakan whisk je c:

Cairkan planta dalam periuk atau kuali panas, kemudian masukkan bahan yang dikacau tai

Satukan pula gula dan kacau bancuhan sampai pekat

Masukkan biskut marie,dan matikan api.

Gaul hingga semua bahagian biskut tersalut dengan bancuhan.

Tuang dalam loyang telah dialas dengan plastik, tekan adunan tadi sampai padat dan tutup atasnya dengan baki plastik tadi

Setelah sejuk, simpan dalam peti ais atau boleh juga dihidangkan terus c:


No comments: