Hari ni masuk hari ke-2 saya terpaksa cuti (EL)sebab pengasuh adik jatuh sakit. Terkejut juga sebab petang kul 6 isnin tu baru makcik bgtau tak dapat jaga adik esok hari. Tu yang EL jadinya 2hari ni..
Saya dan suami pening jugak la nak cari pengasuh baru.
Kenapa tidaknya??
Adik qalesya MEMANG TAK MAHU dengan orang lain. Dia cuma mahu kan saya mamanya, suami dan makcik pengasuh lama saja. Malah dengan atok opah pon adik qalesya tak nak. (stranger anxiety). Inikan pula dengan orang asing yang dia memang tak pernah nampak ( ",)
Kelmarin petang je da kene reject dari pengasuh yang jaga abang hazim: qalesya tak nak orang katanya. Tapi kami sebenarnya memang tahu dia memang tak nak jaga adik sebab tak pandai berjalan lagi..Cuma kelmarin tu kami tanya la jugak mencuba nasib- walaupun gagal hehehe (pengasuh abang hazim duduk depan rumah kitorg je c:)
Semalam suami dapat no pengasuh lain. Agak jauh dari rumah dalam 20-30minit di nibong tebal. Opps rupanya makcik tu tengah busy dengan wanita UMNO kali ni..Maklumlah election day pon bukan nya lame lagi 5hb May tu..So 2nd time adik kene reject hehe
Saya pulak masih berharap ppk hospital contact saya semula. Seharian tak dapat call pon, jadi saya assumed pengasuh baru gagal dijumpai. Erm..garu kepala lagi saya dan suami..
Jadi pilihan terakhir, Taska@ rumah asuhan kanak2. Berat hati rasanya nak hantar ke sana tapi disebabkan tiada pilihan kene hantar juga lah. Mama & Daddy SAYANG kamu ya adik qalesya!!! mmmuaHH!! c:
Pagi ini awal2 lagi saya siapkan beg baju adik dan blender bubur nasi+ ayam+karot untuk bekalan. Tak lupa juga ubat demam sebab adik terus demam dari hari pengasuh tu sajit. Rindu sangat agaknya hehe
Tiba2 saja suami ketawa. Katanya macam nak hantar adik masuk hari pertama sekolah pulak. Mungkin sebab saya nmpk risau. Saya juga ada bgtau suami nak hantar adik ntuk 2jam sahaja pagi ni (sebab hari pertama) sementara saya pula bercadang tunggu di dalam kereta sahaja!! c:
Yelah, rumah pengasuh vs taman asuhan kanak2.Mestilah saya prefer rumah pengasuh sebab tumpuan hanya pada anak saya saja hehehe
Ok. So ini rumah taman asuhan tu. Taska Abqari Razin. Ade 5org pengasuh dewasa dan 19 kanak2 bawah 4tahun + 2 bayi bawah 1 tahun (termasuk qalesya hehe). Borang lengkap diisi + salinan ic saya, suami dan adik + bayaran pendahuluan rm20 c:
Not bad. Condition nampak ok. Pengasuh2 walaupun muda tapi meyakinkan hehe. Plug sume tinggi. Lantai tak bersepah dan bersih. Bilik tidur pula asing bagi lelaki dan perempuan. Baby juga tido asing dalam bilik khas dengan pengasuh.
Malah buaian juga tiada (sebab tidak dibenarkan Jab Kebajikan Masyarakat). Hehehe geli hati juga rasanya dalam hati sebab pagi tu saya hampir2 nak mintak suami masukkan rangka buaian dalam bonet kereta untuk adik hehe
Saya datang dlm pukul 8.45pg. Adik tak nak makan sebab asyik nangis je. Last2 saya duduk kejap dalam kete. Dalam 10minit masuk balik rumah tu, nampak adik da tak nangis sambil pengasuh pujuk adik atas bouncer.
Hehe apa lagi saya pon balik tunggu kat rumah la hehe. save no pengasuh su dalam handphone then trus bgtau pengasuh saya nak balik rumah. tak tunjuk muka kat adik pon (separation anxiety) sebab risau nanti dia menagis semula huhu
Saya set alarm jam 10.30 nak p tengok adik. Saya bawa sekali sabun mandi hair+body wash Carrie Junior, mainan loceng n ubat demam(sampai demam panas adik sebab rindu kat pengasuh lama hehehe).
Sampai2 terus kiss adik. Adik dah mandi n makan bubur mama. Adik tido lepas minum susu. tiba2 dengar bunyi pelik. Ya, adik qalesya tido dengan sedu sedan tangis nya tak abis lagi.. :c
Rasa sayang dan rindu sangat.Sedih sebab terpaksa hantar adik ke sini, suasana baru pastu ramai budak2 pulak tu sob sobs-->Cess terlebih emo pulak saya ni hehe(sebelum ni anto kat umah pengasuh lama saya rileks je pon).
Ptg ni sebab hari pertama adik di taman asuhan tu, dalam kul 2 nanti nak ambil awal la. Tak saba2 ni nak jumpe adik. Memang betul kata suami, hari ni HARI PERTAMA ADIK DI 'SEKOLAH' c:
**
Esok dan lusa, suami pula mengambil cuti untuk adik qalesya.Saya kene kembali ke hospital ntuk oncall. Semoga adik cepat2 dapat menyesuaikan diri di taman ini ya.Semoga pengasuh lama adik juga cepat sembuh.. c: Amin
**
Dalam next entry nanti saya akan beritahu info tentang 'stranger anxiety vs separation anxiety' c:
Oh ya, bagi ibu bapa yang mahu menghantar anak tersayang ke Taska, lebih baik check dulu taska2 yang dibawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat ya. Lebih selamat. Nak hantar pon baru konfiden lebih hehe
Ini list senarai taska berdaftar seluruh negara di jab kebajikan masyarakat, c:
http://www.jkm.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&catid=178:taska&id=232:senarai-taska&Itemid=502&lang=en
1 comment:
Salam kenalan..tq info ini.sy pon ade masalah pengasuh..pengasuh yg kerap ambil cuti.plan nk try taska ni..ank 2thun n 5thun...ok x..byaran mahal ke..minta maaf byk sklan..sy tgh nak survey.mungkin awk blh bg pndpt..tq ☺
Post a Comment