Google+ Followers

Followers

Sunday, February 2

Tips Buat Sendiri Kulit Cantik- Pau Sardin & Kaya

Pau kulit cantik rasa sedap!! Pergh..puji melambung diri sendiri haha

Yelah.resepi air tangan ibu.. Siapa yang tak happy bila tengok anak2 suka makan kita masak!! Hehe


Yeah!! Ntah macam mana tiba2 je teringat pau sardin zaman2 sekolah rendah dulu.

Terus whatsapp emak kat kampung, sambil2 goggle resepi kat internet hihi

Langkah Pertama: Penyediaan Bahan & Inti


Mula2 sekali mestilah penyediaan inti. Sebab bila inti dia dah siap, nak buat bila2 pun senang.Nak 'pospon' pun boleh (" ,)

Untuk Inti sardin:

- 1biji kentang
- 1 tin kecil sardin
- 3 ulas bawang merah
- 1 biji bawang besar
- 2 biji bawang putih
- 1 sudu teh serbuk kari
- Daun kari/daun bay leaf
- sedikit gula dan secubit garam
- untuk inti kaya: ready made kaya Non


Untuk Pau:

- 500mg (1/2 paket) tepung pau Blue Key
- 1 cawan air
- 1 sudu yis mauripan
- 2 sudu teh minyak sayur
- 1/2 sudu teh double baking powder
- secubit garam
- 2 sudu teh gula kastor

Langkah kedua: Pastikan alat kukus bersih dan siapkan tracing paper/daun alas pau



Haha mak saya dulu2 pakai je kertas2 A4 paper tu kemudian gunting bulat

Tapi sebab ni 1st time buat pau sendiri, jadi terlebih rajin

Saya ambil penekap bekas bulat makan qalesya tu je dan terap atas daun pisang

* Rumah baru ni banyak pokok pisang, orang lama tanam hehe


Langkah ketiga: Cara2 Membuatnya

Untuk inti sardin:

1. Tumiskan hirisan bawang merah/besar dan putih sampai naik bau

2. Masukkan kentang dan goreng sekejap (nak bg tak hancur je nanti)

3. Masukkan bancuhan serbuk kari diikuti sardin yang telah dilenyek

4. Tambah air 1 cawan dan masak hingga kentang empuk

5. Sebelum hampir kering, jangan lupa letak secubit daram dan gula secukup rasa

Untuk mengePau:

1. Didihkan air dalam pengukus (3/4 penuh)

2. Masukkan yis mauripan dalam air sejuk 1/2 cawan dan kacau sebati (jangan biar berketul). Biar naik buih dan tambah gula kastor 1 sudu teh

3. Dalam mangkuk besar: gaulkan tepung Blue key + garam secubit + baki gula kastor + minyak sayur

4. Campurkan baki air tadi dan uli sampai jadi doh yang tidak melekit

5. Proses ni ambil masa dalam 15-20 minit, dan masa nak siap tu boleh tumbuk2 sikit untuk buang gas ( ",)

6. Lepas siap doh, biarkan dlm 5minit kemudian bulatkan kecil2 ikut saiz kesukaan

7. Siap bahagi2 tu, ambil 1 doh kecil tu kemudiannya penyekkan sikit tengah dia untuk letak inti sardin/ kaya (atau apa2 inti anda suka)

8. Lapikkan atas daun pisang dan susu dalam lapik kukus

9. Kukus dalam pengukus dengan air yang mendidih selama 7 minit (mak saya cakap ikut saiz juga ya hehe )

TipS kulit Pau Cantik licin @ tidak menggerutu

* pastikan penutup kukus tidak basah. Lap air yang ada pada penutup sebelum tutup pengukus tu

* masak terlalu lama boleh meNGEREPOTkan kulit pau!!

* masa buka penutup tu hati2, sekodeng dulu sikit kemudian baru buka betul2

* tujuannya:elakkan wap air penutup menitis kena pada pau ya.PENTING!!

Bancuhan ni dapat 12biji pau.kecil sikit dari pau jual kat kedai tu c:

No comments: