Google+ Followers

Followers

Sunday, February 16

Resepi Ayam Masak Lemak Utara

Hujung minggu agak susah nak cari kedai makan. Dah bosan dengan fast food, en hubby kata nak makan nasi je.

Haish nasib baik dah jumpa kedai jual kelapa parut dan santan kat ipoh ni.haha itupun JM aya yang tolong tunjuk last week c;


Kalau dulu sy masak ayam masak lemak negeri 9, kali ni nak masak resepi site orang utara pula.

Bezanya cuma ada bawang merah dan bawang putih je pun hihi



Bahan2 nya:

5 ulas bawang merah- ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
5-8 bj cili api - ditumbuk
1 inci kunyit hidup/ serbuk kunyit
3 helai daun limau purut
2 batang serai dititik
Santan rm2
1 bj kentang
7 ketul peha ayam (nak 1/2 ekor pun boleh)


Panaskan kuali, letak sedikit minyak

Tumis bawang merah dan putih hingga naik bau

Masukkan daun limau purut dan serai

Gaulkan bersama ayam dan biarkan seketika


Masukkan santan dan kacau sekata. Jangan tinggalkan lama2 atas api nanti santan pecah, naik minyak pula nanti dah tak sedap hehe


Antara step yang terakhir, masukkan serbuk kunyit

Kalau anda gunakan kunyit hidup, tumbuk halus terus bersama bawang dan cili api tu je senang

Masukkan 1sudu teh gula ( kalau nak, sebab santan baru tu sendiri pun dah manis)

Secubit garam jangan lupa ya c:

Siap. Siapa2 nak masak sendiri yang senang dan sedap, boleh try!

Gerenti nyummMy!! c:

No comments: