Pages

Translate

Search This Blog

31 May 2013

Peringatan buat saya dan Ibu Bapa sekalian..

Sob sob..mainan adik hilang!!

Esok kenduri kahwin mak long di PJ. Kelam kabut saya bersiap. Nasib baik saya sempat lagi breakfast kat rumah dulu dengan ESP Shaklee. Buat alas perut dulu hehe kalau tak mahu cepat kena gastrik pula (“ ,)

Emak ngan family paksu pukul 7.30 lagi dah bersiap. Adik qalesya pulak boleh tengah lena lagi dalam buai! Family kami la pulak yang paling lambat bersiap hehe

Pas breakfast di dataran Speedy, terus bertolak. Mutivitamin, Vit B comp ngan vit C macam biasa saya ambil dalam kereta je pas breakfast. Hehe nak breasfeeding adik la katakan, mesti maintain sihat ni.Chayok2 c:

Kami sampai kl jam 11. Erm, nak check in hotel pun belum masa lagi. Hehe apa lagi, jom jalan2 Sogo KL. Yeayy2 sampai!! kata abang long hazim {hazim haziq ni bila2 Nampak bangunan pasaraya je sure excited kua ayat tadi)


tempat dating saya and hubby masa belajar di UM dulu..naik tren lagi jalan kaki hehe

Masuk je Sogo, masing2 meragam. Adik tak mahu baring dalam stroller. Aih sebelum ni baik je. Hari ni tak mahu pulak! Siap nak duduk dan berdiri dalam stroller lagi. Mungkin sejak mula adik aktif merangkak ni, memang selalu sangat suka berdiri nak panjat!

Tukar, letak abang hazim pula. Handle stroller kena pusing semula ke posisi asal. Tinggikan seat, pasang seat bealt.

Oh meragam juga abang ni, nak duduk dalam stroller tapi bila berhenti jalan je terus selak. Adoii kesian la uncle Mohsin tu kene pusing tanpa henti sementara nak tunggu lift tu buka pintu

Saya pulak dari Penang lagi dah plan nak cari handbag besar untuk tempat kerja. Boleh letak semua hartA karun plus telekung siap p kerja hehe 2x pusing floor tu.

Last2 ada jugak la ter berkenan dengan bag Sembonia tu tapi yang tinggal cuma display item je. Hubby pulak muka dah Nampak lain. Oh faham2 dengan askar kecik 2 orang ni memang susah nak shopping.

CANCEL beli bag!!Kenapa ye? Ntah la..tetiba rasa macam tak puas survey tadi. Lagi pun dengan budak2 kecik yang meragam, memang tak boleh nk shopping. Kesian juga budak2 tu, mungkin lapar, letih atau mengantuk pun boleh jadi. Kesian mama jugak!!sob sob

Pastu bawa adik masuk stroller semula, umpan dengan S4. Ha..tak boleh jadi ni, dibuatnya adik campak keluar, naya je hp baru ni. Naik tingkat 4 nak beli mainan loceng.

Lepas bayar, terus buka mainan adik. Siap mintak gunting dari casher lagi hehe.



Soft toy ni hampir sejibik macam mainan adik..yang asal tak sempat pun nak snap pic die sebab tinggal kotak je lalalala :c

Pas beli terus nak p ke arah lift. Dengar budak2 bising. Eh bunyi loceng ulat adik senyap je?Tersentap betul Nampak mainan adik dah tiada. Terus angkat adik dukung. Sebelah tangan lagi tolak stroller kosong.

Sedih. Memang tak ada rezeki kali ini. Tapi dalam hati tetap bersyukur, nasib baik cuma mainan yang hilang!! Yelah,sekarang ini pun banyak kes kanak2 hilang di pasaraya. Ya Allah, minta2 dijauhkan!! Amin..

Oh positive thinking, mungkin adik campak mainan ke lua dan ada budak lain ambil kot..huhu

Akhirnya pukul 3petang baru kam check in di hotel Brisdale. Asalnya nak tidur hotel lain tapi sebab lambat booking, ini je yang tinggal pun.

Ok ke Brisdale Hotel ni? Erm boleh la tahan hotel ni kalau untuk 'kecemasan yang tak cemas' huhu tapi esok saya memang nak letak complain letter!! Buat kalian semua, hotel ini sangat2 tidak dicadangkan ye melainkan hotel2 lain sume full!!


Adik Qalesya and abang hazim tidur lena pas mandi di hotel..suka air cond ya (“ ,)


**
Anda semua boleh download panduan keselamatan kanak2 di sini: (hasil usaha sama Malaysian Paediatric Association bersama Ministry Of Health dan agensi )-->

http://www.scribd.com/doc/21550181/Panduan-Keselamatan-Kanak-kanak

20 May 2013

Set penjagaan kulit Shaklee: Nutriwhite vs Enfuselle

Tak ramai yang tahu Shaklee turut mengeluarkan produk menjaga kecantikan kulit. Jom kita suai kenal bersama rangkaian penjagaan wajah Shaklee:

1. NutriWhite
2. Enfuselle

Sebenarnya,kedua2 produk ini adalah keluaran Jepun. Ehem mungkin masih belum 'se- glamour' jenama lain tapi kualitinya memang setanding dengan jenama hebat dan 'gah' lain seperti SK** dan Est** Lauder!!

Malah, harganya juga jauh lebih berpatutan. Ha..sebelum tu, dalaman juga perlu sihat ya. Jadi tambahan supplement vitamin B/C/E bersama protein ESP amat penting. Kemudian, dengan menggunakan set Nutriwhite/Enfuselle ini, pasti hasilnya lebih wahh!!

Nak hebat lagi, anda boleh gunakan kolagen terbaik Shaklee bersama vivix. Ingat, mahukan lebih muda, lebih bertenaga dan kulit cantik?

Belum cuba belum tahu bukan? c:

NUTRIWHITE

Ultimate Protection Whitening Lotion SPF 15
Overnight Renewal Whitening Cream
Gentle Deep Foaming Cleanser
Soothing Radiance Whitening Softener
Gentle Action Makeup Remover
Daily Defense Whitening Essence
Spot Whitening Treatment


ENFUSELLE

Hydrating Cleansing Lotion
Purifying Cleansing Gel
Hydrating Toner
Purifying Toner
Hydrating Moisturizer
Balancing Moisturizer
Eye Treatment


NUTRIWHITE


Ultimate Protection Whitening Lotion SPF 15

- Pelembab yang melicinkan kulit
- Kaya pati botani Mulberi untuk mencegah kerosakan kulit kesan daripada cahaya matahari
- Mengandungi Mountain Arnica untuk menghilangkan radang kulit


Overnight Renewal Whitening Cream

- Memperbaharui dan mengembalikan keremajaan kulit sewaktu tidur
- Linden menyihatkan serta melembapkan kulit secara mendalam
- Scullcap mencerah dan menghilangkan radang kulit
- Vitamin C aktif mengurangkan tompok hitam serta mengembalikan keserian wajah
- Pada waktu pagi, anda akan bangun dengan kulit yang gebu, halus, cerah dan berseri! c:


Gentle Deep Foaming Cleanser

- Membersihkan, menyegarkan kulit secara lembut
- Rumusan khas mengandungi rumpai laut bagi menghilangkan kekotoran, membuang sel mati dan menegangkan
- Alga Hijau menyahtoksin dan melembapkan
- Strawberi Begonia mencerahkan dan mengimbangkan pigmen


Soothing Radiance Whitening Softener

- Sangat berkesan, bertindak secara lembut dan mengembalikan kulit pada pH yang seimbang
- Menjadikan kulit lebih segar dan tegang dengan kandungan Rosemary,
- Kudzu yang menegangkan dan mencerahkan,
- Marshmallow yang melembapkan


Gentle Action Makeup Remover

- Formula khas tidak berminyak, menjadikan kulit anda licin, lembut dan berseri
- Tunas Pokok Bic menghilangkan sel mati dengan lembut tanpa meninggalkan kesan
- Aloe Vera menyegarkan dan menegangkan kulit


Daily Defense Whitening Essence

Cara yang menyenangkan untuk mendapatkan kulit muka yang licin berseri, diformulasi dengan lembut dan mudah diserap:

- Mengandungi Bearberry untuk mencerahkan dan menegangkan kulit,
- Strawberi Begonia untuk mengimbangkan pigmen
- Kacang Soya untuk melembutkan dan mengurangkan tompok hitam
- Mulberi untuk mencegah kerosakan kesan daripada cahaya matahari
- Vitamin C aktif untuk memperbaiki kulit serta mengembalikan seri wajah


Spot Whitening Treatment

- Memperbaiki kesan-kesan matahari serta jeragat kulit dengan cepat
- Kuasa pencerahan botani daripada pati Likuoris dan Peony, juga melindungi serta menghilangkan radang kulit
- Cats Claw menegangkan kulit
- Vitamin C aktif membawa kecerahan baru untuk kulit dengan rawak wajah yang lebih halus

ENFUSELLE


Hydrating Cleansing Lotion

Emulsi berkrim bertindak menanggalkan kotoran, bahan pencemaran dan mekap tanpa menjejaskan lapisan minyak semulajadi kulit.

- Emolien yang kaya serta tambahan Vitamin E menjadikan kulit halus, seimbang dan berseri
- Membantu mencerahkan tona kulit
- rumusan pH yang seimbang dan Hipoalergenik


Purifying Cleansing Gel

Gel berbusa bertindak dengan lembut untuk menyingkirkan bahan pencemaran, mekap dan minyak berlebihan.

- Mengandungi bahan khas serta tambahan Vitamin E menjadikan kulit terasa segar dan lembut
- Mencerahkan tona kulit
- rumusan pH yang seimbang dan Hipoalergenik


Hydrating Toner

Meneutralkan Tindak Balas Yang Boleh Merosakkan Kulit
Melegakan dan menyediakan kulit untuk rawatan Enfuselle.

- Terbukti secara klinikal
- Meneutralkan kerosakan sel akibat tindak balas kulit dengan besi dalam air paip
- Rumusan dengan pH yang seimbang, tanpa alkohol yang menyejat dengan cepat tanpa mengeringkan kulit
- Melindungi lapisan minyak semulajadi kulit, menyucikan dan melembutkan dengan ekstrak witch hazel dan kamomil


Purifying Toner

Dengan Tiga Tindakan Untuk Menghentikan Kerosakan Pro-Oksida
Merangsang dan menyegarkan kulit sebagai persediaan rawatan Enfuselle.

- Terbukti secara klinikal
- Meneutralkan kerosakan sel akibat tindak balas kulit dengan besi dalam air paip
- Mengandungi pH yang seimbang dan Hipoalergenik
- Menyegarkan dan memperhalus kulit dengan ekstrak likoris, ginseng dan witch hazel
- Meminimumkan kemunculan liang-liang yang besar pada kulit
- Membantu mengawal kulit berminyak


Hydrating Moisturizer

Melembapkan Kulit Sehingga 24 Jam
Krim tanpa minyak dan tidak melekit, kaya pelembap bagi menyerlahkan kehalusan dan keanjalan kulit dengan serta-merta!

Terbukti secara klinikal:

- 102% peningkatan keanjalan kulit dalam masa 28 hari
- 195% pengurangan garis-garis halus dalam masa 28 hari
- 21% pengurangan kedutan dalam masa 28 hari
- Kesan yang ketara dapat dilihat dengan serta-merta, dan ia berterusan sehingga 24 jam
- Garis-garis halus berkurangan dengan ketara
- Hipoalergenik


Balancing Moisturizer

Formula Ringkas untuk Menyubur dan Melembapkan Kulit dengan segera
Mengawal pengeluaran minyak pada wajah-->menjadikan wajah kelihatan halus serta tidak berkilat

Terbukti secara klinikal:

- 146% peningkatan keanjalan kulit dalam masa 28 hari
- 268% pengurangan garis-garis halus dalam masa 28 hari
- 173% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa 28 hari
- Membantu mengembalikan keseimbangan minyak pada kulit
- Hipoalergenik


Eye Treatment

Mengurangkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan
Serta menghilangkan sembap bawah mata dengan bantuan pelbagai nutrien dan botani khusus

Terbukti secara klinikal:
- 233% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa dua minggu
- 120% peningkatan kekenyalan dan keanjalan kulit dalam masa dua minggu
- 209% pengurangan garis-garis halus pada kulit dalam masa lapan minggu
- 32% peningkatan kemampuan kulit untuk menahan lembapan lebih lama dalam masa lapan minggu
- Ton kulit yang kembali sekata dalam masa 12 minggu
- Kandungan botani anti-penuaan dan vitamin C memberikan faedah yang ketara pada kulit halus di sekeliling mata
- Juga sesuai untuk bahagian leher dan mulut
- Hipoalergenik, diakui oleh pakar-pakar oftalmologi dan selamat untuk pemakai kanta lekap.


sumber: Shaklee Malaysia


Hubungi saya untuk cara2 pemilihan dan maklumat lanjut:

Your Shaklee Independent Distributor; Najmi Anuar (ID 854348)
♥ SMS/call/whatsapp/viber : 019- 6695408
♥ Email: mommyqalesya@gmail.com
♥ Facebook: https://www.facebook.com/najmi.anuar.1

18 May 2013

Samsung galaxy S4 vs S3 vs Samsung Galaxy Note II :Nak pilih mana satu ni?


Rasa bertuah sangat dapat en hubby yang sangat supportive. Hari ni kitorang klua rumah pukul 9.30 pagi, sampai rumah semula pukul 8.30 malam!! Akhirnya dapat juga beli handphone baru ..yEayy.. ~hepi mood ~


Mula mula terlihat kemudian terpengaruh pula..lalu mama qalesya pun 'ter' beli hehehe c:

Asalnya nak beli Samsung Galaxy Note II, tapi akhirnya terpikat jugak dengan Samsung Galaxy S4. Wahh, en hubby la ni yang mula2 intro dengan plan baru Digi. Memang berbaloi!! yeayyy!!!

Ini comparison table yang saya dapat dari droid-life. : Samsung galaxy S4 vs S3 vs Samsung Galaxy Note II(opss ade yang compare S4 dengan iPhone 5 tapi sebab saya dah terbiasa dengan hp 'beso' jadi iPhone 5 memang tak masuk senarai langsung lah hehe

Jom tengok:



ok.. review Samsung galaxy S4 pula di sini: http://www.droid-life.com/2013/04/23/samsung-galaxy-s4-review/

</br>

</br>

 

Dan ini plan smart digi yang saya ambil. Ini lah antara alasan utama menyebabkan saya terpengaruh nak tukar hp baru (sebelum ni plan celcom)..ishh2 ( ",)


Ok. Harap2 berbaloi beli handphone ni. Function memang banyak yang menarik. Esok 1st day nak rasmikan hp. Nak ambil picture adik qalesya banyak2. Abang hazim jangan jeles ye, weekend ni mama balik kampung bawa kamu p penang semula ok!! c:



Tq daddy hazim qalesya!! mmuahh!! c:


17 May 2013

Testimoni ESP.. Hebat!! Anda sudah cuba?c:

Oh hari ni saya post call..Tadi pukul 8malam je saya lagi saya dah tertidur.

Aii, mata ni pulak rasa macam nak tidur lagi je sebab malam semalam memang dapat tidur 2 jam je, itu pun banyak kali bangun2 :c

Ok lah. Jom tengok lagi testimoni2 pengguna ESP Shaklee. Memang best!! Saya sendiri pun masih kekal menggunakan ESP sampai sekarang. Malah amat2 membantu saya sebagai 'milk booster' untuk baby Qalesya.

Masalah gastrik saya pun dah jarang sangat sekarang ni. Syrup MMT (antacid) pun tak perlu ambil dah. Memang ESP terbaik!!

Testimoni 1:

ESP membantu penghasilan susu lebih pekat dan berkhasiat untuk bayi



Testimoni 2:

ESP: sumber protein lengkap tinggi asid amino, menjana pembinaan sel2 yang sihat,seterusnya akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan dan pelekatan telur dalam kehamilan



Testimoni 3:

Kolagen adalah protein utama pada tisu penghubungan. Peranannya dalam kesihatan penjagaan kulit, tulang, kartilaj, rambut, kuku dan gigi. Kekurangan kolagen mengakibatkan kulit lebih cepat berkedut berbanding usia dan menyebabkan penghasilan parut akibat luka atau kesan regangan di kulit asal.


Testimoni 4:

ESP dan alfalfa sebagai milk booster kepada ibu menyusu ( namun bagi ibu yang anaknya G6PD deficiency,ESP sahaj sudah mencukupi! c:)


Testimoni 5:

Bagi ibu yang menggunakan ESP sejak mengandung, memastikan kesihatan ibu sentiasa optimum. Bayi juga apabila dilahirkan nanti akan kelihatan cantik, halus dan gebu tanpa sebarang masalah kulit


Testimoni 6:

BONUS bagi ibu yang menjadikan ESP sebagai milk booster--> dapat kulit yang lebih cantik dan asset lebih terletak dengan khasiat istimewa soya daripada Shaklee


Jom!! ESP memang terbukti untuk semua golongan!! Saya sudah menggunakan ESP ini dan terus jatuh cinta pada Shaklee walau baru beberapa hari bersama ESP.

Anda juga perlu mencubanya!!


Hubungi saya untuk maklumat lanjut:

Your Shaklee Independent Distributor; Najmi Anuar (ID 854348)
♥ SMS/call/whatsapp/viber : 019- 6695408
♥ Email: mommyqalesya@gmail.com
♥ Facebook: https://www.facebook.com/najmi.anuar.1

15 May 2013

bAbY's recipe : Bubur ikan Salmon bersama Brokoli c:

Adik qalesya dapat resepi bubur baru!!

Jemu lak rasnya bagi adik makan bubur nasi+ayam+carrot. Dulu da try bubur nasi brokoli. Hahaha walaupun adik habiskan bubur brokoli tu, tapi urgh memang tak sedap la anak tekak saya ni.

Kali ni sempena mama qalesya yang tengah 'BERCUTI' (hoorey!!)ni, mama buat bubur special untuk adik:

BUBUR NASI IKAN SALMON bersama BROKOLI..nyum NyuM



bahan bahan nya:

1/2 cawan beras
Ikan salmon 1 potong (nak ambik kiub pon boleh)
Brokoli
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
Sedikit halia
Minyak zaitun/unsalted butter



Cara dia senang je. Cepat siap, cepat makan hehe

- Bakar/grill ikan salmon, guna minyak zaitun ye. sikit je tak perlu banyak2

- siap bakar ikan, tumis pula bawang merah+bawang putih+halia yang telah ditumbuk halus

- Masakkan bubur nasi pada masa yang sama, sampai beras-->nasi tu pecah

- Kemudian, masukkan ikan salmon bakar/grill + bahan tumisan dan brokoli dalam periuk bubur

- Tunggu tak sampai 2 minit dah siap

- Biarkan sejuk sedikit kemudian baru blender ye c:


Erm adik Qalesya kecik2 da makan ikan mahal. Hehe yelah sekilo dekat rm40 tu. Try sket exzema adik tak naik. Aish naik budget makanan adik ni hehe

Yang bagusnya ikan salmon ni banyak khasiat: seperti fatty asidnya omega-3, omega-6 dan protein. Semua ni baik bagi perkembangan otak si kecil. Erm ala2 omega Guard Shaklee gitu tapi ini sumber aslinya lah hehe

Haa dan orang dewasa juga tak terkecuali ya. Kalau tak takkan salmon in glamer kat kedai sushi ye tak.

Untuk brokoli pula, kandungan vitamin C dan betacarotene juga sumber nutrisi dan anti oksidan yang baik bagi bayi. Tapi nak masak brokoli kena jaga, terlebih masak akan megurangkan kandungan khasiat dia ya.Kalau rasa pahit tu, terlebih masak la tu hehe

Jadi kombinasi ikan salmon+brokoli memang berkhasiat!!


Selamat mencuba!! c

** Eh hari ni la befday Mak Teh..Selamat Hari Lahir Mak Teh!!mmuuah sayang dari baby Qalesya c:



14 May 2013

Demam Campak vs Cacar Air: Kesiannya baby Qalesya! :c

Sedihnye..monday cuti sebab adik masuk hari 4 demam lagi.Despite already on syrup PCM(plus suppository at 12midnight!) 6hourly, still feverish!! :c

Double sedih bila hubby kene p kursus di kl, ahad-->rabu. Uwahhh!! mama tertekan ni duk umah sesorang: sob-sob

Last2 sebab rasa stress yang amat, telan jugak 2bj Tab vitamin B complex Shaklee, lega sket. Betul ke stress?? Iye la: stress = adik tak sihat + duduk sesorang kat umah!


wajah2 monyok adik tengah demam, alhamdulillah adik masih aktif lagi c:

Jadinya, pagi semalam bawak adik p Klinik Pakar Paediatric di Nibong Tebal. Bertiga= saya + qalesya+ kete DADDY (hehe ni kes kronik rindu ni hahaha)

Kami ke klinik 'Singapore Children & Family Clinic', dalam 10minit je dari rumah. Bagus nye klinik ni environment memang macam safety playground. Eh nama pun klinik kanak- kanak ye tak.

Register guna ic saya sebab mykid adik pada daddy. Ish2 daddy lagi hehe.Pas register, terus masuk dalam jumpa doktor Tee. Dah berusia, sangat bagus ni sebab sure banyak pengalaman. Hehe

Masa pagi tu, adik tak demam da. Ye lah baru dalam 3jam pas bagi pcm. Muka adik flushes je masa tu. Borak2 conclusion unlikely measles )demam campak) sebab kalau measles die akan demam dulu diikuti ruam yang naik dari muka/belakang telinga-->badan-->limbs.

1st Impression untuk adik: Post viral fever.

Macam2 kitorang borak. Tentang exzema, taska adik, pengasuh lama yang masuk hospital sampai la adik qalesya yang asik demam je.

Dan Sebab demam adik masuk 4 hari, saya tanya tentang antibiotic. Sebab kalau viral fever memang tak perlu antibiotic.( antibiotic untuk lawan bakteria sahaja ya bukan virus)

Tapi sebab adik demam lama lebih 3hari and throat pon memang inflammed, doktor tu suh cover je dengan antibiotic. Agreed!! Hehe Opps terkantoi pula lepas tu yang saya juga kerja di kkm. Hehe tapi bagus juga sebab consultation free c:

Ni ubat yang adik dapat dari klinik Singapore semalam. Sangat2 impressed sebab kebanyakan klinik sekarang tak nak letak label nama ubat. Malah tengah konsultasi tadi pon doktor tu kata supaya saya jangan risau, sebab mereka memang mahu pesakit tahu apa ubat yang digunakan. Wahh tambah point lagi untuk klinik ni (",)


syrup pcm and antibiotic tu, tak kene charge sebab sy mintak konsultasi je.
Lain2 hydrocort+daktarin cream (untuk exzema), mandian cetaphil dan syrup cetirizine plus pendaftaran=rm45. Berbaloi bukan? with BiG sMiLe c:

Balik dari klinik tu, saya terus ke klinik kesihatan(kk) pula. Hehe sepatutnya kene p kk 24/4/13 lepas, tapi mama nye agak buzy..huhu ni alang alang saya EL boleh la bawak adik ke sana

Sampai di KK, timbang berat adik. 5.9kg je!!Uwaaa naik sket sangat ni. Padahal hari2 makan bubur nasi. banyak pula tu huhu

Bila jumpe kakak JM (jururawat Masyarakat)cakap pasal adik yang tengah demam. Eh naik ruam betul! Tadi pagi cuma flush je muka adik. Selak pula baju lubang2 (bia masuk angin, kurangkan panas badan adik hehe)adik. Naik rashes!!

Cess. Tadi pagi masa bawak p jumpe pakar, tak kua plak rashes die. Penyegan agaknya pun haha apapun nasib baik rashes biase je, bukan jenis vesciles or blister. Lau tak lagi susah kalau adik kena chicken pox.


So, latest impression made by me (doctor mama haahahah): Measles!! :c

Kakak2 JM KK sana terus cadangkan minum air kelapa. Untuk baby? Haaa sebelum ini saya selalu dengar je orang buat, tak sangka kali ini saya sendiri pula!!

Nasib baik juga memang ada orang jual air kelapa tepi jalan kat rumah. Mintak bungkus air kelapa ‘pure’ tanpa gula sepaket@ 2biji kelapa=RM3.50

Sampai rumah, saya berikan adik qalesya minum dalam 3 sudu the camtu. Pelik je muka adik. Tak kesahlah, harap2 jangan sakit perut udah. Balance? Saya minum sampai habis. Senak peruk. Tapi sedap sebab da masuk fridge. Nyum2 c:

Lani adik dah tido. Dekat asar tadi juga dapat berita gembira: atok and opah Tanjung Malim nak datang Penang. Yeayy!!! Maknanya saya bukan lagi berseorangan la dengan adik berdemam campak malam ni c:

Semoga adik cepat sembuh. Amin..

-->Oh adik baru 9bulan, suntikan MMR (measles, mumps and rubella) belum lagi , kene tunggu setahun.Tak macam abang lobng Hazim. Harap2 abang long dah ada imuniti yang kuat pada virus Measles ni ya..huhu

**Demam campak @ Measles memang berbeza dengan demam cacar Air ye @Chicken Pox


Ini artikel lain tentang demam campak vs chicken pox..Menarik. banyak petua2 lama jugak. Jom tengok/creadit kpd:

- http://jimie1402.blogspot.com/2012/05/campak-dan-cacar-air.html


Hubungi saya untuk maklumat lanjut:

Your Shaklee Independent Distributor; Najmi Anuar (ID 854348)
♥ SMS/call/whatsapp : 019- 6695408
♥ Email: mommyqalesya@gmail.com
♥ Facebook: https://www.facebook.com/najmi.anuar.1

13 May 2013

Nak mAintaiN susu BANYAK? Jom buat Power Pumping!!

Sejak saya mula menggunakan produk Shaklee, banyak info2 baru tentang exclusive BF yang saya dapat. Antaranya adalah Power Pumping.

Masa tu, nak buat power pumping seminggu sekali pon alahai.Malam2 memang mengantuk giler. Tapi gagah kan juga la untuk buat power pumping pagi2 tu.

cuma kalau masa tu saya post call, selalu saya buat power pumping sambil tengok tv je, dalam pukul10.30malam..Siap pukul 11.30malam je trus tidur. Siap berdengkur lagi hubby saya cakap..hehehe malu2

APa itu Power Pumping??

Power pumping adalah antara teknik yang sangat2 dicadangkan bagi ibu yang sedang menyusukan anak. Sangat2 dicadangkan masa untuk power pumping sekitar pukul 2pagi ke atas sehingga sebelum subuh (sebab masa tu pengeluaran hormon prolaktin adalah tinggi)


Kenapa perlu Power Pumping?

1. untuk stimulasi susu terutama bagi ibu yang menghadapi masalah susu sedikit walaupun kerap mengosongkan payu dara setiap 2-3 jam + air minum yang secukupnya iaitu >3L sehari(dicadangkan berterusan untuk 5- 7hari)

2. Pengeluaran susu yang merundum disebabkan datang period atau stress atau sebab2 yang tidak di ketahui

3. Untuk maintain pengaliran susu yang banyak

4. membetulkan semula jadual pengepaman susu yang tidak teratur atau ter skip akibat kesibukan di tempa1 kerja


** Untuk no 3. dan 4. bagi yang benar2 sibuk, maintain seminggu sekali pun dah ok c:


Terdapat beberapa cara melakukan power pumping ini:

Bagi saya dan ibu lain menggunakan pump manual (untuk single pump)atau kaedah marmet c:

-pam payu dara kanan selama 15 minit
-kemudian pam pula payu dara kiri selama 15minit yang berikutkan
-buat secara bergilir- gilir sehingga cukup 1jam bagi setiap 1 sesi

Bagi ibu yang menggunakan electrical breast pump (untuk double ye):

anda boleh gunakan teknik 20minit ini:


atau menggunakan teknik 20->10 minit ini:



**
Dan bagi yang menggunakan pap manual, tiada masa rehat ye. Lepas side kanan-->kiri-->kanan semula selama 2 jam.

**
Jangan menaruh high expectation selepas 2-3kali power pumping, anda mungkin perlu meneruskannya selama lebih 1 minggu untuk menampakkan hasil kerana semua orang kan beza (",)

**
Jadi, tiada masalah juga walau ketika membuat power pumping ini, hanya beberapa titis susu sahaja yang kelua (atau mungkin ' angin' sahaja, kerana ingat: tujuan Power Pumping ini adalah untuk stimulasi dan stimulasi c:

**
Dicadangkan agar menggunakan breast pump electric, sebab kalau tak memang naik urat besi sume.
Yelah bukannya sekejap. Cuma kalau nak mintak tolong husband, boleh juga kot hehe

**
Untuk yang menggunakan pam elektrik, boleh simpan bersih sahaja pam di dalam fridge masa waktu rehat, tak perlu setiap kali guna anda kena cuci ye


Jom Ibu2..Kita setkan minda yang positif demi meneruskan penyusuan susu yang exclusive sekurangnya2 sehingga 6 bulan!!
Malah, penyusuan ibu juga adlah menurut syariat..Insya Allah c:



Hubungi saya untuk maklumat lanjut:

Your Shaklee Independent Distributor; Najmi Anuar (ID 854348)
♥ SMS/call/whatsapp : 019- 6695408
♥ Email: mommyqalesya@gmail.com
♥ Facebook: https://www.facebook.com/najmi.anuar.1




reSePi Honey cornflakes Buttercup.. c:

Hari ni teringin nak makan biskut cornflakes madu. Nak tunggu bulan puasa lambat lagi. Kebetulan cornflakes yang last year ada lagi. Apa lagi, jOm MasAk!! c:





Bahan- bahan:


1 kotak cornflakes (saya guna kellogs conflakes sebab die tak berminyak hehe)
2 sudu Margerin/planta
1 ¼ cawan gula
Hiasan: ceri merah/ceri hijau +

Cara2 nya sangat mudah c:

- cairkan planta bersama2 gula
- kemudian masukkan 1 kotak cornflakes diikuti ceri merah/hijau + roasted nuts/almond strips
- masukkan dalam paper cup (ini saya mintak tolong husband je, cepat sket hehe)
-bakar dalam oven pada suhu 160C dalam 10minit


SIAP!Apa lagi JoM mASaK!!! c:





12 May 2013

1st segment by Cik Puan (" ,)

Bismillahirrahmanirrahim..

Jom support 1st segment by cik Puan c:




Tak susah pun..copy AND paste aje.. c: jom ramai2 c:

Istimewanya Hari Ibu..!! Saaaayang emak mmMuaAhH c:

"Selamat Hari Ibu opah hazim n qalesya!!c:"

Ini message yang sy hantar kpd kedua2 ibu kandung dan ibu mertua sy. Hehe biasa tetiap tahun pon wish , cuma segan nak ckap panjang2..pemalu la katakan hehe

Bulan may weekend ke2 adalah hati ibu. Sana sini org wish hari ibu.Pagi2 lagi radio da buka topik tentang ibu.

Malah ada pelbagai macam cerita pengajaran juga telah di post buat pengajaran bersama. Rancangan tv pon ape kurangnya (' ,)

Apapun, ibu sememangnya adalah insan mulia terhebat yang dianugerahkan tuhan kepada kita seorang anak. Cuma kita selaku anak yang sering kali lupa (atau tidak ambil peduli) akan pengorbanan mereka..




Tiga insan tersayang mama dan daddy hazim qalesya c:

Oh kali ni hubby beri hadiah laptop baru.kebetulan beli bulan may, so kira hadiah hari ibu juga lah hehe

Laptop kali ni beli kaler merah.hehe dulu ms bertunang pon memang die ada belikan labtop lenovo, tapi makin lama kawen ni rs labtop tu kecik sgt pulak. Sampai kalau sy oncall pon, memang labtop husband yang sy rembat. Tak kesah lah berat mcm batu bata pon, yang penting screen besor..baru terang mata hehe

Apapun, bulan Mei memang istimewa:

- Sambutan hari ibu pada minggu ke2 hari ahad
- Sambutan Hari Jururawat pada 12 May (setiap tahun ya..tapi doktor2 tak ade pula hari sambutan ek hehehe)
- Sambutan Hari Guru pada 15 May juga setiap tahun!! c:

Haaa jadi juga kepada staf2 nurses di hospital tu dan guru2 semua, selamat menyambut hari jururawat dan hari guru ya..Jasa2 dan tunjuk ajar kalian amat2 dihargai...c:

Dan kepada kakak sy di kolej komuniti juga, selamat hari lahir yang ke 30!!haa memang benar2 extra istimewa bulan may ini untuk family ssya!! C:

Eh..dulu pernah ada yang mempertikaikan tarikh hari ibu ini. Biarlah..utamanya, hari ini lebih istimewa sebab sambutan ala2 lebih formal dan meriah gitu. yang penting, hari2 juga adalah hari ibu bukan...?hehehe

So, untuk untuk sesiapa yang berminat untuk memberikan insan tersayang hadiah istimewa bulan ini, jangan lupa ya s
Promosi hebat shaklee kali ini:



Jom buat kira2..Jika anda mahukan satu botol sahaja pon boleh, dengan harga yang sangat jimat dan menguntungkan:

- rm 380--> rm 326 sebotol bagi bulan mei ini sahaja ya c:
- belian 2 botol melayakkan anda menjadi ahli percuma seterusnya menikmati pelbagai faedah hebat lain
- belian besama free special gift

Jom kita sama2 menghargai insan tersayang dengan memberikan hadiah kesihatan yang baik, buat ibu, guru, bapa, atau sesiapa sahaja insan istimewa dalam hidup anda
- pasti mereka akan tersenyum lebar melihat hadiah terunggul shaklee vivix ini!!

Cepat2..ambil peluang hebat vivix ini yang akan berakhir tak lama sahaja lagi.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut:

Your Shaklee Independent Distributor; Najmi Anuar (ID 854348)
♥ SMS/call/whatsapp : 019- 6695408
♥ Email: mommyqalesya@gmail.com
♥ Facebook: intananuar0285@yahoo.com

11 May 2013

Biskut Semperit..Selamat datang Rejab-->Syaaban--> Ramadhan!! c:

Hari ini da masuk 1 rejab. Semalam sempat jugak abah dan emak ingatkan untuk solat sunat. Sempat juga la buat walaupun tengah oncall semalam..Alhamdulullah..

Dan tak lama lagi bulan Syaaban dan bulan Ramadhan pula nak datang. Cepat sungguh masa berlalu. Eh tetiba je terasa anak2 ada besa!! hehe

Cakap tentang ramadhan, saya sendrik pon da mula bz nak ganti puasa. Hehe hmpir 3minggu jugak la kene ganti sebab adik Qalesya lahir ms baru seminggu stat pose. Adoii penat2 hehe

So bulan puasa ni, plan memang nak buat lagi biskut semperit. Nak guna resepi tahun lepas.bEST sebab dia rangup dan tak mudah hancur.Ala2 tahan lasak gitu hehe sbb memang tak brape minat biskut yang peroi sangat tu.Rasa sedih je bila nak mkn trus hancur hehe

Ok ms tu kan sy tgh mengandung, tapi kejenye asyik buat biskut ngan kek je. Mengidam hehe sampai Mak sy sendrik pon takut2 kalau sy smp kene kencing manis mcm 1st pregnancy dulu tapi Alhamdulillah kandungan kali ni xdek GDM!! Hoorey!! c:

Oh ya, tapi mak ada ckp juga katanya, adik qalesya da besar nnt mesti manis n pandai masak mcm mama nye eceh ceh hehehe ( ",)

Haa picture semperit di bawah ni lah, hasil masa tengah mengandungkan adik adik Qalesya. Ms tu,start masuk 38weeks pregnancy je sy da cuti. Motif saje je nak lepak2 kat rumah, bleh buat biskut raya jugak hehe.



Yang kek coklat moist sebelah tu plak, buat 5 hari sebelum biskut semperit dihasilkan..Nyum3

Biskut semperit ni buat hari selasa, 3hr pastu (Jumaat subuh) da deliver adik Qalesya di Columbia Taiping. Masa siap ni, siap snap pic anto kat emak kat kampung. Yelah, basic asal masih lagi resepi mak Tg Malim ni, cuma da kene edit sket je.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

BAHAN BAHAN

1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
1 cawan tepung beras + tepung custard
3/4 cawan gula halus
1 cawan mentega (sy pakai planta)
sedikit esen vanilla
1 biji telur

untuk hiasan: coklat rice/ceri merah/ceri hijau


CaRa caRaNyA:

1. Ayak tepung

2. Putar mentega + gula halus sehingga kembang

3. Kemudian masukkan telur dan 2-3 titis esen vanila: mix lg sampai sebati

4. Diikuti tepung2 di atas

5. Masukkan dalam acuan semperit dan tekan ke atas loyang, letak coklat rice/ceri merah/ceri hijau ikut kesukaan

** sebab rumah sy takdek acu semperit tu, sy guna pisau ngan garfu je..tu yang jadi 4 segi tu hehe
** bagi yg ade acu semperit tu tapi tak boleh paip pula sebab adunan terlalu keras, tambahkan je mentega sket..sure boleh kua nye c:

6. Bakar selama 15-29 minit pade suhu 150-160 C.


Dengan bancuhan di atas, dlm tak smp setengah hari siap ler biskut semperit ni.Sy buat sesorang, kalau ber2 mesti lg cepat siap kan hehe

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dapat juga masukkan dlm balang kecik untuk ke kampung suami.Siap dapat pujian daripada opah chor lagik. Die kate bleh wat jual hahaha kembang berbunge2 ler ms tu hehe erm Kampung sy lak sy tak bawak lah sebab family sy memang kebetulan dtg ke penang pas deliver tu..Abis hampir licin hehe


p/s: Abang long hajim ms ni ade kat kampung.Husband lak p keje siang.Adik Qalesya plak baeeek je duk dlm perut mama hehe TU pasal lah sampai boleh buat biskut!! hehe


SELAMAT MENCUBA!! nYUM nYuM C: