Pages

Translate

Search This Blog

17 November 2013

Tiada lagi PAVLOVA berperisa Cappucino..Tahniah MaMa Hazim! hehe

* entry Pavlova yang buat Jumaat lepas, baru publish hihi

Jom layan. Kali ni guna resepi irma di london pula. resepi asal kat sini ya c:

Dulu dah ada entry tentang perbalahan kuasa asal pavlova, dan juga tentang serba banyak TIPS2 pasal kek pavlova tu.

Kali ini kita terus ke resepi ya.

Bagi sesiapa pengguna oven Cornell letrik yang masih belum bercinta dengan oven dia,saya cadangkan guna je suhu api saya kat bawah ni.


Alhamdulillah, cantik pavlova nye. Luar garing, kaler light brown.

Dalam spongy, dan masak. Lebih penting, tiada lagi perisa cappucino macam pavlova hari tu! c:

Bahan-bahan :

4 biji putih telur(kuning tu jangan buang, boleh buat butterprawn tu he)
1/2 cawan gula kastor (resepi asal 1cawan)
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu cuka masakan
1 sudu tepung jagung

Topping/hiasan :

1 cawan (250 ml ) non Diary whipping cream

1/2 sudu gula halus - pakai gula kastor balance tadi je atau tak perlu lagi bagus, sebab non diary memang asal dah manis
1/2 sudu teh esen vanilla


AMAT2 PENTING:

1. Betul2 gunakan putih telur sahaja

Bak kata Irma,kalau nak memudahkan kerja, gunakan telur yang disimpan dalam peti sejuk sebab telur yang sejuk, mudah untuk diasingkan antara kuning dan putih. Cuma bila nak digunakan, pastikan putih telur berada dalam suhu bilik. Jangan guna masa telur masih sejuk pula

2. Jangan ada sebarang kesan air atau minyak pada peralatan kek. Sebab pavlova ni sensitif. Tak percaya cuba la try hihi


Cara-cara :

1- Pukul putih telur menggunakan stand mixer (tengok je, jimat tenaga )sehingga adunan menjadi 'soft peak form'.

2- Kemudian,dengan kelajuan tinggi masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan.Teruskan sampai bila pegang adunan di tangan tak terasa lagi gula yang belum hancur.

3- Bila adunan bertukar menjadi putih berkilat dan mengeluarkan tanduk = jadilah meringue anda.

4- Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati.

* Tanda meringue anda berjaya ialah bila diangkat adunan akan menghasilkan tanduk yang tajam dihujung.Tak perlu lah nak telangkup satu bekas adunan tu, terbalikkan je senduk kayu tu. nengok haa tak jatuh kan? Jadi ler tuh..

5- Masukkan tepung jagung dan cuka. Gaulkan menggunakan spatula atau senduk kayu.

6- Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak(parchment paper). Gunalah tapak dulang kek ke. Saya guna tin Pedisure adik tu je hihi janji bersih c;

7- Bentukkan meringue mengikut bulatan yang kita lukis. Ada yang kata, pastikan bahagian tepi lebih tinggi dari tengah. Tak kisahlah, tapi kalau tinggi lagi best masa nak potong nanti kan

8- Sebelum step 1, panaskan oven pada suhu 150' C. Saya panaskan 15 minit lebih awal. Letakkan rak di tengah bahagian oven.

2- Masukkan adunan meringue. Dalam 15 minit, turunkan suhu kepada 120'C (Irma pakai 140C).

3- Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda. Bila dipegang terasa garing di luar dan lembut bahagian dalam.

4. Bila masak, tutup api dan biarkan pintu oven sedikit terbuka. Jangan keluarkan meringue terus dari oven. Tunggu sehingga sejuk.(saya biar je pintu tutup pun, susah nak menyendalnye)


*
Pavlova dimasak dengan api yang sederhana panas. Bila api terlalu panas, luarnya akan garing tapi dalam tak masak. Bila api tak cukup panas pun tak kena juga. Kang lama pulak nak masak. Takkan nak berkampung depan oven sampai 2 jam? :)

Untuk hiasan pula, sama macam pavlova hari tu:

1- Pukul non - diary whipping cream dalam bekas sehingga kental. Sebelum pukul tu, jangan lupa masukkan bekas dalam peti ais bahagian beku sekejap bagi cepat kembang dan kental

2- Bila whipping cream dah kental. Masukkan 1/2 sudu teh gula dan esen vanila

3- Sapu whipped cream tu dan hiaskan dengan buah2 masam. Kalau nak cantik, make sure buah tu beberapa warna ye hehe

Ada juga yang mengatakn whipped cream tu bila nak makan baru start deco.

Untuk itu, bolehlah masukkan whipped cream dalam plastik. Simpan dalam peti ais beku sekejap. Nanti bila nak deco baru keluarkan.

Siap!!! Jom nYum c:

p/s:

bancuhan kali ini, saya dapat 3biji pavlova sedang2 saiz gitu. Sebab no 3 tu tak muat oven, saya letak dulu dalam fridge sementara tunggu oven kosong.

Alhamdulillah sama2 menjadi. Cuak jugak tapi nya hehe




No comments: