Pages

Translate

Search This Blog

24 January 2013

Panduan Penyusuan Susu Ibu yang Berjaya

"Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga 6 bulan dan meneruskannya sehingga 2tahun. Makanan pelengkap perlu diberikan mulai umur 6 bulan"

Hampir semua ibu pasti telah lama mengenali ayat di atas, yang mana merupakan Polisi Penyusuan Susu Ibu Malaysia

Manakala dari persepsi penyusuan menurut Islam:

"Dan ibu- ibu hendakklah menyusukan anak- anak mereka selama 2tahun genap iaitu bagi orangyangmenyempurnakan penyusuan itu"

-->melalui terjemahan surah Al- Baqarah (1:233) dapatlah disimpulkan bahawa kewajipan kepada ibu- ibu untuk menyusukan anaknya dan meneyempurnakan hak untuk menikmati kebaikan susu ibu jika ia mampu.

Jadi dari pembacaan di atas sahaja, telah terbukti akan kepentingan penyusuan susu ibu.Kepentingan penyusuan susu ibu sebenarnya bukan sahaja kepada bayi malah kepada ibu dan hubungan kekeluargaan yang lebih akrab.

Kepentingan dari segi kandungan susu Ibu

- kolostrum (susu awal ibu yang berwarna kekuningan) yang kaya dengan antibodi, vitamin A dan E, Faktor Tumbesaran (bagi mempercepatkan kematangan usus dan mencegah alahan) dan sebagai lasatif (membantu mengeluarkan mekonium dan mencegah penyakit kuning)kepada bayi

- mengandungi khasiat zat dan vitamin yang dapat diserap dengan berkesan, mencukupi mengikut keperluan bayi
- mengandungi protein, lemak dan asid lemak yang tinggi dan mudah dihadam
- mengandungi antibodi untuk melindungi daripada penyakit
- bersih dan 'sterile', tiada pencemaran
- meningkatkan kecerdikan bayi sehingga 5.2 mata berbanding bayi yang tidak menyusu dengan susu ibu. Ini kerana susu kaya dengan AA dan DHA.

Kepentingan Ibu dan nak bersama setiap masa (rooming in)

- membolehkan ibu menyusukan anak pada bila- bila masa terutama waktu malam
- meransang pengaliran dan pengeluaran susu ibu
- membolehkan bayi mendapat susu yang cukup
- mengurangkan risiko jangkitan penyakit
-mengeratkan kasih sayang antara ibu dan bayi

Faedah penyusuan susu kepada Ibu

- melindungi kesihatan ibu
- membantu pengeluaran hormon oksitosin dan seterusnya membantu mengecutkan rahim dan mengelakkan masalh pendarahan selepas bersalin
- mempercepatkan pengurangan berat badan dan mengempiskan perut kerana lemak yang tersimpan semasa mengandung akan digunakan semasa menyusu
- mengeratkan kasih sayang antara bayi dan ibu
- merendahkan risiko terhadap barah payudara dan ovari
- menjimatkan masa dan wang kerana tidak perlu menyediakan barang keperluan penyusuan

Cara menggalakkan pengeluaran susu ibu

- bayi diposisikan dengan betul pada payudara dan tidak diberikan puting tiruan
- susu ibu mesti dikeluarkan untuk memastikan aliran susu yang baik dan bekalan yang mencukup (penting payudara ibu benar- benar dikosongkan bagi setiap 2-3jam, walaupun ketika bayi sedang tidur)
- bayi mesti disusukan dengan kerap dan diberikan penyusuan selama mana yang deperlukan (breasfeeding on demand)
- penyusuan pada waktu malam akan meransang pengeluaran hormon prolaktin, yang diperlukan agar sel kelenjar payudara ibu dapat menghasilkan susu

Penyusuan susu ibu bukanlah sesuatu yang mudah namun tidak mustahil untuk dilaksanakan. Oleh itu, amat penting bagi ibu menyusu bagi mengelakkan perkara yang mungkin boleh mengganggu pengeluaran susu ibu:

- runsing atau kepenatan yang keterlaluan
- tidak berkeyakinan dengan kemampuannya untuk menyusukan bayi
- dalam kesakitan, malu atau bimbang
- merokok atau minum minuman beralkohol secara kerap
- pengambilan air yang tidak mencukupi ( perlu >3L sehari) atau makanan yang tidak seimbang
- pelekapan bayi ke payudara yang tidak betul
- pemberian makanan dan minuman selain susu ibu kepada bayi

**teknik penyusuan dan pengendalian susu ibu akan dikongsi pada post yang akan datang ya.. Insya- Allah c:


No comments: